Anda di halaman 1dari 16

Bil.

Isi Kandungan Muka


Surat
1.0 Penghargaan 2

2.0 Pengenalan 3

3.0 Tugasan 1- Penulisan Esei 1 (30%) 4

3.1 Rujukan Tugasan 1 8

4.0 Tugasan 2- Penulisan Esei 2 (30%) 9

4.1 Rujukan Tugasan 2 12

5.0 Lampiran 13

6.0 Penutup 16
1.0 Penghargaan

Bersyukur kepada Tuhan kerana saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan
jayanya.Pertamanya ,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya
iaitu Tuan Haji Hamdan Bin Yaakub kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya
membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa kerana
memberikan sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang folio ini disiapkan. Terima
kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kerana memberikan saya bantuan dari segi
kewangan.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak
memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya
dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka.

Akhir sekali , saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.
2.0 Pengenalan

Kini, kesantunan bahasa telah diberi kurang perhatian oleh orang ramai.
Sebenarnya, kesantunan bahasa amat penting dalam kehidupan.

Kesantunan bahasa mempunyai definisi iaitu hal memperlihatkan kesadaran akan


martabat orang lain dalam berbahasa , baik saat menggunakan bahasa lisan maupun
bahasa tulis.

Dengan adanya kesantunan bahasa, keamanan negara dapat dijamin kerana


pergaduhan antara satu sama lain telah menjadi kurang. Pencapian wawasan 2020 bukan
lagi mimpi sahaja.
3.0 Tugasan 1- Penulisan Esei 1 (30%)

Pengenalan

Dalam kehidupan harian kita, kita sentiasa berkomunikasi bagi tujuan berhubung dan
menyampaikan maklumat di antara satu sama lain. Semasa berkomunikasi, kita huruslah
menitik beratkan aspek kesantunan supaya kita dapat berhubung dan menyampaikan
maklumat dengan jayanya.

Kesantunan kata dasarnya ialah santun. Menurut Kamus Dewan (1984), halaman. 1115
santun bermaksud halus budi bahasa atau budi pekerti, beradab atau sopan . Kesatunan
berbahasa ialah menggunakan bahasa secara halus, nilai rasa yang baik, penuh
kesopanan, dan berusaha menghindari konflik antara penutur dengan pendengar dalam
proses berkomunikasi. Kesantunan dalam skop yang lebih luas bermakna sifat dan sikap
kehalusan berbudi bahasa dan budi pekerti.

Konsep Kesantunan

Kesatunan ialah aturan perilaku yang ditetapkan dan disepakati bersama oleh sesuatu
masyarakat tertentu sehingga menjadi prasyarat dalam bermasyarakat. Kesatunan sangat
kontekstual, ia berlaku dalam masyarakat, tempat atau situasi tertentu tetapi belum tentu
berlaku dalam masyarakat, situasi dan tempat lain. Kasatuan selalu berlaku dalam
hubungan dua pihak contohnya antara anak dan orang yua, antara orang yang masih muda
dan orang yang lebih tua,antara lelaki dan wanita ,antara murid dan guru atau sebagainya.
Kesatunan tercermin dalam kehidupan kita seperti cara berpakaian, bekerja, bertutur,
makan, belajar dan sebagainya.

Takriffan Kesatunan daripada Tokoh-tokoh Dunia

Menurut Brown dan Levinson (1978), kesantunan ialah konsep menjaga air muka yang
harus dijaga dengan baik. Konsep ini dibahagikan kepada dua, iaitu kesantunan positif dan
kesantunan negatif. Kedua-dua kesantunan negatif dan positif ini merupakan keinginan
yang asas dalam interaksi sosial. Oleh itu, kerjasama antara penutur dan pendengar untuk
menjaga air muka masing-masing akan berlaku dalam sesebuah komunikasi

