Anda di halaman 1dari 5

Pengerusi Forum :

Salam sejahtera, saya Ting Xing Yue sebagai pengerusi forum ini. Pada pagi
ini kita bersyukur kerana dapat membincangkan topik yang hangat pada masa kini.
Jadi, tanpa melengahkan masa, izinkan saya memperkenalkan ahli-ahli panel kita
pada hari ini. Ahli panel pertama ialah Ng Chin Pei yang merupakan seorang pakar
psikologi kanak-kanak dari Hospital Manjung. Seterusnya, Joey Yong Jo Yi
merupakan seorang guru kaunseling di SJK ( C ) Hua Lian, Johor. Panel yang ketiga
ialah seorang guru kaunseling dari SJK ( C ) Naam Kheung, Kuala Lumpur. Tajuk
forum pada pagi ini ialah “Faktor Kritikal yang Menyumbang dan
Mempercepatkan Perkembangan Kognitif Kanak-kanak”.

Sebagaimana yang kita tahu, Perkembangan kognitif merujuk kepada


perkembangan mental yang melibatkan kematangan aktiviti mental seperti
keupayaan intelektual dan pemprosesan maklumat serta perkembangan pertuturan
dan perolehan bahasa. Sebagai contoh, aktiviti mental adalah seperti berfikir,
menaakul, menganalisis, membentuk konsep dan menyelesaikan masalah. Menurut
Piaget (1978), menjelaskan perkembangan kognitif seseorang kanak-kanak adaah
mengikut siri urutan empat peringkat iaitu peringkat deria motor, peringkat
praoperasi, peringkat operasi konkrit dan peringkat operasi formal.

Jadi, bolehkah panel pertama, Chin Pei memberi pandangan anda tentang
“Faktor Kritikal yang Menyumbang dan Mempercepatkan Perkembangan Kognitif
Kanak-kanak”?

Chin Pei :

Terima kasih pengerusi. Saya berpendapat bahawa, kematangan biologis


adalah salah satu faktor yang terpenting dalam mempercepatkan perkembangan
kognitif. Kematangan sangat mempengaruhi bagaimana seseorang memahami
dunia di sekitarnya. Proses pematangan biologis ini dikendalikan oleh gen. Setiap
gen akan menunjukkan aksinya secara perlahan-lahan dan tampak sebagai sesuatu
yang telah terprogram secara genetis. Ini diwarisi dari orang tua anak yang
bersangkutan. Bagi mempercepatkan proses pematangan biologis mereka, kanak-
kanak seharusnya diberikan nutrisi yang optimum agar mereka dapat tumbuh
dengan sihat dan selanjutnya perkembangan kognitif dari faktor pematangan
biologis ini juga akan berlangsung dengan lancar dan cepat.

Pengerusi :

Terima kasih atas ulasan panel pertama. Rupa-rupanya kematangan biologis


adalah penting dalam Mempercepatkan perkembangan kognitif kanak-kanak.
Apakah pendapat panel kedua, Joey tentang topik forum kita hari ini?

Joey :

Tidak dapat dinafikan, aktiviti fizikal adalah faktor berikutnya. Aktiviti fizikal
berpengaruh penting pada perkembangan kognitif anak-anak. Ketika anak-anak
melakukan gerakan fizikal dan beraktiviti secara bervariasi, secara tidak langsung
mereka akan meningkatkan koordinasi tubuhnya. Pada saat itu mereka akan belajar
memahami dan menemukan prinsip-prinsip keseimbangan. Ketika anak-anak
melakukan aktiviti fizikal dan sekaligus berinteraksi dengan lingkungan sekitarnya,
mereka akan mengeksplorasi, menguji cuba dan selanjutnya akan
mengorganisasikan informasi yang diperoleh. Hal ini akan menjadikan proses-
proses pemikiran mereka berfungsi secara lebih cepat, aktif dan berkesan.

Pengerusi :

Justeru, jelaslah bahawa aktiviti fizikal yang mencukupi amat berkesan untuk
mempercepatkan perkembangan kognitif kanak-kanak. Apakah pandangan anda,
panel ketiga, Min Fon?

Min Fon :

Pada pandangan saya, transmisi sosial mampu menyumbangkan dan


mempercepatkan perkembangan kognitif kanak-kanak. Menurut Piaget, ketika
seseorang berinteraksi dengan orang-orang yang berada di lingkungan sekitarnya,
kemampuan kognitif orang itu akan meningkat. Keadaan ini merupakan transmisi
sosial atau dapat disebut sebagai “belajar dari orang lain”. Tanpa adanya transmisi
sosial, setiap orang harus menemukan kembali atau menciptakan kembali semua
pengetahuan kerana hal ini adalah tidak efektif. Oleh itu peranan faktor pengalaman-
pengalaman sosial saat berinteraksi dengan orang-orang lain adalah sangat penting
bagi perkembangan kognitif. Kita akan mudah mendapat pengetahuan yang banyak
dan cepat dari pengetahuan yang disediakan oleh budaya dan masyarakat kita.
Menurut lagi Piaget, setiap orang dalam suatu komuniti dapat saling belajar antara
satu sama lain berdasarkan peringkat perkembangan kognitif.

