Anda di halaman 1dari 5

Tugasan 2: Penulisan Aktiviti Muzikal

Pengenalan

Kaedah improvisasi adalah salah satu daripada kaedah Kodaly yang boleh
digunakan dalam proses PdPc (Pengajaran dan Pembelajaran). Pengaplikasian aktiviti
improvisasi sudah tentu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik
berjalan dengan lebih efektif. Improvisasi adalah salah satu cara untuk menentukan sama
ada murid dapat memahami konsep muzik yang dipelajari serta memberi keyakinan kepada
mereka (Saleh, A.).

Langkah-langkah Aktiviti

Aktiviti ini sesuai digunakan untuk murid-murid tahap dua yang telah mempunyai
pengetahuan sedia ada berkaitan dengan konsep ekspresi dan irama. Aktiviti ini adalah
aktiviti belajar sambil bermain dimana murid-murid akan berasa seronok semasa aktiviti
PdPc dijalankan sekaligus akan menarik minat mereka untuk meneruskan pelajaran.
Penglibatan murid dalam proses PdPc adalah sangat penting bagi mengekalkan fokus di
dalam kelas (Halim, M. H. A. 2010). Aktiviti yang akan dijalankan ini diberi nama “Among Us“.

Sebelum melakukan aktiviti, guru mestilah melakukan set induksi agar murid lebih
tertarik untuk belajar. Guru boleh menggunakan gambar dan audio, kucing dan singa untuk
menerangkan konsep ekspresi kepada murid-murid dimana singa untuk “Forte” dengan
nyanyian yang kuat, manakala kucing untuk “Piano” dengan nyanyi yang lembut. Proses
tersebut boleh menggunakan LCD projector dan pembesar suara yang akan mudahkan
guru.

Langkah Pertama

Langkah pertama adalah guru akan menyediakan satu keratan corak irama yang
dipaparkan di layar putih menggunaka LCD projector dan komputer riba. Corak irama
tersebut mestilah mempunyai sama ada kuaver, krocet atau minim. Not-not tersebut juga
mestilah di sebut dengan sebutan Cheve iaitu ti- , ta - , dan ta a - . Berikut adalah satu
contoh corak irama yang boleh digunakan oleh guru.

ti - ti - ti - ti ta ta
Gambar Rajah 1. Corak Irama Tersedia
Langkah Kedua

Langkah kedua adalah guru meminta murid untuk duduk dalam satu bulatan besar.
Seterusnya, guru akan menerangkan cara-cara untuk melakukan aktiviti ini kepada murid.
Terdapat 2 kad bergambar iaitu gambar Singa yang mewakili Forte (kuat) dan Kucing yang
mewakili Piano (lembut). Kad ini diberi nama “Kad Ekspresi”. Metronom dari aplikasi
“Youtube” dengan kelajuan 85 bpm akan dipasangkan pada pembesar suara sebagai
panduan untuk guru dan murid menyanyikan corak irama. Detik perlahan adalah sangat
berkesan sebagai permulaan untuk belajar apa jua konsep muzikal (Broody, W.).

Seterusnya, murid yang terpilih akan berjalan mengelilingi bulatan dari belakang
rakan-rakannya dan memilih siapa sahaja yang disukai dengan menunjukkan mana-mana
kad ekspresi pada rakan yang dipilih sama ada singa ataupun kucing. Rakan yang terpilih
akan diminta untuk menyanyikan corak irama yang telah diimprovisasi berdasarkan corak
irama tersedia seperti pada gambar rajah 1 secara spontan dengan dinamik (Kad Ekspresi)
yang diberikan. Setelah itu, murid yang dipilih tadi pula akan berjalan mengelilingi bulatan
dan memilih rakan yang lain untuk membuat improvisasi berdasarkan corak irama tersedia
dengan ekpresei yang diberi.

Murid yang gagal dan murid yang telah selesai melakukan aktiviti iaitu selepas
memilih rakannya tadi, akan ditempatkan di hadapan kelas sambil menari dengan gerakan
bebas mengikut tempo yang dimainkan. Aktiviti akan berlanjutan sehingga habis kesemua
murid di dalam bulatan.

ta ti - ti ta-a
Gambar Rajah 1. Corak irama yang bakal murid
nyanyikan secara spontan.
Langkah 3
Langkah seterusnya adalah, guru melakukan demonstrasi selepas memberi
penerangan tentang cara untuk bermain. Hal ini adalah untuk memberikan kefahaman ynag
lebih mendalam kepada murid agar aktiviti tersebut dapat berjalan dengan lebih lancar.

Kesimpulan

Kesimpulannya, guru mestilah bijak dalam mencipta aktivti PdPc yang menarik
didalam kelas agar murid tidak merasa bosan dan semakin menambah minat mereka untuk
belajar. Melakukan kaedah “improvise” adalah cara untuk menunjukkan bahawa seseorang
itu telah faham dan mahir tentang sesuatu konsep (Szwed, J. F. 2015).
Rujukan
Saleh, A. Improvisasi Musik. https://improvisasimusik.blogspot.com/2015/03/improvisasi-
musik.html.

Broody, W. (2020, July 9). How To Read Sheet Music: Step-by-Step Instructions. Musicnotes
Now. https://www.musicnotes.com/now/tips/how-to-read-sheet-music/.

Halim, M. H. A. (2010). Faktor-faktor mempengaruhi penglibatan murid dalam aktiviti


kokurikulum di sekolah rendah kebangsaan di daerah Kota Setar.

Szwed, J. F. (2015). Jazz 101: a complete guide to learning and loving jazz. Hachette Books.
Lampiran

1. Kad Ekspresi

ti – ti – ti – ti ta ta

2. Contoh corak irama tersedia

ta ti – ti ta

3. Contoh corak irama yang telah diimprovisasi oleh murid

Anda mungkin juga menyukai