Anda di halaman 1dari 5

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA NOTASI MUZIK MELALUI AKTIVITI SARUNG TANGAN

AJAIB DENGAN PERMAINAN REKODER DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4


MUHAMMAD SHARIF BIN MUHAMAD
EN. MAH KOK HENG
JABATAN PENDIDIKAN MUZIK
Madumanja93@gmail.com
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membaca notasi muzik dalam permainan rekoder dalam
kalangan murid Tahun 4. Kajian ini dilakukan setelah saya mendapati murid tidak dapat meniup rekoder dengan lancar
kerana lemah dalam pembacaan notasi. Perkara ini dapat dilihat semasa pengalaman praktikum yang lepas. Murid
tidak biasa untuk membaca notasi baluk yang ditunjukkan. Masalah ini berlaku apabila murid terbiasa dengan membaca
notasi abjad semasa meniup rekoder. Perkara ini telah membantutkan pengetahuan mereka dalam membaca notasi
baluk. Kajian ini telah melibatkan enam belas 16 orang murid. Sehubungan itu, saya telah memilih untuk melaksanakan
aktiviti sarung tangan ajaib untuk membantu murid meningkatkan kemahiran membaca skor. Secara tidak langsung
murid - murid juga dapat memainkan rekoder dengan lebih lancar. Sebanyak tiga 3 instrumen dipilih untuk mengumpul
data awal mengenai tahap pengetahuan murid dan latar belakang masalah. Antaranya adalah ujian pra dan pasca,
pemerhatian dan temu bual. Instrumen dijalankan secara berperingkat mengikut aktiviti. Kesemua data yang diperolehi
akan dipersembahkan dalam bentuk grafik. Dapatan menunjukkan keputusan yang positif bagi kemahiran murid
membaca skor baluk dengan pelaksanaan aktiviti. Hal ini menjelaskan bahawa aktiviti sarung tangan ajaib mampu
meningkatkan kemahiran murid membaca skor baluk dan bermain rekoder. Sepanjang aktiviti dijalankan murid berminat
untuk mengambil bahagian dan memberikan sumbangan. Murid juga dapat belajar sambil bermain. Untuk kajian
seterusnya, saya mencadangkan aktiviti ini digunakan untuk meningkatkan kemahiran mencipta melodi dan juga
menepuk corak irama.
Abstract
The purpose of this study is to improve the sight reading of music notation while playing recorder among Pupils
of Year 4. The study was conducted after I found that the pupils could not blow the recorder smoothly because they
could not read the music notation. This can be seen during the past practical experience. Students are not able to read
the notation of the notation shown. This problem occurs when the students are accustomed to read alphabetic notation
while playing recorder. This has hindered their knowledge in reading the music notation. In that regard, I have chosen
to carry out magical glove activities to help students improve score reading skills. Indirectly, pupils can also play the
recorder more smoothly. 3 instruments were selected to collect early data on the level of student knowledge and
problems. Among them are pre and post trials, observations and interview. The study showed positive results for the
students' ability to read the notation with the implementation of activities. This explains that magical glove activity is able
to improve the skill of the students to read the scores and play recorder. For the next study, I suggest that this activity
to improve the skills of creating melodies and also pat the rhythm pattern.
Keyword : magic glove, notation, recoder

PENGENALAN
Pendidikan muzik di sekolah rendah untuk memperkembangkan minat murid terhadap bidang muzik di
samping mencungkil bakat dan kreativiti dalam diri mereka . Program ini juga dapat mengasah bakat mereka
untuk menjadi seorang yang berkebolehan dalam pelbagai bidang . Aktiviti yang dilakukan dapat membantu
murid untuk mengeksporasi kebolehan yang ada secara lebih mendalam.
