Anda di halaman 1dari 8

REFLEKSI KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL

1) Pemberian tugasan

Pertamanya, saya ingin mengucapkan rasa bersyukur kepada tuhan kerana saya dan rakan-rakan guru pelatih PISMP semester 5 ambilan Jan 2012 telah berjaya merancang dan mengelolakan satu Karnival Permainan Tradisional. Permainan tradisional adalah satu aspak pada kehidupan manusia. Permainan ini dikenali juga sebagai permainan masa lapang ataupun sukan rakyat. Kebiasaan permainan tardisional ini dimainkan oleh masyarakat dahulu pada masa lapang seperti lepas bekerja di sawah padi ataupun semasa tidak turun ke laut. Pengelolaan karvinal permainan tradisional ini dilakukan untuk melengkapkan tugasan Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan pada semester ini. Kami guru pelatih dari tujuh unit telah mengadakan dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang bagi carnival ini. Kami telah berjaya melaksanakan karnival ini dengan jayanya bermula dengan pelantikan ahli jawatan kuasa sehingga berakhirnya karnival ini pada 10 Mac 2014 tanpa sebarang kesulitan dan masalah. Apabila kami diberi tugasan ini oleh pensyarah kami, saya telah berasa tidak senang. Hal ini berlaku kerana pengelolaan sesuatu karnival bukan sesuatu perkara yang mudah. Selain itu, saya juga berasa kami guru pelatih dari tujuh unit akan mengalami masalah komunikasi antara satu sama lain untuk mengelolakan satu karnival bersam-sama. Walaupun bagaimanapun, saya yakin dengan bimbingan pensyarah, kami akan berjaya membuat kehendak tugasan kami dengan baik dan sempurna. 2) Proses karnival a. Proses sebelum Sebelum memulakan tugasan, kami dikehendaki menubuhkan jawantankuasa untuk menjalankan karnival ini seperti jawatankuasa induk dan jawatankuasa kerja seperti ajk pertandingan, ajk peralatan, ajk sambutan, ajk siaraya dan sebagainya. Setelah penubuhan jawantankuasa dijalankan dengan sempurna, kami telah

mengadakan beberapa mesyuarat untuk memastikan perkara-perkara berkaitan dan juga kelancaran proses pengelolaan carnival. Setiap mesyuarat ini diketuai oleh pengerusi karnival ini iaitu Khairul Hizami dan melibatkan semua ketua atau wakil ajk kerja untuk melaksanakan tugasan masingmasing. Semua guru pelatih dikehendaki menjadi salah satu ajk kerja. Ini bermakna kami semua diberikan tugasan masing-masing dan berkerjasama untuk menjayakan pengelolaan karnival ini. Saya telah berada di bawah ahli jawatankuasa peralatan. Ketua ajk kami ialah Lee Kai Chie dari unit BC 2. Seterusnya, kami seramai lapan ahli peralatan (Chew Hao Yi, Mohamad Faiz bin Mohamad Jaihan, Kleynton Rantai, Nur Salwana binti Russeli, Pavithra a/p Karthikesin dan Mary Stella a/p Arokiasamy) termasuk ketua telah

berkerjasama dan bertolak ansur antara satu sama lain. Kami telahpun Berjaya melaksanakan tugasan kami dengan baik dan teratur. Ahli Jawatankuasa Peralatan telah menjalankan tugas dan kerja dengan amanah dan tanggungjawab untuk menjayakan karnival ini. Tugas kami adalah untuk menyediakan segala keperluan alatan yang diperlukan sepanjang aktiviti. Sebelum karnival ini dijalankan, kami iaitu jawatankuasa carnival telah melakukan dan menyelaraskan banyank tugasan untuk kejayaan program ini. Kami guru-guru pelatih daripada 4 unit iaitu, Matematik, Bahasa Cina 2, Bahasa Tamil 2 dan Bahasa Melayu telah mengadakan permainan tradisional sesi petang dan sebanyak tiga unit iaitu Bahasa Cina 1, Bahasa Tamil 1 dan Sains telah melibatkan diri sebagai peserta dalam karnival ini. Kami telah merancang untuk mengadakan empat permainan iaitu tarik upir, galah panjang, lari dalam guni dan sepak raga.

