Anda di halaman 1dari 10

JABATAN PENDIDIKAN MUZIK

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

TUGASAN KERJA KURSUS


(PENULISAN ESEI)
SEMESTER: 3 TAHUN: 2

MZU3093
KAEDAH DAN PENDEKATAN PENGAJARAN
MUZIK

DISEDIAKAN OLEH:

MUHAMMAD AIMAN BIN MAHMOR


No. K/P: 000725-01-1381
Program: PISMP Ambilan Jun 2018
Kumpulan Akademik: ANGKA GILIRAN:

G3.4 2018172310017

PENSYARAH:

EDNA SHAMANI WELLINGTON


TARIKH HANTAR: 14/12/2020

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah
saya rujuki dan fahami.

Catatan (jika ada) Markah:

Tandatangan Pelajar:

Tarikh:

TUGASAN PENULISAN ESEI (PENTAKSIRAN BERTERUSAN)


1.0 Pengenalan

Kaedah Kodaly, Pendekatan Orff, dan Dalcroze merupakan kaedah dan pendekatan
yang sesuai untuk digunapakai dan diaplikasikan dalam pengajaran dan aktiviti
pembelajaran muzik di sekolah rendah. Hal ini kerana kaedah Kodaly berkait rapat dengan
bidang nyanyian, pendekatan Orff pula dengan permainan alat muzik, dan pendekatan
Dalcroze yang berkaitan dengan aktiviti gerakan. Bagi menghasilkan suasana PdPc yang
menarik dan menyeronokkan, guru mestilah berfikiran kreatif dan kritis dalam memikirkan
rancangan aktiviti dan kaedah yang akan digunakan dalam sesi Pdpc. PdPc yang menarik
akan menarik minat murid dan juga meningkatkan motivasi intrinsik murid sekaligus akan
menjayakan hasrat guru untuk mencapai objektif pembelajaran. Pada era globalisasi yang
semakin maju ini, guru boleh mengajar di dalam kelas dengan mengaplikasikan penggunaan
teknologi. Penggunaan teknolgi moden dalam proses PdPc akan memberikan menfaat
kepada guru dan murid dari pelbagai aspek. Dengan menggunakan teknologi dalam PdPc
juga akan menjadikan pembelajaran lebih berkesan sekaligus menjimatkan masa guru untuk
mengajar.

2.0 Analisis Rakaman Video “Goyang-Goyangkan Tulang Bersama-Sama”

Berdasarkan video dari pautan yang “Link” yang diberikan, dapat dilihat sekumpulan
murid-murid yang sedang melakukan aktiviti muzikal. Mereka menyanyi sambil menarikan
lagu “Goyang-Goyangkan Tulang Bersama-Sama” dengan gerakan yang sangat menarik
dan kreatif. Kostum yang digunakan juga adalah sangat bertepatan dengan tema iaitu
‘Tulang’ dimana ini akan meningkatkan lagi keseronokkan aktiviti yang dilakukan.

Daripada aktiviti muzikal yang dilakukan, ia akan dapat meningkatkan keyakinan


murid dalam mengekspresikan diri mereka selaras dengan hasrat pendidikan muzik abad
ke-21. Aktivit yang dilakukan seperti di dalam rakaman tersebut adalah dilakukan secara
berkumpulan. Dapat dilihat, seramai lebih kurang 14 orang murid yang menyertai aktiviti
tersebut. Persembahan dalam kumpulan akan meningkatkan keyakinan dan keberanian
murid dalam mengekspresikan diri mereka lebih-lebih lagi dalam aktiviti muzikal.
Sesetengah murid mempunyai perasaan malu dan sangat pasif di dalam kelas. Hal ini
sangat berkait rapat dengan faktor perbezaan individu dalam kalangan murid. Dalam sebuah
kelas, pastinya ada murid yang aktif dan ada juga yang pasif. Ia boleh dikatogerikan sebagai
intorvert dan extrovert. Aktiviti secara berkumpulan akan meningkatkan keyakinan dan juga
keberanian murid lebih-lebih lagu murid introvert yang pasif (Halim, M. H. A. 2010).
Seterusnya, aktiviti muzikal seperti ini juga adalah bagus kerana ia menggunakan
lagu dan pergerakan yang sangat mudah dan menyeronokkan. Lagu kanak-kanak yang
digunakan juga adalah sangat senang untuk dihafal sesuai oleh mereka yang berada di
tahap 1. Pergerakan yang dirancang juga adalah sangat mudah dan kreatif. Dengan
menggunakan lirik dan pergerakan yang mudah ini, murid-murid akan lebih berkeyakinan
dalam melakukan aktiviti. Kayakinan dalam sesuatu perkara akan meningkat sekiranya
seseorang itu mengetahui dan memahaminya dengan lebih terperinci.