Kesantunan positif merupakan keinginan seseorang untuk disukai, dikagumi dan tidak
gemar dihiraukan. Kesantunan positif dikaitkan apabila penutur dan pendengar mempunyai
hubungan yang rapat seperti sahabat ataupun adik-beradik. Kesantunan positif ini akan
melibatkan bahasa yang sopan seperti ayat-ayat puji-memuji, keharmonian, sokong-
menyokong dan juga motivasi agar tidak berkonflik antara satu sama lain manakala
kesantunan negatif pula merupakan keinginan seseorang yang cekap yang mengharapkan
tingkah lakunya tidak menghalang orang lain dan mempunyai keinginan untuk menuntut hak
peribadi mahupun teritori. Dalam kesantunan negative, penutur dan pendengar lazimnya
tidak mempunyai hubungan yang rapat dan komunikasi antara penutur dan pendengar akan
menjadi canggung atau awkward. Kesantunan negative seolah-olah mempunyai keinginan
untuk kekal berautonomi semasa berkomunikasi .

Robert Sibarani (1999) berpendapat bahawa kesantunan ialah tatacara, adat atau
kebiasaan yang berlaku dalam sesuatu masyarakat beradab untuk memelihara hubungan
baik sesama manusia.. Beliau membahagikan kesantunan kepada tiga jenis perlakuan iaitu,
kesantunan perbuatan, kesantunan berpakaian dan juga kesantunan bahasa.

Kesantunan perbuatan merupakan perilaku yang perlu dilakukan pada waktu menerima
tetamu yang bertandang ke rumah, tatacara duduk dalam kalangan golongan tertentu, gerak
dan sikap semasa berbicara, perlakuan ketika berada ditempat umum, budaya beratur dan
etika makan atau minum. Kesantunan berpakaian menurut beliau pula harus selaras
mengikut keadaan dansuasana. Pakaian haruslah sopan di khalayak umum dan kelihatan
rapi dan sesuai mengikut keadaan. Kesantunan bahasa pula merujuk kepada ragam
bahasa, waktu dan keadaan pertuturan berlaku, kenyaringan suara dan juga waktuuntuk
senyap dan tidak berbicara.

Robin Lakoff (1973) menulis mengenai logik dalam kesantunan. Beliau menemukan tiga
prinsip kesantunan ataupun politeness principles iaitu ‘Don’t Impose, Give option, Makeyour
receiver feel good’. Dalam prinsip yang pertama ialah jangan memaksa, kedua ialah beri
pilihan atau cadangan dan akhir sekali ialah pastikan pendengar berasa tidak tersinggung.
Ketiga-tiga prinsip ini mendasari konsep kesantunan yang dilakarkan oleh Robin Lakoff.

Kajian tentang kesantunan juga dilakukan oleh pengkaji di rantau ini untuk memperincikan
konsep kesantunan. Za’ba (1950) telah menulis nilai dalam kelakuan dan etika Melayu di
dalam jurnal Malayan Branch. Za’ba mengeluarkan konsep kesantunan percakapan dalam
pengawalan suara. Menurut beliau, seseorang itu tidak boleh menjerit ataupun meninggikan
suara, bercakap terlalu banyak ataupun memuji diri sendiri. Seseorang itu akan dianggap
tidak mempunyai kesantunan jika dia menjerit ataupun bertutur dengan berlebihan.

Konsep Budi Bahasa dan Kepentinganya dalam Masyarakat Malaysia


Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, budi ditakrifkan sebagai kebajikan, bahasa sebagai
sistem lambang yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok
manusia manakala menurut bukuTesaurus Bahasa Melayu dan pengarangnya Ainon Mohd.
Dan Abdullah Hassan pula mentakrifkan budi bahasa ialah satu etiket, adab sopan santun,
pekerti, akhlak yang beradat dan berbahasa manakala menurut

Antara contoh perlakuan yang menunjukkan kesantunan dan budi bahasa seseorang ialah
memberi salam atau menegur dengan teguran yang baik apabila berjumpa dengan kenalan,
membongkokkan badan apabila lalu di hadapan orang, atau menunjukkan sesuatu dengan
menggunakan ibu jari.