Menurut Dokumen Standart Kurikulum Dan Pentaksiran Pendidikan Muzik Tahun Empat yang
diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, dalam Modul Membaca dan Menulis Notasi Muzik murid
- murid sepatutnya dapat menulis notasi muzik pada baluk dengan betul dan tepat secara konsisten. Dalam
Modul Pengalaman Muzik pula , murid sepatutnya dapat bermain alat muzik seperti rekoder dengan
mengaplikasikan elemen muzik sekpresif dan konsisten.
Pendidikan Muzik di sekolah dalam Kurikulum Standart Sekolah Rendah (KSSR) lebih menekankan
kepada pemerolehan ilmu pengetahuan tentang muzik dan membina kemahiran muzik secara amali murid
melalui aktiviti muzik vokal dan instrumental. Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah juga bermatlamat
untuk melahirkan insan kreatif yang berpengetahuan serta dapat menghayati dan menikmati muzik secara
intelektual menerusi aktiviti muzik (Kementerian Pendidikan Malaysia).
Sehubungan dengan itu, kertas cadangan ini dihasilkan untuk membantu meningkatkan kemahiran
murid membaca notasi baluk melalui aktiviti sarung tangan ajaib dengan permainan rekoder. Murid - murid
yang terlibat adalah murid tahun 4 dan beberapa instrumen telah digunakan bagi mengumbul data awal
tentang masalah murid antaranya adalah ujian temu bual,soalan tinjauan dan pemerhatian. Aktiviti sarung
tangan ajaib dilaksanakan bagi membantu murid dalam meningkatkan kemahiran yang disasarkan dan
seterusnya menanam perasaan minat dalam bidang muzik dalam diri murid.
FOKUS KAJIAN
Kebolehtadbiran
Kajian ini juga sangat praktikal dilaksanakan kerana data mudah diperolehi dalam situasi pengkaji.
Pengkaji secara langsung terlibat untuk mengajar murid kelas berkenaan. Proses pengumpulan data dan
pelaksanaan kajian adalah dalam kawalan dan capaian pengkaji. Sememangnya pengkaji mempunyai
keupayaan untuk menjalankan intervensi ini kerana pengkaji merupakan pelajar dalam pengkhususan muzik.
Tiada halangan juga kepada peserta kajian kerana mereka juga terlibat dengan sesi pengajaran dan
pembelajaran. Proses ansur maju dan berperingkat mampu memberikan keupayaan untuk murid mengikuti
kajian ini.
Kepentingan
Kajian ini dijalankan untuk memperbaiki proses pengajaran dan pemudah cara yang dilaksanakan
oleh pengkaji. Kajian ini penting agar peserta kajian dapat mengenalpasti punca masalah dan menyelesaikan
masalah yang dihadapi dalam proses pengajaran dan pemudah cara. Kajian ini bukan sahaja dapat
meningkatkan mutu pendidikan sekolah rendah malahan juga menunjukkan jalan penyelesaian kepada
masalah yang dihadapai dek kerana isu kajian adalah agak umum yang dihadapi oleh murid di sekolah
rendah. Kegagalan murid untuk membaca skorr akan menjadi besar apabila mereka mula belajar topik yang
lebih susah atau belajar alat muzik yang lain . Perkara ini telah menunjukkan kepentingan kajian ini
dilaksanakan bagi memberi kelancaran kepada murid bagi sesi pembelajaran yang akan datang.
Kebolehgunaan
Kajian ini dapat digunakan sebagai platform untuk mengatasi masalah membaca notasi yang dihadapi
oleh murid tahun 4 Ibnu Khaldun. Pengkaji perlu memastikan kajian ini boleh digunakan pada waktu
pendidikan muzik. Pengkaji juga perlu memastikan supaya kajian dapat digunakan semula bagi kelas yang
lainnya. Guru - guru yang menghadapai masalah yang sama boleh menggunakan kajian ini bagi membantu
proses pengajaran dan pemudah cara agar lebih berkesan. Data - data yang diperolehi juga dapat digunakan
untuk kajian yang seterusnya.
