Anda di halaman 1dari 4

Bil( 13 )dlm.STPK1I/SU/2017-2018/SM hb.

March 2017

Pengurus Besar
Tenaga Nasional Bhd,
Jalan Besar,
31250 Tanjung Rambutan,
Perak, Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tuan

RAYUAN PENGURANGAN BAYARAN DEPOSIT ELEKTRIK


(RM6,800) UNTUK SEBUAH SURAU DI LOT 348973, TAMAN
PERPADUAN KOPERASI, TAMBUN, IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Pertama sekali kami ingin merakamkan setinggi penghargaan


diatas kesudian pihak tuan meluluskan permohonan bagi membekalkan
elektrik 3 phase (100a) untuk sebuah surau di Lot 348973, Taman
Perpaduan Koperasi, Tambun, Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Untuk
makluman tuan, pihak kami menghadapi kesukaran untuk menjelaskan
keseluruhan bayaran deposit elektrik (RM6,800) sepertimana yang telah
ditetapkan. Ini adalah disebabkan oleh perkara perkara berikut:

a) Surau ini adalah sebuah projek kerajaan di bawah


peruntukkan kerajaan Persekutuan yang diuruskan pembinaan oleh
JKR Perak.

b) Surau yang dibina bukanlah berorentasikan komersil yakni


bukan untuk menjana keuntungan sebaliknya sebagai memenuhi
tuntutan Allah (solat berjemaah) dan juga sebagai platform untuk
merapatkan ukhwah sesama penduduk Muslim sekitar.
c) Akaun Pembangunan Surau adalah tidak mencukupi untuk
menampung deposit bekalan eletrik dan air untuk surau ini. Dana
sedia ada hanya untuk aktiviti-aktiviti surau seterusnya.

d) Berdasarkan bil eletrik semasa (Surau Sementara), purata


penggunaan sebulan 444kWh yakni sekitar lebih kurang
RM 200.00 sahaja. Jawatankuasa sememangnya mengawal
operasi penggunaan eletrik dan air agar perbelanjaan bil bil tidak
tinggi susulan tabungan surau tidak begitu memberansangkan.
Operasi penggunaan Sistem Penyaman Udara sentiasa
dikawal dalam usaha mengawal perbelanjaan bil eletrik.

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin memohon jasabaik pihak


tuan untuk mengurangkan kadar bayaran deposit yang dikenakan
kepada kami.

4. Adalah diharapkan agar permohonan kami ini mendapat


pertimbangan sewajarnya dari tuan. Sekiranya terdapat sebarang
pertanyaan atau bagi mendapatkan keterangan lanjut berhubung
dengan perkara ini, sila hubungi En. Mohd Nazri b. Abidin ditalian
0125728284 atau Hj. Ahmad Basirruddin b. Harun di talian 0195060016.
Diatas keprihatinan dan kerjasama yang diberikan, kami dahului dengan
ucapan terima kasih

Sekian.

Dengan hormatnya,

MOHD NAZRI B. ABIDIN


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan
Surau Taman Perpaduan Koperasi 1

s.k

1) YB Datuk Aminuddin Hj.Md Hanafiah


ADUN Hulu Kinta,
16A, Jalan Susur Medan Tambun,
31400 Ipoh,
Perak, Malaysia

2) Jabatan Kerja Raya


Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan

3) Yakin Kukuh Enterprise


130, Jalan Air Kuning, Taman Mas,
34000 Taiping,
Perak Darul Ridzuan

4) Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk Zon 11A


No 37, Jalan Koperasi 2,
Taman Perpaduan Koperasi,
31400 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan

4) Pengerusi Kejiranan Rukun Tetangga TPK1


No 29, Jalan Koperasi 9,
Taman Perpaduan Koperasi,
31400 Ipoh ,
Perak Darul Ridzuan
maah/suratrayuankurangdeposit

Anda mungkin juga menyukai