Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN MUADZAM JAYA

26700 MUADZAM SHAH


PAHANG
TEL : 09 4526257
FAX : 09-4526255
_____________________________________________________________________________
Ruj Kami : CBA8036.100-18/1/1 ( )
Tarikh : 12 Mei 2017

Penguasa,
Jabatan Bomba dan Penyelamat,
(Cawangan Muadzam Shah),
26700 Muadzam Shah,
Pahang

Tuan/Puan,

PROGRAM GOTONG ROYONG BERSEPADU PERANGI DENGGI

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa SK Muadzam Jaya akan mengadakan Program Gotong


Royong Bersepadu Perangi Denggi. Program ini bertujuan mewujudkan iklim yang kondusif serta
identiti sekolah sebagai institusi yang bersih, indah, selamat dan ceria di samping memberi
kesedaran kepada murid-murid, ibubapa dan guru tentang bahayanya denggi.

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah amat berbesar hati jika pihak tuan dapat
menghantar anggota untuk turut serta dalam menjayakan aktiviti tersebut. Butiran program adalah
seperti berikut :

Tarikh : 19 Mei 2017


Hari : Jumaat
Masa : 8.00 hingga 10.15 pagi
Tempat : SK Muadzam Jaya

4. Kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh pihak tuan didahului dengan ucapan terima
kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang menjalankan tugas,

…………………………………..
( YUSMALIZA BINTI YUSOF )
Guru Besar
SK Muadzam Jaya

s.k fail

Anda mungkin juga menyukai