Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN INANAM

88450 , INANAM , KOTA KINABALU, SABAH


TEL: 088-425244 FAX: 088-433641

Rujukan : SMKI/2019/UNIT DISIPLIN/1


Tarikh : 24 SEPTEMBER 2019

Kepada:
Ibu bapa / penjaga
Pengawas Sesi 2019 SMK Inanam

Tuan/Puan,

MAKLUMAN MAJLIS HI TEA PENGAWAS 2019 DI GRAND BORNEO HOTEL, KOTA KINABALU

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Butiran Majlis adalah seperti berikut;

Tarikh : 5 Oktober 2019 (Sabtu)


Masa : 12.00 tengahari - 3.00 petang
Tempat : Grand Borneo Hotel, 1Borneo Hypermall, Kota Kinabalu ( Tingkat 4 )
Bayaran : RM 30.00

3. Objektif majlis ini antaranya ialah :

3.1 Mengenang dan menghargai jasa pemimpin pelajar terutama pelajar tingkatan lima yang akan
meninggalkan alam persekolahan.
3.2 Mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara semua pengawas dan guru-guru disiplin.
3.3 Melatih murid terutama para pengawas untuk menguruskan sesuatu majlis atau sambutan.

4. Kehadiran pengawas menengah atas iaitu tingkatan 4 dan tingkatan 5 adalah wajib. Pengawas
menengah rendah digalakkan hadir agar majlis ini lebih meriah.

5. Ibu bapa yang ingin menyertai majlis ini juga adalah dialu-alukan. Bayaran untuk ibu bapa ialah
RM 50.00.

6. Sehubungan dengan itu, kami berharap tuan dapat membuat pengesahan kehadiran berserta
bayaran sebanyak RM 30.00 bagi pelajar dan RM 50.00 bagi ibu bapa yang turut serta dalam majlis ini
sebelum atau pada 1 Oktober 2019 ( Selasa ) kepada guru pengawas.

Keperihatinan dan kerjasama pihak tuan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian , terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

….………………………………………………
( MOZIDAH BINTI HAMZAH )
Pengetua Cemerlang,
SMK Inanam Kota Kinabalu, Sabah.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN INANAM
88450 , INANAM , KOTA KINABALU, SABAH
TEL: 088-425244 FAX: 088-433641

KEBENARAN IBU BAPA/ PENJAGA PENGAWAS SESI 2019

Saya ……………………………………………. Ibu bapa / Penjaga * kepada …………………………………………………..

Tingkatan …………………………………… MEMBENARKAN / TIDAK MEMBENARKAN * anak di bawah

jagaan saya mengikuti Majlis HI TEA Pengawas 2019 di Grand Hotel, Kota Kinabalu pada hari Sabtu,

5 Oktober 2019.

Saya TURUT SERTA/ TIDAK MENYERTAI * Majlis Hi Tea Pengawas sesi 2019 di Grand Borneo Hotel, Kota

Kinabalu.

Sekian , terima kasih.

Yang benar,

….………………………………………………
( )
Ibu Bapa / Penjaga

Nama : ………………………………….
No. Telefon Bimbit : ………………………………….
Tarikh : …………………………………

* potong yang tidak berkenaan

Anda mungkin juga menyukai