Selain itu, aktiviti muzikal seperti ini juga akan boleh dijadikan sebagai pengalaman
murid-murid. Dengan adanya pengalaman, seseorang itu semestinya akan lebih
berkeyakinan bukan sahaja dalam mengekspresikan diri, malah dalam apa jua perkara.
Sebagai contohnya, murid akan sudah berani dan yakin untuk membuat persembahan
selepas beberapa kali mengalaminya. Perasaan “sudah biasa” akan timbul dalam murid-
murid menjadikan mereka sangat yakin dan berani untuk melakukan persembahan.
Pengalaman ini mungkin hanya bermula di dalam kelas, namun dari pengalaman ini lah
yang akan membawa sesorang murid itu pergi lebih jauh di masa yang akan datang.

3.0 Cadangan Bahan Bantu Mengajar berasaskan Teknologi

Pembelajaran abad ke-21 sangat mementingkan penggunaan teknologi dalam


pendidikan di setiap sekolah. Pelbagai manfaat yang boleh diterima diantaranya, ia dapat
menjimatkan masa guru untuk menyampaikan isi pelajaran, murid akan menjadi lebih
tertarik dan bermotivasi untuk belajar dan pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokkan.
Dengan mengaplikasikan penggunaan teknologi dalam proses PdPc, objektif pembelajaran
akan menjadi lebih mudah untuk dicapai dan pembelajaran juga akan menjadi lebih
berkesan.

Cadangan bahan bantu melajar (BBM) berasaskan teknologi yang sesuai diadaptasi
dan digunapakai dalam aktiviti muzikal adalah dengan menggunakan slaid integrasi.
“Animated Slide” ini boleh dicipta hanya menggunakan perisisan “Power Point”. Guru boleh
menyediakan sendiri slaid integrasi dengan sangat mudah. Bahan bantu mengajar seperti ini
sangat bagus dalam membantu guru dalam mengadakan aktiviti muzikal di dalam kelas.
Guru mestilah menyediakan slaid ini lebih awal kerana slaid ini sememangnya memerlukan
masa yang panjang untuk dihasilkan. Terdapat pelbagai komponen penting antaranya, lagu
kanak-kanak, lirik, skor, gambar, dan juga video yang mesti diletakkan di dalam slaid.
Hiasan dan tema slide juga mesti difikirkan oleh guru agar slaid integrasi ini menjadi lebih
menarik dan mampu menarik perhatian murid.
Kandungan dalam slaid integrasi adalah menjurus kepada aktiviti muzikal sebagai
contohnya menyanyi dan menari. BBM ini juga boleh dihiaskan dengan “gif” dan pelbagai
animasi lain bagi membuatkan ia lebih menarik. Warna slaid juga mestilah menggunakan
warna yang ceria dan terang supaya murid-murid dapat melihat slaid dengan lebih jelas.
Slaid juga mestilah menggunakan pelbagai media lain seperti gambar, dan video.
Penggunaan media seperti ini sangat membantu dalam memberikan pemahaman kepada
murid. Guru juga boleh meletakkan kod “QR” di dalam slaid bagi memudahkan pengaksesan
ke laman sesawang sebagai contohnya, youtube. Setiap slaid juga disediakan butang
“home” untuk kembali ke halaman utama slaid, butang “back” untuk ke halaman sebelumnya
dan butang “next” untuk ke halaman seterusnya. Butang ini akan memudahkan guru untuk
bergerak dari satu halaman ke halaman slaid yang lain.

Antara ini kandungan yang terdapat di dalam slaid adalah halaman pemilihan lagu,
halaman untuk memanaskan suara, lirik lagu, skor lagu, video lagu kanak-kanak, dan juga
idea pergerakan. Di halaman pemilihan lagu, guru boleh berbincang dengan murid untuk
memilih lagu yang akan dipelajari pada hari tersebut. Lagu-lagu yang disediakan pada slaid
adalah lagu rakyat selaras dengan falsafah Kodaly yang menyarankan penggunaan lagu
rakyat dalam kurikulum pendidikan muzik di sekolah . Untuk halaman pemanasan suara,
guru boleh menggunakan solfa yang telah disediakan. Ini akan menjimatkan masa guru
dimana urutan solfa tidak perlu ditulis di papan hitam/putih. Bagi halaman seterusnya, lirik
dan skor lagu disediakan mengikut pemilihan lagu yang dipilih. Setiap lagu telah disediakan
dengan lirik dan skor lagu masing-masing. Guru boleh menggunakan lirik dan skor lagu
untuk mengajar murid menyanyi atau juga menyanyi sambil memainkan alat perkusi.