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Objektif Kajian
i) Meningkatkan kemahiran mengenal notasi melalui aktiviti sarung tangan ajaib.
ii) Meningkatkan kemahiran membaca notasi bagi keratan melodi melalui aktiviti sarung tangan ajaib
dengan pengaplikasian permainan kecil.
iii) Meningkatkan kemahiran membaca notasi lagu Marry had a Little Lamb melalui aktiviti sarung tangan
ajaib dengan permainan rekoder.
Soalan Kajian
i) Dapatkah murid meningkatkan kemahiran mengenal notasi melalui aktiviti sarung tangan ajaib?
ii) Dapatkah murid meningkatkan kemahiran membaca notasi bagi keratan melodi melalui aktiviti sarung
tangan ajaib dengan pengaplikasian permainan kecil?
i) Dapatkah murid meningkatkan kemahiran membaca notasi lagu Marry had a Little Lamb melalui
aktiviti sarung tangan ajaib dengan permainan rekoder?
PESERTA KAJIAN
Peserta kajian adalah terdiri daripada murid - murid tahun 4 Ibnu Khaldun yang mempunyai bilangan
seramai 38 orang. Kelas ini terdiri daripada 15 orang pelajar lelaki dan 23 orang pelajar perempuan. Setelah
mengajar rekoder dalam kelas tersebut , saya mendapati terdapat beberapa orang murid yang menghadapi
masalah untuk membaca skor lagu dengan baik. Masalah ini telah membuatkan mereka tidak dapat
memainkan rekoder dengan lancar. Bilangan yang telah dikenalpasti adalah seramai 16 orang yang terdiri
daripada 10 murid lelaki dan 6 murid perempuan. Bilangan murid yang ramai dalam kelas tersebut menjadi
halangan untuk pengkaji menumpu perhatian terhadap murid - murid yang tidak dapat menguasai permainan
rekoder ini. Oleh itu , kajian ini dilaksanakan bagi membantu murid - murid ini dalam memperbaiki kemahiran
mereka. Kebanyakan murid dalam kelas ini tinggal di kawasan perumahan sekitar sekolah . Mengikut
maklumat yang didapati, murid murid menghafal skor lagu dengan menulis notasi abjad di bawah
baluk.Perkara ini menjejaskan kemahiran membaca skor lagu dan notasi pada baluk.
Dalam kalangan murid kelas ini hanya beberapa orang sahaja yang mempunyai pengetahuan dalam asas
muzik . Sepanjang kelas berlangsung , murid - murid dilihat mempunyai minat yang amat tinggi untuk
mempelajari kemahiran bermain rekoder .
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Aktiviti pertama dimulakan dengan murid - murid diperkenalkan dengan garisan baluk dan juga klef
trebel.Pengenalan baluk dimulakan dengan garisan baluk. Murid diterangkan kedudukan not muzik pada
baluk. Aktiviti yang kedua dimulakan dengan sambungan daripada aktiviti yang pertama. Pengenalan not
pada garisan baluk dimulakan terlebih dahulu. Setiap not diperkenalkan dengan garisan yang paling bawah
sehingga garisan yang teratas. Jadi not pada garisan adalah E,G,B,D dan juga F. Setiap not tersebut akan
diberikan perkataan untuk membentuk ayat yang lebih senang dihafal. Perkataan tersebut adalah seperti
berikut : E = Emak , G = Gosok , B = Baju , D = Dengan , F = Fab. Aktiviti diteruskan dengan pengenalan not
yang berada pada ruang baluk . Not yang terlibat adalah F, A ,C dan juga E. Murid diminta untuk menghafal
perkatan face bagi kedudukan not pada ruang baluk. Aktiviti ketiga murid akan diberikan sarung tangan
ajaib. Pada sarung tangan tersebut telah terdapat not pada jari dan juga ruang jari . Murid diminta untuk
membaca ayat emak gosok baju dengan fab sambil memegang jari yang terdapat not yang diwakili
perkataan tersebut. Murid kemudiannya dibahagikan kepada 4 kumpulan kecil. Setiap kumpulan
mengandungi 4 orang ahli. Dalam kumpulan, seorang murid akan menunjukkan jari atau ruang jari. Ahli
kumpulan yang lain diminta untuk menyebut perkataan dan juga not bagi jari yang ditunjukkan. Setiap
kumpulan akan diberikan keratan melodi mudah sepanjang 8 bar. Murid diminta untuk membaca notasi
sambil melakukan perkusi badan bagi irama terhadap melodi yang diberikan. Setiap kumpulan diberikan
masa untuk berlatih dalam kumpulan masing - masing. Setelah itu , setiap kumpulan akan membuat
persembahan mengikut kreativiti masing - masing di hadapan kumpulan yang lain. Murid dipaparkan dengan
skor lagu Mary Had A Little Lamb. Aktiviti dimulakan dengan pengukuhan pembacaan skor lagu secara lisan.
