Anda di halaman 1dari 139

PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

PERPUSTAKAAN NEGARA
ISBN 978-983-40534-4-4

TAJUK BUKU
PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT (PAR TD)

CETAKAN PERTAMA
September 2020

KETUA EDITOR
Brig Jen Dr Kwong Fook Wen
(Inspektor Jeneral Tentera Darat)

EDITOR
Lt Kol Mohd Hanafi bin Abdul Latip
(PS 1 Integriti)
Kapt Siti Kamariah binti Sulaiman
(PS 3 Integriti)

SEKRETARIAT
Kapt Mohd Syukridin bin Zainudin
Kpl Saddam Hussein bin Abdul Kadir

PENERBIT
Markas Tentera Darat, Bahagian Inspektorat Tentera Darat
Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR
Tel: 03-20714208
Email: armyintegrity@mod.gov.my

DICETAK OLEH
Cawangan Perkhidmatan Pencetakan
91 Depot Pusat Kor Ordnans Diraja
Kem Batu Kentomen, 50634 KUALA LUMPUR

HAKCIPTA TERPELIHARA: Tidak dibenarkan mencetak ulang mana-mana kandungan


buku ini dalam apa jua bentuk secara elektronik, fotokopi, rakaman atau cara lain sebelum
mendapat izin bertulis daripada Bahagian Inspektorat Tentera Darat.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT (PAR TD) / KETUA EDITOR:


Brig Jen Dr Kwong Fook Wen ; EDITOR: Lt Kol Mohd Hanafi bin Abdul Latip,
Kapt Siti Kamariah binti Sulaiman.
ISBN 978-983-40534-4-4
1. Malaysia. Tentera Darat Diraja--Corrupt practices.
2. Armies--Corrupt practices--Malaysia.
3. Corruption--Government policy--Malaysia.
4. Corruption--Malaysia.
5. Government publications--Malaysia. I. Kwong, Fook Wen, Brig. Jen., Dr. II. Mohd Hanafi
Abdul Latip, Lt. Kol. III. Siti Kamariah Sulaiman, Kapt.
364.132309595

I TENTERA DARAT MALAYSIA


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

ISI KANDUNGAN
 Kata-kata Aluan Panglima Tentera Darat v

BAB 1 - PENDAHULUAN

 Pengenalan 3
 Tugas dan Peranan TD 4
 Penarafan Risiko Rasuah TD 4
 Mengenali Rasuah 5
 Jenis Perlakuan Bentuk dan Elemen Rasuah 7
 Dasar dan Perundangan Antirasuah 8
 Kepentingan Menangani Rasuah 17

BAB 2 - ISU DAN CABARAN RASUAH TERHADAP TENTERA DARAT


 Pengenalan 21
 Senario dan Cabaran Rasuah TD 22
 Faktor Kelemahan dan Punca Berlaku Rasuah 29

BAB 3 - PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT


 Pengenalan 33
 Pengurusan Risiko Rasuah 37

BAB 4 - PELAKSANAAN INISIATIF DAN PELAN TINDAKAN


 Pengenalan 48
 Strategi PAR TD Berasaskan Terma Rujukan 49
 Strategi 1: Dasar, Peraturan dan Perundangan 49
 Strategi 2: Sistem dan Prosedur Kerja 50
 Strategi 3: Pengukuhan Governans dan Integriti 50
 Strategi 4: Pengesanan, Pematuhan, Punitif dan Pemulihan 51
 Langkah Pencegahan dan Penambahbaikan Organisasi 52
 Tanggungjawab Setiap Anggota TD Dalam Memperkasa Integriti
dan Antirasuah 60
 Tanggungjawab Markas Pemerintahan Formasi Dan Pasukan 61

TENTERA DARAT MALAYSIA II


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

BAB 5 - TADBIR URUS PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT


 Pengenalan 63
 Mekanisme Pengurusan 63
 Pemantauan dan Penilaian 72
 Pelaporan 73

BAB 6 - PENGUKUHAN PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT


 Pengenalan 77
 Program Pengukuhan 77

BAB 7 - PENUTUP
 Kesimpulan 85
 Glosari 87
 Rujukan 90

III TENTERA DARAT MALAYSIA


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

JENERAL TAN SRI DATUK ZAMROSE BIN MOHD ZAIN


Panglima Tentera Darat

TENTERA DARAT MALAYSIA IV


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

KATA-KATA ALUAN
PANGLIMA TENTERA DARAT

Alhamdulillah, puji dan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya,
Buku Pelan Antirasuah Tentera Darat (PAR TD) telah berjaya direalisasikan.
Penerbitan buku ini merupakan satu manifestasi komitmen Tentera Darat di dalam
mendukung hasrat Kerajaan dan Angkatan Tentera Malaysia ke arah masyarakat
serta negara yang bebas rasuah.

Sebagai sebuah organisasi yang meletakkan integriti sebagai asas di dalam


keutuhan sesebuah organisasi, Tentera Darat tidak akan berkompromi dengan
sebarang tindakan yang boleh menjejaskan imej organisasi sebagai elemen penting
di dalam mempertahankan kedaulatan negara. Seperti mana yang termaktub di
dalam Tonggak Kedua Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 yang turut
menumpukan pembudayaan integriti dan ketelusan di dalam tadbir urus, setiap
peringkat pemerintahan perlu menyedari bahawa rasuah adalah satu perkara yang
perlu dijauhi. Warga Tentera Darat perlu menginsafi bahawa rasuah akan
meninggalkan kesan negatif dari segi keyakinan rakyat terhadap Tentera Darat.
Rasuah juga akan menyebabkan pengurusan sumber menjadi tidak efisien dan
menyebabkan kerugian kepada organisasi.

Justeru saya menzahirkan harapan agar PAR TD ini dapat dijadikan panduan
kepada seluruh peringkat pemerintahan Tentera Darat berlandaskan instrumen-
instrumen yang telah dikenalpasti. Kejayaan sebagai sebuah organisasi yang bebas
rasuah akan memberikan impak positif bukan sahaja kepada kecemerlangan
Tentera Darat tetapi juga memberi manfaat kepada rakyat dan negara. Semoga
segala inisiatif yang dilaksanakan akan diberkati oleh Allah SWT.

“GAGAH SETIA”

TAN SRI DATUK ZAMROSE BIN MOHD ZAIN


Jeneral
Panglima Tentera Darat

V TENTERA DARAT MALAYSIA


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

TENTERA DARAT MALAYSIA 1


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

BAB 1
PENDAHULUAN

2 TENTERA DARAT MALAYSIA


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

PENDAHULUAN

PENGENALAN

1. Dalam usaha untuk mentransformasikan Tentera Darat (TD) sebagai satu


angkatan yang seimbang, kredibel, bersepadu dan bersedia menghadapi cabaran di
dalam semua spektrum konflik, aspek pemantapan integriti dan pembangunan nilai
etika serta moral seluruh warga TD perlu sentiasa diperkasa. Kecekapan dan
ketelusan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab amat ditekankan.
Pengurusan Tertinggi TD amat serius dalam menangani isu pelanggaran integriti,
rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan yang melibatkan anggotanya.
Tindakan pengukuhan integriti dan pencegahan rasuah secara berstruktur telah pun
bermula sejak tahun 2005 lagi melalui pengarahan dan pematuhan prosedur kerja
TD. Pelaksanaan beberapa Pelan Integriti Organisasi TD (PIO TD) tahun 2016
sehinggalah sekarang adalah bagi mendukung Pelan Integriti Nasional (PIN) yang
telah dilancarkan pada 23 April 2004. Walau bagaimanapun, usaha ini masih
diteruskan kerana masih terdapat warga TD yang disiasat oleh Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Perlakuan dan penglibatan dalam jenayah
rasuah boleh menyebabkan masyarakat awam di negara ini mempunyai persepsi
negatif terhadap TD.

2. Langkah yang serupa juga telah dipatuhi oleh TD semasa Kerajaan


menggerakkan Government Transformation Programme 1.0 (GTP 1.0) pada tahun
2010 dan Government Transformation Programme 2.0 (GTP 2.0) pada tahun 2012 di
bawah National Key Result Areas (NKRA) mengenai antirasuah. Antara inisiatif
utama yang dilaksanakan oleh TD ialah menubuhkan Unit Integriti TD bagi
melaksanakan usaha-usaha memperkasakan nilai integriti sehingga menjadi budaya
di kalangan warganya.

3. Kerajaan kembali tekad memperkasakan agenda antirasuah nasional dengan


aspirasi mahu dikenali sebagai negara berintegriti dan bukan kerana rasuah. Pelan
Antirasuah Nasional (National Anti-Corruption Plan – NACP) 2019-2023 telah
dibentuk menggantikan PIN yang mendukung aspirasi Malaysia Baharu iaitu
menjunjung tinggi prinsip keadilan, tadbir urus yang baik dan kedaulatan undang-

TENTERA DARAT MALAYSIA 3


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

undang. Seiring dengan pelaksanaan NACP, TD telah membangunkan Pelan


Antirasuah Tentera Darat (PAR TD) 2021-2025 dengan matlamat ke arah
kecemerlangan integriti dan bebas rasuah. Diharapkan dengan adanya PAR TD ini
akan menjadi pemangkin kepada warga TD khususnya pemimpin di setiap lapisan
pemerintahan untuk memerangi gejala rasuah secara serius dan menyeluruh
sekaligus memartabatkan TD sebagai tonggak utama pertahanan negara.

TUGAS DAN PERANAN TENTERA DARAT

4. Sebagai satu cabang ketumbukan dalam ATM, TD berperanan menjaga


keselamatan dan kedaulatan Negara serta membantu pihak berkuasa awam
menangani ancaman dalam negara. Selain itu juga, TD bertanggungjawab untuk
memastikan segala dasar-dasar perundangan Negara dan peraturan ATM
dikuatkuasakan dan dipatuhi sepenuhnya oleh semua warga TD, pelanggan-
pelanggan dan pihak-pihak berkepentingan. Justeru itu, keupayaan dan
kemampuan TD perlu sentiasa dipertingkatkan dan siap siaga sepanjang masa bagi
menentukan kelangsungan kedaulatan dan keutuhan wilayah negara yang
berpaksikan falsafah daulat, selamat dan makmur.

PENARAFAN RISIKO RASUAH TENTERA DARAT

5. Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013, Suruhanjaya


Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertanggungjawab melaksanakan
penarafan risiko agensi bagi menetapkan model Unit Integriti yang bersesuaian.
Penarafan risiko agensi awam dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu tinggi,
sederhana dan rendah berpandukan situasi gejala rasuah di agensi, persepsi
rasuah terhadap agensi dan dana yang diperuntukkan yang boleh menyebabkan
kemungkinan berlakunya rasuah di sesebuah agensi. Berdasarkan penilaian
struktur organisasi, perjawatan, bidang kuasa yang dimiliki, tugas teras, objektif
strategik serta pegangan infrastruktur, aset, logistik dan kes rasuah, pihak SPRM
telah mengkategorikan Angkatan Tentera Malaysia sebagai sebuah agensi berisiko
tinggi. Penarafan ini melibatkan TD yang merupakan pasukan utama dalam ATM di
samping memiliki kekuatan anggota paling ramai dan juga kelengkapan aset
ketenteraan yang pelbagai serta canggih.

