Anda di halaman 1dari 2

Fakta Kes

Berdasarkan keterangan saksi dan rakaman dari kamera litar tertutup di


tempat kejadian, fakta kes adalah seperti berikut :Mangsa merupakan seorang pelajar universiti tempatan yang bekerja
separuh masa di salah sebuah pusat membeli belah (premis) yang
bersambung dengan sebuah hotel bernama One World Hotel di Shah
Alam. Pada 1 Mei 2016 , jam 9 pagi mangsa dilihat memandu memasuki
perkarangan premis dan menuju ke bahagian parkir bawah tanah. Mangsa
telah memarkir di kawasan parkir hotel kerana parkir di kawasan premis
telah penuh. Menurut rakaman , pada jam 9.00 malam kira-kira dua jam
sebelum kejadian, seorang lelaki bertopeng muka dan memakai pakaian
seragam pengawal keselamatan telah menyembur cat hitam pada tujuh
buah kamera litar tertutup di kawasan premis tersebut. Jam 11.15 malam
pada hari yang sama , mangsa dirakam keluar dari premis tersebut
menuju ke kawasan parkir. Kamera menunjukkan mangsa seolah-olah
ketakutan dan menoleh ke arah mesin bayaran automatik beberapa kali..
Seterusnya kamera merakamkan seorang suspek lelaki berpakaian
seragam pengawal keselamatan dan bertopeng meluru dari arah belakang
mangsa. Rakaman menunjukkan mangsa menoleh kebelakang dan dilihan
sepeti menjerit. Kemudian suspek kedua yang wajahnya dilindungi oleh
topi biru gelap muncul dari arah tepi meluru ke arah mangsa lalu
menekup mulut mangsa. Wajah kedua-dua suspek tidak dapat dilihat
melalui rakaman kamera. Setelah mangsa diikat , rakaman menunjukkan
mangsa menuding jari ke arah kedua-dua suspek seolah-olah ingin

menyampaikan sesuatu. Suspek pertama telah mengeluarkan sebilah


parang dari beg hitam yang dibawa lalu menghunus parang tersebut di
hadapan mangsa. Suspek kedua menyedari bahawa terdapat kamera
yang masih belum digelapkan lalu suspek telah menyemburkan cat hitam
pada kamera tersebut dan rakaman menjadi gelap. Pada 2 Mei 2016 , jam
8.00 pagi , seorang pengawal keselamatan yang bertugas pada syif pagi
pada hari seterusnya telah menjumpai mayat mangsa dengan kesan
tetakan di seluruh badan mangsa.

Anda mungkin juga menyukai