Bagi halaman idea pergerakan, guru boleh menggunakan idea-idea pergerakan


yang telah disediakan sebagai penduan jika kekeringan idea. Setiap idea pergerakan yang
disediakan adalah berbeza dan mengikut tema lagu masing-masing. Seterusnya adalah
halaman video lagu. Halaman ini boleh digunakan untuk murid-murid melakukan pergerakan
yang telah dirancang seperti dihalaman yang sebelumnya iaitu halaman pergerakan. Video
lagu tersebut juga boleh digukan sebagai latar belakang sekiranya guru ingin murid-
muridnya melakukan persembahan dihadapan kelas.
Dengan mengaplikasikan penggunaan teknologi terkini dalam proses PdPc, objektif
pembelajaran akan lebih mudah untuk dicapai. “Animated Slide” adalah salah bahan bantu
mengajar yang sangat efektif dalam mencapai pembelajaran berkesan. Proses PdPc juga
akan menjadi lebih tersusun dan sangat bersistematik. Murid-murid juga akan lebih tertarik
untuk belajar dengan adanya menggunaan gambar, video, dan animasi yang terdapat dalam
slaid integrasi yang disediakan guru.

3.0 Pengintegrasian Aktiviti Muzikal

Pendekatan Orff, dan Dalcroze merupakan kaedah dan pendekatan yang paling
sesuai diintegrasikan dan diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran aktiviti muzik di
sekolah rendah. Kurikulum muzik di sekolah mengaplikasikan pendekatan dan kaedah ini
adalah kerana Kaedah Kodaly berkait rapat dengan bidang nyanyian, Pendekatan Orff pula
dengan permainan alat muzik, dan Pendekatan Dalcroze pula berkait dengan aktiviti
pergerakan. Ketiga-tiga kaedah dan pendekatan ini dapat diintegrasikan mengikut modul-
modul dalam sukatan pendidikan muzik sekolah rendah. Guru muzik di sekolah mestilah
sentiasa kreatif dalam merancang sesi pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan
dengan memikirkan bahan sumber berunsur teknologi yang sesuai untuk digunakan
mengikut tahap kebolehan murid-murid.

Berdasarkan bahan bantu mengajar yang telah dicadangkan, pengintegrasian


gabungan aktiviti muzikal berdasarkan kaedah Kodaly, pendekatan Orff dan Dalcroze boleh
dilakukan di dalam kelas. Slaid integrasi yang telah saya cadangkan juga mempunyai aktiviti
yang sangat berkait rapat dengan kaedah dan pendekatan ketiga-tiga tokoh tersebut.
Disamping itu, 3 konsep muzik yang boleh dikaitkan semasa proses pembelajaran adalah
melodi, irama, dan juga bentuk. Slaid integrasi yang dicadangkan adalah sangat sesuai
untuk mengajarkan 3 konsep muzik yang dipilih.

Langkah pertama adalah dengan membuat pemanasan suara. Pemanasan suara


adalah sangat penting bagi mengelakkan kecederaan semasa menyanyi. Berdasarkan slaid
integrasi, saya akan melakukan pemanasan suara dan latihan nyanyian solfa seperti yang
dipaparkan pada slaid. Solfa ‘Do’,’Re’,’Mi’,’Fa’,’So’,’La’, dan ’Ti’ di susun secara
bertangga/meningkat akan memudahkan murid untuk memahami pic rendah dan pic tinggi.
Nyanyian solfa naik dan turun akan dilakukan beberapa kali sehingga murid dirasakan
bersedia. Seterusnya, saya akan melakukan latihan solfa Kodaly dimana murid akan
menyanyikan seperti di gambar rajah 1.
Gambar rajah 1. Latihan Solfa

Latihan solfa akan meningkatkan ketepatan pic murid-murid semasa menyanyi


sekaligus dapat melatih pendengaran dalaman “Inner Hearing” murid-murid (Vargyas, L., &
Kodaly, Z. 1987). Jelas sekali, kaedah Kodaly digunakan semasa aktiviti pembelajaran
dijalankan.