4 TENTERA DARAT MALAYSIA


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

MENGENALI RASUAH

6. Usaha menerapkan good governance dan integriti dalam sistem organisasi TD


telah dilaksanakan melalui pendekatan kesedaran tanggungjawab seperti
mengadakan syarahan, bengkel dan pendekatan kerohanian yang berteraskan
ketuhanan. Namun begitu, masih terdapat kes-kes tangkapan kesalahan rasuah
oleh SPRM dan pihak berkuasa TD. Senario ini menggambarkan warga TD masih
belum bebas daripada salah laku integriti dan amalan yang berunsurkan rasuah.
Justeru, Pelan Antirasuah TD bertindak menjelaskan tafsiran rasuah dan perlakuan-
perlakuan yang dikategorikan sebagai rasuah.

7. Definisi Rasuah.

a. Sudut Bahasa.

(1) Dewan Bahasa dan Pustaka (Kamus Dewan Edisi Keempat,


2005). Epistemologi perkataan rasuah berasal daripada Bahasa Arab
“al-rishwah‟ yang membawa maksud pemberian untuk tujuan sogokan.

(2) Kamus Arab Al-Nihayat (1963:234). Rasuah ialah suatu tujuan


untuk mencapai matlamat dengan pelbagai cara, asalkan tujuan tersebut
tercapai. Rasuah mempunyai perkaitan dengan ‘Ar-Rasyi’ [orang yang
memberi sesuatu (perasuah)], ‘Raisy’ [pihak kedua (penerima rasuah)]
dan ‘Al-Murtasyi’ (perantara di antara pemberi dan penerima rasuah).
Rasuah juga dikaitkan dengan perkataan ‘batil‘ yang disebutkan dalam
Al-Quran, bermaksud perbuatan memperolehi harta dengan cara yang
tidak halal seperti mencuri, merompak, rasuah dan menipu.

(3) Cambridge International Dictionary (1997:308). Memberi makna


corruption iaitu dishonesty using your position or power to your own
advantage especially for money.

TENTERA DARAT MALAYSIA 5


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

b. Sudut Istilah.

(1) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

(a) Akta SPRM 2009 mendefinisikan rasuah sebagai “Sesuatu


sogokan, pengemukaan tuntutan palsu dan penyalahgunaan
kuasa yang mendorong seseorang untuk mempengaruhi
keputusan berkaitan tugas rasmi.”

(b) Laman web SPRM mentakrifkan rasuah sebagai penerimaan


atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk
seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan
sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan
terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan
upah, diskaun. Sebagai contoh: “Seorang kontraktor telah
menghadiahkan seutas jam tangan kepada seorang pegawai
kerajaan kerana telah meluluskan projek kepada syarikat milik
kontraktor berkenaan.”

(2) Transparency International. Transparency International


mendefinisikan ‘rasuah’ sebagai, “Penyalahgunaan kepercayaan awam
untuk mendapatkan keuntungan peribadi. Perilaku di jabatan-jabatan
atau pejabat-pejabat awam, termasuklah para ahli politik, dan pegawai-
pegawai, yang secara tidak wajar dan tidak sah/menurut undang-
undang, mengayakan diri atau memperkaya kerabatnya (keluarga dan
sahabat handai), dengan menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan
awam yang diberi kepada mereka".

6 TENTERA DARAT MALAYSIA


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

JENIS PERLAKUAN, BENTUK DAN ELEMEN RASUAH

8. Perlakuan. Secara keseluruhan perlakuan-perlakuan berunsur dan


berpotensi rasuah adalah seperti di Rajah 1.

Sumber dari SPRM

Rajah 1 : Perlakuan Berpotensi Rasuah

9. Bentuk-bentuk Rasuah. Menurut Akta SPRM 2009, jenis-jenis rasuah


adalah seperti di Rajah 2.

Sumber dari SPRM

Rajah 2 : Bentuk-bentuk Rasuah

TENTERA DARAT MALAYSIA 7


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

10. Elemen Penting Rasuah. 5 elemen penting bagi menentukan sesuatu


perbuatan itu rasuah adalah seperti di Rajah 3.

PEMBERI

PENERIMA

SUAPAN

BALASAN

MENS REA

Sumber dari SPRM


Rajah 3 : Elemen Untuk Berlakunya Rasuah

DASAR DAN PERUNDANGAN ANTIRASUAH

11. Terdapat beberapa akta, polisi dan arahan yang menyentuh mengenai
kesalahan rasuah dan kesalahan-kesalahan yang berkaitan dengannya. Perkara ini
boleh dijadikan rujukan oleh kepimpinan TD untuk menetapkan hukuman kepada
pesalah rasuah demi untuk mencegah, menangani serta mengawal jenayah
rasuah. Berikut adalah senarai peruntukan akta, polisi dan peraturan yang
dimaksudkan:

a. Perlembagaan Persekutuan. Di bawah Perlembagaan Persekutuan


Majlis Angkatan Tentera (MAT) boleh mengeluarkan apa-apa dasar dan
peraturan bagi menjaga disiplin anggota tentera.

(1) Artikel 137(1) Perlembagaan Persekutuan. Majlis Angkatan


Tentera (MAT) bertanggungjawab di bawah kuasa am Yang di-Pertuan
Agong bagi pemerintahan, tatatertib dan pentadbiran angkatan tentera.

Artikel 137 (1) “Maka hendaklah ada suatu Majlis Angkatan


Tentera yang hendaklah bertanggungjawab di bawah kuasa
am Yang di-Pertuan Agong bagi pemerintahan, tatatertib dan
pentadbiran angkatan tentera, dan segala perkara lain yang
berhubungan dengannya selain perkara yang berhubungan
dengan penggunaan angkatan tentera bagi maksud operasi.”

8 TENTERA DARAT MALAYSIA


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

b. Akta. Seseorang anggota tentera yang terlibat dengan aktiviti


rasuah boleh dipertuduhkan di bawah kesalahan-kesalahan berikut:

(1) Akta Angkatan Tentera 1972.

(a) Seksyen 50 - Tidak patuh kepada pegawai atasan.

(b) Seksyen 51 - Tidak patuh kepada perintah tetap.

(c) Seksyen 61 - Kesalahan-kesalahan berhubung dengan harta


awam dan perkhidmatan:

i. Mencuri.

ii. Menyalahgunakan secara tipuan.

iii. Menerima atau menyimpan.

iv. Merosakkan.

v. Kecuaian.

(d) Sekyen 64 (1) (a) Akta Angkatan Tentera 1972 - Peruntukan


melarang melengahkan siasatan Kes Tatatertib.

(e) Seksyen 77 - Memalsukan suratan perkhidmatan:

i. Memalsukan suratan perkhidmatan.

ii. Membuat, menandatangani atau membuat sesuatu


catatan.

iii. Mengubah.

TENTERA DARAT MALAYSIA 9


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

v. Menyembunyikan, mencacat atau menghapuskan yang


menjadi tugasnya untuk menjaga atau mengemukakan.

vi. Dengan niat hendak menipu, tidak memasukkan sesuatu


catatan.

vii. Membantu, menyubahati, memerintah, menasihatkan,


mendapatkan atau membiarkan seseorang lain melakukan
kesalahan ini.

(f) Seksyen 96 - Prosedur mengendalikan pertuduhan.

(g) Seksyen 88 - Kesalahan-kesalahan awam.

(h) Warta Angkatan Tentera - Peraturan 12 kepada Peraturan-


Peraturan (Bidang Kuasa Terus) Angkatan Tentera 1976 Pindaan
1999 (P.U.(A)161)

(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM)


2009. Akta SPRM telah menetapkan empat kesalahan rasuah yang
utama iaitu:

(a) Meminta/Menerima Rasuah (Seksyen 16 & 17A Akta


SPRM 2009). Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta
atau menerima atau bersetuju menerima suapan rasuah seperti
wang, barang berharga atau apa-apa perkhidmatan sebagai
dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-
apa berkaitan dengan transaksi tersebut atau berkaitan urusan
rasmi majikan atau prinsipal berkenaan adalah suatu kesalahan.
Contoh kesalahan seperti pegawai awam meminta atau menerima
suapan rasuah dari orang awam berupa wang, tiket kapal terbang
atau barang kemas sebagai balasan atau upah meluluskan kontrak
pembinaan atau pembekalan peralatan, mengelak dari disaman
atau ditahan.

10 TENTERA DARAT MALAYSIA


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

(b) Menawar/Memberi Suapan (Seksyen 17(b) Akta SPRM


2009). Mana-mana orang atau ejen secara rasuah menawar atau
memberi atau bersetuju memberi suapan seperti wang, barang
berharga atau apa-apa perkhidmatan sebagai dorongan atau upah
untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa berkaitan dengan
transaksi tersebut atau berkaitan urusan rasmi majikan atau
prinsipal berkenaan adalah melakukan suatu kesalahan.
Contohnya pegawai awam menawarkan atau memberi suapan
rasuah kepada pegawai penguatkuasa sebagai balasan untuk tidak
ditahan atau disaman kerana kesalahan jenayah. Suapan
merangkumi:

i. Wang, derma, pinjaman, hadiah, cagaran berharga,


harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis
harta, sama ada harta alih atau tidak alih atau apa-apa
manfaat seumpama itu yang lain.

ii. Apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak,


perkhidmatan dan apa-apa perjanjian untuk memberi
pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat.

iii. Apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau


penyelesaian pinjaman, obligasi atau liabiliti lain, sama ada
keseluruhannya atau sebahagian daripadanya.

iv. Apa-apa balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen,


rebat, potongan atau peratusan.

v. Apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut


apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga.

vi. Apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain


seperti perlindungan dari apa-apa penalti atau tindakan
mahkamah.

TENTERA DARAT MALAYSIA 11


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

vii. Apa-apa tawaran, aku janji atau janji, sama ada


bersyarat atau tidak mengikut pengertian mana-mana
perenggan (i) hingga (vi).

(c) Mengemukakan Tuntutan Palsu (Seksyen 18 Akta SPRM


2009). Mana-mana orang memberikan kepada ejen atau ejen
memberi kepada prinsipal atau majikannya, suatu dokumen yang
diketahuinya mengandungi butir-butir matan (teks) yang palsu
yang mana prinsipal atau majikannya mempunyai kepentingan
dengan niat hendak memperdayakan/mengelirukan majikannya
adalah melakukan suatu kesalahan. Sebagai contoh, pegawai
awam bersubahat dengan kontraktor mengemukakan tuntutan
palsu dengan mengesahkan kerja ubahsuai pejabat atau
pembekalan peralatan disiapkan atau dibekalkan sepenuhnya
sedangkan bekalan atau kerja belum siap. Pegawai awam terlibat
membuat tuntutan palsu elaun perjalanan, kerja lebih masa atau
penginapan hotel.

(d) Menggunakan Jawatan atau Kedudukan untuk Suapan


Pegawai Badan Awam (Seksyen 23 Akta SPRM 2009).
Mana-mana pegawai badan awam menggunakan jawatan atau
kedudukan untuk mendapatkan suapan rasuah dengan membuat
apa-apa keputusan atau mengambil tindakan berkaitan dengan
apa-apa perkara mengenainya yang mana pegawai itu, saudara
maranya atau sekutunya ada kepentingan secara langsung atau
tidak langsung adalah melakukan kesalahan. Contohnya pegawai
awam mempengerusikan atau mengambil bahagian dalam
meluluskan kontrak tender, sebut harga atau pembelian peralatan
kepada syarikatnya sendiri atau isterinya atau kroninya yang dia
ada kepentingan.

