Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN POST-MORTEM

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL

Nama Program : Karnival Permainan Tradisional


Tarikh Program : 27 Februari 2013
Tempat Program : SK Mutiara Perdana, Bayan Lepas
Penganjur : Pelajar Guru Tahun 3 Pengajian Cina Ambilan Januari 2011

Jawatankuasa :
Pengerusi : Chong Chee How
Naib Pengerusi : Chiam Lay Szee
Setiausaha : Ernahwatikah Binti Nasir
Naib Setiausaha : Wong Xiao Jing
Bendahari : Ding Zi Yuan
Ahli Jawatankuasa :
Pengangkutan : Sim Hoey Mean
Peralatan : Leong Jia Bih, Ting Yen Loo
Makanan dan Minuman : Chua Pei Pei
Program dan Aktiviti : Goh Chin Chien
Publisiti dan Dokumentasi : Tng Kai Xin
Keselamatan dan Kebersihan : Chong Hoo Fong
Hadiah dan Cenderahati : Chia Jing Lian
Permainan :
Tiong Ai Ping, Ku Choon Fong, How Kah Yian, Sia Choen Cheng,
Cheah Yin Yee, Kooi Wai Yee
Kumpulan Sasaran/ Peserta : Murid-murid Tahap Dua dari SK Mutiara Perdana

Ringkasan Perjalanan Program :


Masa Aktiviti
2.30 Petang Persiapan Tempat
3.30 Petang Pendaftaran Peserta
3.40 Petang Ketibaan Tetamu Kehormat
3.45 Petang Majlis Perasmian
4.00 Petang Taklimat Permainan
4.10 Petang Permainan Bermula
5.10 Petang Permainan Tamat
5.20 Petang Penyampaian Hadiah
5.30Petang Sesi Bergambar
6.00 Petang Bersurai

Kos Perbelanjaan :
Bil. Pendapatan Bil. Pembelanjaan
1. Kutipan Kelas 318.22 1. Fotostat Minit Mesyuarat 4.70
2. Cenderahati 75.60
3. Air Mineral 26.97
4. Fotostat Buku Program 2.50
5. CD-R (Dokumentasi) 4.40
6. Belon (Hiasan) 5.90
7. Tepung 1.35
8. Mercun (Perasmian) 1.80
Makanan Pelajar Guru 105.00
Hadiah untuk Peserta 90.00

Baki di tangan 00.00


Jumlah 318.22 Jumlah 318.22

Sebelum
Kekuatan:
1. Semua ahli jawatankuasa dapat berkerjasama dengan baik.
Hal ini dapat dilihat apabila jika ada mesyuarat perlu diadakan, semua AJK amat
rela hati untuk menghadirinya dan tidak ada AJK yang ponteng mesyuarat. Kami
dapat duduk bersama untuk berbincang mengenai masalah yang dihadapi dan
membantu memikirkan masalah bersama untuk menyelesaikannya.
2. Semua AJK mengetahui bidang tugas masing-masing.
AJK-AJK dapat melaksanakan kerja yang perlu dibuat dengan baik. Setiap kali
mesyuarat diadakan semua AJK akan melaporkan progres kerja mereka.
3. Pemilihan lokasi tempat yang sesuai untuk projek ini.
Ini memberi peluang kepada kami semua untuk mengenali dan didedahkan kepada
keadaan di Sekolah Kebangsaan. Selain itu, Sekolah Kebangsaan Mutiara Perdana
mempunyai kawasan yang lapang (padang) untuk dijalankan pertandingan untuk
setiap permainan tradisional.

Kelemahan
1. Penerimaan alatan pada saat yang terakhir.
Oleh sebab persiapan tidak dibuat awal, alatan diambil pada masa kami pergi ke
sekolah.
2. Komunikasi antara AJK kurang baik.
Terdapat masalah minor yang timbul akibat kurang komunikasi antara AJK yang
bertanggungjawab bagi kerja yang sama.
3. Bajet yang diberikan oleh setiap AJK tidak jelas.
Keadaan ini menyukarkan Bendahari untuk membuat kutipan.
4. Tenaga tidak mencukupi.
Terdapat banyak kerja dan tugas yang perlu dibuat tetapi bilangan orang tidak
mencukupi untuk menampung kesemua kerja dan ada AJK yang perlu membuat
kerja yang bukan dalam bidangnya selain daripada bidang kerja sendiri.

