Anda di halaman 1dari 9

Tugasan 1: Penulisan Akademik (80 markah)

Pengenalan

Kognitif ialah satu proses mental untuk mentafsir, mempelajari dan


memahami sesuatu , Ismail, Z. (1990). Kemahiran kognitif adalah sangat berbeza
dengan akademik. Namun , kemahiran kognitif yang tinggi membolehkan
seseorang kanak-kanak belajar dengan lebih tersusun. Ia juga amat diperlukan
oleh kanak-kanak untuk mempelajari kemahiran dalam semua bidang
perlaksanaan aktiviti terutamanya penjagaan diri, bermain dan belajar di
sekolah. Sebagai contoh, kemahiran ini penting untuk seseorang kanak-kanak
memahami arahan, membezakan warna, objek dan bentuk.

Perkembangan bahasa adalah diantara perkembangan yang terawal


dalam kehidupan manusia ketika seseorang itu mula menguasai bahasa
demgan belajar bercakap, Hamat, S. (1990). Perkembangan bahasa kanak-
kanak bermula dari yang bahasa yang sederhana sehingga ke bahasa yang
lebih kompleks. Namun dalam usia empat bulan, bayi boleh membaca bibir
dan membezakan bunyi yang terhasil dari individu lain sebagai contohnya ibu
dan bapa. Bahasa yang dikeluarkan oleh bayi dipanggil mengoceh.

Pemerhatian dan Analisis Murid A dan Murid B

Analisis dan pemerhatian terhadap dua orang murid prasekolah telah


dilakukan dengan jayanya. Responden yang pertama diwakilkan sebagai Murid
A manakala responden yang kedua pula diwakilkan sebagai Murid B. Kedua-
dua responden berjantina perempuan dan dari umur yang sama. Mereka juga
adalah kawan yang sangat rapat dan selalu bermain bersama-sama.

Bagi menguji perkembangan kognitif setiap responden, pelbagai aktiviti


yang telah dilakukan. Bagi murid A, personalitinya adalah sangat peramah
dan aktif. Soalan pertama yang telah ditujukan adalah namanya sendiri. Dia
menjawab namanya dengan nama penuh di sulam dengan riak muka yang
bersahaja dan tersenyum. Bahkan bahasa badannya juga menunjukkan
bahawa dia seorang yang sangat peramah. Bagi menguji perkembangan
kognitifnya, aktiviti suai padan simbol dan perkataan seperti dilampiran telah
diberikan. Hasil yang didapati adalah kesemua jawapan adalah betul.
Tambahan pula, murid A hanya mengambil masa yang singkat untuk
menghabiskan tugasan pertama tersebut. Aktiviti seterusnya adalah soalan
matematik. Murid A perlu menjawab soalan penolakan yang sangat mudah
tanpa sebarang bantuan dari orang lain. Dia tidak mampu untuk menjawab
beberapa soalan lain kerana terlalu susah baginya. Masa yang diambil juga
adalah agak lama untuk menjawab setiap satu soalan. Namun begitu, selepas
dibantu oleh orang lain, murid A mampu menjawab kesemua soalan
penolakan tersebut. Selain itu, temu bual juga dilakukan bagi menguji
perkembangan bahasa murid A. Didapati bahawa murid A adalah seorang
yang sangat petah bercakap. Sepanjang aktiviti yang dilakukan, murid A
sangat berani dan yakin dengan setiap jawapannya dan dia juga rajin untuk
bertanyakan sebab tentang sesuatu yang berlaku selepas setiap aktiviti
dijalankan. Beberapa soalan yang sangat mudah diajukan kepadanya. Hasil
dari pemerhatian tersebut adalah, murid A sangat petah bercakap. Sebagai
contohnya, dia suka untuk menceritakan tentang karakter animasi yang
diminatinya ketika ditanyakan tentang kartun kegemarannya. Murid A juga
kelihatan sangat lancar dalam bercakap dan tidak tergagap-gagap. Namun
begitu, ada beberapa perkataannya yang kedengaran pelat sebagai contohnya,
perkataan ‘lawi’ yang dimaksudkan dengan lari. Namun begitu, kesilapannya
itu cuba dibetulkan oleh kawannya dan murid A cuba menyebut perkataan
tersebut secara berulang-ulang kali sehinggalah dia terbiasa.

