Anda di halaman 1dari 1

Refleksi AJK Dokumentasi

Setelah mendapati kami menjadi AJK Dokumentasi, kami pergi meminjam


camera daripada kawan-kawan yang ada camera. Selepas itu, kami bermesyuarat
sebanyak 2 kali untuk berbincang tentang agihan tugas. Semasa acara-acara
permainan tradisional bermula,Christina Lai Yi Tian bertugas untuk mengambil gambar
untuk stesen kelas Pengajian Cina, Siti Norzaidah Binti Kamaruddin bertugas untuk
mengambil gambar untuk stesen kelas Sains (SK) dan Sharifah Nur Atiqah binti Syed
Ghalib bertugas untuk mengambil gambar untuk stesen kelas Sejarah. Sepanjang
program ini dijalankan, kami bertiga bekerjasama untuk mengambil gambar.
Selepas program ini tamat, kami bertiga mengumpul semua gambar yang
ditangkap dan menjadikannya sebagai lampiran. Di samping itu, kami juga berperanan
untuk mengumpul semua minit mesyuarat, laporan dan refleksi ajk masing-masing.
Kami menghadapi satu masalah yang besar iaitu terdapat ajk yang menghantar laporan
atau minit mesyuaratnya lewat dan mengakibatkan kami tidak sempat mencetak pada
masa yang tepat. Dengan kerjasama kawan-kawan yang lain, akhirnya kami juga dapat
mengumpul semua maklumat yang diperlukan untuk dijadikan fail.
Sepanjang program ini dijalankan, kami sebagai AJK Dokumentasi telah
mempelajari banyak benda. Kami telah mempelajari cara membuat laporan, minit
mesyuarat dan juga bagaimana cara untuk menyusun fail dokumentasi. Di samping itu,
kami juga belajar cara berkomunikasi dengan orang lain. Hal ini demikian kerana kami
hendak sentiasa berhubung dengan ajk yang lain dan mengingatkan mereka untuk
menghantarkan laporan dan minit mesyuarat mereka. Tambahan pula, kami juga belajar
cara untuk bekerja secara sistematik. Sebagai AJK Dokumentasi, kami hendak bekerja
dengan sistematik agar maklumat dalam fail mencukupi dan susun dengan teratur. Oleh
sebab banyak kerja yang kena kami buat, jadi kami membahagikan kerja-kerja kami
agar kami dapat bekerja dengan sistematik.

Anda mungkin juga menyukai