Anda di halaman 1dari 4

BAHASA MALAYSIA

DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

NAMA : TON INTAN ZAHRAH BT TON HASSAN


NO MATRIK : DPP 17011039
PENSYARAH : TUAN HAJI SARDI BIN AHMAD
JURUSAN : DIPLOMA PERGURUAN PRA SEKOLAH
1.Teori-teori Perkembangan Bahasa

Bahasa sebagai pemangkin perkembangan kanak-kanak. Pengajaran Bahasa merupakan


proses pembelajaran. Perkenbangan Bahasa menjadi alat kendiri dan sosial. Terdapat
beberapa teori-teori perkembangan Bahasa yang telah perkenalkan antaranya ialah :

-Teori pembelajaran

Kanak-kanak belajar bertutur hasil daripada pemelajaran, ibu bapa akan memberi
peneguhan apabila kanak-kanak berkenaan berjaya mengikut bunyi dan memperolehi cara
orang dewasa bertutur dengan cara memerhati dan meniru pertuturan orang dewasa.

Teori Nativisme (Chomsky)

Otak manusia telah diprogramkan secara semulajadi untuk membolehkan ia bertutur dan
memahami bahasa dengan adanya LAD (Language Acquisition Device). LAD yang akan
membolehkan kanak-kanak menganalisa bahasa yang mereka dengar dan membolehkan
mereka membentuk tatabahasa yang betul.

Teori Behaviorisme

Penguasaan bahasa adalah satu proses mekanis yang tidak perlu daya mental dan
diperoleh melalui latihan dan pengulangan. Pengukuhan dalam pembelajaran melalui
ganjaran sebagai dorongan pengulangan bagi menguasai dan pemerolehan Bahasa.
Bloomfield mengatakan bahawa penguasaan satu-satu bahasa bukan satu pengetahuan
tetapi satu latihan yang perlu dalam keadaan yang bermakna. Teori pembentukan
kebiasaan ini juga menekankan kemahiran lisan iaitu pengukuhan, pemerhatian, sifat-sifat
ingin tahu dan aktiviti meniru menjadi faktor utama dalam penguasaan bahasa.

2. Menghuraikan masalah pelaksanaan pengajaran Bahasa Melayu dikalangan 5-6


tahun dan kemukakan langkap-langkap penyelesaian.

Pembelajaran bahasa merupakan satu proses yang kompleks. Ia berlaku secara


berperingkat dan memakan masa yang panjang. Kanak-kanak mula belajar bercakap
selepas dilahirkan dan menjadi mahir apabila berumur 5-6 tahun.
Walaupun begitu terdapat variasi pada tempoh pemerolehan bahasa kanak-kanak.
Ada kanak-kanak yang petah bercakap ketika berumur 3 tahun tetapi ada juga yang baru
mula bercakap pada umur tersebut.

Proses penguasaan bahasa sebenarnya banyak bergantung kepada faktor–faktor


yang mempengaruhi pembelajaran bahasa. Kemahiran mendengar, memahami dan bertutur
adalah kemahiran asas yang diperlukan untuk mempelajari bahasa. Semua kemahiran ini
saling berkaitan di mana kemahiran mendengar dan memahami adalah proses
pemerolehan maklumat. Manakala kemahiran bertutur pula merupakan proses penghasilan
maklumat.

Kemahiran mendengar merupakan titik permulaan pembelajaran bahasa bagi kanak-


kanak. Kemahiran ini merupakan kemahiran utama yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak
sebelum mereka mengeluarkan bunyi awal. Di awal kelahiran, bayi mula mendengar dan
memberi respon pada ritma pertuturan orang disekeliling mereka. Respon yang diberi
biasanya dalam bentuk senyuman, ketawa dan juga tangisan. Bayi mula mengenalpasti
suara individu yang kerap berinteraksi dengan mereka. Ketika berumur 6 bulan kemahiran
mendengar meningkat dan ketika ini bayi sudah mula membezakan bunyi pertuturan dan
bunyi persekitaran. Proses mendengar menjadi semakin kompleks dan ketika berumur satu
tahun, mereka mula mendengar dengan lebih baik dan memahami maklumat yang
diperolehi.

Kanak-kanak mula menghasilkan perkataan pertama apabila mereka berumur lebih


kurang satu tahun. Ketika ini mereka mempelajari bahawa satu perkataan mempunyai
makna yang tersendiri. Mereka akan cuba meniru perkataan yang di sebut oleh orang
dewasa. Perbendaharaan kata kanak-kanak akan meningkat dengan pesat setelah melepasi
umur satu tahun. Kebolehan kanak-kanak membina ayat akan meningkat dari masa ke
semasa dan mereka boleh menggunakan struktur ayat orang dewasa ketika berumur 5-6
tahun.

Tahap kesihatan memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran bahasa.


Sekiranya kanak-kanak mempunyai masalah kesihatan yang turut memberi kesan pada
perkembangan kognitif seperti Sindrom Down, Autisma, Palsi Cerebral dan lain-lain,
pemerolehan bahasa akan menjadi lebih perlahan berbanding kanak-kanak normal yang
seusia mereka.

Sekiranya kanak-kanak mempunyai kebolehan kognitif yang rendah, proses


penerimaan dan pembelajaran akan menjadi lebih perlahan berbanding kanak-kanak yang
sebaya dengannya. Begitu juga jika kanak-kanak mempunyai ketidaknormalan pada organ
pertuturan, kejelasan bunyi pertuturan akan terjejas. Contoh; Klef pada lelangit mulut boleh
menyebabkan bunyi pertuturan menjadi sengau dan sukar untuk difahami oleh orang yang
mendengarnya.

Faktor persekitaran merujuk kepada individu yang berada di sekeliling kanak-kanak


termasuklah keluarga, penjaga, guru serta rakan-rakan. Kepentingan individu ini adalah

untuk memberikan rangsangan bahasa pada kanak-kanak. Mereka merupakan sumber


rujukan awal pembelajaran bahasa kanak-kanak. Walaupun begitu, terdapat juga faktor-
faktor lain yang mempengaruhi pembelajaran bahasa kanak-kanak seperti tahap
pendidikan, sosioekonomi penjaga dan budaya keluarga.

Beberapa langkah perlu diambil bagi menangani masalah diatas. Kanak-kanak


diperingkat ini perlulah dibantu dengan cara yang terbaik, contohnya kanak-kanak pada
peringkat ini boleh diberikan panduan yang khusus seperti membacakan buku cerita dan
mengulangi cerita yang mudah, menggunakan bahda yang dapat menjelaskan maksud dan
pertanyaan. Kanak-kanak gemar jika disoal tentang carita dan meramalkan apa yang
berlaku, bertanya atau menggunakan gambar. Membuat inisiatif untuk membaca kuat
dengan selesa dan menulis dengan tujuan tertentu. Mereka juga perlu mengenal pasti
perkataan baharu menggunakan padanan huruf-bunyi dan melalui pemahaman cerita yang
sedang dibaca. Melaui pengecaman lebih banyak perkataan melalui apa yang dilihat
menyebut bunyi-bunyi utama dalam sesuatu perkataan semasa mengeja dan cuba
menggunakan tanda noktah dan penggunaan huruf besar agar mereka dapat membezakan
huruf.

Anda mungkin juga menyukai