12 TENTERA DARAT MALAYSIA


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

(e) HUKUMAN

Hukuman bagi kesalahan suapan rasuah di bawah


Seksyen 16, 17, 18 dan 23 Akta SPRM 2009
memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak
melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai
suapan atau RM10,000.00 yang mana lebih tinggi. Harta
hasil daripada perbuatan jenayah rasuah boleh
dilucuthakkan.

(f) KEWAJIPAN MELAPORKAN PERBUATAN RASUAH DAN


KUASA TANGKAPAN TERHADAP PERASUAH.

i. Seksyen 49(1) Akta SPRM 2009. Rasuah adalah


kesalahan yang boleh ditangkap tanpa waran. Sekiranya anda
(orang awam) ditawarkan rasuah, tindakan berikut perlu
dibuat; memberi amaran bahawa perbuatan memberi rasuah
adalah satu kesalahan. Sekiranya, pemberi rasuah masih
meneruskan niatnya untuk memberi rasuah, maka tangkapan
boleh dibuat.

ii. Seksyen 25 (1) & (2) - Gagal melapor pemberian, janji


atau tawaran rasuah.

iii. Seksyen 25(3) & (4) - Gagal melapor permintaan atau


memperolehi suapan.

(3) Kanun Keseksaan/Penal Code (Akta 574).

(a) Seksyen 161. Kesalahan pegawai awam menerima barang


yang bernilai tanpa balasan setimpal daripada pihak yang
mempunyai urusan rasmi dengannya. Hukuman: tiga tahun
penjara, atau denda, atau kedua-duanya.

TENTERA DARAT MALAYSIA 13


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

(b) Seksyen 162. Menerima suapan dengan cara tidak jujur


atau menyalahi undang-undang bagi mempengaruhi seseorang
penjawat awam. Hukuman: tiga tahun penjara, atau denda, atau
kedua-duanya.

(c) Seksyen 163. Menerima suapan bagi menjalankan


pengaruh peribadi atas seseorang penjawat awam. Hukuman:
setahun penjara, atau denda, atau kedua-duanya.

(d) Seksyen 164. Seksaan bagi kesalahan subahat dengan


kesalahan Sek. 162 & 163. Hukuman: tiga tahun penjara, atau
denda, atau kedua-duanya.

(e) Seksyen 165. - Penjawat awam menerima benda yang


berharga, dengan tiada balasan, daripada orang yang ada kena
mengena dalam apa-apa pembicaraan atau urusan yang
dijalankan oleh penjawat awam itu.

i. Akta Kontrak Kerajaan 1949.

ii. Akta Tatacara Kewangan 1957.

iii. Akta Rahsia Rasmi 1972.

iv. Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

(4) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan


Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001
(Akta 613).

14 TENTERA DARAT MALAYSIA


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

c. Dasar, Polisi, Perintah dan Arahan.

(1) Dasar/Polisi Nasional.

(a) Arahan YAB Perdana Menteri No.1 Tahun 2009 Siri 1 Tahun
2011 - Pelaksanaan Program Pegawai Integriti Bertauliah.

(b) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 - Penubuhan


Unit Integriti di semua Agensi Awam.

(c) Arahan YAB Perdana Menteri No.1 Tahun 2014 - Penubuhan


Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus.

(d) 1 Pekeliling Perbendaharaan (1PP) Tahun 2014 -


Kementerian Kewangan Malaysia.

(e) Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2018 -


Permantapan Governans, Integriti dan Antirasuah dalam
Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia: Mekanisme
Pengurusan Governans, Integriti dan Antirasuah Kebangsaan.

(f) Arahan YAB Perdana Menteri No.1 Tahun 2018 Siri 2 No. 1
Pelan Antirasuah Nasional.

(g) Pelan Antirasuah Nasional (2019 - 2023) terbitan Jabatan


Perdana Menteri, 2019.

(h) Garis Panduan Pengurusan Unit Integriti Agensi Awam Tahun


2019 oleh Bahagian Pengurusan Integriti Awam, SPRM.

(2) Dasar/Polisi ATM.

(a) Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) Bil 11 Tahun 1990 -


Dasar Perolehan Peralatan Kapital.

TENTERA DARAT MALAYSIA 15


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

(b) PMAT Bil 5 Tahun 1998 (Pindaan PMAT Bil 16 Tahun 1991) -
Tatacara Pembelian Runcit Dan Darurat ATM.

(c) PMAT Bil 3 Tahun 2006 - Pengisytiharan Harta bagi Anggota-


Anggota ATM.

(d) PMAT Bil 4 Tahun 2006 - Dasar Penerimaan dan Pemberian


Hadiah ATM.

(e) PMAT Bil 7 Tahun 2006 - Peraturan Pengurusan Senggaraan


Pangkalan-Pangkalan/Kem ATM.

(f) PMAT Bil 10 Tahun 2006 - Peraturan Pengurusan Kewangan


dan Perakaunan dalam ATM.

(g) PMAT Bil 5 Tahun 2006 - Prosedur Penyiasatan dalam ATM.

(h) PAAT Bil 1 Tahun 2012 - Bahagian Perkhidmatan Anggota


(Perlaksanaan Integrity Pact Dalam ATM Berkaitan Perolehan
Kerajaan).

(i) PMAT Bil 2 Tahun 2017 - Kod Etika Angkatan Tentera


Malaysia.

(j) Pelan Integriti Organisasi Tentera Darat (PIO TD) 2017.

(k) PAAT Bil 1 Tahun 2018 - Pemantapan Kaedah Perolehan.

(l) Arahan Pelataan Program Intervensi Pengukuhan Integriti TD


bertarikh 26 Mac 2018.

(m) Arahan Penubuhan Jawatankuasa Antirasuah TD Sebagai


Mekanisme Pengurusan Governans, Integriti dan Antirasuah
bertarikh 3 Mei 2019.

16 TENTERA DARAT MALAYSIA


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

KEPENTINGAN MENANGANI RASUAH

12. Rasuah Membawa Akibat Buruk dan Kemusnahan. Rasuah merupakan


perbuatan keji yang boleh membawa kepada kemusnahan individu mahupun
organisasi. Justeru itu, rasuah dalam TD perlu dihapuskan sepenuhnya. Antara
implikasi dan akibat buruk yang dicetuskan oleh rasuah adalah:

a. Ketirisan wang kerajaan.

b. Peningkatan kos pengurusan.

c. Hasil kerja yang buruk.

d. Melahirkan masyarakat yang tiada kemahiran.

e. Melahirkan masyarakat yang mementingkan diri.

f. Menghancurkan sistem keadilan negara.

g. Pengurusan pentadbiran yang tidak cekap dan kucar-kacir.

h. Pembahagian kekayaan yang tidak seimbang.

13. Mendokong Aspirasi dan Dasar Nasional. Kerajaan telah berusaha untuk
membanteras rasuah dengan memperkenalkan dasar-dasar yang bertujuan untuk
melindungi hak rakyat, menghentikan ketirisan dana awam, memperkuat kawalan
keselamatan tanah air dan seterusnya dapat memacu pertumbuhan ekonomi
negara. Usaha tersebut adalah selaras dengan Pernyataan Kuala Lumpur
mengenai Strategi Antirasuah pada tahun 2018 iaitu Malaysia perlu dipulihkan
sebagai sebuah negara yang memartabatkan governans, integriti dan antirasuah di
mata dunia.

14. Mendukung Perlaksanaan Pelan Antirasuah Nasional (National Anti


Corruption Plan - NACP). Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah
(JKKMAR) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 8 Jun 2018
telah memutuskan agar suatu pelan antirasuah yang menyeluruh perlu dirangka
dengan segera untuk menangani isu berkaitan rasuah di negara ini. Pada 29
Januari 2019, Pelan Antirasuah Nasional (NACP) telah dilancarkan sebagai

TENTERA DARAT MALAYSIA 17


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

dokumen utama Kerajaan Malaysia yang menggariskan tindakan menyeluruh dan


bersepadu dalam memerangi rasuah. Seluruh kementerian dan agensi kerajaan
termasuk ATM telah diarahkan oleh pihak Pusat Governans, Integriti dan
Antirasuah (GIACC) supaya mendukung tindakan dan inisiatif NACP serta
membangun Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) di peringkat masing-masing. Visi
NACP adalah untuk mewujudkan negara bebas rasuah melalui matlamat khusus
iaitu:

a. Kebertanggungjawaban dan kredibiliti kehakiman, pendakwaan dan


agensi penguatkuasaan undang-undang.

b. Penyampaian perkhidmatan awam yang cekap dan responsif.

15. Menangani Isu Rasuah yang Mengancam Kepentingan Strategik dan


Kecemerlangan TD. Amalan rasuah dalam aspek salah guna kuasa,
penyelewengan sumber dan pemalsuan dokumen boleh menjejaskan kepentingan
strategik negara. Kesan amalan rasuah boleh mengakibatkan perolehan aset,
kelengkapan dan prasarana pertahanan serta keselamatan negara tidak memenuhi
piawaian yang ditetapkan sehingga boleh menjejaskan misi dan visi TD dalam
mempertahankan kedaulatan negara.

18 TENTERA DARAT MALAYSIA


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

TENTERA DARAT MALAYSIA 19


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

BAB 2
ISU DAN CABARAN RASUAH
TERHADAP TENTERA DARAT

20 TENTERA DARAT MALAYSIA


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

ISU DAN CABARAN RASUAH TERHADAP TENTERA DARAT

PENGENALAN

1. Kesungguhan kerajaan untuk membanteras rasuah dibuktikan melalui Pelan


Antirasuah Nasional 2019-2023 yang dilancarkan pada 29 Januari 2019. Kerajaan
menggesa semua rakyat Malaysia memerangi gejala rasuah jika mahu mencapai
status negara maju. Keutamaan mestilah diberi kepada kedaulatan undang-
undang, menerapkan prinsip ketelusan, kebertanggungjawaban dan integriti serta
tadbir urus yang baik apabila menjalankan autoriti dan kuasa. Ini akan menjadi
asas dalam usaha membanteras amalan menghapuskan rasuah dan membentuk
ekosistem bebas rasuah untuk generasi akan datang.

2. Hasrat kerajaan ini telah disambut positif oleh warga TD. Lantaran itu,
semua pemimpin di setiap lapisan pemerintahan wajib memerangi gejala rasuah
bagi memantapkan kredibiliti TD sebagai organisasi yang dihormati.
Bersandarkan jumlah aduan yang diterima oleh SPRM dari tahun 2013 hingga
2019, sebanyak 0.1% melibatkan bidang pertahanan dan keselamatan. Daripada
statistik ini, TD telah dikenal pasti turut terlibat dalam gejala tersebut yang mana
melibatkan sektor perolehan dan pentadbiran. Oleh yang demikian, integriti warga
TD dalam pengurusan perlu lebih diperkasa agar tidak berlaku ketirisan atau
salah guna wang kerajaan. Langkah ini sangat penting bagi memastikan
penggunaan kuasa dan peruntukan kewangan dapat dilaksanakan dengan betul
dan berhemah. Selain itu juga, dengan penguatkuasaan yang tegas dapat
menjamin kelengkapan, aset dan modal insan TD diuruskan dengan baik. Dengan
pelaksanaan bersepadu dan komitmen tinggi daripada semua pihak, pastinya
meletakkan TD pada kedudukan yang sepatutnya dalam menggalas
tanggungjawab mempertahankan kedaulatan negara. Justeru itu, TD telah
menjadi sebuah organisasi yang berjaya dan dihormati kerana pendekatannya
yang sentiasa memberi penekanan kepada elemen integriti, amalan kepimpinan
berkualiti dan profesional dalam sistem pemerintahan, tadbir urus dan
penyampaian perkhidmatan.

