Anda di halaman 1dari 2

PERSATUAN IBUBAPA DAN MURID

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RUSA


36000 TELUK INTAN,
PERAK DARUL RIDZUAN
(KOD SEK : ABA5014)
Telefon: 05-6236524 Faks : 05-6214385 Email : aba5014@moe.edu.my

“ PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA ”

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami :
Tarikh : 26 Z/Kaedah 1438
18 Ogos 2017

Encik Rohmatin bin Kader,


Kampung Permatang Guntong,
36000 Teluk Intan,
Perak Darul Ridzuan.

Tuan,

PER : PERMOHONAN SUMBANGAN SIMEN UNTUK MEMBINA LALUAN MURID

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak PIBG sekolah ini bercadang untuk membina laluan murid untuk
kemudahan dan keselesaan murid-murid sekolah ini. Ini kerana laluan yang sedia ada sekarang agak kurang
sesuai dan selamat untuk dilalui oleh murid-murid (lihat lampiran 1) .

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin memohon jasa baik dari pihak tuan agar sudi memberi
sumbangan untuk tujuan tersebut.

4. Sumbangan berbentuk cek bolehlah ditulis atas nama P.I.B.G Sek. Keb. Sg. Rusa

5. Segala jasa baik, kerjasama dan prihatin yang diberikan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan
ribuan terima kasih.

Sekian, Wassalam.

“ KE ARAH KECEMERLANGAN SUKAN NEGARA”

Saya Yang Menurut Perintah,

( MAZLINDAWATI BINTI MAN )


Setiausaha
b/p Yang Dipertua PIBG.

s.k - Fail PIBG


Lampiran 1

Anda mungkin juga menyukai