Anda di halaman 1dari 5

TUGASAN 4: PENULISAN KRITIS

Bagi menjayakan kerja kursus Apresiasi Muzik (MUZK 3253), saya telah
melibatkan diri dalam sebuah persembahan konsert nyanyian di Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI) pada 10 Januari 2019.

Pementasan itu dianggap berjaya sekali kerana sepanjang pementasan,


penonton sangat terhibur dengan adegan nyanyian, tarian, persilatan, dan unsur-
unsur kejutan yang dipaparkan dalam cerita. Berdasarkan pemerhatian dalam
persembahan konsert, saya mendapati lagu-lagu dicipta mengikut tema patriotik.
Melodi dan seni kata yang dicipta berdasarkan cerita-cerita sejarah dalam negeri
masing-masing.

Pencipta juga memasuki elemen-elemen mengikut negeri masing-masing


dalam melodi lagu dan seni kata. Contohnya, bagi menceritakan cerita di Sarawak,
lagu dimainkan dengan alat muzik traditional orang Sarawak seperti engkromong,
tawak, gong dan sebagainya untuk membawa keluar unsur melodi yang lebih kepada
muzik tradisional orang Iban di Sarawak. Selain itu, dalam lakonan mereka, pakaian
dan alat lakonan juga berubah bagi mencerita sejarah daripada pelbagai negeri.

Bagi gubahan setiap lagu dan nyanyian dalam persembahan, pencipta dan
penyanyi menjalankan tugas mereka dengan sempurna. Pengubah lagu menggalas
tanggungjawab pemuzik ditugaskan menghasilkan gubahan lagu dan efek dan
menjadikan pementasan teater ini sebagai sebuah muzikal yang standard dan
bermutu. Gubahan lagu mereka adalah sesuai dengan cerita patriotik yang diceritakan.
Gubahan lagunya berubah mengikut situasi cerita supaya emosi penonton dapat
bergerak mengikut lagu yang dipersembahkan. Sebagai contoh, nada lagu menjadi
lembut dan sedih semasa menceritakan bahawa tokoh negara kita berkorban bagi
mempertahankan keamanan Malaysia. Pengubah lagu juga berjaya mengubah lagu
yang pitch dapat dinyanyi secara duet oleh penyanyi yang terdiri daripada lelaki dan
perempuan. Selain daripada itu, gubahan lagu seperti penukaran satu lagu ke yang
lain adalah telah digubah dengan sempurna dan sesuai.

Persembahan nyanyian lagu yang dipersembahkan secara duet menghasilkan


bunyi melodi yang harmoni dan mereka meletakkan perasaan dalam lagu supaya
dapat lagu dipupuk dan ditingkatkan. Terdapat juga penyanyi yang bernada tinggi
disusun dengan penyanyi yang bernada rendah bagi menghasilkan suara yang
harmoni. Oleh itu, persembahan nyanyian ini dipersembahkan dengan melodi yang
kaya kerana terdapat pelbagai jenis suara digabungkan dan menghasilkan harmoni
yang berkualiti.
Bagi penyusunan alat muzik, mereka mengumpulkan alat muzik yang sama
dan duduk sekelompok untuk bermain alat muzik. Namun begitu, kedudukan mereka
masih ada sedikit selerak dan tidak seimbang. Namun, susunan dalam koir amat
kemas dan mengikut nada penyanyi yang berbeza. Contohnya, bagi suara bes dan
tenor terletak di belakang barisan koir dan suara soprano dan alto adalah di depan
barisan dan mewujud satu lengkungan. Dengan ini, suara berlapis-lapisan dan
harmoni dihasilkan. Seterusnya, penggunaan alat muzik oleh pemain terkandung alat
muzik barat, alat muzik tradisional Melayu, alat muzik tradisional Cina dan sebagainya.
Namun begitu, penggunaan alat muzik yang berbeza-beza dapat menghasilkan lagu-
lagu yang merdu dan harmoni. Dengan campuran alat-alat muzik tersebut, terciptalah
lagu yang unik dan tertarik. Pemain alat-alat muzik telah bekerjasama antara satu
sama lain seperti ada alat muzik yang bunyi terlalu kuat, pemain alat muzik tersebut
akan bermain dengan lembut bagi manghasil lagu yang harmoni.

Keseluruhannya, saya telah banyak menerima ilmu pengetahuan melalui


persembahan konsert nyanyian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tersebut.
Persembahan konsert nyanyian ini dijalankan dengan persembahan-persembahan
yang kreatif dan menarik. Terdapat banyak usaha yang dibuat oleh mereka yang
menjalankan persembahan tersebut bagi menghasilkan konsert nyanyian yang begitu
bermutu dan sempurna. Saya berharap saya dapat menyaksi lagi pe rsembahan yang
begitu menarik lagi.

(528 patah perkataan)


Rujukan

Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia. (2019, Februari 6). Dicapai daripada
http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=etika&d=158212&#LIHATSINI

MusicNotes. (2019, Februari 22). Dicapai daripada


https://www.musicnotes.com/now/tips/how-to-conduct-a-choir-lead-like-a-pro/

Pa, N. S., Kasdan, J., Sulaima, S., & Said, S. (2014). Makna Tanpa Kata-Kata:
Peranan Bahasa Badan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa.

Sulong, M. A. (2018, Februari 14). Analisis Melodi dan Seni Kata Lagu Terbaik
Industri Muzik Malaysia, Indonesia dan Singapura tahun 2013. Dicapai daripada
http://mmj.upsi.edu.my/images/MMJVol4No2/6_Azam_Analisis_Melodi_(15_July_20
16).pdf

Wise, P. C. (1996). So... You're The New Band Director: Now What? USA: C. L.
Barnhouse Company.

Zander. (2003). Regência coral. 5 ed. Porto Alegre: Movimento .


LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai