Anda di halaman 1dari 7

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PISMP SEM 5 ELEKTIF PEND.

JASMANI
LAPORAN AJK PERALATAN

Senarai Nama Ahli Jawatankuasa :


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

1.0

Mohamad Aizatul Ariffin Bin Mohd Nadziman


Aznizan Bt Aziz
Thompson Anak Juna
Nurfarhana Bt Khairuddin
Reymond A/L Bah Ayoh
Siti Nor Atiekah Bt Kamarudin
Pugelentheran A/L paramasamy

Pendahuluan

Sebagai ahli jawatankuasa peralatan bagi karnival permainan tradisional ini kami telah
ditugaskan untuk mengambil barang barang yang diperlukan di stor dan peralatan yang
diperlukan untuk melangsungkan karnival permainan tradisional ini.

2.0

Sebelum

Bagi melaksanakan karnival permainan tradisional ini mesyuarat telah diadakan untuk
membincangkan tentang barang barang dan peralatan yang diperlukan bagi melangsungkan
karnival ini. Sebelum tiba hari yang dinanti nantikan iaitu pada 28 Mac 2015 kami telah
ditugaskan untuk mengambil barang barang yang diperlukan seperti kertas mahjong, kertas
A4, marker, air mineral, tali rafia dan hamper. Selain itu, untuk persiapan tempat kami juga perlu
mengambil dan meminjam beberapa peralatan daripada bilik stor sukan. Antara peralatan yang
diperlukan ialah kerusi, meja lipat, pentas kecil, payung, kanopi, tikar serta papan kenyataan
yang kecil itu untuk setiap kelas bagi meletakkan dan menampal semua maklumat tentang
permainan yang mereka anjurkan.
Pada 24 Mac 2015 kami telah mula mengambil barang barang yang diperlukan untuk karnival
permainan tradisional tersebut. Pada hari tersebut kami uruskan segala barang di stor barang

dan menyimpannya di tempat yang selamat serta kami juga telah menyelesaikan segala
peralatan yang diperlukan seperti meja, kerusi, pentas kecil, payung dan sebagainya dengan
bantuan pekerja pekerja di Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu. Peralatan tersebut
telah diangkat dengan menggunakan lori pekerja yang banyak membantu kami dari segi
mengambil dan mengangkat semua peralatan yang diperlukan. Sekalung penghargaan kami
ucapkan.

3.0

Semasa

Semasa karnival ini berlangsung semua barang dan peralatan yang diperlukan mencukupi dan
tiada masalah yang berlaku semasa karnival permainan tradisional ini berlangsung.
Alhamdulillah semua berlaku dengan lancar dan semua peralatan dan barang yang diperlukan
dapat diperoleh dengan mudah dan senang dengan bantuan pihak pihak lain.
4.0

Selepas

Selepas selesai karnival permainan tradisional ini ahli jawatankuasa peralatan mula mengemas
semua barang barang dan peralatan yang telah digunakan. Semua guru pelatih menyusun
peralatan yang sudah digunakan pada satu tempat supaya senang untuk kami menghantar
semula peralatan yang telah dipinjam.

5.0

Kelebihan

Antara kelebihan yang dapat kami peroleh ialah semua ahli jawatankuasa memberi kerjasama
yang mantap. Selain itu, ada juga golongan guru pelatih yang baik hati sudi menolong kami
semasa kami mengangkat peralatan yang diperlukan. Mereka sudi memberi pertolongan
kepada kami dan berkat usaha dan pertolongan mereka kami dapat membawa semua
peralatan yang diperlukan ke astaka berhampiraan padang. Seterusnya, syukur kerana semua
pihak dapat memberikan kerjasama yang mantap dan padu kepada kami semasa kami
berurusan dengan mereka. Ini merupakan satu kelebihan kepada kami apabila dapat berurusan
dengan pihak yang senang memberi kerjasama kepada kami.
6.0

Kelemahan

Peralatan yang terdapat di dalam stor tidak mencukupi kerana guru pelatih yang lain juga ada
melaksanakan beberapa program pada hari yang sama dan ini telah mengakibatkan peralatan
di dalam stor sudah dipinjam dan tidak mencukupi. Ini akan memberi masalah kepada guru
pelatih yang lain kerana mereka juga ingin menggunakan peralatan yang sama pada hari yang
sama juga. Kekurangan kuantiti peralatan telah menyebabkan berlakunya masalah kerana
peralatan yang diperlukan itu sudah dipinjam oleh orang lain.

