Anda di halaman 1dari 18

2.

0 PENGANTAR FONETIK DAN FONOLOGI


2.1 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI Takrif fonetik Takrif fonologi Perbezaan fonetik dan fonologi Bidang-bidang fonetik

2.2 ALAT-ALAT ARTIKULASI Alat-alat artikulasi Daerah artikulasi

2.3 BUNYI BAHASA Bunyi vokal Bunyi konsonan Carta konsonan melayu

2.4 PROSODI DAN SUPRASEGMENTAL Takrif intonasi Peranan intonasi Intonasi dalam sintaksis bahasa Melayu
2.5 FONEM VOKAL DAN KONSONAN Fonem vokal Fonem konsonan Konsonan pinjaman

FONETIK Bidang bahasa yang mengkaji fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat Mengkaji bunyi dari segi: Sifat bunyi itu Cara pengeluarannya Aspek pendengarannya Tumpuan hanya pada bunyi-bunyi yang digunakan untuk bertutur (bunyi-bunyi bahasa) sementara bunyi bukan bunyi bahasa seperti dehem, siulan dsb tidak dikaji.

a) b) c)

FONOLOGI Bidang yang mengkaji sistem bunyi-bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa

Merumuskan, menghuraikan dan mengelaskan dengan teliti dan cermat segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi yang tertentu.
Merangkumi: pemerian seluruh bunyi yang dihasilkan oleh manusia menghalusi segala variasinya menghuraikan sistem bunyi semua bahasa yang dipertuturkan oleh manusia dengan lengkap.

a) b) c)

PERBANDINGAN ANTARA FONETIK DAN FONOLOGI


FONETIK FONOLOGI

1. Kajian tentang sifat-sifat semulajadi produksi dan persepsi bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan 2. Terbahagi kepada 3 jenis iaitu; fonetik artikulasi fonetik akustik fonetik auditori 3. Mengkaji setiap unsur bunyi

1. Kajian tetang sistem bunyi sesuatu bahasa dan sifat-sifat semulajadi sistem tersebut secara umum. 2. Kajian tentang hubungan antara butir-butir leksikal dengan butirbutir leksikal lain yang membentuk ayat. 3. Mengkaji pola-pola intonasi

4. Menghasilkan transkripsi fonetik 4. Menghasilkan sistem ejaan untuk semua bunyi daripada sesuatu bahasa. semua bahasa.

JENIS-JENIS FONETIK
a) Fonetik Artikulasi / Artikulatori
Mengkaji cara-cara sesuatu bunyi dilafazkan Melibatkan daerah artikulasi dan organ artikulasi yang berfungsi melafazkan bunyi dalam bahasa. Daerah artikulasi bahagian saluran suara ( biasanya tidak bergerak ) tetapi disentuh oleh organ artikulasi semasa berlakunya sesuatu lafaz. Organ artikulasi organ yang digunakan bagi menghasilkan bunyi

JENIS-JENIS FONETIK
b) Fonetik Auditori

Berkenaan pendengaran dan proses yang wujud apabila kita menerima bunyi dan bagaimana bunyi itu dirasai/didengari. Melibatkan otak dan telinga. Bunyi dibawa oleh angin dan kita menerimanya menggunakan telinga.

JENIS-JENIS FONETIK
b) Fonetik Auditori

Proses menerima bunyi; o Gelombang bunyi o Gegendang telinga bergetar o Bahagian tengah telinga memanjangkan getaran daripada gegendang telinga dan menyalurkannya ke bahagian dalam telinga.

b) Fonetik Auditori o Jendela bujur pada koklea (terdapat pada bahagian dalam telinga)boleh bergetar dan menyalurkan gelombang bunyi kepada cecair di dalam koklea. o Getaran ini menyebabkan pembahagi membran bergetar. o Maklumat disalurkan ke otak melalui nadi auditori. o Otak memproses dan memberi garis kasar pada mesej itu supaya dapat diterima akal. o Pendengar merangka semula ayat yang berasal daripada otak penutur.

