Anda di halaman 1dari 5

BAB 8 KESIMPULAN

8.1

Kesimpulan Pertama sekali saya ingin bersyukur kepada Tuhan kerana kekuatan serta keupayaan yang dikurniakan dapat saya menghasil dan menyiapkan laporan yang telah menjadi kewajipan kepada semua penuntut institusi pengajian tinggi yang telah tamat menjalani latihan industri tepat pada masanya. Ia merupakan salah satu syarat yang wajib kepada semua pelajar institusi pengajian tinggi sebelum dianugerahkan sijil, diploma atau ijazah. Namun, tidak dapat saya menafikan bahawa sememangnya kesulitan dan kekeliruan yang saya hadapi semasa menjalani latihan industri telah banyak memberi pengetahuan dan pengalaman yang berguna kepada saya untuk kegunaan pada masa depan. Tempoh selama lima bulan yang saya menjalani latihan industri iaitu bermula pada 10 Januari 2010 hingga 10 Jun 2010 di LQ Management Service Sdn. Bhd. sangat memberi manfaat kepada saya tidak terhingga. Saya mengakui bahawa di firma ini memang sesuai untuk semua pelajar institusi pengajian

99

tinggi untuk manjalani latihan industri. Hal ini demikian kerana ia telah membekalkan pengetahuan dan pengalaman dalam bidang yang sedang saya ikuti iaitu bidang perakaunan. Selain itu, saya juga diberi tunjuk ajar bidangbidang yang masih lagi saya tidak belajar dalam kelas seperti bidang kesetiusahaan, percukaian dan pengauditan yang bakal saya belajar pada semester lima dan semester enam nanti. Saya juga diajar sedikit sebanyak prosedur untuk mendaftarkan sesebuah syarikat sebagaimana yang pernah belajar semasa semester tiga. Melalui kakitangan yang begitu mesra membuat saya senang hati untuk bergaul dan menanya sesuatu yang ingin tahu. Latihan industri ini penting kepada para pelajar kerana mereka berpeluang menimba pengalaman kerja dan pengetahuan yang telah mendalam terhadap bidang yang telah dipelajari, seterusnya membimbing mereka dalam usaha untuk mendapatkan gambaran yang sebenar tentang alam pekerjaan yang bakal mereka tempuhi kelak. Pelajar juga dapat mempraktikkan teori-teori yang sudah belajar di politeknik kepada praktikal dan sebaliknya. Latihan industri meliputi kemahiran tentang selok-belok perniagaan, pemikiran yang matang dalam membuat keputusan, bertindak secara rasional, penyelesaian sesuatu pekerjaan dan lain-lain yang boleh sepanjang lima bulan di firma ini. Di samping itu, cara komunikasi yang baik antara satu sama lain merupakan tunggak utama dalam menjalankan tugas dengan baik serta dapat menyemaikan semangat berpasukan yang tinggi dalam sesuatu tugas. Daripada apa yang telah saya pelajari di LQ Management Service Sdn. Bhd., saya mendapati bahawa perkara yang sangat penting bagi sesebuah syarikat sebelum membuat akaun, audit dan sebagainya adalah penyimpanan dan penyusunan dokumen sumber. Hal ini demikian kerana, dokumen sumber yang telah disusun dengan teratur akan memudahkan kerja-kerja yang akan dilakukan seterusnya. Selain itu dokumen-dokumen ini akan dijadikan sumber bukti bahawa sesuatu urusniaga itu telah berlaku dan boleh dikuatkuasa undang-undang. Jika dokumen tersebut tidak disusun dengan teratur, ia akan mendatangkan banyak risiko dalam proses merekod. Begitu juga jika dokumen yang diberi tidak lengkap, ia akan menyebabkan penyediaan akaun manjadi

100

lambat dan sukar. Sekiranya dari awal pengeluaran dan penerimaan dokumen telah disusun secara teratur, maka tiada masalah kepada pembuat akaun atau juruaudit dalam membuat penyemakan. Tetapi sebelum menyediakan akaun bagi sesebuah syarikat, kita juga perlu memahami tentang perniagaan yang dijalankan oleh syarikat tersebut dan membuat akaun berdasarkan kaedah yang diamalkan oleh syarikat tersebut.. Dalam penyediaan akaun, pihak LQ Management Service Sdn. Bhd. telah menggunakan dua kaedah untuk membuat akaun iaitu kaedah manual dan kaedah berkomputer. Kaedah manual merupakan kaedah membuat akaun dengan tangan dan tidak menggunakan peralatan elektronik seperti komputer dan sebagainya. Finalised adalah proses membuat akaun secara manual. Kaedah ini akan digunakan untuk membuat akaun bagi syarikat atau milikan tunggal sahaja. Manakala kaedah berkomputer pula merupakan kaedah untuk membuat akaun dengan menggunakan komputer. Kebanyakan program yang digunakan untuk membuat akaun adalah UBS Computerised Accounting System tetapi mempunyai berbagai-bagai versi. Jadi, ia tidak menjadi masalah kepada saya untuk melakukan kerja-kerja dengan menggunakan sistem ini kerana telah mempelajarinya pada semester tiga di samping mendapat tunjuk ajar daripada kakitangan dalam firma tersebut. Penggunaan sistem ini dalam dunia perakaunan adalah berleluasa kerana ia akan memudahkan mereka untuk melakukan kerja-kerja akaun kerana dapat menjimatkan masa dan tenaga. Selain itu, sistem ini juga memudahkan kita untuk mengesan sebarang kesilapan yang berlaku dan dapat memperbetulkannya. Oleh itu, kita perlu berhati-hati dalam melakukan kerja merekod (key-in) akaun nanti. Seterusnya ialah bidang pengauditan. Walau bidang ini masih lagi saya tidak pelajari di politeknik bagi semester-semester sebelum ini, tetapi hasil tunjuk ajar daripada kakitangan dalam firma ini maka berjaya juga saya membuat audit kepada empat buah syarikat. Apa yang saya kenalpasti dalam bidang audit ini adalah merupakan proses yang mana seseorang individu atau pihak ketiga yang berpendirian tidak berat sebelah bebas mengumpul maklumat yang berhubung kait dengan entiti ekonomi yang spesifik untuk memeriksa dan