b. Proses semasa Semasa Jawatankuasa buku program telah menyediakan buku program mengenai karnival ini. Jawatankuasa pertandingan telah menyediakan peraturan dan juga kawasan pertandingan untuk keempat-empat permainan tersebut. Selain itu, jawatankuasa peralatan bekerjasama dengan jawantankuasa pertandingan dengan

menyediakan segala peralatan yang diperlukan. Jawatankuasa publisiti telah membuat dua banner mengenai karnival kami dan Berjaya memaparkannya pda hari tersebut. Seterusnya, jawatankuasa siaraya dan teknikal bekerjasama untuk

menyediakan kemudahan PA sistem dan juga kedudukan meja dan kerusi bagi tetamutetamu berhormat. Jawatankuasa makanan telah menyediakan untuk tengahari dan juga botol air minuman kepada murid dan menyediakan minum petang untuk tetamu. Jawantankuasa fotografi juga telah menangkap gambar dan membuat rakaman video sepanjang karnival ini berlangsung. Jawatankuasa hadiah juga telah menyediakan hadiah dan juga cenderamata kepada tetamu kehormat dan jawatankuasa sambutan telah membuat kad jemputan dan memberikannya kepada setiap jabatan untuk melibatkan diri dalam carnival penganjuran kami. Setiap jawatankuasa telah bertungkus-lumus untuk menjayakan program ini. Akhirnya kami dapat menjayakan program ini dengan bantuan pensyarahpensyarah jabatan pendidikan jasmani dan juga dengan berkat tuhan. c. Proses selepas Selepas karnival permainan tradisional tamat, semua guru pelaatih telah bekerjasama dengan jawatankuasa kebersihan untuk membersihkan kawasan padang. Jawatankuasa perlatan telah memulangkan semua peralatan yang dipinjam dari stor. Semua AJK telah menyelesaikan tugas yang diberikan kepada dengan sempurna. Saya berasa gembira dan berasa bersyukur kepada limpah tuhan kerana saya dan rakanrakan sekumpulan saya telah berjaya melaksanakan tugas dengan baik. Selepas tamat Karnival ini semua ketua jawatankuasa telah mendapat arahan daripada pengerusi supaya membuat laporan dan post mortem daripada aktiviti ini. Post mortem bagi pengelolaan carnival ini diadakan pada 12 Mac 2014 di Balai Ilmu. 3) Kelebihan Pendidikan Jasmani adalah sangat penting dalam kehidupan sebagai seorang murid sekolah. Pengurusan dan pentadbiran adalah sangat berkait rapat dengan Pendidikan Jasmani dan juga sukan. Apabila sesuatu program itu dapat diuruskan dan ditadbir dengan baik, maka ia akan memberi impak yang positif kepada pihak pengurusan

tersebut. Dengan sebegitu, karnival permainan tradisional yang dianjurkan oleh guruguru pelatih juga mempunyai pelbagai kelebihan. Kami telah menjayakan karnival permainan tradisional dengan baik dan

sempurna. Karnival inilah yang amat berkait rapat dengan apa yang telah kami perolehi daripada kursus PJM3112 tersebut. Sesuatu program itu dapat dijayakan dengan bebapa aspek yang sangat perlu dititik beratkan. Antaranya, ia bergantung kepada bagaimana merangka/merancang dan pengendalian/pelaksanaan/pengelolaan yang dilakukan. Perancangan atau merangka disini dapat didefinisikan bagaimana untuk merancang, merangka, menyusun aktiviti dan juga menyelaras tugas bagi melaksnakan sesuatu program. Mengelola pula bermaksud mentadbir, mengurus, dan mengawal atau melaksana sesuatu program yang telah dirancang. Karnival Permainan Tradisonal yang dijalankan ini mengikuti beberapa urutan dan prosedur-prosedur yang biasa dijalankan oleh mana-mana perancangan sesuatu program agar ia dapat berjalan dengan lancar dan baik. Kelancaran program ini bergantung pada kerjasama jawatankuasa. Terdapat banyak kelebihan dalam proses penganjuran carnival ini. Antaranya ialah, kami merancang dengan teliti tentang pemilihan permainan dan peraturan-peraturan pertandingan. Kami telah menjalankan empat permainan

