Perspektif Behavioris
Skinner (1957) menyatakan ibubapa memainkan peranan yang penting dalam menyediakan perbendaharaan kata yang betul kepada anakanaknya. Ibubapa atau penjaga kanak-kanak boleh membantu perkembangan bahasa kanak-kanak dengan memberi peneguhan yang sesuai setiap kali kanak-kanak menyebut perkataan atau ayat dengan betul dan difahami.
Mengikut perseptif behavioris, setiap gerakbalas atau tingkahlaku yang menggunakan bahasa diteguhkan. Contohnya: Apabila seorang kanak-kanak berkata, Saya dahaga, nak minum. Ibunya bertindak balas dengan memberi minuman kepada kanak-kanak tersebut. Tindak balas ibunya hasil daripada perkataan dan bahasa yang digunakan oleh anaknya betul.
Kanak-kanak akan lebih gemar bercakap apabila ibubapanya seringkali memuji dan meneguhkan percakapannya. Ibubapa boleh memberi tindakbalas dengan melakukan gerakbalas yang selaras dengan percakapan kanak-kanak, memuji kanak-kanak apabila dapat menyebut sesuatu dengan betul atau berinteraksi dengan kanak-kanak menggunakan laras bahasa yang betul.
Perspektif Kognitif
Teori sosio kognitif pula menekankan tentang peranan pemodelan. Contoh: kanak-kanak meniru percakapan orang dewasa. Kanak-kanak mungkin mempelajari beberapa aspek dalam kemahiran bahasa apabila melihat dan mendengar percakapan orang lain. Mereka seterusnya akan meniru dan akan mengulanginya apabila diteguhkan.
Vygotsky melihat bahasa sebagai alat utama untuk interaksi sosial, pemindahan budaya dan menjana pemikiran individu. Kanak-kanak mempelajari bahasa secara berinteraksi setiap hari dengan orang-orang di persekitaran. Orang-orang dewasa akan mengubahsuai pertuturan mereka supaya sesuai dengan kefahaman kanakkanak. Percakapan seperti bayi dan kanak-kanak kecil dengan ayat-ayat mudah dan pendek disertai dengan intonasi yang pelbagai memberi bantuan kepada kanak-kanak untuk mempelajari bahasa. Ini memudahkan perkembangan bahasa berlaku. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 10
Perspektif Nativis
Perspektif Nativis berasaskan kepada teori perkembangan otat yang lebih cenderung melihat perkembangan bahasa berlaku secara dalaman dan diwarisi. Teori ini dipelopori oleh Naom Chomsky yang menyatakan proses perkembangan bahasa seseorang individu lebih kompleks daripada peneguhan kepada gerakbalas yang betul oleh Perspektif Behavioris atau mempelajari daripada orang dewasa melalui peniruan seperti yang ditegaskan oleh perspektif Sosio Kognitif.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 11
Chomsky mencadangkan perkembangan bahasa individu adalah merupakan proses dalaman dan dipengaruhi oleh individu itu sendiri. Ini bermaksud individu dilahirkan dengan keupayaan berbahasa yang tersendiri yang mana Chomsky melabelkannya sebagai Tatabahasa Universal. Tatabahasa universal ini adalah asas kepada semua bahasa yang ada. Kemahiran ini disifatkan oleh Chomsky sebagai satu pembelajaran bahasa yang ada pada setiap individu semenjak dilahirkan.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 12
13
Peringkat Pranatal
Pada minggu ke-30 sehingga ke-38, peparunya berkembang baik dan sudah berfungsi. Janin boleh mendengar bunyi kuat dan memberikan respons dengan menggerakkan kaki dan lengan.
14
Peringkat Bayi
Semenjak lahir bayi sentiasa mengeluarkan bunyi-bunyian. Tujuan komunikasi awal ini adalah untuk menarik perhatian ibubapa, penjaga dan orang-orang yang berada di sekitarnya. Bunyi dan isyarat pergerakan yang dilakukan oleh bayi berlaku melalui turutan yang tertentu pada tahun yang pertama:Menangis,Cooing,Babbling dan membuat isyarat: Pada usia 8-12 bulan, bayi menunjukkan kefahaman pada perkataan yang disebut. Bayi selalu mula menyebut perkataan pertama pada usia 1015 bulan.
15
Sebelum perkataan pertama disebut, bayi selalunya telah berinteraksi dengan ibubapa, penjaga melalui isyarat dan bunyi-bunyi mereka yang tersendiri. Perkataan pertama adalah kesinambungan daripada proses ini. Perkataan pertama bayi adalah perkataan yang penting dan dekat dengan mereka seperti orang-orang yang terdekat (papa, mama), kenderaan (kereta, car) mainan (bola), makanan (susu), anggota badan (mata), pakaian (baju) atau ucapan (bye-bye). Kadang-kala satu patah perkataan mereka boleh membawa pelbagai makna. Contohnya bola mungkin membawa maksud itu bola atau saya nak bola.
16
Secara purata, bayi memahami lebih kurang 50 perkataan pada usia 13 bulan, tetapi mereka masih tidak dapat menyebutnya sehingga dalam usia 18 bulan. Ini kerana, bagi bayi perkataan-perkataan yang difahami selalunya melebihi perkataan-perkataan yang diguna atau yang dapat disebut. Perbendaharaan kata bagi bayi akan meningkat dengan cepat setelah mereka dapat menyebut perkataan yang pertama.