7.0

Penambahbaikan

Cadangan penambahbaikan ialah supaya pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu
dapat menyediakan peralatan dalam stor seperti kanopi, payung, bendera warna warni dan
sebagainya dengan kuantiti yang banyak agar bila berlakunya dua program serentak peralatan
yang diperlukan mencukupi.

Disediakan Oleh,

________________________________
(AZNIZAN BT AZIZ )
Jawatankuasa Peralatan,
Karnival Permainan Tradisional,
PISMP Semester 5 Elektif Pend. Jasmani
IPG Kampus Kota Bharu

30 MAC 2015

REFLEKSI KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PISPM SEM 5 ELEKTIF PENDIDIKAN


JASMANI
OLEH : AZNIZAN BT AZIZ
Alhamdulillah bersyukur ke Hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurniaNYA dapat saya dan
rakan guru pelatih yang lain melaksanakan karnival permainan tradisonal ini pada 28 Mac 2015
bertempat di padang Institut Pendidikan Guru kampus Kota Bharu. Karnival ini telah dikelolakan
oleh guru pelatih dari kelas BM1, Bm2, dan Bm3, mereka telah bekerjasama antara satu sama
lain untuk melaksanakan program ini. Pensyarah pembimbing bagi kelas Bm3 SJKT ialah Encik
Che Kamarudin bin Che Mamat yang banyak memberi bimbingan dan nasihat kepada kami
semasa melaksanakan karnival ini.
Kelas kami telah dibahagikan kepada dua kumpulan kerana kami telah ditugaskan untuk
melaksanakan atau mengelola dua permainan tradisional iaitu tarik upih dan ketingting. Saya
telah dimasukkan ke dalam kumpulan permainan tradisional ketingting dan kami mula
melaksanakan tugasan yang sepatutnya dilaksanakan. Antara kelebihan yang telah saya dapati
semasa mengelola karnival permainan tradisional ini ialah saya dapat mengenal dan
mempelajari dengan lebih mendalam lagi tentang permainan tradisional yang terdapat di
Malaysia sama ada kaum Melayu, Cina atau India.
Selain itu, saya juga dapat mengaplikasikan terus permainan yang dipilih supaya saya
lebih memahami peraturan sesuatu permainan tradisional. Karnival permainan tradisonal pada
kali ini telah menganjurkan satu permainan daripada kaum India iaitu Khoo khoo. Permainan
ini jarang dilihat dimainkan oleh masyarakat sekarang jadi pengajur telah mengambil satu
keputusan yang bijak dalam memiih permainan tradisional yang berlainan agar semua guru
pelatih didedahkan dengan pelbagai permainan tradisional yang terdapat di Malaysia.
Saya telah dipertanggjawabkan untuk menyelesaikan tugas atau peranan sebagai ahli
jawatankuasa peralatan untuk karnival permainan tradisional ini. Melalui jawatankuasa ini saya

telah mempelajari banyak perkara seperti berurusan dengan pihak atasan, menyediakan
peralatan dan barang barang yang diperlukan. Selain itu, saya juga dapat belajar tentang cara
cara atau prosedur untuk mendapatkan sesuatu peralatan. Pengalaman ini banyak memberi
saya pengetahuan yang baru kepada saya dan dapat saya aplikasikan apabila saya sudah
menjadi guru kelak.
Tambahan pula, penganjuran karnival permainan tradisional ini telah banyak memberi
ilmu dan pengalaman yang baru kepada semua guru pelatih dalam menganjurkan dan
mengelola sesesuatu karnival. Pengalaman dan ilmu pengetahuan ini dapat diaplikasikan
apabila kita sudah menjadi seorang guru dan pendidik kelak. Seterusnya, kerjasama antara
semua ahli jawatankuasa telah membantu menjayakan karnival permainan tradisional ini.

Anda mungkin juga menyukai