Anda di halaman 1dari 8

Kertas Kerja Lawatan Kerja Amal ke Wat Rajaphohong

JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH KULIM HI-TECH PARK 09000 KULIM, KEDAH DARUL AMAN TEL: 04-4033333 FAX: 04-4033033

KERTAS KERJA

LAWATAN KERJA AMAL KE WAT RAJAPHOHONG

JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH


Tarikh: 16 Oktober 2010 (Sabtu) Masa: 10.00 1.00 tengah malam Tempat: Wat Rajaphohong, Penanti, Bukit Mertajam

BIRO JABATAN DAN PERPADUAN

DISEDIAKAN OLEH: VASANT A/L CHUAN EXCO JABATAN DAN PERPADUAN

Kertas Kerja Lawatan Kerja Amal ke Wat Rajaphohong

1.0 Tujuan

Kertas kerja ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan Yang Berbahagia Pengarah Politeknik Tuanku sultanah Bahiyah untuk membenarkan pelajar bangsa Siam Malaysia lawat serta membuat kerja amal ke Wat Rajaphohong sempena Bulan Masuk Vassa iaitu musim sami Buddha menetap di wat.

2.0 Pendahuluan

Musim Vassa merupakan musim yang mewajibkan sami Buddha menetap di sesuatu tempat (biasanya wat atau rumah ibadat agama Buddha) selama tiga bulan. Kebetulan musim ini juga merupakan musim hujan. Biasanya ia akan bermula pada pertengahan bulan Julai dan akan tamat pada awal bulan November setiap tahun. Oleh itu sami Buddha akan menetapkan di wat dan menjalankan beberapa kegiatan yang berkaitan dengan keagamaan seperti mengkaji semula ajaran yang tetap dalam Kitab Tripitaka (kitab utama dalam agama Buddha), mengadakan perjumpaan untuk membincang tentang yang telah disampaikan dan lain-lain. Orang ramai jiga berpeluang untuk menjumpai sami pada bulan tersebut.

Mengikut sejarah agama Buddha, sami Buddha zaman dahulu akan mengembara ke merata tempat untuk menyebarkan ajaran Buddha sebagai satu tanggungjawab bagi setiap sami Buddha untuk melaksanakan amanah tersebut melalui jalan kaki sahaja. Biasanya petani akan menjalankan kegiatan penanaman padi dan sebagainya pada musim hujan. Sami Buddha melalui kawasan tersebut dengan tidak sengaja memijak hasil tanaman ereka. Oleh itu, golongan petani melaporkan perkara tersebut kepada Buddha dan Buddha bersabda bahawa semua sami perlu menetap di wat pada musim hujan selama tiga tahun.

Penganut agama Buddha akan mengambil kesempatan ini untuk bertemu dengan sami Buddha untuk mendengar ceramah agama dan sebagainya. Biasanya mereka akan berkumpul beramai-ramai di wat dan mendengar ceramah yang disampaikan

Kertas Kerja Lawatan Kerja Amal ke Wat Rajaphohong

oleh sami Buddha. Di selain itu, mereka juga akan mendermakan jubah kuning sebagai pakaian kepada sami Buddha. Mereka akan meletakkan bungkusan jubah tersebut atas ranting pokok dan membiarkan sami mengambilnya sendiri tanpa perlu serahkan sendiri. Ia dikenali sebagai Thod Pha Paa dalam bahasa Thai. Amalan ini sudah wujud sejak zaman Buddha yang mana orang yang ingin menderma jubah kepada sami Buddha akan meletakkan jubah tersebut pada ranting pokok, lubang kubur dan sebagainya dan sami akan menariknya untuk dijadikan pakaian.

Jubah kuning merupakan pakaian rasmi bagai sami Buddha. Ia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu jubah kecil dalam, sarung kuning dan jubah luar. Selain mendermakan jubah kuning, penganut agama Buddha juga akan mendermakan wang sebagai perbelanjaan dalaman wat tersebut. Biasanya Wang tersebut akan digunakan untuk tujuan tertentu seperti membina bangunan Ubosot (Dewan utama sami), Dewan serbaguna, sekolan bahasa Thai dan sebagainya. Penganut agama Buddha akan menjalankan kegiatan ini setiap tahun sebagai salah satu membuat pahala pada bulan yang mulia ini.

3.0 Objektif

Memberi peluang kepada pelajar PTSB melakukan kerja amal yang bermakna pada bulan Masuk Vassa yang mulia ini. Memupuk kesedaran keagamaan dalam kalangan pelajar PTSB. Memberi faedah yang berguna kepada para pelajar. Memperkenalkan nama politeknik kepada masyarakat setempat. Memupuk dan melatih pemimpin pelajar secara persepadu. Memberi peluang kepada pelajar untuk merancang dan mengadakan aktiviti pelajar sendiri.

Kertas Kerja Lawatan Kerja Amal ke Wat Rajaphohong

4.0 Anjuran

Lawatan Kerja Amal ke Wat Rajaphohong ini adalah dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah dan pelajar Siam Malaysia di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah sempena dengan musim Masuk Vassa iaitu bulan yang mewajibkan sami Buddha menetap di wat masing-masing selama tiga bulan yang terjatuh pada bulan 7 mengikut kalendar Siam. Sempena perayaan ini, pihak wat akan menyediakan pelbagai aktiviti untuk pelajar bangsa Siam dan juga penganut agama Buddha di sekitar wat. Antara akitivitinya ialah gotong-royong halaman wat, ceramah agama dan moral, menderma jubah rasmi sami dan juga upacara memberi makanan kepada sami.