TENTERA DARAT MALAYSIA 21


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

SENARIO DAN CABARAN RASUAH TD

3. Sebagai sebuah organisasi keselamatan dan pertahanan yang unggul, TD


sentiasa memberi penekanan terhadap elemen integriti, kualiti dan profesional
dalam penyampaian perkhidmatan, sistem pemerintahan dan tadbir urus. Melalui
pendekatan ini, TD telah berjaya menjadi sebuah organisasi yang stabil, dihormati
dan cemerlang sama ada di peringkat nasional mahupun di peringkat global.
Namun demikian, TD tetap diuji dalam usaha meningkatkan aspek governans,
integriti dan pencegahan rasuah dalam organisasi ini. Cabaran-cabaran yang perlu
ditangani dan diatasi melalui pelan tindakan dan inisiatif PAR TD adalah seperti
berikut:

a. Cabaran Dalaman.

(1) Pelanggaran Disiplin dan Tatatertib. TD masih lagi berhadapan


dengan masalah pelanggaran disiplin dan tatatertib walaupun dilengkapi
dengan undang-undang dan peraturan yang ketat. Aduan yang diterima
melalui Unit Integriti KEMENTAH dan Sistem Pengurusan Aduan Awam
(SisPAA) ATM melibatkan warga TD masih berlaku dan berterusan.

Lain-lain Kes Salah Guna Kuasa Jenayah Peras Ugut Menipu

Rajah 4 : Aduan daripada Unit Integriti KEMENTAH


mulai Januari 2018 hingga Jun 2020

22 TENTERA DARAT MALAYSIA


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

(a) Aduan dan Laporan Media Memaparkan Masalah


Integriti Warga TD. Aduan yang diterima oleh Unit Integriti
Kementerian Pertahanan (UI KEMENTAH) membuktikan masalah
integriti yang dihadapi oleh TD. Perkara ini ternyata menjejaskan
imej TD dan perlu ditangani dengan sewajarnya. Jumlah
keseluruhan aduan awam yang dilaporkan oleh UI KEMENTAH
dari Januari 2018 hingga Jun 2020 adalah sebanyak 56 kes
seperti yang ditunjukkan di Rajah 4.

(b) Aduan Rasuah. Tiada kes perlakuan jenayah rasuah


melibatkan TD yang dilaporkan oleh UI KEMENTAH. Namun
begitu, bukanlah bermaksud bahawa tiada perlakuan rasuah
berlaku dalam kalangan warga TD kerana aduan boleh datang
dari pelbagai sumber. Sehubungan itu, mekanisme sedia ada
dalam TD dan kerjasama dengan SPRM perlu dipertingkatkan lagi
bagi menghalang penularan jenayah rasuah daripada berleluasa.

(c) Statistik Aduan Kes Sivil dan Kes Lain. Sebanyak 34 kes
sivil dan kes lain yang mempunyai kaitan dengan masalah integriti
dan kecenderungan ke arah amalan rasuah telah dilaporkan.
Anggota yang terlibat dengan hutang dan judi atau ingin hidup
mewah berkemungkinan sanggup melakukan penyeludupan harta
kerajaan dan seterusnya berpotensi untuk terjebak dengan gejala
rasuah. Keadaan ini amat membimbangkan kerana mereka akan
menjadi musuh dalam selimut bagi TD.

TENTERA DARAT MALAYSIA 23


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

(2) Statistik Kes Tadbir Urus TD. Statistik kes yang telah dilaporkan
oleh Cawangan Provos Marsyal ATM (CPM) dan 48 Cawangan Siasatan
Jenayah Kor Polis Tentera Diraja (48 CSJ KPTD) ditunjukkan seperti di
Rajah 5:

Rajah 5 : Statistik Kes yang Dilaporkan oleh CPM ATM dan


48 CSJ KPTD mulai Januari 2016 hingga Jun 2020

(3) Kes Keutuhan Tadbir Urus. CPM - ATM dan 48 CSJ KPTD
melaporkan terdapat kes rasuah, pemalsuan dokumen, penyelewengan
dan salah guna kuasa. Walaupun peratusan kes yang dilaporkan agak
kecil 1.41% atau 39 kes dari keseluruhan kes disiplin TD iaitu 2765 kes,
namun tetap memberikan imej buruk terhadap organisasi TD. Imej
menjadi bertambah buruk apabila tangkapan dibuat oleh pihak SPRM
dan mendapat liputan media secara meluas. Oleh yang demikian, TD
perlu memberi perhatian dan mengambil tindakan bagi membendung kes
sebegini daripada berlaku.

24 TENTERA DARAT MALAYSIA


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

(4) Kes Rasuah dan Salah Guna Kuasa. Terdapat juga kes
rasuah dan salah guna kuasa melibatkan pegawai dan anggota tentera
yang terlibat secara langsung dengan sesuatu urus niaga semasa
melaksanakan tugas. Bidang kuasa pemerintahan dan pengurusan
yang dipertanggungjawabkan kadangkala disalah guna secara
terancang sehingga berlaku campur tangan dalam proses perolehan
penganugerahan projek, sumber manusia dan aset TD. Perbuatan ini
dilakukan untuk manfaat dan kepentingan peribadi atau disebabkan
faktor pengaruh ahli politik ‘political driven’. Oleh itu, TD perlu
dikekalkan sebagai agensi keselamatan yang bersifat bebas daripada
pengaruh politik.

(5) Pematuhan Terhadap Undang-undang/Dasar/Peraturan yang


Berkuatkuasa. Sikap kurang peka dan sambil lewa terhadap
perubahan dalam bidang kuasa undang-undang, dasar dan peraturan
terkini masih wujud sehingga ke hari ini. Terdapat warga TD yang
masih mengekalkan amalan yang diwarisi dari pegawai/petugas
sebelumnya. Mereka melaksanakan kerja berpandukan Peraturan ATM
dan TD (PMAT/PAAT) lama dan belum dikemaskini serta tidak selaras
dengan perubahan dasar yang telah dibuat oleh kerajaan. Keadaan ini
menyebabkan berlaku amalan yang salah dan manipulasi kelemahan
peraturan sehingga membuka ruang dan peluang kepada
penyelewengan dan rasuah. Sebagai contoh, sistem pembayaran yang
diamalkan oleh ATM tidak selari dengan amalan penjawat awam yang
menggunakan sistem Electronic Fund Transfer (EFT) yang ternyata
lebih telus dalam mencegah ketirisan selain meningkatkan kecekapan
pengurusan.

(6) Budaya Sponsorship atau Penajaan Secara Tidak Sah.


Penajaan secara tidak sah oleh kontraktor masih berlaku dalam
kalangan individu dan organisasi. Manipulasi kontrak senggaraan dan
pembelian yang tidak perlu memberi kesan negatif ke atas kualiti
perolehan dan perkhidmatan yang dibekalkan. Selain itu juga, tindakan
tersebut turut menyebabkan kenaikan kos yang tidak munasabah dan
seterusnya mengakibatkan pembaziran wang kerajaan.

TENTERA DARAT MALAYSIA 25


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

Perintah Majlis Angkatan Tentera Bil. 4 Tahun 2006 - Dasar Penerimaan


Hadiah juga masih tidak dipatuhi walaupun hebahan telah dibuat. Masih
terdapat cabaran anggota mahupun pegawai menerima hadiah daripada
kontraktor secara sulit atau menukarkannya dalam bentuk sponsorship
peralatan atau perkhidmatan untuk manfaat dan keuntungan
persendirian atau kumpulan.

b. Cabaran Luaran.

(1) Cabaran Era Digital/Revolusi Industri 4.0. Revolusi industri 4.0


yang kini melanda negara telah membawa cabaran baru yang perlu
ditangani. Pengendalian aktiviti pengurusan dalam era ini telah bertukar
daripada cara manual kepada sistem digital dengan kecerdasan buatan
(Artificial Intelligence - AI) dan sistem robotik. Sistem pengurusan perlu
berkembang seiring dengan perubahan teknologi yang telah digunakan
secara meluas oleh negara-negara maju kerana telah terbukti mampu
menjimatkan masa dan kos. Malaysia kini menuju ke arah digital
government dan penggunaan sistem digital serta AI menjadi suatu
penyelesaian dan strategi pencegahan rasuah atas kelebihan berikut:

(a) Penggunaan sistem teknologi maklumat dan peningkatan


terhadap rekabentuk AI (robotik) dapat mengambil alih tugas yang
kebiasaannya dilakukan oleh manusia.

(b) Proses perolehan secara elektronik melalui Sistem


e-Perolehan dapat mengelakkan pengaruh dan salah guna kuasa.

(c) Penggunaan sistem elektronik dan AI dapat mewujudkan


persekitaran kerja yang lebih cekap dan mengurangkan ralat atau
salah urus.

(d) Kemampuan AI untuk memudahkan urusan pekerja dan


mengelakkan daripada sebarang pertindihan tugas.

26 TENTERA DARAT MALAYSIA


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

(e) Dalam jangka panjang bukan sahaja menjadi suatu langkah


penjimatan bahkan dapat mengurangkan risiko rasuah dengan
pengurangan aspek campur tangan dan budi bicara yang tidak
sepatutnya oleh manusia (human interference).

(2) Cabaran Perlu Ditangani. Sistem digital dan teknologi AI turut


membawa cabaran besar yang tidak boleh diabaikan oleh TD iaitu
perkongsian data raya (big data) secara maya (online). Ekoran daripada
transformasi Kerajaan ke arah Kerajaan digital, TD perlu bersedia
menghadapi ancaman dan cabaran diceroboh/digodam sehingga boleh
menyebabkan kelumpuhan kepada sistem pengurusan pentadbiran
kerajaan. Isu berikut perlu ditangani TD dengan bijaksana kerana rasuah
boleh berlaku apabila terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab
menggunakan ruang dan peluang daripada kelemahan-kelemahan
berikut bagi mendapatkan atau memberi suapan.

(a) Kebocoran Maklumat. Kebocoran maklumat boleh berlaku


dengan mudah melalui kaedah berikut:

i. Mengambil gambar dokumen rasmi/rahsia menggunakan


telefon bimbit dan pelbagai peranti elektronik (milik peribadi).

ii. Tiada kawalan salinan softcopy sebagai fail kepilan


(attachment).

iii. Berkongsi maklumat login dan kata laluan.

iv. Meninggalkan komputer tanpa log off/lock screen.

v. Menggunakan email peribadi dalam urusan rasmi


(yahoo, gmail dan lain-lain).

vi. Maklumat berkaitan tender, perolehan dan individu


pelaksana disebar luas secara tular (viral) dengan niat atau
tanpa niat bagi meraih populariti.