Malaysia merupakan subuah negara yang unik kerana rakyatnya terdiri daripada berbilang
kaum. Berbudi bahasa dalam masyarakat Malaysia memainkan peranan yang penting untuk
mewujudkan perpaduan antara masyarakat yang berbilang kaum dan agama di negara kita
Masyarakat yang berbudi bahasa akan saling menghormati dan menyayangi antara satu
sama lain tanpa mengira perbezaanan adat, budaya, taraf dan umur individu .

Amalan berbudi bahasa berupaya menjadikan kehidupan masyarakat kita lebih baik.
Kehidupan rakyat Malaysia lebih tenteram kerana negara ini tidak mengalami sebarang
pergaduhan atau peperangan yang boleh tercetus akibat ketiadaan budi bahasa sesama
ahli masyarakat tersebut. Situasi ini menjadikan ekonomi, politik, dan sebagainya lebih stabil
lalu taraf hidup rakyat menjadi lebih tinggi berbanding negara jiran yang sering bergolak itu.
Jadi, rakyat yang berbudi bahasa akan membawa negara ini mengalami satu suasana
kehidupan yang lebih bermakna dan gembira

Dengan mengamalkan amalan yang berbudi bahasa antara anggota masyarakat seperti
memberi senyuman dan bertegur sapa antara satu sama lain dengan panggilan yang
digunakan seperti seperti pak cik, mak cik mahupun uncle atau unty ia akan membantu
mengelakkan pertelingkahan dan perselisiham antara kaum. Selain itu, ia juga dapat
menjalinkan hubungan yang baik antara kaum di negara kita. Melalui amalan budi bahasa ,
sesebuah masyarakat itu akan menghormati satu sama lain seterusnya mengukuhkan
hubungan antara kaum dan akhirnya mengekalkan kestabilan negara dengan mudah.
Semua rakyat yang berbeza kaum dan agama dapat hidup dalam satu bumbung dengan
aman dan bahagia.

Berbudi bahasa juga berupaya membentuk negara ini menjadi sebuah negara yang aman
dan harmoni. Negara menjadi sebuah negara yang harmoni lagi aman kerana semua
rakyatnya tidak berbicara tentang perkara yang berunsur sensitif atau mampu menimbulkan
kekecohan . Disebabkan ini, semua ahli masyarakat akan menjadi lebih peka dengan
kelebihan atau kekurangan pihak lain lalu tidak sengaja menggunakan bahasa yang tidak
sopan untuk menegur mereka. Lantaran itu, semakin banyak orang berbudi bahasa semakin
amanlah negara ini daripada pihak-pihak yang niatnya tidak baik.

Memandangkan kesatunan dan berbudi bahasa amat penting dalam kehidupan kita dan
Negara kita. Kita haruslah menunjukkan nilai kesantunan dengan menggunakan bahasa
yang baik dan beradab serta menunjukkan penghormatan terhadap teman bicara tanpa
mengira masa, tempat dan orang yang manjadi teman bicara kita. Pembangunan nilai dan
budaya yang betul amat mustahak untuk negara mencapai cita-cita Negara kita iaitu untuk
mencapai taraf negara maju yang duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan
negar-negara gergasi lain di dunia. Oleh itu, semua pihak haruslah bekerjasama bagai aur
dengan tebing dan mengelakkan sikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk
masing-masing. Dalam menanam amalan berbudi bahasa dalam diri setiap individu.
Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni perlulah diimplementasikan dari semasa ke
semasa untuk meningkatkan kesedaran rakyat. Kita mengharapkan agar menjelang tahun
2020, tabiat buruk sepertigengsterisme, dan bercakap kesat sudah lupus dari memori setiap
rakyat Malaysia supaya negara akan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.
4.1 Rujukan Tugasan 1

https://www.researchgate.net/publication/308897394_KESANTUNAN_BAHASA_SEMASA_
BERKOMUNIKASI_DI_LAMAN_SOSIAL

http://malaylanguagecentre.moe.edu.sg/qql/slot/u181/Khazanah%20Ilmu/Perkongsian
%20Profesional/MLCS-Final-9-38.pdf

https://www.slideshare.net/ivyhailey1/kuliah-3-konsep-kesantunan-danpandangantokoh2