5.0 Masa dan Tempat

Tarikh Masa Tempat

: 16 Oktober 2010 (Sabtu) : 8.00 pagi 1.00 tengah hari : Wat Siam Rajaphohong, Penanti, Bukit Mertanam, Pulau Pinang.

6.0 Tentatif

9.00 am 9.15 am 9.45 am 10.00 am

Pelajar berkumpul di garaj bas Bas bertolak Sampai ke Wat Rajaphohong Mengadakan kerja amal di sekitar wat (contoh membersihkan persekitaran wat, menyediakan pokok bunga berbentu wang)

10.30 am 11.30 am 12.00 pm 1.00 pm 1.30 pm

Ceramah agama dan moral bersama sami wat Menderma sami dan sumbangan derma kepada ketua sami Memberi makanan kepada sami wat Bertolak ke PTSB Sampai ke PTSB

Kertas Kerja Lawatan Kerja Amal ke Wat Rajaphohong

7.0 Anggaran Perbelanjaan

Perkara

Bilangan

Harga seunit RM

Jumlah RM 150.00 300.00 50.00

Jubah kuning sami Buddha Sumbangan untuk pembinaan dewan wat Lain-lain

25.00

Jumlah

500.00

8.0 Penutup Dengan mengadakan program ini, para pelajar boleh melakukan sesuatu yang berguna dan bermakna serta mendatangkan fardah dalam rumah beribadat agama Buddha. Selain itu, program sebegini boleh memupuk kesedaran keagamaan di kalangan pelajar Politeknik Tuanku Sultanah dalam bulan yang mulia ini. Diharapkan program spihak tuan dapat memberikan kelulusan perlaksanaan program dan kelulusan peruntukan kewangan yang dipohon bagi memastikan program yang dirancang dapat dilaksanakan dan mencapai oblektif yang disasarkan..

Disediakan oleh,

(VASANT A/L CHUAN) Exco Jabatan dan Perpaduan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar

Kertas Kerja Lawatan Kerja Amal ke Wat Rajaphohong

Disokong oleh,

(NUR FARRAH AZWA BINTI JASNI) Penasihat Jawatankuasa Perwakilan Pelajar

Diluluskan oleh,

(HAMZAN BIN HARUN) Ketua Penasihat Jawatankuasa Perwwakilan Pelajar

Kelulusan Pengarah Setuju Tidak setuju

Tandatangan dan Cop Pengarah

Komen atau Ulasan Pengarah

Kertas Kerja Lawatan Kerja Amal ke Wat Rajaphohong

Lampiran 1 Jawatankuasa Ad-hoc Lawatan Kerja Amal

Penaung Penyelaras Penasihat Pengarah Program Timb. Pengarah Program Setiausaha Bendahari

: Tuan Kamaruzaman Bin Ismail : Ustaz Hamzan Bin Harun : Cik Nur Farrah Aswa Binti Jasni : Vasant a/l Chuan : Lita a/p Chian : Chua Jie Kee : Narin a/p Cheng Hien Tuan

Ketua Program Ketua Kerja Amal Ketua Pengangkutan Ketua Kebajikan

: Virat a/l Eh Dam : Kum Pha a/l Ke Ang : Phanuwat a/l Suni : Sunitsa a/p Aik Sok

Pesyarah Pengiring

Kertas Kerja Lawatan Kerja Amal ke Wat Rajaphohong

Lampiran 2 Senarai Pelajar Siam di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah 1. WADI A/P CHAM NAM (16DKM08F1083) 2. RAWIWAN A/P CHAM NAN (16DAT08F1042) 3. NONGNIT A/P I LIT () 4. SUTIN A/L NAI SILP (16DEM08F1012) 5. SOMMAR A/L AIBOW (16DEM08F1006) 6. KWANTA CHARENPHONG A/L TAM NUN (16DKM08F1058) 7. PHANUWAT A/L SUNI (16DAT08F1018) 8. MAITREE CHARENTHAM A/L EBAU (16DKM08F1008) 9. VICHAI A/L EH BOK (16DAT08F1017) 10. VIRAT A/L EH DAM (16DEM08F1010) 11. HAI LUN A/L WOON (16DEM08F1013) 12. KUM PHA A/L KE ANG (16DAT08F1015) 13. LITA A/P CHIAN (16DKA08F1059) 14. SORIKYA A/P EDET (16DAT08F1023) 15. VASANT A/L CHUAN (16DAT08F1016) 16. SRI REENA A/P PHAN (16DAT08F1024) 17. RAJUANA A/P EH JUAN (16DAT08F1025) 18. NARIN A/P CHENG HIEN THOUN (16DAT08F1022) 19. SUNITSA A/P AIK SOK (16DPR09F1116) 20. WADCHARAK A/L KROM (16DKA09F1169) 21. NATTHA A/L AI CHIAM (16DKA09F1097) 22. SURAMIT BOON KONG (16DET09F1048) 23. PRAK SITT A/L KIN (16SKA09F2039) 24. SURIANNA A/P SEWAT (16SKA09F2007) 25. THIDAWAN KHEWMANI A/P SUTIN (16DPM10F1036) 26. CHARIK A/P AI WIM (16DEP10F1070) 27. VAREE NOPPARATT A/P NOKAN (16DEP10F1029)

Anda mungkin juga menyukai