tradisional iaitu galah panjang, lari dalam guni, sepak raga dan juga tarik upir. Permainan-permainan yang kami pilih adalah permainan yang menarik dan tidak membosankan orang yang terlibat. Para guru pelatih yang terlibat dalam permainan permainan ini telah amat seronok dan aktif semasa bermain. Oleh sebab yang demikian, perkara ini adalah satu kelebihan dalam carnival ini.

Kekuatan kedua adalah peralatan-peralatan untuk permainan tradisional yang diperlukan mudah didapati dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Segala peralatan yang diperlukan dipinjam dari jabatan pendidikan jasmani dan hanya guni sahaja alatan yang dibelikan untuk permainan lari dalam guni. Disini kami telah menggunakan kecekapan kami untuk mengurangkan kos perbelanjaan dari segi pembelian perlatan bagi pertandingan yang dianjurkan.

Kelebihan yang ketiga adalah, kami dapat menceriakan suasana karnival ini dengan banting dan juga banner. Kami telah mempamerkan banner besar di hadapan pintu masuk IPGKRM. Seterusnya, 1 banner, 2 banting telah dipamerkan di padang dan juga 1 banting untuk AJK Protokol supaya gimik perasmian. Kami juga mempamerkan banting bunga raya di astaka supaya kelihatan ceria. Kami juga menampalkan pamplet di tempat-tempat penting seperti blok akademik, Kafeteria dan sebagainya. Dengan ini, kawasan padang telah dijadikan sebagai kawan keceriaan. Kelebihan yang keempat ialah, kami telah memberi perhatian terhadap aspek keselamatan kepada guru pelatih yang terlibat dalam pertandingan. Jawatankuasa keselamatan telah bersiap sedia dengan peti pertolongan cemas dan berada di kawasan pertandingan untuk membantu mereka pada bila-bila masa sahaja. Kami juga merawat semua pelatih yang berluka dengan kadar segera. Itu juga merupakan kelebihan kami dlam aspek keselamatan.

4) Kelemahan Terdapat juga kelemahan yang dapat saya kesan. Pertama, dari segi pengurusan masa. Pada sesi pendaftaran, terdapat segelintir peserta yang datang lewat walaupun majlis perasmian telah dimulakan. Kehadiran peserta yang lewat telah menganggu

majlis perasmian yang sedang berlangsung dan juga merumitkan lagi proses pendaftaran. Kedua, kami tidak menetapkan tempoh masa bagi setiap permainan.Terdapat beberapa permainan mengambil masa yang lama contohnya seperti permainan galah panjang. Ini menyebabkan para peserta lambat menamatkan permainan. Hal ini menyebabkan kami tidak dapat mengadakan perasmian penutupan pada masa yang dirancang. Selain itu, permainan Tarik Upih yang sering dimainkan pada masa kecil dimainkan semula pada carnival kami. Semasa permainan ini berlangsung, semua peserta menggunakan upih kering yang disediakan oleh kami, untuk memenangi acara ini.. Ini terbukti apabila upih tersebut telah putus semasa proses menarik. Namun, atas

semangat kesukanan, maka permainan ini tetap diteruskan. Malangnya, hampir separuh peserta tidak dapat bertanding kerana mendapat upih yang sudah tidak elok. Hal ini juga menyebabkan para peserta berluka pada tangan. Seterusnya, kami mengalami kelemahan dari segi aspek sambutan. Kami sebagai guru pelatih tidak dapat menyambut tetamu seperti pengarah kampus dan juga timbalan pengarah kampus dengan protokol yang betul. Ini menyebabkan keadaan tidak selesa.

