Anda di halaman 1dari 4

Pechamuthu A/L Kathamuthu

Guru Besar
SJKT Ladang Kalumpong
34300, Bagan Serai, Perak.

Dr.Aziz Bin Bari


YB ADUN Tebing Tinggi
Pengerusi Pendidikan, Sains, Alam Sekitar,
Teknologi Hijau Dan Penerangan. 24 Januari 2019

Tuan,
PERMOHONAN BANTUAN DANA BAGI PENYELENGGARAN SEKOLAH
Perkara diatas dirujuk. Saya sebagai Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang
Kalumpong memohon bantuan dana bagi penyelenggaran sekolah.

2. Untuk makluman tuan, SJKT Ladang Kalumpong telah dibina pada tahun 1978 dan pendawaian
sekolah tidak diselenggara sehingga kini. Oleh sebab itu, litar putus dan gangguan elektrik
merupakan antara masalah yang besar yang kami sering dialami. Maka, pendawaian semula bagi
bangunan sekolah amat diperlukan dan hendaklah diselenggara secepat mungkin agar dapat
mengelakkan sebarang kemalangan yanh tidak diingini.

3. Selain itu tuan, sekolah kami terdiri daripada satu bangunan yang mempunyai satu tingkat dan
hanya mempunyai satu laluan untuk ke tingkat atas. Sebenarnya, sebuah bangunan hendaklah
mempunyai dua laluan agar dapat memudahkan pergerakan murid semasa waktu kecemasan.
Maka, kami terpaksa memuatkan kesemua kelas di tingkat bawah kerana hanya mempunyai satu
laluan ke atas dan sering berlaku litar putus.

4. Lebih – lebih lagi, di sekalah kami juga tidak mempunyai pondok pengawal dan tempat letak
kereta. Maka, kami sangat memerlukan batuan tuan untuk membina sebuah pondok pengawal dan
membaiki kawasn dalam sekolah agar diubahsuai menjadi tempat letak kereta.

5.Maka, saya mewakili pihak sekolah meminta bantuan dana bagi menampung segala perbelanjaan
yang kami nyatakan di atas. Kami berharap sangat agar tuan akan mempertimbangkan permohonan
kami dan berharap akan dapat balasan yang kami dinantikan. Segala kerjasama yang diberi
didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

------------------------------------------
( Pechamuthu A/L Kathamuthu )
Guru Besar
SJKT Ladang Kalumpong
34300 Bagan Serai, Perak.
Lampiran A

PERBELANJAAN BAGI VAN SEKOLAH

Bil Perkara Harga seunit Sebulan Setahun


1. Minyak
2. Servis RM 400
Lampiran B

PERBELANJAAN BAGI RANCANGAN MAKANAN TAHUNAN (RMT)

Bil Nama Murid Sehari Sebulan Setahun

Anda mungkin juga menyukai