Anda di halaman 1dari 3

Kepada

YDP PENGERUSI
Persatuan Ibubapa dan Guru
Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban 2
Seremban 2
Negeri Sembila Darul Khusus
SEPTEMBER 2015

Tuan,
MEMOHON
SUMBANGAN
PERTANDINGAN
KEMPEN
PERINGKAT SEKOLAH
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

PENJIMATAN

ELEKTRIK

2.
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Panatia Sains dan Matematik telah mengadakan
beberapa pertandingan sepanjang kempen penjimatan elektrik bermula dari bulan Mei
hingga Ogos. Pertandingan ini adalah sebahagian daripada kempen yang dijalankan bagi
memupuk semangat berjimat cermat di kalangan guru, kakitangan dan para pelajar.
3.
Pihak kami memerlukan bantuan kewangan sebanyak RM810.00 bagi membiayai
dan menampung perbelanjaan program tersebut. Sehubungan dengan itu, pihak kami
amatlah berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami ini. Untuk
lebih pencerahan saya sertakan lampiran anggaran perbelanjaan bagi program ini.
4.
Segala sumbangan dan jasa baik serta pertimbangan daripada pihak tuan amatlah
dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
.
( HJH.MASTURA BINTI SALEH )
Setiausaha
Program Kesedaran Penjimatan Tenaga Elektrik
SMK Seremban 2
N. Sembilan
Disokong oleh,
...........................................
(PN RAMONA BINTI RUSLI)
Pengetua
SMK Seremban 2
N. Sembilan

Rujukan Kami :

SAMTAJ SB.__________

Tarikh

: 20 Jun 2012
Kepada
YB Dato Seri Dr. Haji Mohd Khir bin Toyo
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungfai Panjang
Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN PROGRAM PERKEMBANGAN STAFF
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Untuk makluman pihak Dato, Unit Perkembangan staf SAMTAJ (unit LADAP) telah
merancang untuk mengadakan Progtam Perkembangan Staf 2012 : JADUAL SPESIFIKASI
UJIAN (JSU) DAN KECEMERLANGAN GURU & PROTOKOL Butiran program adalah seperti
berikut :
Tarikh
:
14 Julai 2012
Hari
:
Sabtu
Sasaran
:
50 orang guru
3.
Sehubungan itu, pihak kami ingin memohon sumbangan dari pihak Dato berjumlah
RM2000 bagi menampung sebahagian daripada pembayaran makan / minum peserta
termasuk sewa dewan dan PA System. Butiran berkaitan dengan sumbangan adalah seperi
dalam lampiran
4.
Segala kerjasama dari pihak Dato didahului dengan ucapan terima kasih. Semoga
keprihatinan dari pihak Dato akan dapat melancarkan perjalanan program dengan jayanya.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
.
(
)
Pengetua
SAM Tengku Ampuan Jemaah
45300 Sungai Besar
Selangor

Ruj.Kami
Tarikh

: samtaj.sb/06/14 (1)
: 20 Oktober 2014

Kepada
Pengarah Urusan
SECURI-PROPROTECTION & SECURITY SERVICES SDN BHD
No.7 & 7A Jalan Perdana
10/10 Taman Pandan Perdana
55300 Kuala Lumpur
Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN SEMPENA MAJLIS PERSARAAN PENGETUA
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan SAMTAJ bersama
pentadbiran SAMTAJ akan mengadakan majlis persaraan Tuan Pengetua pada bulan November ini seperti yang
dinyatakan dibawah;
Tarikh
: 14 November 2014
Tempat : Hotel Sri Bernam, Sabak Bernam
3.
Pihak kami memerlukan sumber kewangan sebanyak RM3,000 bagi membiayai dan menampung
perbelanjaan program tersebut. Sehubungan dengan itu, pihak kaim amat berharap agar pihak tuan dapat
menyumbangkan sedikit sumbangan berbentuk kewangan kepada pihak kami.
4.
Segala bentuk sumbangan hendaklah diajukan ke pejabat SAM Tengku Ampuan Jemaah,
Sg Besar
atau pemberian cek ke atas nama PERS IBU BAPA DAN GURU (PIBG SAMTAJ)
No Acc : 22-006-113924-1 (BANK RAKYAT) selewat - lewatnya pada 25 Oktober 2014. Segala sumbangan dan
jasa baik serta pertimbangan daripada pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih
Sekian, terima kasih.
Yang benar,

(MOHD FIRDAUS BIN MUKLAS)


Pengerusi
Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan
SAM Tengku Ampuan Jemaah
Sungai Besar

Anda mungkin juga menyukai