Anda di halaman 1dari 5

16200 TUMPAT KELANTAN

Email: sksimpangantumpat@yahoo.c0m
Tel & Fax: 09 7211092

__________________________________________________________________________________

Rujukan kami :
Tarikh :
Kepada,

Dato Pengarah
Jabataan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan
Tingkat 11-14
Menara Perbadanan
Jalan Tengku Petra Semerak
Bandar Kota Bharu
15000 Kota Bharu
Kelantan.

MEMOHON PERUNTUKAN TAMBAHAN BAGI PENAMBAHBAIKAN SURAU PIBG SEKOLAH


KEBANGSAAN SIMPANGAN TUMPAT

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak tuan
kerana telah membina sebuah surau PIBG di sekolah kami.

3. Walaubagaimanapun, saya dapati terdapat beberapa keperluan untuk menambahbaik surau


PIBG tersebut supaya dapat digunakan dengan selamat dan sempurna.

4. Bersama-sama ini disertakan (Lampiran A) berkenaan isu dan penambahbaikan yang


diperlukan. Diharapkan pihak tuan dapat meluluskan peruntukan tersebut demi kepentingan
keselamatan dan keselesaan murid-murid kami. Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan, berhubung
perkara di atas amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

-------------------------------------
EN HELMI BIN YUSOF
Guru Besar

SK: 1. Adun Pengkalan Kubur


2. YDP PIBG
3. Fail
LAMPIRAN A

PENAMBAHBAIKAN/
BIL ISU CATATAN
KEPERLUAN

Kawasan yang mengelilingi surau Kawasan disekitar surau Anggaran kos lebih
sangat rendah dan sentiasa perlu kurang RM50,000.00
digenangi air. ditambak/ditambun
Surau kelihatan seperti berada dengan pasir/tanah sama
1. disebuah pulau. paras dengan ketinggian
Murid-murid tidak dapat ke surau surau agar tiada lagi
kerana laluan yang tidak selamat takungan air.

Surau PIBG ini tidak dilengkapkan Memohon surau Anggaran kos lebih
dengan lantai mozek atau tile. dilengkapkan dengan kurang RM 20,000.00
Hanya lantai simen diperuntukkan lantai mozek/tile. Karpet
2. tidak sesuai kerana
kawasan ini kerap
dilanda banjir.

Kelengkapan alat pembesar suara Memohon surau Anggaran kos lebih


(PA System) dilengkapkan dengan alat kurang RM 3500.00
pembesar suara atau PA
3.
System agar aktiviti
surau dapat dilaksanakan
dengan lancar dan
sempurna.
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPANGAN
16200 TUMPAT, KELANTAN

__________________________________________________________________________________
Rujukan kami :
Tarikh :

Kepada,

Pengarah
Jabataan Pemb. Persekutuan Kelantan

Tuan,

MEMOHON PERUNTUKAN TAMBAHAN BAGI PENAMBAHBAIKAN SURAU PIBG SEKOLAH


KEBANGSAAN SIMPANGAN TUMPAT

Dengan hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak tuan kerana telah membina sebuah
surau PIBG di SK Simpangan.

3. Namun, terdapat beberapa keperluan daripada sudut aspek keselamatan dan kesempurnaan
surau untuk ditambahbaikkan supaya dapat digunakan dengan selamat dan selesa oleh murid dan
kakitangan sekolah. (Rujuk Lampiran A)

4. Saya juga menyokong penuh permohonan guru besar SK Simpangan untuk menambahbaik
surau PIBG yg sedang dilaksanakan itu.

5. Segala kerjasama dan keprihatinan pihak tuan, berhubung perkara di atas amatlah dihargai
dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

-------------------------------------
EN SAIDIN BIN LOMAN
YDP PIBG
SK Simpangan

SK: 1. Guru Besar


2. Fail
Pengarah

Jabatan Pembangunan Persekutuan

Tuan,

MENYOKONG PENUH PENAMBAHBAIKAN SURAU PIBG DI SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPANGAN

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacitanya saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak tuan kerana
membina sebuah surau PIBG di SK Simpangan. Saya difahamkan surau tersebut memerlukan
penambahbaikkan sepertimana maklumat di (Lampiran A).

3. Saya menyokong penuh cadangan/ permohonan Guru Besar SK Simpangan untuk


menambahbaik surau tersebut berdasarkan keperluan keselamatan dan keselesaan murid.

4. Sekian, kerjasama dan keperihatinan tuan, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Yang benar,

-------------------------------------
YB Hj Razi
Adun Pengkalan Kubor
GAMBAR DISEKELILING SURAU PIBG SK SIMPANGAN

Anda mungkin juga menyukai