17
Dalam usia 18 bulan mereka akan dapat menyebut dalam lingkungan 50 patah perkataan. Bilangan ini meningkat sehingga 200 patah perkataan pada usia 24 bulan (2 tahun). Peningkatan perbendaharaan kata yang cepat ini dipanggil vocabulary spurt.
18
Peringkat Kanak-kanak Model tahap perkembangan membaca dalam kalangan kanak-kanak dicadangkan oleh Chall, 1979.
19
20
21
22
24
Peringkat Remaja
Kemahiran bahasa bagi remaja meningkat dengan penggunaan ayat yang lebih kompleks. Setara dengan perkembangan kognitif mereka lebih abstrak, mereka sekarang dapat menganalisis pelbagai bentuk makna perkataan dalam sesuatu ayat. Remaja juga sudah boleh memanipulasi bahasa kepada bentuk peribahasa, perumpamaan, sajak, puisi dan sebagainya serta memahami bahasa yang ironik, berbentuk kritikal dan abstrak seperti sajak, puisi, cerpen, laporan dan sebagainya.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 25
Peringkat Remaja
Mereka boleh menyusun idea sebelum menulis mengenalpasti antara pendahuluan idea-idea utama dan penutup. Mereka juga mencipta dialek mereka sendiri menggunakan slanga dan jargon semasa berinteraksi sesama mereka. Ini juga merupakan salah satu ciri perkembangan sosial remaja yang ingin mempunyai identiti sendiri dan tergolong dalam kumpulan yang tertentu.
26
27
Pengaruh Biologi
Naom Chomsky (1957) menegaskan individu telah diprogramkan secara genetik untuk menguasai bahasa. Beliau menyatakan kanak-kanak dilahirkan dengan alat penguasaan bahasa atau LAD (Language Acquisition Device) - mekanisme penguasaan bahasa yang membolehkan mereka mengesan ciri-ciri dan peraturan dalam penggunaan bahasa yang digunakan di persekitaran. Kanak-kanak secara semulajadi mempunyai kebolehan untuk mengesan tatabahasa dan cara penggunaan bahasa tersebut. Contohnya: kata ganti nama, kata tanya.
28
Menurut kajian, kecederaan pada kawasan Broca dan kawasan Wernicke yang sama kedua-duanya terletak di hemisfera kiri otak boleh menyebabkan seseorang individu hilang keupayaan dalam berbahasa. Kawasan Broca adalah bahagian dalam otak yang mengawal pergerakan otot yang menghasilkan pertuturan. Manakala kawasan Wernicke adalah bahagian yang terlibat dalam memproses kefahaman berbahasa. Individu yang mengalami kecederaan di kawasan ini boleh bercakap tetapi percakapannya sukar difahami dan individu tersebut juga mempunyai kesukaran untuk memahami percakapan orang lain (Santrock, 2007).
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 29
Pengaruh Persekitaran
Keluarga dan persekitaran mempunyai pengaruh kuat ke atas kemahiran berbahasa. Sokongan serta pengaruh ibubapa dan guru penting dalam perkembangan bahasa kanak-kanak. Kajian mendapati jumlah masa interaksi antara ibubapa dan kanak-kanak serta status sosioekonomi ibubapa mempengaruhi perbendaharaan kata kanakkanak.
30
Pengaruh Persekitaran
Daripada kajian Betty Hart dan Todd Risley (Santrock, 2007) mendapati ibubapa dari golongan professional kurang bercakap dan kurang menerangkan sesuatu perkara dengan lebih lanjut kepada anak-anak. Dalam kajian lain, mendapati kanak-kanak yang mempunyai ibu yang kerap berkomunikasi dengan mereka mempunyai empat kali ganda lebih perbendaharaan kata daripada anak-anak yang mempunyai ibu yang pendiam.
31
Pengaruh Persekitaran
Kajian oleh pra sekolah di Amerika (1998-99) mendapati ibubapa yang membaca kepada anakanak mereka tiga hingga empat kali seminggu akan menyebabkan anak-anak ini mempunyai kemahiran berbahasa yang baik berbanding dengan ibubapa yang kurang berbuat demikian.
32
Menurut Piaget, pada peringkat ini kanak-kanak mengalami perkembangan pesat dalam proses operasi kognitif dan mengaplikasi kemahiran ini apabila berfikir tentang objek, situasi dan orang yang telah mereka lihat. Operasi kognitif adalah aktiviti mental dalaman yang membolehkan kanak-kanak mengubahsuai dan menyusun semula imej dan simbol dalam membuat rumusan atau keputusan yang logik.
33
Beberapa pemikiran yang beransur-ansur dikuasai oleh kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit ini ialah pengekalan terutamanya isipadu dan berat, mengklasifikasi dan mengkategori serta juga berupaya membuat perkaitan logik (relational logic). Kanak-kanak peringkat operasi konkrit boleh mengumpul benda-benda mengikut ciri-cirinya ke dalam kategori tertentu.
34
35
36
37
38
39