Anda di halaman 1dari 6

SJKC BATU DUA BELAS

JALAN BIDOR, 36020 TELUK INTAN


Kod Sekolah : ABC 5083
Tel / Fax : 056561522
Email : ABC5083@moe.edu.my

KERTAS CADANGAN
PROGRAM GOTONG-ROYONG
MADANI
SJKC BATU DUA BELAS
TAHUN 2023
DISEDIAKAN OLEH : CIK TAN LEE YENG
PENYELARAS PROGRAM GOTONG-ROYONG MADANI
KERTAS KERJA
GOTONG-ROYONG MADANI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2023

1.0 PENDAHULUAN

YAB Perdana Menteri telah membentangkan Belanjawan 2023: Membangun Malaysia


MADANI pada 24 Februari 2023. Berdasarkan pembentangan tersebut, peruntukan
sebanyak RM20 juta telah diumumkan bagi pelaksanaan program gotong-royong di
sekolah KPM seluruh Malaysia. Program gotong-royong MADANI 2023 bertujuan
memupuk perpaduan dalam kalangan warga Pendidikan dan mengaktifkan peranan ibu
bapa, masyarakat, komuniti, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam
membangunkan kemenjadian murid. Jawatankuasa Induk Kebersihan, Kesihatan dan
Keselamatan (3K) telah wujudkan sejak tahun 2008 bagi memantau dan menambah baik
aspek kebersihan, kesihatan dan keselamatan institusi Pendidikan KPM. Peranan ini
direalisasikan di sekolah melalui Jawatankuasa Pengurusan 3K Peringkat Sekolah.
Program gotong-royong merupakan satu aktiviti bawah Program 3K, dan ia juga
merupakan aktiviti luar bilik darjah selaraas dengan kurikulum Pendidikan Moral dan
Pendidikan Sivik.

2.0 TUJUAN

Kertas cadangan ini bertujuan untuk :

2.1 memohon pertimbangan dan kelulusan daripada pihak sekolah khususnya Guru Besar
SJKC Batu Dua Belas untuk meluluskan “Program Gotong-Royong MADANI 2023” dan
juga meluluskan anggaran perbelanjaan aktiviti program yang dirancang dan akan
dilaksanakan.

3.0 MATLAMAT

Program Gotong Royong MADANI adalah untuk membentuk sikap dan perlakuan yang
positif terhadap alam sekitar serta melahirkan warga sekolah yang ceria dan berkualiti
untuk melahirkan murid-murid yang berakhlak mulia, mencapai prestasi akademik yang
membanggakan serta keselamatan yang sentiasa terpelihara. Selain itu warga SJKC Batu
Dua Belas juga akan berbangga dan menyayangi sekolah dengan ciri-ciri sekolah ceria,
selamat dan bersih.

4.0 OBJEKTIF
4.1 MENINGKATKAN TAHAP KEBERSIHAN, KECERIAN DAN KESELAMATN
SEKOLAH
4.2 Mengeratkan Kerjasama antara sekolah dengan komuniti melalui pelibatan agensi
awam, swasta dan badan budakn kerajaan (NGO)
4.3 Memupuk perpaduan dalam kalangan ibu bapa dalam kalangan warga sekolah
( Murid, guru dan anggota khidmat pengurusan) dan
4.4 Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan murid seperti Kerjasama,
bertanggungjawab, bertolak ansur dan rajin.

5.0 PELAKSANAAN

TARIKH : 25 OGOS 2023


HARI : JUMAAT
MASA : 10.00 PAGI – 1.00 PETANG
TEMPAT : Kawasan Sekolah SJKC Batu Dua Belas
SASARAN : 1. Semua Murid Tahap 2
2. semua cikgu sekolah dan pekerja sekolah
3. pihak agensi luar
PAKAIAN : Pakaian sukan sekolah / bersesuaian dengan aktiviti gotong-royong

6.0 JAWATANKUASA INDUK PROGRAM GOTONG-ROYONG MADANI 2023

Pengerusi : En Cheanh Chee Hoo ( Guru Besar )