Setelah itu , murid dibekalkan dengan rekoder. Murid kemudiannya akan membaca melodi lagu sambil
melakukan penjarian pada rekoder tanpa meniupnya. Seterusnya, murid akan dibimbing meniup rekoder bagi
lagu Mary Had A Little Lamb bar demi bar. Pemerhatian terhadap tingkah laku murid dilakukan sepanjang
setiap aktiviti dilaksanakan. Mengikut giliran , setiap kumpulan perlu melakukan persembahan dengan
kumpulan masing - masing meniup rekoder bagi lagu yang diberikan.
Kaedah pengumpulan data yang telah digunakan adalah ujian pra dan pasca, pemerhatian dan temu
bual. Setiap data akan dipersembahklan dalam bentuk grafik untuk melihat perbandingan yang lebih jelas.
Data ujian pra dan pasca yang dikumpulkan dianalisis dengan mengambil kira bilangan murid yang mencapai
tahap baik , sedehana dan lemah dan sangat lemah dalam pembacaan skor lagu Mary Had A Little Lamb.
Jumlah kekerapan bagi setiap tahap akan ditukarkan kepada nilai peratus. Proses ini juga turut dilaksanakan
pada ujian amali meniup rekoder. Kaedah pemerhatian dipilih untuk melihat respon dan tindak balas murid
terhadap aktiviti yang dilakukan. Temu bual berstruktur dilaksanakan untuk mendapatkan maklumat dan data
tentang perkara yang telah dipelajari. Beberapa soalan tentang kemahiran membaca notasi diberikan.
Pengkaji juga memberi penekanan terhadap perasaan dan pengalaman murid terhadap aktiviti yang telah
dilakukan. Pengkaji juga turut melihat perkembangan dan komitmen yang disumbangkan dalam setiap aktiviti
yang disediakan. Setiap perincian yang diperolehi telah dilengkapkan dalam jadual. Kesahan data yang telah
dikumpul dan dianalisis disemak dengan cara triangulasi. Triangulasi merupakan proses menggunakan
pelbagai teknik pengumpulan data dan dilakukan untuk meningkatkan kesahan data (Kartini Abdul Mutalib
et al., 2012).
DAPATAN KAJIAN
Melalui dapatan pemerhatian, temu bual dan ujian kita dapat merumuskan permainan kecil dalam
aktiviti kajian ini dapat menunjukkan peningkatan yang baik kepada peserta kajian. Secara keseluruhan
peningkatan dapat dilihat pada ujian ra dan pasca. Perbezaan pada tahap yang mampu dicapai oleh peserta
sebelum dan selepas amat ketara. Sesi temu bual juga menunjukkan keputusan yang seiring. Keputusan
yang diperoleh juga menunjukkan murid bukan sahaja dapat menguasai kemahiran yang diuji tetapi juga
dapat berseronok dengan aktiviti yang disediakan.
