Anda di halaman 1dari 1

__________________________________________________________________________________

Ruj. Kami : SMKC.BP.


Tarikh : 19 OGOS 2019
Kepada :
Pejabat Kementerian Pelancongan,
Seni dan Budaya Malaysia Negeri Perak,
No. 7 & 9, Jalan Medan Istana 3,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh, Perak.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN SEMPENA MAJLIS PERHIMPUNAN HOS TERBAIK PELANCONGAN


KOPERASI SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2019

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa SMK Chenderiang telah terpilih menjadi Hos bersama Pihak
ANGKASA, Malaysia untuk program tersebut. Program ini akan menghimpunkan semua peserta dari
seluruh Malaysia untuk merebut anugerah Hos Terbaik Pelancongan Koperasi Sekolah. Butiran
program adalah seperti berikut.

Tarikh : 23 – 25 Ogos 2019


Hari : Jumaat, Sabtu dan Ahad
Tempat : Sahom Valley & Eco Resort
Masa : 8.00 pagi – 11.00 malam
Peserta : 200 orang

3. Untuk itu pihak sekolah ingin memohon sumbangan dalam bentuk tunai dan juga barangan
dari pihak tuan untuk di jadikan cenderahati kepada peserta yang hadir. Ini secara tak langsung dapat
menjadi cabang promosi untuk pelancongan Perak.

4. Pihak tuan boleh berhubung dengan En. Norazinidham Mohd Rapinge di talian 013-4579578
atau pihak sekolah di talian 05-4199328. Kami berharap agar permohonan kami dapat perhatian
sewajarnya dari pihak tuan

Sekian, terima kasih.

“MEMBANGUN BERSAMA KOPERASI”


Yang menjalankan tugas,

……………………………………………………………
(NORAZINIDHAM BIN MOHD RAPINGE)
Setiausaha Koperasi SMK Chenderiang Bhd.
SMK Chenderiang,
35350 Temoh, Perak.

Anda mungkin juga menyukai