TENTERA DARAT MALAYSIA 27


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

(b) Keselamatan Maklumat. Tindakan tegas akan diambil ke


atas warga TD yang tidak mematuhi arahan keselamatan
maklumat. Ketiadaan integriti dan akauntabiliti oleh segelintir warga
TD dalam melindungi maklumat rasmi dan rahsia perkhidmatan
boleh menyumbang kepada ketirisan maklumat kepada pihak-pihak
yang tidak sepatutnya.

(c) Rasuah Melalui Eksploitasi Sistem dan Teknologi.


Pembangunan teknologi pintar dalam pelbagai cabang kehidupan
telah menyebabkan ekosistem ekonomi dan sosial masyarakat juga
turut berubah. Selari dengan perkembangan dan kecanggihan
teknologi hari ini maka pelbagai taktik baharu muncul dalam aktiviti
yang melibatkan rasuah. Antaranya ialah:

i. Rasuah menggunakan crypto-currency, people’s money


atau e-wallet.

ii. Urusan perbankan lebih mudah secara atas talian.


Aplikasi pintar teknologi kewangan mampu memperluaskan
lagi enam kluster fungsi tradisi kewangan yang melibatkan
insuran, deposit, pinjaman, pembiayaan dana, pelaburan,
provisi pasaran dan sistem pembayaran. Selain daripada sisi
baik kewujudan aplikasi seperti ini, teknologi seperti ini juga,
boleh membawa kesan buruk yang memberi ruang yang lebih
luas kepada jenayah rasuah.

(d) Pembangunan Sistem Information and Communication


Technology (ICT)/Artificial Intelligence (AI) oleh Pihak Luar.
Pembangunan sistem ICT/AI yang terkini dikuasai oleh pakar-pakar
ICT dari luar negara. Keadaan ini mungkin boleh mengakibatkan
maklumat penting diceroboh untuk tujuan salah guna.

28 TENTERA DARAT MALAYSIA


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

FAKTOR KELEMAHAN DAN PUNCA BERLAKU RASUAH

4. Inisiatif TD untuk mengamalkan slogan “Integriti Maruah Tentera Darat” yang


selari dengan hasrat kerajaan dalam mewujudkan Pelan Antirasuah Nasional 2019-
2023 akan terlaksana jika semua peringkat warga TD memberi komitmen yang
tinggi untuk membanteras gejala tersebut. Faktor-faktor kelemahan dan punca
berlakunya rasuah perlu dikenalpasti dan ditangani secara holistik. Antara faktor
kelemahan dan punca berlaku rasuah adalah seperti berikut:

a. Konflik Kepentingan Individu. Faktor ini melibatkan kuasa budi


bicara, kuasa mutlak dan campur tangan pengurusan tertinggi.

(1) Pengaruh Luar “Contractor’s Driven”. Keadaan ini wujud apabila


pemimpin yang mempunyai kuasa dipengaruhi oleh pihak pembekal
sehingga mengabaikan tatacara perolehan yang ditetapkan. Keadaan ini
akan mengakibatkan pemimpin dalam sesebuah organisasi bertindak
sendiri tanpa mengikut garis panduan atau Standard Operating
Procedures (SOP) yang telah ditetapkan.

(2) Kepentingan Diri. Sifat tamak dan mengutamakan kepentingan


diri sendiri sering mendorong kepada penyalahgunaan kuasa.
Contohnya, dalam memilih kontraktor, pemilihan kebiasaanya cenderung
kepada syarikat yang boleh memberi kepentingan dan menjanjikan
habuan bagi setiap perolehan yang dilaksanakan. Hal ini akan
mewujudkan kronisme dan nepotisme yang terdiri daripada kaum
keluarga sendiri, kawan karib atau hanya syarikat-syarikat yang telah
biasa berurusan dengan mereka.

b. Kepimpinan. Kelemahan kepimpinan dalam organisasi TD boleh


memberi impak negatif yang besar terhadap pelaksanaan kawalan antirasuah.
Sehubungan itu, kepimpinan perlu menzahirkan sokongan terhadap inisiatif
pencegahan rasuah dalam aspek-aspek seperti berikut:

(1) Ketelusan dalam pengisytiharan aset dan dasar pengurusan


hadiah.

TENTERA DARAT MALAYSIA 29


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

(2) Pengenalan peruntukan salah laku warga TD.

(3) Pemantapan Unit Tabdir Urus dalam menguruskan rasuah,


penyelewengan, pemalsuan dokumen dan salah guna kuasa.

(4) Mewujudkan dan menguatkuasakan akta/polisi/panduan


perlindungan pemberi maklumat dalam kalangan warga TD.

c. Dasar dan Perundangan. Diakui secara dasarnya, ATM mempunyai


PMAT berkenaan perkara melibatkan rasuah. Manakala di dalam Akta AT 72
tidak ada seksyen khusus untuk kesalahan rasuah tetapi Seksyen 88 Akta AT
72 boleh diguna pakai untuk kesalahan awam. Hal ini menyebabkan hukuman
yang dijatuhkan terhadap kesalahan rasuah warga ATM/TD tidak selaras
dengan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009
(Akta 694) yang mana hukuman penjara boleh dikenakan tidak melebihi 20
tahun. Dasar/polisi antirasuah ATM dan Polisi Konflik Kepentingan yang jelas
juga masih belum diwujudkan sebagaimana dikehendaki dalam Persijilan ISO
37001 - Anti Bribery Management System-ABMS yang kini telah mulai
dipraktik oleh Kementerian Pertahanan.

d. Sistem dan Prosedur. Sistem dan prosedur yang merangkumi


pelbagai dimensi perlu diperkasa. Terdapat enam kelemahan aspek sistem
dan prosedur yang dikenal pasti dan mampu mendorong seseorang untuk
melakukan jenayah rasuah dan seterusnya menjejaskan nilai integriti mereka.
Antaranya ialah:

(1) Urusan yang melibatkan kepentingan perkhidmatan seperti


perolehan tidak dilaksanakan dengan telus.

(2) Kelemahan sistem, prosedur dan garis panduan menyebabkan


ketidakcekapan, kecelaruan, dan perselisihan pendapat semasa
melaksanakan tugas.

30 TENTERA DARAT MALAYSIA


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

(3) Penguatkuasaan kurang berkesan dan ada kalanya dilakukan


secara tidak adil.

(4) Kelemahan dalam aspek pemantauan dan penilaian tentang


keberkesanan sesuatu strategi atau program.

(5) Keupayaan sumber yang terhad samada sumber manusia ataupun


material sehingga menjejaskan keupayaan penguatkuasaan.

(6) Kerangka undang-undang kurang jelas dan belum dikemas kini.

e. Struktur Organisasi TD. Struktur organisasi TD perlu diperkemas


dari semasa ke semasa seiring dengan tuntutan dan cabaran baru.
Pelaksanaan inisiatif pengukuhan struktur organisasi integriti dan pencegahan
rasuah dalam TD hendaklah diperkasakan.

f. Budaya. Keadaan persekitaran dan budaya hidup amat penting


dalam mempengaruhi warga TD dari segi pembentukan nilai dan tingkah laku.
Budaya sering dipengaruhi oleh sejarah dan keadaan semasa, Justeru itu,
budaya berubah dan boleh diubah. Budaya hidup yang menjunjung tinggi
integriti akan mewujudkan persekitaran yang kondusif kepada warga TD
seterusnya mendorong mereka untuk tidak menyimpang dari peraturan.
Budaya integriti yang lemah akan mempengaruhi warga TD untuk bersikap
tidak ambil peduli, tidak bertanggungjawab dan melepaskan tanggungjawab
kepada orang lain. Salah satu manifestasi budaya yang negatif adalah
keengganan membuat laporan atau menegur apabila melihat sesuatu
kesalahan dilakukan. Sikap enggan menegur atau enggan melapor sesuatu
perlakuan yang salah menjadi punca berlakunya penyelewengan, salah guna
kuasa dan rasuah secara berleluasa.

TENTERA DARAT MALAYSIA 31


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

BAB 3
PELAN ANTIRASUAH
TENTERA DARAT

32 TENTERA DARAT MALAYSIA


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

PENGENALAN

1. Pembangunan Pelan Antirasuah Tentera Darat (PAR TD) adalah sebagai


suatu inisiatif pelan tindakan aktiviti/ program bagi mencegah rasuah,
penyelewengan dan salah guna kuasa. Pembangunan pelan ini bertepatan dengan
hasrat Panglima Tentera Darat (PTD) di dalam Perintah Ulung PTD Ke 28, iaitu
`MEMPERKASA SEBUAH ANGKATAN YANG KREDIBEL’. Hasrat yang
terkandung di dalam tonggak ini boleh dicapai melalui pengukuhan
profesionalisme; pemerkasaan jati diri; pengukuhan dan kesepaduan angkatan;
pembudayaan integriti, nilai etika dan moral serta pemantapan tadbir urus.

2. Pematuhan aspek integriti mesti diamalkan sebilang masa. Setiap anggota


TD wajib mempunyai nilai-nilai kerohanian, moral dan etika yang merangkumi sifat
jujur, amanah, sabar, ikhlas, bebas rasuah dan bertanggungjawab. Pengurusan
yang cekap, berintegriti dan telus melalui Pelan Integriti Tentera Darat (PIO TD)
akan diteruskan dengan PAR TD. PAR TD ini akan dibangunkan bagi tempoh lima
tahun pelaksanaannya iaitu mulai 2021 hingga 2025.

PUNCA KUASA PEMBANGUNAN PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

3. Mesyuarat Jawatankuasa Antirasuah (JAR) ATM Siri 1/2019 pada 18 Jun


2019 telah mengarahkan supaya Pelan Antirasuah ATM dan Pelan Antirasuah
Perkhidmatan dibangunkan sebagai suatu inisiatif bagi mencegah rasuah,
penyelewengan dan salah guna kuasa. Inisiatif ini juga telah didaftarkan di
peringkat KEMENTAH sebagai salah satu inisiatif di bawah Bidang Fokus Utama
(BFU) KEMENTAH Ke-6 iaitu; “Memperkasa Tadbir Urus yang Cekap dan Telus”.

TENTERA DARAT MALAYSIA 33


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

4. Hala Tuju PAR TD

a Visi. Ke arah kecemerlangan integriti dan bebas rasuah TD.

b. Misi. Meningkatkan kecekapan, ketelusan dan akauntabiliti TD


berasaskan tadbir urus yang baik.

c. Matlamat. Kecekapan, responsif dan kecemerlangan dalam sistem


penyampaian perkhidmatan TD.

5. Objektif. Objektif utama PAR TD ialah untuk:

a. Mendukung usaha pencegahan rasuah yang terkandung dalam NACP


dan PAR ATM.

b. Menyediakan pelan pencegahan jenayah rasuah, di peringkat TD supaya


dapat menangani dan mencegah jenayah rasuah dalam warga TD secara
lebih cekap, berkesan dan menyeluruh.

c. Menggerakkan usaha pengembelengan kerjasama bagi pencegahan


rasuah dan pembudayaan integriti di seluruh TD secara bersungguh-
sungguh.

6. PAR TD adalah kesinambungan dari PIO TD. PIO TD bersifat umum ke arah
pembudayaan integriti manakala PAR TD pula lebih berfokus dan menjurus kepada
pencegahan dan pembanterasan jenayah rasuah secara sistematik dan berkesan.
Ini bermakna, segala pelaporan inisiatif PIO TD adalah masih relevan dan perlu
disepadukan dengan PAR TD.