JENIS-JENIS FONETIK

JENIS-JENIS FONETIK
c) Fonetik Akustik

Mengkaji gelombang udara yang membawa bunyi ke telinga.


Mengkaji hakikat bunyi dan klasifikasi bunyi berdasarkan hakikatnya bunyi itu

c) Fonetik Akustik Melibatkan ciri fizikal ucapan bahasa iaitu : Nada


o Bergantung pada kekerapan (frekuensi) getaran pita suara o Nada bunyi vokal dan bunyi bersuara lebih ketara didengari berbanding nada bunyi tak bersuara dan bunyi bisikan o Vokal depan [i, e, ] mempunyai nada yang lebih tinggi berbanding vokal belakang [, u, o, a] o Nada suara perempuan lebih tinggi daripada suara lelaki (perempuan 240 pusingan sesaat, lelaki 150 pusingan sesaat)

JENIS-JENIS FONETIK

JENIS-JENIS FONETIK
c) Fonetik Akustik Kelantangan
Satu bunyi dikira lantang apabila bunyinya lebih panjang daripada bunyi yang mendampinginya. Bunyi yang padat lebih lantang. Cth: bunyi s dan sy yang padat lebih lantang daripada bunyi f dan v Bunyi yang lantang akan menghasilkan getaran. Apabila bunyi atau suku kata ditekan, tekanan udara akan bertambah dan kesannya lebih luas amplitud getaran dapat dihasilkan.

JENIS-JENIS FONETIK
c) Fonetik Akustik Kepanjangan o Tempoh kepanjangan bunyi atau suku kata bergantung kepada kelajuan sesuatu ujaran (diukur dengan spektogram/osilogram) o Pukul rata 6-20 fonem /segmen dalam 21 saat. Semua ciri ini boleh diterangkan menggunakan spektogram

JENIS-JENIS FONETIK
c) Fonetik Akustik 2 jenis bunyi dalam fonetik akustik
o bunyi periodik terhasil apabila jarak antara pusingan adalah sama, memberi sensasi nada yang jelas. o Bunyi aperiodik tidak mempunyai harmoni dasar, misalnya bunyi bising menyebabkan kita tidak dapat mendengar nada bunyi sejelas bunyi periodik

ALAT-ALAT ARTIKULASI Alat/ organ yang berfungsi mengeluarkan bunyi bahasa, Dari segi pergerakan terbahagi 2 iaitu a) aktif boleh digerakkan lidah, bibir, lelangit lembut, dan gigi bawah b) pasif tidak boleh digerakkan gigi atas, lelangit keras. Alat-alat penghasilan bunyi terbahagi kepada 3 iaitu a) organ/alat bahagian dalam tubuh: paru-paru, trakea (tengggorok), kotak suara, pita suara, epiglotis dan farinks. b) alat artikulasi: bibir (atas dan bawah), lidah (hujung, depan, belakang), gusi, batas gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, gigi (atas, bawah) c) daerah artikulasi : gusi, lelangit keras, gigi atas

ALAT-ALAT ARTIKULASI 1) Lidah Hujung lidah boleh gerak ke depan dan belakang Depan lidah boleh diangkat ke atas menyentuh lelangit keras Belakang lidah (akar lidah) boleh diangkat menyentuh lelangit lembut 2) Bibir Bibir atas dan bawah boleh bersentuhan Bibir atas boleh menyentuh gigi bawah dan sebaliknya 3) Gigi Gigi bawah boleh menyentuh bibir atas

ALAT-ALAT ARTIKULASI 4)Lelangit lembut Boleh digerakkan ke bawah bagi menyentuh belakang lidah untuk menghasilkan bunyi sengau 5) Lelangit keras Pasif dan boleh disentuh oleh alat artikulasi aktif seperti depan lidah

SEKIAN TERIMA KASIH


Oleh, MOHAMED SHAHREN BIN ABDULLAH

JABATAN PENGAJIAN MELAYU INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT, JOHOR.

Anda mungkin juga menyukai