http://www.academia.edu/28381283/KONSEP_BUDI_BAHASA

4.0 Tugasan 2- Penulisan Esei 2 (30%)


Kesantunan Verbal dan Bukan Verbal

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat menyatakan verbal ialah lisan. Kamus Dewan
(1984), mendefinisikan lisan sebagai sesuatu diucapkan diucapkan dengan tidak menulis.
Oleh itu, kesantunan verbal ialah kesopanan dan kehalusan semasa berkomunikasi secara
lisan manakala kesantunan bukan verbal ialah komunikasi tanpa kata-kata yang dikenali
sebagai bahasa badan atau bahasa tubuh. Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd.
(1999), bahasa badan termasuklah perhubungan ruang dari jarak, orientasi masa,gerak geri,
roman, gerak mata, sentuhan, suara dan kadar kelajuan kita bercakap. Tujuan komunikasi
bukan verbal adalah untuk menyampaikan mesej yang sukar dilahirkan melalui pertuturan
atau tulisantetapi boleh digambarkan melalui emosi, personality, tujuan, status sosial
seseorang individu.

Kesantunan berbahasa daripada segi verbal merujuk kepada percakapan, lisan dan
pertuturan. Kesantunan berbahasa verbal perlu sentiasa ditonjolkan terutamanya semasa
bercakap dengan orang lain, bergurau senda dengan rakan- rakan, menyampaikan
maklumat, bertanyakan sesuatu, membuat pembentangan kepada umum dan lain- lain lagi.
Secara ringkasnya, konsep kesantunan berbahasa verbal merujuk kepada semua aspek
komunikasi secara lisan. Sebagai contoh, melalui media massa seperti radio, televisyen
dan internet, pengucapan awam dan ceramah, seminar serta sesi ucapan. Semua contoh
tersebut menuntut penuturnya agar menggunakan bahasa yang sopan santun semasa
menyampaikan apa- apa yang ingin disampaikan.

Terdapat beberapa contoh bahasa komunikasi yang sopan seperti apa khabar,
Assalamualaikum, terima kasih dan sebagainya. Selain itu, dalam kesantunan berbahasa,
bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan tersendiri contohnya dalam
panggilan gelaran tidak formal seperti pak cik, mak cik dan sebagainya. Contoh panggilan
gelaran formal adalah seperti Tuan, Encik, Cik, Puan, Saudara, Saudari dan sebagainya.
Contoh gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad S.A.W seperti Syed atau
Sayed bagi lelaki dan Syafirah bagi perempuan. Kata panggilan dalam majlis rasmi pula
adalah seperti Yang di-Pertuan Agong ,DYMM Seri Paduka Baginda , Raja Permaisuri
Agong , DYMM Seri Paduka Baginda dan sebagainya.

Kesantunan berbahasa daripada segi bukan verbal pula merujuk kepada perbuatan,
ekspresi wajah, bahasa tubuh dan isyarat.Tidak kira sama ada melalui verbal atau non
verbal, Konsep kesantunan berbahasa non verbal ini merujuk kepada semua perlakuan
yang tidak menggunakan bahasa lisan untuk menyampaikan mesej yang dapat difahami.
Sebagai contoh, non verbal melalui media cetak seperti surat khabar, majalah, jurnal dan
buku. Justeru, bahasa tubuh, ekspresi wajah yang merangkumi hubungan mata juga
memainkan peranan yang sama penting untuk melestarikan konsep kesantunan berbahasa
bukan verbal.

Secara kesimpulannya, diharapkan semua pihak dapat bersama- sama berganding bahu
dalam membangkitkan, menanam dan mengimplimentasikan nilai- nilai baik dalam konsep
kesantunan berbahasa verbal dan non verbal agar kita semua mendapat manfaatnya di
samping kita sama- sama melestarikan penggunaan bahasa yang bertunjangkan konsep
kesantunan berbahasa.

Isu Kesantunan Berbahasa dalam Penggunaan teknologi Maklumat dan Komunikasi


serta Langkah-langkah Mengatasinya.

