Anda di halaman 1dari 6

SJK (C) JINJANG SELATAN,

JALAN JAMBU GAJUS, JINJANG SELATAN, KUALA LUMPUR.

----------------------------------------------------------------------------------------------
KERTAS KERJA
PROGRAM KEM KEPIMPINAN (PROGRAM JALINAN BERSAMA)
----------------------------------------------------------------------------------------------

TARIKH : 02.07.2022

TEMPAT: SJK(C) JINJANG SELATAN

ANJURAN:

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini dibangunkan untuk tujuan berikut:
1.1 Mendapatkan kelulusan perlaksanaan Program Kem
Kepimpinan
1.2 Mendapatkan kebenaran menggunakan bilik darjah, padang
dan ruang aktiviti bagi program tersebut daripada pentadbir
sekolah.
1.3 Mendapat kelulusan peruntukan kewangan daripada pihak
sekolah.

2.0 PENGENALAN
Kanak-kanak merupakan pemimpin masa depan Negara kita Malaysia,
Mereka merupakan pemimpin murid yang perlu mendapatkan latihan
yang profesional agar dapat meningkatkan kemahiran kepimpinan
mereka. Oleh demikian, murid-murid tahun 4, 5 dan 6 diberi peluang
dan pendedahan yang secukupnya supaya mereka dapat dicungkil ciri-
ciri kepimpinan mereka seperti berani bertindak serta mengetahui
tanggungjawab dan tugasan mereka semasa berada di sekolah.
Dengan ini satu program perlu diadakan bagi memberi kesedaran
kepada mereka agar bakat mereka dapat dipertingkatkan dan potensi
kepimpinan murid dapat dicungkilkan.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan menjadi
seorang pemimpin semasa di sekolah
3.2 Mencungkil bakat kepimpinan yang berpotensi di kalangan
murid.
3.3 Meningkatkan kualiti perkhidmatan murid.
3.4 Membentuk ciri-ciri kepimpinan yang diperlukan seperti
keyakinan diri dan keberanian.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 SJK C Jinjang Selatan


5.0 TEMPAT
SJKC JINJANG SELATAN

6.0 TEMPOH PELAKSANAAN

02.07.2022
08.00 pagi hingga 04.30 petang

7.0 ANJURAN

Unit Bimbingan dan Kaunseling SJKC Jinjang Selatan

8.0 YURAN
Kutipan RM20 daripada setiap peserta

9.0 JAWATANKUASA PROGRAM


Pengerusi : Ng Poh Khen (Guru Besar)

Naib Pengerusi : Lee Kien Liang (GPK PKP)


Lim Chee Keong (GPK HEM)
Chong Chee Seng (GPKKK)

Setiausaha : Tan Li Li (GBKSM)

Bendahari : Lim Ching Yee

AJK : Eng Kim Yean


Yip Foong Kheng
Alice Ngu
Lim Hui Yi

10.0 PELAKSANAAN PROGRAM

Kem Kepimpinan akan dilaksanakan pada masa yang telah ditetapkan.


Kem ini melibatkan 74 orang peserta, seorang guru bimbingan dan
kaunseling sepenuh masa sebagai mentor utama dan 2 orang guru pelatih
sebagai fasilitator.
PROGRAM KEM PENINGKATAN SAHSIAH PRS TAHUN 2022

Tarikh : 02.07.2022
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi hingga 4.00 petang

07.45-08.00 pagi Pendaftaran


08.00-08.30 pagi Sesi suai kenal

08.30-09.00 pagi Makan pagi


09.00-10.30 pagi Ceramah Kepimpinan
-
10.30-11.00 pagi Minum pagi
11.00 pagi -1.00 petang 1 Pengagihan Kumpulan
- Slogan kumpulan
- Ciptaan logo kumpulan
2 Perbentangan setiap kumpuan
1.00 - 2.00 petang Makan tengah hari
2.00 – 3.30 petang LDK berstation

1. memanah

2. memenuhi air dalam tiub air berlubang

3. siapa cepat dia dapat

4. ktia satu pasukan

5. labah-labah mengangkut bola

3.30-4.00 petang Perasmian Penutupan

11.0 IMPLIKASI KEWANGAN


Perbelanjaan:

1. Bayaran Pakej Penceramah RM 20 x 74 RM1480.00


(ditanggung oleh PIBG)
2. Makanan dan Minuman RM 14 x 74 RM 1036.00
3. Hadiah RM 6 x 74 RM 444.00
Jumlah RM 2960.00

12.0 PENUTUP
Diharapkan agar program ini dapat mencapai objektif yang disasarkan.

Disediakan oleh,

______________
(TAN LI LI)
GBKSM
SJKC Jinjang Selatan

Diluluskan oleh,

______________
(LEE KIEN LEONG)
GPK Pentadbiran
SJK C Jinjang Selatan

Anda mungkin juga menyukai