5) Cadangan penambaikan Penyelesaian adalah perlu bagi mengelakkan masalah yang disebutkan daripada berulang. Berikut merupakan cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi pihak pengelola pada masa hadapan iaitu hal berkaitan pengurusan masa. Pihak peserta mungkin datang lewat pada awal pagi. Sebagai cadangan, pihak pengelola boleh memberitahu dan menyediakan makanan kepada peserta pada awal pagi di tempat karnival permainan tradisional. Bagi pengurusan setiap permainan, kami juga perlu menetapkan tempoh masa yang sesuai bagi setiap permainan supaya ianya berjalan lancar. Selain itu, kami tidak patut memberi penerangan pada masa yang lebih. Kami boleh meminta para peserta berdiri dalam bentuk U, ia akan memudahkan kefahaman peserta terhadap penerangan pihak pertandingan. Cara yang lain ialah, memastikan setiap kumpulan mempunyai ahli yang sama supaya sesetengah kumpulan menamatkan pertandingan yang sangat singkat. Kami patut berfikir terlebih dahulu tentang kesan daripada permainan tarik upih. Cara lain untuk mengadakan permainan ini adalah dengan menyediakan banyak upih supaya peserta tidak guna upih yang tidak elok ketika pertandingan. Kami boleh memilih permainan tradisional yang lain yang tidak cederakan para peserta. Selain itu, para peserta juga akan berasa senang untuk melibatkan diri dalam sebarang pertandingan.

Seterusnya, pada masa akan datang kita patut mengabungkan jawantankuasa sambutan dengan jawatankuasa jemputan. Oleh yang demikian, para guru pelatih akan mengetahuai tentang tetamu-tetamu jemputan terlebih dahulu dan boleh membuat persiapan yang dikehendaki untuk menyambut tetamu. Setiap kelemahan yang timbul selepas sesuatu pertandingan itu harus diperbaiki dimana ia akan bertindak sebagai sebuah panduan agar perjalanan pertandingan pada masa akan datang akan berjalan dengan lebih lancar.

6) Faedah-faedah Secara keseluruhannya, karnival ini telah menjadi sesuatu pengalaman yang penting kepada kami. Saya telah memperolehi banyak teladan dari pengajuran karvinal ini. Saya telah memahami dan mempelajari kemahiran mengelola, mengurus dan mentadbir. Saya telah mempelajari kemahiran mengelola melalui beberapa perkara. Antaranya ialah merangkumi jangkaan keperluan kewangan, persediaan kawasan pertandingan, pembahagian masa bagi setiap permainan, makanan dan minuman, keperluan pengawai perubatan dan sebagainya. Selain itu saya juga memahami konsep atau kemahiran mengurus melalui pengajuran carnival ini. Saya telah dapat mempelajari cara untuk mengurus sesuatu perkara dengan kaedah yang betul dan juga sistematik. Penganjuran karnival ini telah membina jati diri sebagai seorang guru yang bakal mendidik anak bangsa pada masa akan datang. Selain itu, ia dapat memupuk kerjasama antara kami walaupun pelbagai masalah yang perlu kami harungi.Apabila kami, guru pelatih berkerjasama antara satu sama lain utnuk menjayakan karnival ini, secara tidak langusng saya mendapat tahu bidang tugas bagi setiap jawatankuasa. Melalui aktiviti seperti ini, saya dapat melatih diri saya

supaya lebih memahami akan aspek pengurusan dan juga mengelolakan sesuatu program yang diberikan sebagai amanah untuk disempurnakan.

Secara keseluruhannya, setiap fasa dalam mengelolakan sesuatu program itu adalah sangat penting dan perlu diambil perhatian. Karnival permainan tradisional ini juga turut mendidik diri saya dan guru pelatih yang lain dalam melakukan pengurusan dari segi pelbagai aspek yang akhirnya dapat menyempurnakan sesuatu program dengan lancar. Akhir sekali, ribuan terima kasih diucapkan kepada pensyarah kami iaitu En. Azulhaimi yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya dan juga

rakan-rakan bagi menjayakan karnival permainan tradisional ini. Tidak lupa

kepada rakan-rakan seperjuangan yang bersama-sama berganding bahu untuk karnival permainan tradisional ini.

Anda mungkin juga menyukai