Bagi murid B pula, personalitinya agak berbeza dengan murid A. Murid


B bukanlah seorang yang pendiam, tetapi dia boleh dikategorikan sebagai
introvert. Introvert adalah sikap atau karakter yang sentiasa tenang dan lebih
banyak berfikir , Ali, N. M. (2016, August 12). Semasa analisis dilakukan pada
murid A, murid B sangat tenang dan duduk sambil melakukan halnya iaitu
menyibukkan dirinya dengan mewarnakan buku warnanya. Aktiviti pertama
yang dilakukan kepada murid Badalah bagi menguji perkembangan kognitifnya
iaitu suai padankan simbol dan perkataan. Kesemua jawapannya adalah betul
dan tepat. Seterusnya, Murid B diberikan soalan matematik iaitu soalan
penolakan. Soalan yang diberikan bagi kedua-dua murid adalah sama, tetapi
murid B mampu menjawab kesemua soalan dengan betul. Bagi menguji
perkembangan bahasa pula, temu bual dilakukan dan soalan-soalan yang
diajukan adalah sangat mudah sama seperti soalan yang diterima oleh murid A.
Namun begitu, hasil dari pemerhatian mendapati bahawa murid B adalah seorang
yang sangat pemalu. Perkara ini menyebabkan dia tidak yakin dengan apa yang
dikatakan. Apabila soalan-soalan diajukan kepadanya, dia hanya menjawab sambil
teripu malu dan tidak mahu untuk membuat ‘eye contact’ atau hubungan mata.
Kebanyakkan soalan yang dijawab adalah dengan jawapan ‘haah’ yang membawa
erti ‘ya’ dan ‘tak’ yang membawa erti tidak. Murid B agak susah untuk menyatakan
ideanya dan sedikit gagap dalam pertuturan.

Faktor-faktor Dari Aspek Baka(genetik) dan Persekitaran.

Terdapat pelbagai faktor yang memepengaruhi perkembangan kognitif dan


bahasa kanak-kanak. Antaranya adalah faktor genetik. Faktor genetik adalah ciri-ciri
biologi atau gen yang diturunkan oleh ibu bapa kepada anak-anaknya semasa
persenyawaan sel sperma dan ovum , Rosdi, I. M. (2009, July 25).Kod genetik dari
ibu bapa di dalam kromosom akan diwarisi oleh setiap individu. Terdapat juga faktor
lain iaitu faktor persekitaran. Persekitaran kehidupan dan kemasyarakatan adalah
penting dalam memberikan dorongan kepada proses pertumbuhan dan
perkembangan kanak-kanak.

Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat pada murid A, faktor yang


mempengaruhi perkembangan kognitfnya ialah salah satunya dari segi genetik.
Faktor genetik banyak memainkan peranan dalam menentukan kecerdasan mental
seseorang individu. Majoriti ibu bapa yang mempunyai kecerdasan mental yang
tinggi akan memperolehi anak-anak yang juga tinggi keupayaan mentalnya. Menurut
murid A, ibunya adalah seorang guru di sekolah menengah dan bapanya pula
seorang pensyarah yang mengajar di sebual universiti. Daripada aktiviti suai padan
yang dilakukan, murid A berjaya menjawab kesemua jawapan dengan betul. Jean
Piaget (1990) ada menyatakan bahawa pada peringkat Pra-operasi iaitu dalam
lingkungan 2-7 tahun, kanak-kanak sangat hebat dalam berfikir secara imaginatif
dan simbolik. Perkara ini sangat bertepatan dengan aktiviti suai padan yang telah
dilakukan oleh Murid A. Selain itu, hasil daripada soalan matematik yang dilakukan
oleh murid A juga menunjukkan bahawa dia berada di had atas dalam zon
perkembangan proksima (ZPD) yang dinyatakan dalam teori Vygotsky (1898). Had
atas adalah peringkat kemahiran kanak-kanak yang boleh dicapai dengan bantuan
individu yang lebih mahir. Seperti murid A, dia mampu menjawab soalan penolakan
tersebut selepas dibantu oleh orang lain dan proses ini dikenali sebagai ‘scaffolding’
berdasarkan teori Vygotsky.

Dari segi perkembangan bahasa murid A pula, keluarga dirumah memainkan


peranan yang sangat penting menyebabkan murid A mampu untuk berkomunikasi
dengan baik dan perkara ini dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Menurut teori
perkembangan bahasa Chomsky (2001), status sosio ekonomi keluarga juga
mempengaruhi penguasaan kosa kata yang semakin meluas seiring dengan
peningkatan umur. Pemerhatian juga menyatakan murid A sangat petah bercakap
selaras dengan pernyataan Chomsky yang menyatakan , kanak-kanak yang
mempunyai ibu yang banyak berkomunikasi dengan mereka mempunyai empat kali
ganda lebih perbendaharaan kata dari anak-anak yang mempunyai ibu yang
pendiam.

Seterusnya, pemerhatian yang telah dibuat pada murid B juga menunjukkan


faktor yang mempengaruhi perkembangan kognitfnya ialah salah satunya dari segi
genetik. Faktor genetik banyak memainkan peranan dalam menentukan kecerdasan
mental seseorang individu. Daripada aktiviti suai padan yang dilakukan, murid B
berjaya menjawab kesemua jawapan dengan betul. Jean Piaget(1990) ada
menyatakan bahawa pada peringkat Pra-operasi iaitu dalam lingkungan 2-7 tahun,
kanak-kanak sangat hebat dalam berfikir secara imaginatif dan simbolik. Perkara ini
sangat bertepatan dengan aktiviti suai padan yang telah dilakukan oleh Murid B.
Selain itu, hasil daripada soalan matematik yang dilakukan oleh murid B
menunjukkan bahawa dia berada di had bawah dalam zon perkembangan proksima
(ZPD) yang dinyatakan dalam teori Vygotsky (1898). Had bawah adalah Kemahiran
yang boleh dicapai sendiri oleh kanak-kanak. Seperti murid B, dia mampu menjawab
semua soalan penolakan tersebut dengan betul tanpa bantuan orang lain selaras
dengan teori yang dinyatakan oleh Vygotsky.