Kita menggunakan bahasa untuk berhubung, berkomunikasi antara anggota masyarakat


secara meluas, baik secara rasmi atau tidak rasmi. Perkembangan teknologi maklumat dan
komunikasi pada hari ini banyak mempengaruhi penggunaan bahasa di dalam kalangan
kita. Pada zaman dahulu, akhbar menjadi medium utama yang memartbatkan bahasa, kini
penggunaan bahasa telah di aplikasikan dalam pelbagai medium komunikasi seperti, ‘email’,
‘Facebook’, ‘twitter’ dan media massa yang lain. Namun, seiring dengan era ledakan
teknologi ini, penggunaan bahasa yang betul telah diabaikan oleh generasi kini
menyebabkan ramai diantara kita yang mengagungkan bahasa yang salah tersebut.
Penggunaan bahasa yang suka membangga diri, memaki hamun, memfitnah,
memprovokasi, mengejek dan merendahkan orang lain semakin berleluasa. Perkara ini jelas
menunjukkan penghakisan budaya ketimuran dan kesantunan berbahasa selain
menggambarkan imej dan peribadi bangsa yang negatif.

Penggunaan bahasa yang salah ketika dalam proses komunikasi iaitu penggunaan Bahasa
Melayu yang bercampur aduk dengan Bahasa Inggeris semakin berkembang luas dalam
kalangan pengguna bahasa. Penggunaan bahasa rojak ini dikatakan lebih santai dan tidak
begitu formal, sama seperti penggunaan Bahasa Melayu pasar. Akibat daripada kesalahan
penggunaan bahasa ini, ia telah menyebabkan kecelaruan maklumat yang disampaikan
serta memberi kesan kepada pengguna bahasa dalam proses belajar.

Penggunaan Bahasa yang tidak sopan yang berpunca daripada pengaruh media massa
juga semakin berleluasa. Penggunaan kata sapaan yang kasar atau kurang sopan kini telah
menjadi kebiasaan di kalangan Facebooker dalam perbualan mereka di Facebook. Banyak
perkataan yang memang tidak dapat dinafikan lagi, merupakan bahasa yang kasar,
mencarut dan tidak bersopan kerap digunakan dalam laman Facebook ini. Antaranya ialah
“usha”, “giler”, “sekodeng”, “rembat”, “poyo”, “sengkek” dan “beruk”. Bahasa sedemikian
sering digunakan oleh remaja hari ini dan memang agak sukar untuk orang lain
menterjemahkan maksudnya dengan tepat, melainkan kelompok mereka sendiri.
Terdapat juga penggunaan tatabahasa yang salah. Ayat-ayat yang terbentuk tidak
mematuhi hukum tatabahasa Bahasa Melayu dan kelihatan janggal. Kesalahan ejaan, tanda
baca, dan singkatan huruf. Kesalahan tatabahasa ini akan menimbulkan tanggapan negatif
masyarakat yang membacanya terhadap individu tersebut serta menyebabkan individu ini di
pulau oleh masyarakat .

Penggunaan Bahasa yang menghina sesuatu adalah juga tidak wajar wujud dalam
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Hinaan ini akan menyebabkan
pergaduhan semasa anggota masyarakat apatah lagi hinaan tersebut melibatkan sensitiviti
agama, kaum dan bangsa. Keamanan dan keharmonian hidup akan lenyap. Pelbagai pihak
akan terlibat dalam permasalah ini hanya kerana tujuan penggunaan bahasa yang salah.

Beberapa langkah bolih diambil untuk mangatasi isu-isu kesantunan berbahasa dalam
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Antaranya ialah peranan institusi
kekeluargaan . Dalam kelurga kita hendaklah mempraktikkan gaya pertuturan atau
perbualan yang sopan dan teratur. Ibu bapa perlulah tegas dalam mendidik anak-anak
mereka supaya generasi muda pada hari ini dapat berdisiplin dalam pertuturan bahasa
yang sopan tidak kira di mana mereka berada terutamanya ketika menggunakan laman
social.

