Anda di halaman 1dari 4

SJK(C) PAY CHIAO

KERTAS KERJA
PROGRAM TEKNIK BELAJAR BERKESAN
PADA
APRIL 2016
KERTAS KERJA
PROGRAM TEKNIK BELAJAR BERKESAN
SJK(C) PAY CHIAO, MELAKA

1 PENDAHULUAN
Kecemerlangan akademik merupakan impian bagi setiap pelajar di sekolah. Bagi
mencapai kecemerlangan tersebut, kerajinan dan usaha yang gigih perlu diiringi
dengan teknik kemahiran belajar yang baik dan berkesan. Dengan pengamalan
teknik belajar yang berkesan, pelajar dapat menggunakan tenaga dan masa yang
minima tetapi memberikan hasil yang maksima. Justeru itu, adalah penting untuk
pelajar diberikan pendedahan mengenai kemahiran dan teknik belajar
yang berkesan bersama dengan kemahiran pengurusan masa yang baik bagi
memantapkan minda mereka dalam usaha mencapai kecemerlangan dalam bidang
akademk.

2 MATLAMAT
Untuk melahirkan pelajar yang dapat menggunakan teknik kemahiran belajar
yang betul dan berkesan di samping pengurusan masa yang baik, agar tujuan
pembelajaran untuk meningkatkan prestasi akademik bagi mencapai
kecemerlangan diri dan seterusnya kecemerlangan sekolah dapat dilaksanakan.

3 OBJEKTIF
Di akhir kursus ini pelajar dapat :
3.1 Mempraktikkan kemahiran membaca, mendengar dan mencatat nota, dan
teknik mengingat semasa proses pembelajaran.
3.2 Menguruskan masa belajar dengan lebih efektif.

4 TARIKH DAN TEMPAT


Tarikh : April 2016
Masa : 2:00 pm - 4:30 pm
Tempat: Perpustakaan SJKC Pay Chiao

5 KUMPULAN SASARAN
4.1 Semua murid Tahap Dua seramai 58 orang.

MELAYU CINA INDIA LAIN-LAIN JUMLAH


L P L P L P L P L P
6 5 18 20 7 2 0 0 31 27
6 JAWATANKUASA
Penasihat : En. Tee Khok How
Pengerusi : Pn. Foo Yong Leng
Penyelaras : En. Ngui Chang Huah
Setiausaha : Cik Teo Ley Hong
Bendahari : Pn. Lai Yee Wen
Siaraya : En. Ooi Boon Ping
Juruacara : En. Choot Teck Seng
Ahli Jawatankuasa : Pn. Chean Heong Lan
: Pn. Chee Lee Chen
: Pn. Dheing Gaik Tin
: Pn. Ong Kek Luai
: Pn. Gan Chai Teng
: Cik Chong Wei Chern
: Pn. Rosemawati Shafie
: En. Mohd Firdhaus

7 TENTATIF PROGRAM

Masa ( )
2:00 p.m. Pendaftaran

2:10 p.m. Memperkenalkan Penceramah En.


2:15 p.m. “ “

3:15 p.m. Kudapan


3:30 p.m.

4:15 p.m. Penutup


Penyampaian Sijil

8 PERUNTUKAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Amaun Bilangan Perbelanjaan


(RM) (RM)
1 Peralatan / Alat Tulis 15.00 58 870.00
2 Minuman Ringan 5.00 58 290.00
3 Sewa PA Sistem 200.00 1 200.00
4 Cenderahati Perasmi dan 70.00 2 140.00
Penceramah
Jumlah 1500.00

9 PENUTUP
Dengan adanya program Teknik Belajar Berkesan ini , diharapkan dapat
membantu para pelajar sekolah melaksanakan proses pembelajaran yang lebih
berkesan bagi meningkatkan prestasi akademik mereka dan seterusnya dapat
mencapai kecemerlangan diri dan juga kecemerlangan SJKC Pay Chiao.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

__________________ _____________
(Teo Ley Hong) (FOO YONG LENG)
Setiausaha GPK HEM

Disahkan oleh,

__________________
(TEE KHOK HOW)
Guru Besar
SJK(C) Pay Chiao

Anda mungkin juga menyukai