Bagi melihat perkembangan dan peningkatan yang lebih khusus terhadap kemahiran peserta kajian,
dapatan daripada pemerhatian boleh digunakan. Pencapaian peserta direkodkan secara berperingkat dari
semasa ke semasa. Perkembangan peserta dinilai awal sehingga akhir kajian dijalankan. Bilangan peserta
yang berada pada tahap lemah dan sangat lemah berkurang dan bilangan peserta yang berada pada tahap
sederhana dan baik semakin bertambah.
REFLEKSI
Terdapat beberapa kelebihan dan juga kelemahan yang dapat diperhatikan semasa aktiviti sarung
tangan ajaib ini dijalankan. Penggunaan bahan maujud dilihat lebih menarik minat pelajar untuk menguasai
sesuatu isi pembelajaran. Perkara ini membolehkan murid untuk menghafal setiap not dengan cepat dan
mudah dengan hanya memakai sarung tangan dan membaca not padanya. Elemen visual dapat
meningkatkan keberkesanan pembelajaran murid kerana ia dapat menarik perhatian murid (Levin dan Mayer,
1993).Kenyataan ini turut disokong oleh Underwood (1989), yang merumuskan bahawa ingatan visual
memainkan peranan penting dalam pembelajaran. Visual adalah lebih mudah diinterpretasi dan diterapkan
oleh otak berbanding dengan lisan atau perkataan sahaja.
Murid - murid juga dilihat masih memainkan permainan yang dijalankan semasa aktiviti dilakukan
walau pun diluar waktu kajian dilakukan. Keadaan ini telah menyumbang kepada keberkesanan kemampuan
sarung tangan tersebut untuk membantu murid mengatasi masalah membaca notasi muzik. Menurut Juriah
Long, Raminah Sabran dan Sofia Hamid (1990), permainan dapat menimbulkan situasi pembelajaran yang
menggembirakan murid di samping memupuk semangat bersaing di antara murid - murid. Dalam masa
mereka bergembira di samping itu juga mereka dapat mengukuhkan ingatan terhadap kedudukan not dan
seterusnya meningkatkan kemahiran membaca notasi. Cassidy dan Pasley (2013), turut menyokong dengan
kenyataan bahawa kaedah belajar sambil bermain merangsang murid melibatkan diri dalam aktiviti sambil
belajar dengan menggunakan ilmu pengetahuan yang sedia ada.
Dinamik aktiviti yang perlahan dalam pelaksanaan tindakan telah menyebabkan murid berasa bosan
pada awal pelaksaan. Murid - murid dilihat sukar untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap perkara
yang ingin diajarkan. Keadaaan ini telah menyebabkan beberapa murid tidak dapat menguasai kemahiran
dengan lebih cepat berbanding rakan yang lain. Proses pembelajaran terpaksa diulang beberapa kali bagi
memastikan pengutkuhan yang labih bagi memantapkan ingatan terhadap keduduakn not pada baluk.
Kelemahan ini telah menyebabkan pengkaji terpaksa mengambil masa yang lebih lama berbanding yang
dirancangkan bagi aktiviti di permulaan iaitu aktiviti 1 dan juga 2.
Setelah tindakan dilaksanakan dan melihat situasi yang berlaku terhadap keseluruhan kajian,
pengkaji telah meneliti beberapa penambahbaikan terhadap aktiviti sarung tangan ajaib ini. Perkara yang
menjadi keutamaan adalah arahan yang jelas dan penetapan peraturan sebelum sesuatu aktiviti dijalankan.
Perkara ini amat penting bagi menjaga tingkah laku dan disiplin murid semasa kajian dijalankan. Murid - juga
akan dapt memberikan tumpuan yang lebih terhadap isi pembeajaran. Selain itu , pengkaji juga dapat
mengawal kelas dengan lebih baik dan memberikan sumbangan 100 % terhadap objektif utama kajian dan
aktiviti.