Media massa juga boleh memainkan perananya. Media massa, baik cetak, maupun
elektronik juga membawa pengaruh terhadap kita semua. Sebagai contoh, program atau
tayangan televisyen yang biasa ditonton oleh anak dapat mempengaruhi watak dan
kepribadiannya. Tayangan atau program yang di dalam yang menggunakan istilah-istilah
atau ugkapan yang santun sangat mudah diserap atau ditiru oleh para penonton.

Selain itu, institusi sekolah juga memainkan peranan yang penting dengan memantau para
pelajar dari segi tingkah laku pelajar dari segi pertuturan yang diucapkan semasa mereka
berada di dalam dan luar sekolah adalah beradab. Pihak sekolah juga boleh mengadakan
kempen-kempen yang berkaitan dengan budi bahasa agar seluruh warga sekolah
dimotivasikan untuk melakukan interaksi dan berkomunikasi secara baik dan santun dapat
diterapkan kepada pelajar supaya pelajar dapat menerapkan penggunaan bahasa yang
santun dalam teknologi maklumat dan komunikasi.

4.1 Rujukan Tugasan 2


https://www.slideshare.net/HanaFitrah/kesantunan-bahasa-dalam-teknologi-maklumat-dan-
komunikasi

https://www.slideshare.net/tamsi8636/strategi-kesantunan-verbal-dan-bukan-verbal

http://studentsrepo.um.edu.my/2057/8/BAB_5.pdf

https://www.scribd.com/document/84776296/Kesantunan-Verbal
5.0 LAMPIRAN

Kesantunan Berbahasa

Kesantunan berbahasa adalah kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan


bahasa ketika berkomunikasi melalui lisan maupun tulisan. Bahasa yang digunakan penuh
dengan adab tertib, sopan santun dan mengandungi nilai-nilai hormat yang tinggi.

Brown dan Levinson mengartikan kesantunan sebagai melakukan tindakan yang


mempertimbangkan perasaan orang lain yang didalamnya memperhatikan positif face
(muka positif) yaitu keinginan untuk diakui dan negatif face (muka negatif) yaitu keinginan
untuk tidak diganggu dan terbebas dari beban. Kebutuhan muka dianggap berlaku dalam
seluruh tataran budaya dimana muka dirumuskan sebagai sesuatu yang dapat hilang, perlu
dijaga, atau perlu didukung. Asumsi yang mendasari teori ini adalah bahwa muka secara
terus-menerus berada dalam kondisi beresiko karena segala bentuk tindakan berbahasa
yang disebut face threatening act – FTA (tindakan mengancam muka) yang mempunyai
fungsi menghubungkan penutur dengan lawan tutur dipandang sebagai ancaman bagi
lawan bahasa. Oleh karenanya segala tindakan mengancam muka tersebut harus
dinetralkan dengan menggunakan dosis kesantunan yang tepat. Tepatnya, kesantunan
dipahami sebagai dasar dalam menghasilkan suatu tatanan sosial.dan merupakan alat
untuk memperlancar interaksi.

2. Strategi Kesantunan

Brown dan Levinson (1987:60) mengidentifikasi empat strategi kesantunan atau pola
perilaku umum yang dapat diaplikasikan penutur yaitu:

1. Bald-on Record Strategy (tanpa strategi)

Dengan strategi ini penutur tidak melakukan usaha apapun untuk meminimalisir ancaman
bagi muka lawan tutur atau untuk mengurangi akibat dari tindakan yang mengancam muka.
Strategi seperti ini akan mengakibatkan lawan tutur merasa terkejut, malu dan tidak nyaman.