101

menilai penyata kewangan itu betul, tepat dan releven mengikut undangundang. Kerja-kerja audit ini perlu disokong dengan kertas kerja, jadual-jadual akaun dan senarai angka-angka yang terkumpul. Selepas proses pengauditan ini siap, ianya akan dibawa ke bahagian percukaian untuk mengira cukai yang dkenakan oleh syarikat atau pelanggan tersebut. Apabila proses menyediakan akaun dan audit disiapkan, langkah seterus adalah proses mengirakan cukai pendapatan yang wajib dibayar kepada kerajaan yang mentadbir. Cukai pendapatan yang adalah potongan yang dikenakan terhadap hasil atau pendapatan yang seseorang individu atau sesebuah syarikat menerima atau dijangka akan terima dalam satu tahun taksiran itu. Semasa saya menjalankan latihan industri di LQ Management Service Sdn. Bhd., saya mendapati bahawa cukai pendapatan hanya akan dibayar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Justeru, LHDN akan menghantarkan borang percukaian kepada sesebuah syarikat itu dan tanggungjawab mereka adalah menyatakan pendapatannya dan mengirakan cukai yang perlu dibayar kepada LHDN berdasarkan Sistem Taksiran Sendiri. Terdapat berbagai-bagai jenis borang percukaian yang telah saya isikan dan pernah saya melihatnya seperti Borang E, Borang BE, Borang B, Borang P dan lain-lain yang mana fungsinya adalah berbeza antara satu sama lain. Cara mengisi borang-borang tersebut perlulah mengikut langkah yang dinyatakan dalam Buku Penerangan dan Buku Panduan Cukai Pendapatan yang telah dihantar bersama dengan borang tersebut berdasarkan laporan kewangan perakaunan yang sudah diaudit. Semasa saya menjalani latihan industri di LQ Management Service Sdn. Bhd., saya tidak diberi banyak pendedahan dalam bidang kesetiausahaan. Hal ini demikian kerana tugas kesetiausahaan hanya akan dilakukan oleh seorang staf yang sudah berpengalaman sahaja dalam syarikat ini. Walau bagaimanapun, saya berusaha untuk mendapatkan juga sedikit sebanyak pengetahuan tentang kesetiausahaan ini melalui cara menemu ramah staf yang bertanggungjawab tersebut. Saya mendapati bahawa bidang kesetiausahaan adalah satu urusan yang bertanggungjawab secara langsung terhadap hal ehwal dalam syarikat.

102

Seseorang individu yang telah dilantik sebagai setiausaha syarikat akan menjalankan tugasnya hampir sama dengan pengarah syarikat. Setiausaha akan menghasilkan buku dan catatan berkanun dan mengeluarkan sijil saham dan pemindahan saham. Selain itu, kerja setiausaha juga adalah mengeluarkan notis mesyuarat, mencatatkan butir-butir prosiding mesyuarat dan sebagainya. Di samping itu, saya juga sempat melihat prosedur untuk mendaftar sesebuah syarikat yang baru. Pengatahuan dan pengalaman dalam bidang-bidang yang telah saya pelajari di LQ Management Service Sdn. Bhd. sangat berguna untuk saya menyambung pengajian saya ke peringkat yang lebih tinggi. Saya amat bersyukur dan amat bersuka cita kerana banyak pengalaman baru yang saya perolehi dari segi teknikal dan teori. Saya amat berhutang budi pada pihak firma terutamanya pekerja-pekerja yang tidak jemu memberikan saya ilmu dan tunjuk ajar dalam pelbagai aspek. Mereka telah memberi peluang kepada saya untuk membuat akaun dan audit kepada pelanggannya dengan begitu amanah dan yakin kepada saya. Walau saya hanya menjalani latihan industri selama lima bulan sahaja di firma ini namun pengalaman yang diperolehi banyak membantu saya untuk menghadapi situasi di alam pekerjaan pada masa akan datang. Selain itu juga, ia dapat memberi banyak manfaat serta mematangkan pemikiran saya. Walau latihan industri dipenuhi dengan pelbagai cabaran, dugaan, tekanan, suka dan duka, maka pengalaman tetap menyeronokkan. Oleh itu, dengan adanya peluang seperti ini, saya dapat meningkatkan keyakinan diri di samping menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab, amanah dan berdisiplin serta bijak dalam mengendalikan sebarang masalah. Latihan industri juga secara tidak langsung mendorong pelajar untuk melakukan dan menyelesaikan tugasan yang diberi. Pada pandangan saya sebagai seorang pelajar yang telah menjalani latihan industri di firma ini dan memperolehi pengalaman daripada kerja-kerja yang telah dilakukan, LQ Management Service Sdn. Bhd amat sesuai kepada pelajar untuk menjalani latihan industri. Akhir kata, dengan kepercayaan dan layanan yang ikhlas dan mesra ini akan memberikan keyakinan dan memupuk minat saya untuk terus mendalami dunia perakaunan.

103

Anda mungkin juga menyukai