7. Bagi memastikan pelaksanaan PAR TD berjalan lancar dan berkesan,


kerangka PAR TD yang dibina adalah berasaskan pendekatan 5A yang disarankan
oleh NACP. Pendekatan 5A bersifat holistik tersebut adalah seperti berikut:

34 TENTERA DARAT MALAYSIA


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

a. Jangkaan (Anticipation). Diagnosis awal masalah, ancaman dan


cabaran rasuah melalui Penilaian Risiko Rasuah (Corruption Risk
Assessment- CRA) TD. Data-data statistik kes rasuah, penyelewengan, salah
guna kuasa, kes tatatertib, laporan audit, kajian persepsi integriti dan kes
tangkapan SPRM akan dianalisis untuk mengenal pasti punca risiko rasuah
dan langkah-langkah pencegahan yang tepat untuk mengurangkan atau
menghapuskan risiko rasuah di dalam TD.

b. Advokasi (Advocacy). Cadangan dasar dan peraturan baru serta


pindaan untuk mengatasi risiko rasuah TD. Pembuat keputusan hendaklah
bertanggungjawab terhadap setiap syor, dan seterusnya mengambil tindakan
sama ada melalui pengukuhan peraturan dan sistem, struktur, tenaga kerja,
belanjawan atau latihan.

c. Persepakatan (Alliance). Kerjasama dan koordinasi antara pihak


dalaman dan luaran TD, termasuk mereka yang terlibat dalam pelaksanaan
dasar. Ini akan membantu TD untuk memaksimumkan penggunaan sumber
melalui perkongsian sumber dalam bentuk tenaga kerja, belanjawan dan
logistik supaya lebih berkesan.

d. Tindakan (Action). Pelaksanaan atau penguatkuasaan undang-


undang dan dasar TD, sama ada melalui penguatkuasaan, pendekatan
pencegahan dan pendidikan. TD hendaklah bertindak tegas dan adil dalam
setiap tindakan untuk menghalang, mencegah dan memerangi rasuah di
semua peringkat TD berlandaskan prinsip perundangan dan undang-undang
sedia ada.

e. Akreditasi (Accreditation). Akreditasi memfokuskan kepada proses


pemantauan dan penilaian (Monitoring and Evaluating - M&E) untuk
memastikan semua dasar dan peraturan TD telah dipatuhi dan dilaksanakan
sepenuhnya oleh warga TD. Tujuan akreditasi bukan sekadar untuk memberi
ganjaran, tetapi juga untuk memperbaiki dasar atau aktiviti semasa, dan
menggalakkan seluruh anggota mempraktikkan amalan baik yang sama.

TENTERA DARAT MALAYSIA 35


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

Diagnosis awal masalah/ancaman/cabaran rasuah


JANGKAAN
melalui Penilaian Risiko Rasuah (CRA) TD

ADVOKASI Cadangan Dasar dan Peraturan baru atasi rasuah TD

Kerjasama dan koordinasi pihak dalaman/luaran TD


PERSEPAKATAN

Perlaksanaan atau penguatkuasaan undang-undang/


TINDAKAN
Dasar/ Peraturan TD

Pemantauan dan Penilaian (Monitoring and Evaluating -


AKREDITASI
M&E) Dasar/Program atasi rasuah TD

Sumber dari NACP 2019-2023

Rajah 6: Rangka Asas PAR TD

8. Berdasarkan kepada kerangka di Rajah 6, PAR TD akan mengandungi


lima intisari penting iaitu:

a. Analisis Data terhadap senarai risiko rasuah TD (berdasarkan fakta risiko


sebenar bagi menentukan bidang fokus utama rasuah TD).

b. Cabaran-cabaran perlu diatasi oleh TD.

c. Inisiatif Pelan Tindakan.

d. Kaedah Pemantauan.

e. Pemantauan dan Pengukuran untuk penambahbaikan.

9. Melalui kaedah ini, PAR TD akan menjadi sebagai living document dan rujukan
yang relevan untuk tempoh yang lama bagi tujuan penambahbaikan secara
berterusan bagi memastikan aspek governans, integriti dan antirasuah dapat
diperkasakan dengan sistematik dan berkesan.

36 TENTERA DARAT MALAYSIA


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

PENGURUSAN RISIKO RASUAH (CRM)

10. Pengurusan Risiko Rasuah (PRR) atau Corruption Risk Management


(CRM) adalah satu alat pengurusan yang membantu pihak pengurusan
tertinggi organisasi atau jabatan untuk mengenal pasti risiko-risiko rasuah, salah
guna kuasa dan penyelewengan yang mungkin berlaku pada masa kini dan juga di
masa hadapan. Pengurusan Risiko Rasuah yang terancang akan dapat membantu
MK Pemerintahan, Formasi dan Pasukan mengenal pasti kelemahan struktur yang
membolehkan atau membuka ruang dan peluang kepada rasuah itu. Dengan
adanya penyediaan rangka kerja CRM ini, semua anggota tentera dapat mengambil
bahagian untuk mengenal pasti faktor-faktor risiko dan rawatan serta menyemat
pencegahan rasuah dan memantapkan lagi tadbir urus organisasi.

11. Dalam proses CRM, beberapa aspek akan dianalisa, antaranya lokasi
kemungkinan wujudnya rasuah, bentuk rasuah, jenis rasuah (semasa proses atau
operasi), masa berlakunya rasuah dan impak sesuatu rasuah kepada organisasi.
Secara amnya, ringkasan Komponen Utama Pengurusan Risiko Rasuah adalah
seperti di Rajah 7 dan ringkasan Proses Pengurusan Risiko Rasuah adalah
seperti di Rajah 8.

TENTERA DARAT MALAYSIA 37


1 Analisa punca-punca penyebab
Kenal Pasti Risiko

Tahap risiko
Impak
2 Tinggi
Penilaian Signifikan
Sederhana
Kebarangkalian
Rendah

3 Tahap Kawalan Entiti Kawalan Pencegahan


Kawalan
Kawalan Pengesanan

38
Tahap Kawalan Proses

Kawalan Pembetulan

4 Pelaksanaan Kemajuan pelan tindakan


Pelan Tindakan

5 Pelaporan Risiko semasa,


Pemantauan kemunculan risiko baru

Rajah 7: Ringkasan Komponen Utama Pengurusan Risiko


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

TENTERA DARAT MALAYSIA


PROSES PENGURUSAN RISIKO RASUAH

Kenal Pasti Matlamat


1 Strategik Keberkesanan
6 Kawalan Sedia Ada Pilihan Rawatan
8 Risiko (TRAP)
Memuaskan Kawalan sedia ada, mantap dan beroperasi
Kenal Pasti Aktiviti dengan betul untuk memberikan tahap yang
2 Utama munasabah bagi menjamin pencapaian objektif. Hapus (Terminate)

TENTERA DARAT MALAYSIA


Ada kelemahan Sesetengah kawalan dikenal pasti mempunyai
kelemahan / kurang efisyen. Walau
bagaimanapun, ianya tidak membawa kepada Kurangkan (Reduce)
3 Kenal Pasti Risiko risiko yang serius. Penambahbaikan diperlukan
untuk menjamin pencapaian objektif.
PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

Lemah Kawalan yang ada tidak memenuhi standard


Terima (Accept)
yang boleh diterima kerana wujud banyak
kelemahan / tidak efisyen. Kawalan tidak dapat Pindah (Pass on)
memberikan jaminan pencapaian.

Tahap Risiko
7
Pelan Pengurusan

39
Impak Kemungkinan 9 Risiko Rasuah
(PPRR)
4 Kenal Pasti Punca-
Punca Tinggi (High)
(Guna 7 TOR) Signifikan (Significant)
Sederhana (Moderate)

Pemantauan
1
10 (Unit Integriti)

Kawalan Sedia Ada dan


5 Kawalan Tambahan

Rajah 8: Ringkasan Proses Pengurusan Risiko Rasuah


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

12. Terdapat 10 proses pengurusan risiko rasuah yang perlu dilaksanakan adalah
seperti berikut:

a. Menyatakan matlamat strategik organisasi berdasarkan daripada visi,


misi dan objektif yang ingin dicapai.

b. Mengenal pasti aktiviti/proses kerja utama organisasi berkaitan dengan


matlamat/perancangan strategik/objektif organisasi.

c. Kenalpasti risiko (telah/sedang/dijangka berlaku) aktiviti atau proses


kerja utama yang boleh menjejaskan matlamat organisasi. Maklumat
berkaitan risiko seperti di Rajah 9 boleh didapati dan dikenal pasti daripada
sumber-sumber berikut:

(1) Laporan Pengurusan Organisasi/Bahagian/Cawangan/Sel.

(2) Laporan dan maklumat hasil daripada penyelidikan.

(3) Laporan Audit Negara/Audit Dalaman.

(4) Sesi Bengkel Percambahan Idea (brainstorming).

(5) Temuduga dan temusiasat.

(6) Penilaian kendiri.

(7) Kaji selidik/kajian profil.

40 TENTERA DARAT MALAYSIA


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

KENAL PASTI RISIKO

Rajah 9: Maklumat Risiko

d. Kenal pasti punca-punca potensi/risiko rasuah melalui tujuh Terma


Rujukan CRM (Term of Reference (TOR) CRM) seperti di Rajah 10 di
bawah.

TUJUH TERMA RUJUKAN CRM

Rajah 10: Tujuh Terma Rujukan CRM (TOR CRM)

TENTERA DARAT MALAYSIA 41


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

e. Mengenal pasti Kawalan Sedia Ada dan Kawalan Tambahan


berdasarkan tujuh Terma Rujukan CRM seperti di Rajah 10.

f. Tentukan Keberkesanan Kawalan Sedia Ada menggunakan


Keberkesanan Kawalan seperti di Rajah 11. Penilaian keberkesanan
kawalan organisasi dalam menangani risiko tertentu dibuat selepas
pertimbangan ke atas keadaan persekitaran faktor luaran.

Memuaskan Kawalan sedia ada, mantap dan beroperasi dengan betul untuk
memberikan tahap yang munasabah bagi menjamin pencapaian
objektif.

Ada Sesetengah kawalan dikenal pasti mempunyai kelemahan / kurang


kelemahan efisyen. Walau bagaimanapun, ianya tidak membawa kepada risiko
yang serius. Penambahbaikan diperlukan untuk menjamin pencapaian
objektif.

Lemah Kawalan yang ada tidak memenuhi standard yang boleh diterima kerana
wujud banyak kelemahan / tidak efisyen. Kawalan tidak dapat
memberikan jaminan pencapaian.

Rajah 11: Keberkesanan Kawalan

g. Tentukan Akibat dan Tahap Risiko menggunakan Parameter Impak


Risiko di Rajah 12, Parameter Kebarangkalian di Rajah 13, Matrik
Tahap Risiko di Rajah 14 dan Penilaian Tahap Risiko di Rajah 14A.