2. Positive Politeness Strategy (strategi kesantunan positif/keakraban)

Strategi ini digunakan untuk menunjukkan keakraban kepada lawan tutur yang bukan orang
dekat penutur. Untuk memudahkan interaksinya, penutur mencoba memberi kesan senasib
dan seolah-olah mempunyai keinginan yang sama dengan lawan tutur dan dianggap
sebagai keinginan bersama yang memang benar-benar diinginkan bersama pula. Strategi ini
ditujukan langsung kepada muka positif lawan tutur supaya keinginan penutur dianggap
sebagai keinginan bersama antara penutur dengan lawan tutur.
3. Negative Politeness Strategy (strategi kesantunan negatif/formalitas)

Strategi kesantunan negatif adalah tindakan yang dilakukan untuk menebus muka negatif
lawan tutur dan keinginan penutur untuk terbebas dari beban dengan maksud agar tindakan
dan maksudnya tidak terganggu dan tidak terkendala. Tindakan ini tidak lain adalah dasar
dari perilaku menghargai, yang terdapat pula pada strategi kesantunan positif. Bedanya
strategi ini lebih spesifik dan lebih terfokus karena penutur menampilkan fungsi-fungsi
penunjang untuk meminimalisir beban tertentu sebagai sesuatu yang tidak bisa dihindarkan
oleh lawan tutur. Fokus utama pemakaian strategi ini adalah dengan mengasumsikan
bahwa penutur kemungkinan besar memberikan beban atau gangguan kepada lawan tutur
karena telah memasuki daerah lawan tutur. Hal ini diasumsikan bahwa ada jarak sosial
tertentu atau hambatan tertentu dalam situasi tersebut.

4. Off-record Politeness Strategy (strategi tidak langsung atau tersamar)

Strategi ini direalisasikan dengan cara tersamar dan tidak menggambarkan maksud
komunikatif yang jelas. Dengan strategi ini penutur membawa dirinya keluar dari tindakan
dengan membiarkan lawan tutur menginterpretasikan sendiri suatu tindakan. Strategi ini
digunakan jika penutur ingin melakukan tindakan mengancam muka namun tidak ingin
bertanggung jawab atas tindakan tersebut.

3. Konteks Kesantunan Berbahasa

1. Konteks Situasi

Karena kesantunan merupakan fenomena pragmatik, maka ia dipengaruhi oleh konteks.


Terdapat dua konteks situasi yang memengaruhi cara kita membuat permintaan. Pertama,
tingkat paksaan, dan peraturannya adalah “semakin tinggi tingkat pembebanan yang
dikandung sebuah ujaran, semakin tidak langsung sebuah ujaran tersebut”.

2. Konteks Sosial

Pilihan atas formulasi kesantunan tergantung pada jarak sosial dan kekuasaan diantara
kedua pihak. Apabila terdapat jarak sosial, kesantunan dikodekan dan terdapat banyak
ketidaklangsungan ujaran. Ketika jarak sosial berkurang, berkurang pula negative politeness
dan ketidaklangsungan. Variabel yang menentukan jarak sosial adalah tingkat keakraban,
perbedaan status, peran, usia, gender, pendidikan, kelas, pekerjaan dan etnisitas.

3. Konteks Budaya
Dapat dikatakan bahwa kesantunan dan bahasa bersifat terikat oleh budaya setempat.

http://sastraindonesiaoke.blogspot.my/2013/04/kesantunan-berbahasa.html
6.0 Penutup

Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan Kerja Kursus Kesantunan


Masyarakat Malaysia dalam tempoh masa yang ditetapkan.Ketika menjalankan kerja kursus
ini,banyak pengetahuan,pengajaran,nilai yang telah saya pelajari.

Selepas menjalankan Kerja Kursus Kesantunan Masyarakat Malaysia,saya rasa


amat bersyukur sebagai seorang warganegara Makaysia dan sentiasa belajar amalan
sopan-santun daripada pelbagai kaum.

Selain itu,saya juga telah mempelajari konsep kesantunan dari aspek teori dan
praktikal.Selepas melakukan kerja kursus ini,saya juga dapat menguasai kemahiran
membuat penyelidikan dengan tatacara yang betul serta dapat menambah ilmu
pengetahuan saya.

Akhir sekali, saya akan berusaha untuk mengaplikasikan kesantunan dalam


kehidupan seharian .Tema “Kesantunan Masyarakat” harus diberi perhatian dan menjadi
budaya dalam peringkat antarabangsa.

Anda mungkin juga menyukai