Harapan pengkaji terhadap aktiviti sarung tangan ajaib adalah agar perkara ini dapat diteruskan oleh
murid -murid di sekolah tersebut. Kejayaaan murid dalam menguasai asas kemahiran dalam bidang muzik
dapat membantu mereka untuk terus minat dan mempelajari kemahiran yang lainnya. Pengkaji juga berharap
agar sumbangan ini mampu memberikan pengalaman dan ilmu yang berharga kepada semua murid yang
terlibat.
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Setiap orang mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri dan berbeza. Cara penerimaan dan
masa yang diambil untuk memahami sesuatu topik pembelajaran juga berbeza. Perbezaaan ini memberikan
variasi dalam satu bilik darjah. Adalah menjadi keperluan guru untuk bersifat fleksibel untuk mempelbagaikan
teknik dan pendekatan pengajaran. Santrok (2001), telah menyatakan bahawa gaya adalah salah satu cara
seseorang mengggunakan keupayaan. Manakala, gaya pembelajaran bermaksud cara yang digemari oleh
seseorang untuk belajar. Keperluan akan kepelbagaian ini telah memberikan saya ilham untuk sentiasa
meneliti pengajaran dan berubah mengikut keperluan dan tahap kemampuan murid.
Kajian tindakan yang dijalankan oleh pengkaji telah menunjukkan peningkatan dari segi pencapaian
dan kemahiran murid dalam membaca notasi muzik serta memainkan rekoder. Merujuk kepada hasil yang
diperolehi dan pencapaian murid, aktiviti sarung tangan ajaib ini berkesan dalam meningkatkan kemahiran
murid membaca notasi muzik. Walau bagaimanapun, tindakan intervensi ini masih boleh ditambah baik
dengan mengaplikasikannya pada kitaran yang kedua.
Penambahbaikan boleh dibuat pada alatan yang digunakan itu sendiri. Pengkaji mungkin boleh
mencari dan menggunakan alatan yang lebih berkualiti agar ketahanannya lebih lama. Hal ini juga dapat
diseimbangkan dengan tingkah laku murid yang aktif. Penggunaan warna pada alatan juga boleh diperbaiki.
Penggunaan warna boleh divariasikan bagi menarik minat murid untuk lebih menumpukan perhatian. Setiap
not yang digunakan pada jari boleh disamakan dengan kedudukan pada garisan baluk. Dengan itu , murid
dapat melihat persamaan dengan lebih jelas antara alatan dan juga konsep yang ingin dipelajari.
Seterusnya, pengkaji berpendapat bahawa intervensi yang dilakukan dapat digunakan untuk
pembelajaran konsep yang lainnya seperti pengusaaan kemahiran menepuk irama dan mencipta melodi
mudah bagi murid - murid di sekolah rendah. Jika intervensi ini digunakan murid akan dapat melihat
kesinambungan terhadap topik yang akan dipelajari. Jadi guru hanya perlu untuk mengubah aktiviti yang
perlu digunakan dan dapat terus menggunakan bahan yang dicipta.
RUJUKAN
Cassidy, G. G., & Paisley, A. M. (2013). Music-games: A case study of their impact. Research Studies in
Music Education, 35(1), 119-138. doi:10.1177/1321103x13488032

Juriah, L., Raminah, H. S., & Sofia, H. (1990). Perkaedahan pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur:
Fajar Bakti.

Kartini, A. M. (2012). Menguasai penyelidikan tindakan: Untuk PISMP dan DPLI. Hulu Kinta, Perak: Insitut
Pendidikan Guru Kampus Ipoh.

Mayer, R. E., Sims, V., & Tajika, H. (1994). A Comparison of How Textbooks Teach Mathematical Problem
Solving in Japan and the United States. American Educational Research Journal, 32(2), 443.
doi:10.2307/1163438

Rosinah, E. (2012). Penyelidikan tindakan: Kaedah dan penulisan.

Santrock, J. W. (2001). Child development. New York: McGraw-Hill.

Anda mungkin juga menyukai