Pengerusi:

Terima kasih saya ucapkan kepada panel ketiga. Adakah panel-panel


mempunyai ulasan lain tentang topik ini?

Chin Pei:

Saya mendapati faktor yang sangat berpengaruh pada perkembangan kognitif


iaitu ekuilibrasi atau disebut keseimbangan. Keseimbangan terjadi ketika seseorang
harus memproses informasi baru yang didapati secara berterusan lalu
menggabungkan dengan informasi atau pengetahuan yang telah dimilikinya sebelum
itu. Ketika suatu informasi baharu berbeza dengan informasi lama, maka orang
tersebut harus menyeimbangkannya untuk menentukan manakah informasi yang
tepat. Dengan demikian struktur pengetahuan iaitu tahap kognitif seseorang dapat
diubah secara berterusan dan disesuaikan dengan informasi baru yang
diperolehnya. Hasilnya, perkembangan kognitif kanak-kanak mampu dipercepatkan.

Joey :

Bimbingan guru juga boleh dianggap sebagai faktor yang dapat


mempercepatkan perkambangan kognitif kanak-kanak. Guru harus memberi
peluang kepada anak muridnya untuk menerokai alam fizikal melalui aktiviti main
dan aktiviti penyelesaian masalah. Sebagai contoh, guru boleh menghulurkan usaha
dengan mereka pelbagai aktiviti ketika proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
dijalankan. Guru boleh meminta kanak-kanak untuk membaca teks secara individu
dengan bergilir-gilir atau mengadakan sesi soal jawab. Melalui aktiviti tersebut, guru
dapat memerhati cara pertuturan dan penggunaan bahasa setiap pelajarnya dan
sempat untuk membetulkan mereka jika mendapati sesuatu kelemahannya. Guru
mestilah menggalakkan setiap murid agar berani mengeluarkan pendapatnya secara
verbal kerana hal ini dapat dijadikan salah satu cara latihan pertuturan yang dapat
mempercepatkan perkembangan kognitif mereka.

Min Fon :

Saya amat setuju dengan pendapat Joey. Kanak-kanak memerlukan orang


dewasa yang lebih konpeten atau fasih untuk berbual dan membimbing mereka
untuk menggunakan bahasa yang betul. Jadi, ibu bapa sebagai orang dewasa yang
terdekat dengan anak-anak harus meluangkan masa yang mencukupi untuk
membimbing anak-anak agar mempercepatkan proses penguasaan bahasa mereka.
Contohnya, ibu bapa boleh menemani anak-anak dengan membaca cerita sebelum
waktu tidur dengan bahasa yang betul dan fasih supaya dapat mempengaruhi
perkembangan kognitif mereka dan memupuk sikap gemar membaca anak-anak.

Pengerusi :

Nampaknya peranan agen sosialisasi juga merupakan faktor yang penting


dalam mempercepatkan perkembangan kognitif kanak-kanak. Bolehkah sesiapa
panel boleh memberi contoh agen sosialisasi lain yang boleh menjadi faktor
membantu kanak-kanak untuk mencapai perkembangan kognitif secara lebih pantas
dan berkesan?

Chin Pei :

Terima kasih atas pertanyaan pengerusi. Saya dapat memerhati bahawa


pengaruh rakan sebaya merupakan salah satu faktor yang mampu mempercepatkan
perkembangan kognitif kanak-kanak. Jika kanak-kanak mempunyai rakan yang
mempunyai kemahiran kognitif yang tinggi maka perkembangan kognitifnya juga
akan dipengaruhi. Contohnya kanak-kanak mampu meningkatkan tahap kognitif
semasa bertutur dengan rakan sebaya dengan menggunakan bahasa yang betul
dan cekap. Jika seorang rakan sebaya itu rajin dalam pembelajaran kognitif, kanak-
kanak akan mengikut dan mencontohi kelakuan rakannya tersebut. Perkembangan
kognitif rakan-rakan mesti dapat dicepatkan dengan adanya pengaruh rakan sebaya.

Pengerusi :

Terima kasih kepada Chin Pei. Kesimpulannya, terdapat beberapa fator yang
mempercepatkan dan menyumbangkan perkembangan kognitif kanak-kanak iaitu
kematangan biologis, aktiviti fizikal, transmisi sosial, ekuilibrasi, bimbingan guru,
bimbingan ibu bapa dan pengaruh rakan sebaya. Harap forum hari ini mampu
menukar pendapat dan meningkatkan pengetahuan masing-masing tentang
perkembangan kognitif kanak-kanak. Ribuan terima kasih diucapkan kepada panel-
panel, Chin Pei, Joey dan Min Fon kerana sudi menghadiri forum ini dan memberi
pendapat serta cadangan yang membina. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai