Anda di halaman 1dari 4

Nota Fonetik dan Fonologi

Konsep Fonologi (ilmu bunyi)


-Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi bahasa.
-Kajian yang dilakukan mengenai pola bunyi bahasa iaitu tentang bunyi-bunyi yang
berfungsi dalam sesuatu bahasa.

Konsep Fonetik
-Fonetik ialah kajian tentang bunyi bahasa yang dihailkan oleh manusia dan memberi
lambang kepada bunyi tersebut.
-Kajian terhadap bunyi fizikal percakapan manusia.
-Fonetik mempelajari cara kerja organ tubuh manusia, terutama berhubungan
dengan penggunaan bahasa.
Jenis-jenis Fonetik (Tiga Jenis Fonetik)

Fonetik Artikulasi ( Sebutan )


-Kajian dari segi gerakan alat-alat yang menghasilkan bunyi 
-Mengkaji bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan atu dikeluarkan oleh alat
artikulasi 
-Ianya memberikan kepandaian berucap kepada seseorang.
-Fonetik jenis ini menerangkan kedudukan alat artikulasi dan cara ianya berfungsi
sewaktu menghasilkan bunyi bahasa
-Melibatkan daerah dan organ artikulasi yang berfungsi melafazkan bunyi-bunyi
bahasa.

Fonetik Auditori ( Pendengaran )


-Kajian yang berkaitan dengan pendengaran terhadap bunyi-bunyi yang dihasilkan.
Ianya mengkaji bunyi bahasa sebagai sesuatu yang diterima oleh pendengar
-Pendengaran bunyi dapat menentukan jenis-jenis dan perbezaan di antara bunyi.

Fonetik Akustik ( Sifat Bunyi )


-Kajian yang mengkaji tentang sifat-sifat atau hakikat bunyi itu sendiri.
-Kajian dari segi sifat bunyi
-Bunyi adalah gelombang-gelombang udara yang asalnya keluar dari paru-paru dan
kemudiannya mengalami perubahan yang dilakukan oleh alat-alat artikulasi seperti
pita suara, lidah, bibir dan sebagainya.
Perbezaan antara Fonetik dan Fonologi

Fonetik Fonologi
1) Kajian tentang bunyi bahasa. 1) Kajian tentang sistem bunyi
bahasa.
2) Kajian terhadap bunyi fizikal 2) Kajian yang dilakukan mengenai
percakapan manusia pola bunyi bahasa
3) Fonetik juga mempelajari cara 3) Ilmu tentang perbendaharaan
kerja organ tubuh manusia, terutama fonem sesebuah bahasa
yang berhubungan dengan
penggunaan bahasa
4)Menghasilkan transkripsi fonetik 5) Menghasilkan sistem ejaan
untuk semua bunyi dari semua sesuatu bahasa.
bahasa.
Rujukan

Fitri Norlida (2014, Jun 19 ). Perbezaan Fonetik dan Fonologi . Diakses pada
september 2020, 1 dari
https://www.slideshare.net/fitri91/perbezaan-fonetik-fonologi

Jalalludin Ibrahim (2012, JUN 20 ). Fonetik dan fonologi. Diakses pada september
2020, 1 dari
https://www.slideshare.net/JalalludinIbrahim/fonetik-dan-fonologi-13391369

Sufirawahil (2013, November 18 ). Perbezaan Fonetik dan Fonologi . Diakses pada


september 2020, 1 dari

http://rawahillvillage.blogspot.com/2013/11/perbezaan-fonetik-dan-fonologi.html

Anda mungkin juga menyukai