42 TENTERA DARAT MALAYSIA


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

IMPAK
FAKTOR TIDAK
KECIL SEDERHANA BESAR MEMUSNAHKAN
BERKESAN
Contoh Pengukuran Risiko:
IMEJ/ Tidak Menyokong, Menyokong, Menyokong, Menyokong,
REPUTASI menyokong, impak mengaibkan mengaibkan mengaibkan
impak rendah, berita pada orang pada orang pada orang
rendah, tidak profil rendah ramai, berita ramai, berita ramai,
menjadi profil profil tinggi, penyebaran
berita sederhana tindakan pihak meluas berita
ketiga profil tinggi,
tindakan pihak
ketiga
ADUAN AWAM < 5 sebulan 6-10 sebulan 11-20 sebulan 21-50 sebulan >50 sebulan

PERUNDANGAN/ Denda Denda Denda Denda Pemeriksaan


PEMATUHAN minima sederhana banyak banyak, rapi dan
mungkin penyiasatan
termasuk besar
pertuduhan
jenayah
IMPAK RISIKO/ Impak boleh Peristiwa Perkara yang Peristiwa yang Malapetaka
USAHA diserap yang serius yang kritikal yang yang
PENGURUSAN melalui merugikan memerlukan memerlukan berpotensi
aktiviti yang mana usaha usaha luar kepada
biasa/normal boleh diserap tambahan dari biasa dari kemusanahan/
melalui usaha pengurusan pengurusan kejatuhan
pihak (collapse)
pengurusan

Rajah 12: Parameter Impak Risiko

PENERANGAN PENERANGAN KEBARANGKALIAN RISIKO

Peristiwa dijangkakan berlaku dalam banyak keadaan, contoh


Hampir Pasti Berlaku
kemungkinan berlaku lebih 95% dalam tempoh 12 bulan akan datang

Peristiwa berkemungkinan berlaku dalam banyak keadaan, contoh


Kemungkinan Berlaku berlaku di atas di antara 50% dan 94% dalam tempoh 12 bulan akan
datang
Peristiwa mungkin berlaku dalam beberapa keadaan, contoh
Sederhana
berlaku di antara 25% dan 49% dalam tempoh 12 bulan akan datang
Kemungkinan Kecil Peristiwa boleh berlaku dalam beberapa keadaan, contoh di antara
Berlaku 5% dan 24% dalam tempoh 12 bulan akan datang
Peristiwa mungkin berlaku hanya dalam keadaan luar biasa, contoh di
Jarang
bawah 5% berlaku dalam tempoh 12 bulan akan datang

Rajah 13: Parameter Kebarangkalian

TENTERA DARAT MALAYSIA 43


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

Impak Tidak
Kecil Sederhana Besar Kemusnahan
Berkesan
Kebarangkalian
Hampir Pasti
Signifikan Signifikan Tinggi Tinggi Tinggi
Berlaku

Kemungkinan
Sederhana Signifikan Signifikan Tinggi Tinggi
Berlaku

Sederhana Rendah Sederhana Signifikan Tinggi Tinggi

Kemungkinan
Rendah Rendah Sederhana Signifikan Tinggi
Berlaku

Jarang Rendah Rendah Sederhana Signifikan Signifikan

Rajah 14: Matrik Tahap Risiko

PENILAIAN TAHAP RISIKO

Tinggi Risiko tinggi, pelan tindakan terperinci diperlukan

Signifikan Risiko hampir tinggi, perlu diberi perhatian oleh


pengurusan tertinggi semua pemerintahan

Sederhana Risiko sederhana, diurus dan diberi perhatian oleh pihak


yang dipertanggungjawabkan

Rendah Risiko rendah, diurus mengikut prosedur yang sedia ada

Rajah 14A: Penilaian Tahap Risiko

h. Pilihan Rawatan Risiko sama ada untuk Hapus, Kurangkan, Terima


dan Pindah.

i. Merangka Pengurusan Risiko Rasuah (PRR).

j. Pemantauan berterusan berdasarkan Rajah 15: Pilihan Rawatan


Risiko.

44 TENTERA DARAT MALAYSIA


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

TINDAKAN

HAPUS PELAN
RAWATAN KURANGKAN PENGURUSAN
RISIKO TERIMA RISIKO RASUAH

PINDAH

Rajah 15: Pilihan Rawatan Risiko

13. Penilaian Risiko Rasuah dapat disediakan dengan menggunakan sembilan


borang CRM 2.0 seperti berikut:

a. CRM 01: Matlamat Organisasi, Aktiviti/ Proses Kerja Utama & Potensi
Risiko Rasuah.

b. CRM 02: Daftar Risiko Rasuah.

c. CRM 03: Analisa Risiko Rasuah.

d. CRM 04: Ringkasan Risiko Rasuah.

e. CRM 05: Ringkasan Pelan Pengurusan Risiko Rasuah.

f. CRM 06: Pemantauan - Penyediaan Pelan Pengurusan Risiko


Rasuah.

g. CRM 07: Pemantauan - Perlaksanaan Pelan Pengurusan Risiko


Rasuah.

h. CRM 08: Pemantauan - Keberkesanan Pelan Pengurusan Risiko


Rasuah.

i. CRM 09: Pemantauan – Potensi Risiko Baru.

TENTERA DARAT MALAYSIA 45


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

14. Semua Markas Pemerintahan, Formasi dan Pasukan TD akan


membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi masing-masing. Pembangunannya
mestilah berdasarkan kepada pengurusan risiko rasuah yang perlu disiapkan
terlebih dahulu. Pasukan mestilah dapat mengenal pasti risiko-risiko rasuah yang
boleh berlaku pada masa sekarang maupun akan datang yang mana impaknya
boleh menjejaskan kesempurnaan tadbir urus pasukan. Contoh Pembangunan
Pengurusan Risiko Rasuah dilaksanakan adalah seperti di Kembaran A.

46 TENTERA DARAT MALAYSIA


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

KEMBARAN A

CONTOH PENGURUSAN RISIKO RASUAH (CORRUPTION RISK


MANAGEMENT - CRM)

1. Latar Belakang Organisasi. Formasi X telah ditubuhkan pada 5 Januari


1966 di Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur. Pada 15 Dis 10, Formasi X telah
berpindah ke Kem Kalumpang, Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan. Formasi X
bertanggungjawab menyelaras Sistem Latihan Tentera merangkumi Latihan
Domestik dan Latihan Bilateral. Formasi X diterajui oleh Panglima Latihan yang
berpangkat Mejar Jeneral. Organisasi Formasi X terdiri daripada tiga bahagian
utama seperti berikut:

a. Bahagian Pengurusan Am (BPA).


b. Bahagian Pengurusan Latihan (BPL).
c. Bahagian Pembangunan Doktrin (BPD).

2. Visi. Visi Formasi X adalah untuk menjadi sebuah organisasi yang unggul
dalam mendidik dan melatih anggota tentera.

3. Misi. Misi Formasi X adalah untuk mengurus dan melaksanakan latihan


individu seiring dengan pembangunan Doktrin Tentera dengan mengaplikasikan
latihan dan penilaian berasaskan kompetensi bagi memenuhi keperluan latihan
tentera.

4. Objektif.

a. Meningkatkan kualiti latihan individu sejajar dengan falsafah latihan


tentera.

b. Membangun/ mengemaskini Doktrin Tentera agar berupaya


mempertahan negara.

c. Meningkatkan pengurusan perkara-perkara tadbir dan logistik.

TENTERA DARAT MALAYSIA 3A-1


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

5. Peranan dan Tugas. Peranan dan tugas Formasi X adalah seperti berikut:

a. Menstruktur dan membangunkan pusat-pusat latihan tentera selaras


dengan penstrukturan semula tentera.

b. Membangun, mengemaskini dan menerbitkan Doktrin Tentera.

c. Membangun dan menggubal polisi latihan individu termasuk latihan


Pasukan Pegawai Simpanan.

d. Mencapai kecemerlangan dalam latihan individu termasuk latihan


Pasukan Pegawai Simpanan.

6. Organisasi. Organisasi Formasi X terdiri daripada 10 pasukan iaitu tujuh


daripada Pusat Latihan Tentera dan tiga daripada pasukan simpanan. Senarai
penuh pasukan-pasukan di bawah naungan Formasi X adalah seperti berikut:

a. Akademi Tentera.

b. Pusat Latihan Asas Tentera.

c. Institut Pegawai Kanan Tentera.

d. Pusat Latihan Tempur Tentera.

e. Pusat Latihan Mekanis.

f. Pusat Latihan Kor Perkhidmatan.

g. Pusat Latihan Asas Muzik.

h. PULAPES TAR.

i. PULAPES USIM.

j. PULAPES SDAR.

3A-2 TENTERA DARAT MALAYSIA


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

7. Hala Tuju. Hala tuju Formasi X adalah untuk melahirkan modal insan yang
kompeten dan dapat melaksanakan tugas ketenteraan di waktu aman dan perang
dengan berkesan. Bagi merealisasikan hala tuju ini, latihan yang sistematik dan
dibantu dengan peralatan yang sofistikated akan dapat mencapai matlamat yang
telah digariskan.

8. Formasi X adalah pusat pembangunan latihan ketenteraan. Pembelian atau


perolehan peralatan akan diberikan keutamaan oleh Tentera Darat. Setiap tahun
Formasi X akan menerima peruntukkan untuk membeli dan menyelenggara
peralatan dan sistem yang dibekalkan oleh kerajaan. Contoh perolehan peralatan
yang melibatkan Formasi X adalah seperti berikut:

a. Sistem Simulator Artileri.

b. Sistem Simulator Kenderaan Berperisai.

c. Sistem Simulator Menembak.

d. Peralatan Mesin Kejuruteraan.

e. Sistem Simulator Lapang Sasar.

f. Sistem Simulator Memandu Kenderaan Tentera.

g. Sistem Simulator Tempur Jarak Dekat (CQB). Sistem Simulator


Komunikasi.

h. Lain-lain Peralatan Khusus/Khas.

i. Sistem Simulator Pertahanan Udara.

9. Selain daripada sistem simulator di atas, terdapat banyak lagi perolehan/


pembelian peralatan latihan dan lain-lain keperluan di Formasi X. Oleh yang
demikian, kecenderungan berlakunya rasuah, penyelewengan dan salah guna
kuasa semasa proses perolehan adalah tinggi memandangkan wujudnya ruang dan
peluang semasa proses tersebut dilaksanakan.

TENTERA DARAT MALAYSIA 3A-3


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

10. Penubuhan Tim Uji Nilai, Tim Penerimaan Peralatan dan Lembaga Sebut
Harga adalah terdiri daripada staf dan jurulatih pusat latihan yang terlibat.
Perlantikan dibuat berdasarkan perjawatan dan penugasan semasa, staf atau
jurulatih. Contohnya, untuk perolehan Sistem Simulator Komunikasi, staf dan
jurulatih dari pasukan terlibat yang akan dilantik. Justeru itu, kemungkinan akan
wujudnya ruang kelemahan dalam perolehan kerana pegawai dan anggota yang
terlibat secara langsung dalam sesuatu perolehan adalah tidak kompeten.
Faktor-faktor kelemahan kompetensi yang dimaksudkan adalah disebabkan seperti
berikut:

a. Pegawai dan anggota tidak mempunyai kepakaran yang khusus.

b. Pegawai dan anggota terlibat kebiasaannya hanya diberikan taklimat dan


tidak diadakan sebarang kursus bimbingan.

c. Tugas dilaksanakan disebabkan arahan yang diberikan.

d. Pegawai dan anggota tidak memahami prosedur dan tatacara perolehan


dan uji nilai seperti yang sepatutnya. Budaya kerja tentera yang
mementingkan kepatuhan kepada arahan tanpa mempersoalkan arahan
tersebut.

e. Pegawai dan anggota (tugas am) tidak didedahkan dengan perkara


perolehan, tender, uji nilai dan lain-lain yang berkaitan semasa latihan asas
ketenteraan.

f. Kebanyakan terma-terma kontrak, Penjanjian Jual-Beli, Surat Setuju


Terima dan lain-lain ditulis/ disediakan di dalam Bahasa Inggeris termasuk
juga Manual Sistem/ Peralatan yang terlibat. Perkara ini merupakan kekangan
besar kepada pegawai dan anggota yang telah dilantik sekiranya mereka
mempunyai tahap penguasaan Bahasa Inggeris yang rendah.

g. Kurangnya pengetahuan dalam penggunaan/ pengoperasian peralatan


yang hendak diuji/ dibeli oleh kerajaan.