Langkah seterusnya adalah dengan memilih lagu pada slaid integrasi. Sebagai
contoh, lagu yang dipilih oleh saya dan murid adalah lagu Tepuk Amai-Amai. Seterusnya,
slaid akan memaparkan lirik lagu Tepuk Amai-Amai dimana saya boleh mengajarkan murid
irama lagu. Pembelajaran irama dilakukan secara imitasi iaitu murid akan meniru nyanyian
irama guru berdasarkan lirik yang dipaparkan. Murid-murid akan mendengarkan dahulu
nyanyian irama yang dinyanyikan oleh saya, dan seterusnya diikuti oleh murid selepas saya
menghabiskan nyanyian irama. Imitasi berlaku dari setiap frasa ke frasa yang seterusnya
hingga ke akhir lagu.

Setelah itu, saya akan mengajarkan melodi lagu dimana pic dan irama yang betul
dinyanyikan sekaligus. Teknik yang sama digunakan iaitu Imitasi bagi mengajarkan melodi
dimana saya akan menyanyikan dahulu melodi lagu dan seterusnya diikuti oleh murid-murid.
Imitasi adalah salah satu kaedah yang digunakan dalam pendekatan Orff. Melalui proses
imitasi, guru akan mengetahui sama ada murid-muridnya dapat ataupun tidak mengikuti
aktiviti pembelajaran (Frazee, J., & Kreuter, K. 1987). Sekiranya murid masih tidak
menguasai konsep muzik irama dan melodi, guru perlu mengulangi proses imitasi sehingga
murid-murid jelas dan lebih yakin dalam melakukan aktiviti muzik.
Seterusnya, setelah murid boleh menyanyikan lagu dengan betul, saya akan
melakukan aktiviti pergerakan iaitu murid perlu menari sambil menyanyi. Pergerakan boleh
dicipta secara eurythmic iaitu secara spontan dan mengikut gerak hati ataupun secara
dirancang. Pergerakan adalah asas kepada kreativiti yang dihasilkan (Feudel, E. 1926).
Pergerakan spontan adalah sangat digalakkan dimana murid akan lebih kreatif dalam
mengekspresikan diri mereka berdasarkan imaginasi masing-masing (Saleh, A). Sekiranya
tiada pergerakan, slaid integrasi yang adalah sangat membantu kerana dalam slaid tersebut,
idea pergerakan telah disediakan mengikut tema lagu masing-masing sebagai contohnya
Katak Si Katak Lompat dengan pergerakan mencangkung dan melompat. Pergerakan
secara spontan yang dilakukan oleh murid-murid adalah sangat baik dan selaras dengan
falsafah Dalcroze yang menggalakkan pergerakan kreatif.

4.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan teknologi adalah


sangat baik di dalam kelas. Hal ini kerana ia dapat menarik minat murid sekaligus
meningkatkan motivasi mereka untuk terus belajar. BBM seperti ini juga akan dapat
menjimatkan kos perbelanjaan guru dan juga menjimatkan masa di dalam kelas. Pelbagai
manfaat yang boleh digunakan dalam mengaplikasikan bahan bantu mengajar berasaskan
teknologi.

Aktiviti muzikal di dalam kelas sememangnya ditungu-tunggu oleh murid. Aktiviti


yang mengaplikasikan kaedah Kodalu, pendekatan Orff dan Dalcroze adalah sangat baik
dan lebih berkesan. Hal ini kerana, ketiga-tiga kaedah dan pendekatan ini merangkumi
kesemua kaedah asas dalam mengajarkan muzik disekolah. Oleh itu, guru mestilah bijak
dalam merancang dan menyediakan bahan pembelajaran sebelum memulakan sesi
pengajaran.
Rujukan
Saleh, A. Improvisasi Musik. https://improvisasimusik.blogspot.com/2015/03/improvisasi-
musik.html.

Halim, M. H. A. (2010). Faktor-faktor mempengaruhi penglibatan murid dalam aktiviti


kokurikulum di sekolah rendah kebangsaan di daerah Kota Setar.

Vargyas, L., & Kodály, Z. (1987). Folk music of Hungary. New York: Da Capo Press.

Frazee, J., & Kreuter, K. (1987). Discovering Orff: A curriculum for music teachers. Mainz:
London.

Feudel, E. (1926). Rhythmik: Theorie und Praxis der körperlich-musikalischen Erziehung.


München: Delphin-Verlag.
Lampiran
1. Menu pilihan lagu 2. Pemanasan Suara

3. Solfa Kodaly 4. Lirik Lagu

5. Lirik Lagu 6. Lirik Lagu

Anda mungkin juga menyukai