Anda di halaman 1dari 5

Tarikh : 07 Januari 2022

YB Dato Seri/ Dato/Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE GRAND LAUNCHING 100 NEW PRODUCTS (FOOD &


BEVERAGES) & OFFICIAL RORA RONA RASA SONG RELEASE
Merujuk kepada perkara di atas.
2. Syarikat RORA Rona Rasa Sdn Bhd merupakan syarikat yang membekalkan Makanan
Sejuk Beku dan Makanan Kering di bawah satu bumbung bakal melancarkan 100 produk
makanan baharu (Makanan dan Minuman) & Pelancaran Lagu Rasmi RORA.

3. Dengan ini, sukacita dimaklumkan kami di RORA Rona Rasa ingin menjemput pihak
YB Dato Seri/ Dato/Tuan/Puan ke Majlis Pelancaran yang bakal diadakan pada:
Tarikh : 16 Januari 2022 (Ahad)
Masa : 10:00 Pagi – 5.00 Petang (Lihat Tentatif Program)
Lokasi : International Youth Centre, Jalan Yaacob Latif,
Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur.

4. RORA menganjurkan Majlis Pelancaran dan acara Food Tasting sebanyak 100 produk
RORA untuk bakal usahawan yang mahu menyertai RORA. Perjuangan RORA adalah untuk
membolehkan usahawan menjual produk sepanjang tahun dengan kepelbagaian produk yang
RORA keluarkan. Kebiasaanya ejen menjual produk bermusim dan mempunyai masalah
untuk membuat pendapatan sepanjang tahun. Justeru, RORA memberi penyelesaian kepada
masalah serta membantu mereka yang ingin menambah pendapatan.

5. Untuk makluman pihak YB Dato Seri/ Dato/Tuan/Puan, pada majlis pelancaran


berkenaan juga, terdapat pelbagai acara menarik termasuk Pengumuman Projek Raya RORA
2022 dengan memperkenalkan lebih 20 Biskut Raya, Cabutan Bertuah, Boleh kunjungi 10
Booth Kategori Produk RORA serta meraikan usahawan RORA yang telah berdaftar.

6. Pihak kami memohon jasa baik YB Dato Seri/ Dato/Tuan/Puan dapat memberikan
jawapan pengesahan dan bilangan kehadiran sebelum tarikh 13 Januari 2022.

7. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi kami di talian 011-10109769
atau 016-9537339. Bersama-sama jemputan ini, disertakan lampiran Tentatif dan Info
program sebagai rujukan.
8. Kerjasama daripada pihak YB Dato Seri/ Dato/Tuan/Puan untuk memberi keutamaan
terhadap program kami amatlah dihargai.
Sekian, Terima kasih.
Yang benar,

SITI AKMALIYAH BINTI HAJI SHUHAIMI


Pengarah Urusan
RORA Rona Rasa Sdn Bhd
BORANG PENGESAHAN KEHADIRAN

Sila emel kepada : hq.rora.ronarasa@gmail.com sebelum atau 13hb Januari 2022

MAJLIS GRAND LAUNCHING 100 NEW PRODUCTS (FOOD & BEVERAGES) & OFFICIAL RORA
RONA RASA SONG RELEASE

Tarikh : 16 Januari 2022 (Ahad)


Masa : 10.00 Pagi – 5.00 Petang
Tempat : International Youth Centre, Cheras, Kuala Lumpur.

Adalah dimaklumkan bahawa saya akan hadir / tidak hadir / menghantar wakil ke Majlis
tersebut.

Nama :

Jawatan :

Agensi / Organisasi :

Bil. Hadir : (orang)


10 KATEGORI PRODUK RORA

Anda mungkin juga menyukai