Naib Pengerusi : Puan Ng Peng Kiaw ( Penolong kanan Pentadbiran )
Encik Yau Choon Keat ( Penolong Kanan HEM )
Puan Wee She Huey ( Penolong Kanan Kokurikulum )
Penyelaras Program : Cik Tan Lee Yeng
Setiausaha : Cik Wong Mee Juan
Bendahari : Puan Yeoh Bi In

6.1 JAWATANKUASA PELAKSANA

Juruacara : Puan Tan Peik Leng


Peralatan : Puan Nurliyana BT Ahmad Zubir (K)
Pekerja SJKC Batu Dua Belas
Doukumentasi : Puan Lee Qian Di
Makanan/Minuman : Puan Thean Kui Yoke
Puan Chong Hui Lin
Jurugambar : Cik Lin Sou Leng
Video : Puan Pung Pit Kien
Siaraya : Puan Koo Moi Chin

7.0 KAWASAN GOTONG ROYONG


BIL KAWASAN AJK PELAKSANA BIDANG TUGAS
1. Blok A / dewan Puan Pung Pit Kien Mengemas
Puan Thean Kui Yoke Menceriakan kelas
Puan Ng Peng Kiew

2. Blok B / bilik guru / bilik Encik Cheang Chee Hoo Mengemas


komputer Cik Lin Sou Leng Menceriakan bilik
Puan Lee Qian Di guru

3. Pusat Sumber Puan Chong Hui Lin Mengemas


Puan Tan Peck ling Menceriakan pusat
Puan Koo Moi Chin sumber
4. Bilik stor / stor sukan Puan Wee She Huey Mengemas
Cik Tan Lee Yeng Menceriakan bilik stor
Cik Wong Mee Juan
5. Tandas/Taman Puan Nurliyana Mengemas /
Encik Yau Choon Keat Menceriakan Tandas

8.0 TENTATIF PROGRAM

Masa Aktiviti
09.15 pagi Kehadiran guru dan pekerja
10.00 pagi Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis Ucapan Guru Besar SJKC Batu Dua
Belas
10.15 pagi Gotong Royong
12.15 Mengemas dan menyimpan peralatan / sesi bergambar
tengahari
12.30 Jamu selera
tengahari
1.00 petang Bersurai

9.0 IMPLIKASI KEWANGAN

BIL PERKARA BILANGAN HARGA JUMLAH


SEUNIT
1. CANGKUL 2 RM20.00 RM40
2. PARANG 2 RM18.00 RM36
3. PENYAKAR SAMPAH 2 RM9.00 RM18
4. GUNTING POKOK 2 RM25.00 RM50
5. SEKOP SIMEN 2 RM10.00 RM20
10.0 PENUTUP

Adalah diharapkan Program Gotong Royong Madani 2023 berjaya dilaksanakan. Kerjasama
semua pihak amat diharapkan agar sekolah menjadi institusi yang dapat melahirkan insan
yang gemilang dalam pelbagai aspek.

  Disediakan Oleh,                                                                      Disemak  Oleh,

      _________________                                                             __________________


    CIK TAN LEE YENG ENCIK YAU CHOON KEAT
     Penyelaras Program Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Gotong Royong MADANI SJKC Batu Dua Belas
     SJKC Batu Dua Belas

KERTAS KERJA
SJKC BATU DUA BELAS 600-3/6/7

KERTAS CADANGAN

PROGRAM GOTONG-ROYONG MADANI

BAGI TAHUN 2023

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

MELULUSKAN KERTAS CADANGAN PROGRAM GOTONG-ROYONG MADANI

ATAU

TIDAK MELULUSKAN KERTAS CADANGAN PROGRAM GOTONG-ROYONG MADANI

ULASAN : ……………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………

DISAHKAN OLEH

…………………………….
CHEANG CHEE HOO
GURU BESAR
SJKC BATU DUA BELAS
TELUK INTAN, PERAK

Anda mungkin juga menyukai