Anda di halaman 1dari 3

JOB SCOPE PENOLONG PEGAWAI PEMBANGUNAN PERNIAGAAN

Lapor kepada : Ketua Pegawai Eksekutif

Jabatan : Jabatan Pembangunan Perniagaan

Sikap dan Adab

1. Menjalankan sepenuhnya tanggungjawab seorang Penolong Pegawai Pembangunan


Perniagaan.
2. Sentiasa memberi salam dengan sopan kepada anggota syarikat dan orang luar.
3. Sentiasa menghormati anggota syarikat yang lain dan orang luar.
4. Tidak mendedahkan apa-apa rahsia dan makluman dalam syarikat kepada orang luar tanpa
kebenaran dari Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengurus Pentadbiran.
5. Ringan tulang dan sentiasa boleh bekerjasama dengan semua anggota dalam menjalankan
aktiviti syarikat.
6. Sentiasa menepati masa dan waktu bekerja dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Kehadiran

1. Menghadirkan diri mengikut jadual kerja yang telah ditetapkan.


2. Bersedia untuk menghadirkan diri ke tempat kerja atas arahan Ketua Pegawai Eksekutif.
3. Permohonan cuti hendaklah dibuat dalam masa 3 hari bekerja. Sekiranya kurang, ia akan
dianggap sebagai EL (emergency leave) dan akan menjejaskan pemarkahan KPI.

Pakaian

1. Sentiasa berpakaian formal dan kemas sepanjang berada di pejabat.


2. Sentiasa menjaga kebersihan diri dan penampilan diri.

Penawaran Sebutharga Terbuka

1. Membuat kajian secara terperinci mengenai tatacara pengurusan penawaran sebutharga


terbuka syarikat.
2. Bermesyuarat bersama Yayasan Melaka mengenai tatacara yang betul dalam penawaran
sebutharga dan dokumen yang diperlukan dalam penawaran sebutharga terbuka.
3. Memohon pinjaman peti sebutharga daripada Yayasan Melaka.
4. Membuat pengiklanan kenyataan tawaran sebutharga di akhbar Melaka Kini, Japerun-
Japerun sekitar negeri Melaka, Pejabat Pihak Berkuasa Tempatan dan Facebook.
5. Menyediakan dokumen sebutharga bagi penawaran tersebut.
6. Menyediakan BQ (bill of Quantities) bagi kerja-kerja yang perlu dijalankan bersama
consultant syarikat dan bahagian operasi.
7. Menyediakan kertas kerja dan slide lawatan tapak untuk kontraktor.
8. Membuat pembentangan lawatan tapak kepada kontraktor yang hadir.
9. Membuat penjualan RM 50 bagi dokumen sebutharga.
10. Membuat surat lantikan AJK Pembuka Peti Sebutharga, AJK Penilaian Harga, AJK Penilaian
Teknikal dan AJK Penilaian Sebutharga.
11. Membuat senarai penerimaan dokumen sebutharga.
12. Memantau pembukaan peti yang dilakukan oleh AJK Peti Sebutharga.
13. Memantau AJK Penilaian Harga dan Penilaian Teknikal melakukan Penilaian.
14. Menyediakan borang pemarkahan bagi Penilaian Harga dan Teknikal.
15. Membuat kertas kerja pertimbangan AJK Sebutharga yang terdiri daripada Jawatankuasa
Operasi, Sebutharga dan Hartanah.
16. Mencatit dan menyediakan minit mesyuarat Sebutharga.

Perlantikan Kontraktor Tanam Semula

1. Menyediakan surat Setuju Terima, Surat Akuan Pembida Berjaya dan SPK bagi kontraktor
yang berjaya.
2. Memastikan kontraktor menyediakan insurans bagi kerja-kerja yang telah ditetapkan.

Projek Tanaman Kelapa Pandan

1. Menyediakan kertas kerja untuk dibawa ke Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah.


2. Membuat permohonan anak benih dengan Jabatan Pertanian.

Pembangunan Perniagaan

1. Membuat kajian terhadap tanaman yang berpotensi untuk ditanam dan dimajukan atas
arahan Ketua Pegawai Eksekutif.
2. Menyertai lawatan ke tempat-tempat pertanian bersama Ketua Pegawai Eksekutif.
3. Menyediakan kertas kerja dan membuat pembentangan mengenai tanaman berpotensi yang
telah dikaji di dalam Mesyuarat Pengurusan.
4. Mengadakan perkongsian ilmu bersama UiTM Jasin mengenai potensi tanaman dan cara
penanaman fertigasi yang betul.

Fail MSPO

1. Menjaga dua fail MPSO iaitu fail Tanggungjawab Korporat dan fail Sisa Buangan Bahan
Berjadual.
2. Menguruskan pengendalian sisa buangan seperti tong racun dan guni baja yang dikeluarkan
oleh syarikat.
3. Bersama-sama anggota pejabat bergotong royong membalut tong-tong racun yang tidak
digunakan lagi.
4. Merekod jumlah sisa bahan buangan terjadual yang dikeluarkan oleh syarikat.
5. Mencari kontraktor perlupusan bahan buangan berjadual tersebut.
6. Merekod jumlah sumbangan yang telah dilakukan oleh syarikat pada setiap tahun.
Laporan

1. Menyediakan laporan prestasi tahunan Ketua Pegawai Eksekutif.


2. Menyediakan Laporan Perancangan Tahunan Syarikat untuk pembentangan kepada Ketua
Menteri Melaka.

Lain-Lain Hal

1. Membantu Jabatan Pentadbiran dalam menyediakan fail untuk Mesyuarat Ahli Lembaga
Pengarah.
2. Menjalankan fungsi Jabatan Pembangunan Perniagaan atas arahan Ketua Pegawai Eksekutif dari
masa ke semasa.

Anda mungkin juga menyukai