Anda di halaman 1dari 7

TAKRIF FONOLOGI

- Cabang ilmu bahasa bahasa yang mengkaji


bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu
bahasa
- Bunyi yang berfungsi bermaksud bunyi yang
digunakan dalam pertuturan bahasa tersebut
dan bunyi ini dikenal sebagai bunyi bahasa
- Bunyi bahasa disusun mengikut sistem dan
kajian fonologi bertujuan menganalisis sistem
tersebut
- Dua cabang fonologi iaitu fonetik dan fonemik
TAKRIF FONETIK
- Mengkaji unsur-unsur bunyi bahasa yang
digunakan dalam pertuturan (Abdullah
Hassan,2005, hlm. 33)
- Bidang linguistik yang mengkaji bunyi
bahasa sejagat secara saintifik dari segi
pengeluarannya dan aspek-aspek
pendengarannya.
2.1.3 Perbezaan antara fonetik dan
fonologi
• Bidang fonetik mengkaji fenomena bunyi
atau pertuturan manusia sejagat
• Bidang fonologi mengkaji sistem bunyi-
bunyi tertentu dalam pertuturan,
khususnya dalam sesuatu bahasa
(Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam,
1988, hlm.61)
Fonemik

- Cabang fonologi yang menganalisis


sistem sesuatu bahasa secara sinkronik,
iaitu pada sesuatu masa tertentu.
- Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal
pasti fonem-fonem dalam sesuatu bahasa
dan seterusnya menghasilkan sistem
tulisan dan ejaan bagi bahasa tersebut
2.1.4 Bidang-bidang Fonetik
2.1.4.1 Fonetik Artikulasi
(Pertuturan/sebutan)

- Mengkaji bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu


dihasilkan dan alat-alat artikulasi yang terlibat
- Fonetik artikulasi sangat penting kepada ahli
bahasa, guru bahasa atau pelajar bahasa
kerana fonetik ini memberi kepandaian berucap
serta mencatat apa yang didengarnya dari
seorang informan
2.1.4.2 Fonetik Akustik
- Mengkaji sifat atau hakikat bunyi ujaran
- Bunyi ujaran adalah gelombang-
gelombang udara yang asalnya keluar dari
paru-paru dan kemudian mengalami
perubahan yang disebabkan gangguan
yang dilakukan oleh alat-alat artikulasi
seperti pita suara, lidah, bibir, dsb
2.1.4.3 Fonetik Auditori
- Mengkaji bunyi bahasa sebagai sesuatu yang diterima
oleh pendengar
- Apabila gelombang udara masuk ke bahagian tengah
telinga, gegendang pendengar turut bergetar dengannya
- Tulang osikel yang turut bergetar bersama dengan
gegendang telinga bergetar, berfungsi menyampaikan
getaran-getaran dari gegendang kepada cairan yang
ada pada bahagian dalam telinga
- Saraf-saraf auditori kemudian menghantar maklumat ke
otak
- Otak akan mentafsirkan maklumat ini sebagai bunyi

Anda mungkin juga menyukai