Dari segi perkembangan bahasa murid B pula, keluarga dirumah memainkan


peranan yang sangat penting. Murid B masih lagi beluk mampu untuk berkomunikasi
dengan baik dan perkara ini dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Menurut teori
perkembangan bahasa Chomsky (2001), status sosio ekonomi keluarga juga
mempengaruhi penguasaan kosa kata yang semakin meluas seiring dengan
peningkatan umur. Pemerhatian juga menyatakan murid B adalah berkeperibadian
introvert. Perkara ini dipengaruhi oleh faktor genetik. Sahsiah ibu bapa yang juga tret
introvert boleh diwarisi oleh anak-anak menyebabkan mereka kurang aktif, agak
pendiam dan pemalu sekaligus menyebabkan kurangnya keyakinan diri.

Implikasi

Terdapat pelbagai usaha yang boleh dilakukan oleh para pendidik demi
mengembangkan kognitif dan bahasa murid-murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Antaranya ialah dengan menggunakan ZPD dalam pengajaran
selaras denga teori Vygotsky. Bagi murid-murid yang berada di had atas, guru
hendaklah menetapkan objektif untuk dicapai. Guru perlu membantu bila diperlukan
dan galakkan juga perlu di berikan untuk murid-murid untuk mereka mencuba &
mengaplikasikan kemahiran supaya mencapai objektif yang ditetapkan.

Selain itu, guru juga mestilah memberi peluang kepada murid untuk
menggunakan bahasa dengan aktiviti perbualan. Guru dan ibu bapa perlu sering
berinteraksi dengan mereka sama ada dirumah mahupun disekolah. Aktiviti menulis
diajar dengan sistematik, memberi banyak peluang menulis seperti diari, jurnal,
laporan, berita dan sebagainya.

Guru-guru perlu menyusun isi kandungan dan bahan pelajaran sejajar


dengan peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak bagi mendapatkan hasil
pembelajaran yang maksimum. Sebagai contohnya merancang isi pelajaran dari
mudah ke kompleks, dari umum ke khusus, dari konkrit ke abstrak, dan dari
pengalaman yang sedia ada ke pengalaman yang baru.
Seterusnya, guru juga mestilah kreatif dalam menggunakan alat bantu
mengajar. Dalam abad ke-21 yang serba moden ini, guru boleh menggunakan
teknologi dan multimedia sebagai alat bantu mengajar yang sangat berkesan. Murid-
murid akan berasa lebih seronok dan proses pembelajaran adalah lebih berfokus
dan tidak bosan Sebagai contohnya, menunjukkan video sifir dalam bentuk nyanyian
kepada anak-anak murid.

Kesimpulan

Tuntasnya, terdapat pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi aspek


perkembangan kognitif dan bahasa kanak-kanak. Ibu bapa dan guru haruslah
bersatu dalam melahirkan modal insan yang sangat hebat bukan sahaja dari segi
intelek dan bahasanya, malahan dari segi rohani, jasmani dan juga emosi. Pepatah
ada menyebutkan bahawa, anak-anak bagaikan kain putih, ibu bapalah yang harus
mencorakkannya.
LAMPIRAN
Temu bual

1. Siapa nama awak?

2. Bila tarikh lahir awak?

3. Kartun apakan yang paling awak minat?

4. Apa hobi awak ?

5. Ayah awak kerja apa ?

6. Ibu awak kerja apa?


Rujukan
Wong Kiet Wah, Rafidah Ruhani. (2013). Perkembangan Kanak-Kanak. Shah Alam: Oxfprd Fajar
Sdn.Bhd.

Ismail, Z. (1990). Pendidikan dan penjagaan kesihatan kanak-kanak menurut Islam(Vol. 2, Ser. 1). Seri
Kembangan, Selangor: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.

Hamat, S. (1990). Bahasa Melayu(Vol. 1). Rawang: Pelangi Sdn.Bhd.

Ali, N. M. (2016, August 12). Pengertian Kepribadian Secara Umum Dan Menurut Para Ahli. Retrieved
from http://www.pengertianku.net/2014/06/pengertian-kepribadian-secara-umum.html

Rosdi, I. M. (2009, July 25). Pengenalan kepada Kejuruteraan Genetik - Root of Science. Retrieved
from https://rootofscience.com/blog/2017/kesihatan/biologi-molekular/pengenalan-kepada-
kejuruteraan-genetik/

L. V. (1898, September 8). Vygotsky’s Theory of Child Development - Ethical Politics. Retrieved from
https://www.ethicalpolitics.org/wits/vygotsky-development.pdf

Chomsky, N. (2001). Perspectives on language and mind. On Nature and Language, 45-60.
doi:10.1017/cbo9780511613876.003

Differences between Piaget & Vygotskys ... - Study.com. (1997, October 17). Retrieved from
https://study.com/academy/lesson/differences-between-piaget-vygotskys-cognitive-development-
theories.html

Anda mungkin juga menyukai