Penambahbaikan:
1. Permohonan dan pengambilan alatan perlu dibuat dengan awal. Ini supaya AJK
mempunyai masa untuk memeriksa dan menyediakan alatan.
2. Antara AJK yang bertanggungjawab menguruskan kerja yang sama perlu
memperbanyakkan komunikasi dan perbincangan antara satu sama lain.
3. Setiap AJK perlu membuat pengiraan yang terperinci dan mengikut harga yang
mengikut harga pasaran. Bendahari boleh mengutip lebih banyak duit semasa
membuat kutipan.
4. Pembahagian tugas boleh digunakan. Cara penambahbaikan adalah dengan
membuat pembahagian tugas kepada AJK kepada tugas sebelum, semasa dan
selepas pertandingan permainan tradisional.

Semasa
Kekuatan:
1. Semua AJK mengetahui kerja yang mereka bertanggungjawab dan terus
melaksanakannya apabila tiba. Kami tidak membazirkan masa yang ada.
2. Sikap menepati masa. Kami telah sampai sejam lebih awal di SK Mutiara Perdana
untuk menyediakan tempat dan membuat perhiasan.
3. Aktiviti berjalan dengan lancar. Sepanjang pertandingan permainan tradisional,
tiada hura-hara dan perkara yang tidak diingini berlaku.
4. Pergerakan kumpulan pelajar berjalan dengan licin. Kami menggunakan strategi
bermain mengikut station dan mengikut kumpulan masing-masing.

Kelemahan:
1. Pengerusi kurang berpengalaman dalam hal-hal protokol dan kurang
berpengetahuan tentang peranannya sebagai pengerusi semasa Majlis
Pembukaan Pertandingan Permainan Tradisional.
2. Masalah teknikal. Speaker didapati tidak dapat berfungsi pada masa perasmian.
3. Masa yang dibenarkan untuk digunakan tidak pasti. Sebaik sahaja projek habis
juga terdapat latihan sukan di padang.
4. Kekurangan AJK yang menguruskan permainan dan tenaga tidak mencukupi.
Semasa permainan dijalankan, dalam satu kumpulan terdapat 6 orang murid-murid
tetapi setiap permainan tradisional hanya terdapat 1-2 orang AJK.

Penambahbaikan:
1. Pengerusi perlu mengiringi guru besar dan pensyarah dan memberitahu mereka
tentatif program yang seterusnya. Selain itu, pengerusi boleh mendapat tunjuk ajar
daripada orang yang berpengalaman dalam protokol-protokol.
2. Peralatan yang telah diambil perlu diperiksa terlebih dahulu sebelum digunakan.
3. AJK yang bertanggungjawab iaitu naib pengerusi perlu mendapat kepastian
tentang tempoh masa padang boleh digunakan. Ini penting supaya perancangan
yang rapi boleh dilaksanakan dan tidak menimbulkan kegangguan kepada warga
sekolah.
4. Pengiring permainan boleh membantu setiap station yang mereka membawa
murid-murid pergi.

Selepas
Kekuatan:
1. Setiap AJK dapat membuat refleksi tentang kekuatan dan kelemahan sendiri serta
dapat mencadangkan penambahbaikan yang bersesuaian.
2. Peralatan yang telah dipinjam dapat dipulangkan tepat pada masanya dan dalam
tempoh yang singkat.

Kelemahan:
1. Mesyuarat post-mortem terlalu lambat diadakan sebab terdapat perbentangan dan
kelas perlu berjalan. Ianya juga disebabkan kami mempunyai praktikum selama
satu bulan.

Penambahbaikan:
1. Mesyuarat post-mortem perlu dibuat secepat mungkin dan yang paling baik dalam
masa satu minggu selepas projek diadakan.

Disediakan oleh : Jawatankuasa Setiausaha Karnival Permainan Tradisional


Nama : Ernahwatikah binti Nasir, Wong Xiao Jing
Kumpulan/ Opsyen : PISMP ambilan Januari 2011/ PC
Tarikh : 30 April 2013

Anda mungkin juga menyukai