3A-4 TENTERA DARAT MALAYSIA


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

11. Perkara ini belum lagi diambil kira dengan campur tangan pihak yang
berkepentingan. Tidak semestinya perkara ini berlaku untuk setiap perolehan
kerajaan tetapi keadaan sebegini kebiasaannya membuka ruang kepada tindakan
yang tidak berintegriti memandangkan adanya faktor-faktor yang telah dinyatakan.

12. Pada masa yang sama, kebanyakan pusat-pusat latihan di bawah naungan
Formasi X sangat memerlukan peralatan tersebut. Ini kerana, penggunaan
peralatan sejajar dengan perkembangan sains dan teknologi diperlukan semasa
latihan mengajar dilaksanakan agar mirip kepada latihan sebenar atau pun latihan
di medan/ lapangan.

13. Setiap tahun Formasi X akan melaksanakan ujian saringan air kencing
terhadap anggota pasukan dan juga penuntut kursus secara berjadual dan secara
mengejut. Ujian saringan air kencing ini akan dikendalikan oleh anggota
penguatkuasa daripada 48 CSJ KPTD dengan dibantu oleh anggota Polis Pasukan
(Regimental Police). Sekiranya didapati positif, sampel tersebut akan dihantar ke
Jabatan Kimia atau Makmal Patologi Hospital Kerajaan untuk dibuat pengesahan.
Anggota yang disahkan positif dadah akan dibicarakan dan diberhentikan secara
keji dari perkhidmatan ATM dengan tidak menerima apa-apa ganjaran daripada
Kerajaan. Oleh itu ramai anggota yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah akan
berusaha untuk melepaskan diri semasa ujian saringan air kencing dilaksanakan
dengan cara pakatan rasuah bersama pegawai penguatkuasa yang melaksanakan
ujian air kencing tersebut.

14. Pengurusan Risiko Rasuah Formasi X. Pengurusan Risiko Rasuah Formasi


X adalah bertujuan mewujudkan sebuah sistem pengurusan bercirikan antirasuah
dan mendukung nilai integriti. Formasi X mempunyai potensi berlakunya
perlanggaran integriti yang agak tinggi terutamanya berhubung dengan perolehan
peralatan.

TENTERA DARAT MALAYSIA 3A-5


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

15. Matlamat Strategik/Perancangan Strategik. Matlamat Strategik/


Perancangan Strategik Formasi X adalah untuk meningkatkan profesionalisme dan
keupayaan tempur tentera dengan menyediakan modal insan yang terlatih secara
sistematik melalui penyediaan platfom latihan yang terancang dan holistik.

16. Proses Utama Berkait dengan Matlamat Strategik. Proses Utama Berkait
dengan Matlamat Strategik adalah melibatkan perolehan peralatan latihan yang
berteknologi tinggi dan terkini contohnya Sistem Simulator Menembak untuk
Operasi Penggempuran di dalam bangunan.

17. Potensi Risiko Rasuah (berkait dengan proses-proses). Bidang yang


mempunyai potensi risiko rasuah yang utama dikenal pasti wujud di Formasi X
adalah bidang perolehan peralatan latihan dan penguatkuasaan undang-undang
oleh Regimental Police (RP). Dua risiko rasuah yang dikenal pasti adalah seperti
berikut:

a. Risiko ID 01. Proses perolehan peralatan tidak telus dan tidak


mematuhi prosedur dan tatacara perolehan yang mana wujudnya pakatan
rasuah di antara pihak kerajaan yang dilantik (mewakili pengguna) dengan
kontraktor pembekal sehingga berlakunya perubahan pada spesifikasi
peralatan tersebut. Keadaan ini juga menyebabkan rancangan perolehan
dimonopoli oleh kontraktor yang sama dalam tempoh yang lama.

b. Risiko ID 02. Pelaksanaan ujian saringan air kencing tidak telus dan
tidak mematuhi SOP yang mana wujudnya pakatan rasuah antara pihak
penguatkuasa/ RP dengan anggota yang disyaki positif ujian saringan dadah.
Sampel air kencing yang diambil dicemari dengan bahan lain hingga
merosakkan sampel. Keadaan ini menyebabkan anggota yang disyaki penagih
dadah gagal dikesan dan ditangkap.

18. Borang CRM 01: Matlamat Strategik, Proses Kerja Utama & Potensi
Risiko Rasuah. Matlamat dan perancangan strategik, proses-proses utama yang
berkaitan dengan matlamat strategik dan potensi risiko rasuah yang wujud di
Formasi X didaftarkan di dalam Borang CRM 01 seperti di Rajah 16.

3A-6 TENTERA DARAT MALAYSIA


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

Matlamat dan Perancangan Strategik Formasi X


(a) (b)
Meningkatkan Profesionalisme dan Menyediakan satu platfom latihan yang
Keupayaan Tempur Tentera dengan terancang melibatkan aspek Man,
menyediakan modal insan yang terlatih Machine and Method secara holistik
secara sistematik. merangkumi kursus asas, lanjutan dan
kepakaran.
Proses-Proses Utama Yang Berkaitan Dengan Matlamat Strategik
(a) (b)
Bahagian Pengurusan Latihan (BPL) Bahagian Pengurusan Am (BPA)
Potensi Risiko Rasuah (Berkaitan Dengan Proses-Proses)
(a) (b)
Proses perolehan peralatan tidak telus Pelaksanaan ujian saringan air kencing
dan tidak mematuhi prosedur dan tidak telus dan tidak mematuhi Standard
tatacara perolehan Operating Procedure (SOP)

Rajah 16: Borang CRM 01

19. Borang CRM 02: Daftar Risiko Rasuah. Formasi X telah memilih dua
Risiko Rasuah untuk didaftarkan ke dalam Borang CRM 02. Setiap borang hanya
boleh diisi dengan satu Risiko Rasuah sahaja.

20. Risiko ID 01: Proses Perolehan Peralatan Tidak Telus dan Tidak
Mematuhi Prosedur dan Tatacara Perolehan.

a. Punca-Punca Bagi Risiko ID 01. Contoh punca risiko yang boleh


berlaku adalah seperti berikut:

(1) Pegawai Tidak Berintegriti. Pegawai dan anggota yang dilantik


sebagai Tim Penilai, Lembaga Sebut Harga dan Tim Penerimaan
Perolehan tidak berintegriti dalam melaksanakan tugas yang diberikan.
Mereka ini tidak amanah, mudah terpengaruh dan bersekongkol dengan
pihak kontraktor yang mempunyai kepentingan bermotifkan keuntungan
sebelah pihak sahaja dengan cara meluluskan permohonan yang tidak
mematuhi dan bertentangan dengan polisi dan tatacara perolehan.

TENTERA DARAT MALAYSIA 3A-7


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

(2) Kawalan Dalaman Yang Lemah. Tiada Tim Pemantau yang


dilantik bagi mengawasi pegawai dan anggota Tim Uji Nilai/Lembaga
Sebut Harga melaksanakan tugas dengan betul. Kebiasaannya ketua tim
yang dilantik adalah dari kalangan mereka dan anggota tim akan
mengikut sahaja arahan ketua tim kerana patuh kepada pegawai
atasannya dan juga tidak memahami proses perolehan peralatan.

(3) Campur Tangan Pihak Atasan Yang Berkepentingan Dengan


Pihak Kontraktor. Campur tangan pihak atasan yang mempunyai
kepentingan dalam proses pemilihan perolehan telah menjadi kebiasaan
dan sukar ditangani. Kepatuhan kepada arahan pegawai atasan tanpa
mempersoalkan kewajaran arahan tersebut, menyebabkan banyak
proses perolehan peralatan tidak dapat mencapai kejayaan yang
diharapkan.

(4) Kepentingan Peribadi Melebihi Kepentingan Organisasi.


Tindakan ini biasanya berkait rapat dengan masalah kewangan atau
masalah lain yang bersangkutan dengan keperluan mendesak kepada
kewangan atau lain-lain bentuk suapan yang memberi keuntungan
peribadi melebihi daripada kesetiaannya kepada organisasi.

(5) Prosedur/Tatacara Tidak Dipatuhi. Setiap rancangan perolehan


mempunyai prosedur atau tatacara tertentu. Perkara serius yang berlaku
adalah apabila ada orang dalam yang berpakat dengan kontraktor,
membocorkan maklumat spesifikasi peralatan/sistem (general staff
requirement) mengikut peralatan milik kontraktor yang akan memasuki
tender terbuka. Ini merupakan satu perlanggaran prosedur/tatacara yang
serius.

(6) Pemilihan Tim Uji Nilai/Lembaga Sebut Harga Yang Tidak


Telus. Pemilihan Tim Uji Nilai dan Lembaga Sebut Harga tidak telus dan
memihak kepada syarikat kontraktor yang tertentu. Mereka yang dipilih
mempunyai banyak masalah peribadi dan kewangan, maka mudah
dipengaruhi oleh pihak atasan yang berpakat dengan kontraktor.

3A-8 TENTERA DARAT MALAYSIA


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

b. Akibat Bagi Risiko ID 01. Contoh akibat bagi Risiko ID 01 adalah


seperti berikut:

(1) Ketirisan Wang Kerajaan. Peruntukan yang diberikan kepada


formasi telah diselewengkan demi kepentingan peribadi. Wang kerajaan
akan dibazirkan apabila urusan perolehan melibatkan harga yang tidak
munasabah, pembekalan yang tidak mengikut spesifikasi dan peralatan
yang dihantar kepada pasukan penerima tidak cukup seperti yang
tercatat di dalam perjanjian.

(2) Imej Pasukan Tercemar. Perbuatan tidak berintegriti ini akan


mencemarkan nama baik dan imej organisasi apabila kegiatan mereka
diketahui pihak berkuasa dan ditangkap. Bagi sesetengah individu,
mereka sanggup mengetepikan nama baik pasukan disebabkan oleh
sifat tamak dan haloba serta sanggup mengambil risiko yang
menjejaskan kerjaya mereka.

(3) Mengurangkan Keberkesanan Operasi. Peralatan yang


dibekalkan tidak memenuhi spesifikasi/kualiti yang diperlukan oleh
pasukan, maka operasi yang dijalankan sudah pasti tidak akan mencapai
kejayaan sepenuhnya.

(4) Peralatan Yang Dibekalkan Tidak Berkualiti. Pihak kontraktor


sanggup menukar peralatan yang telah diluluskan semasa pemilihan/uji
nilai kepada peralatan yang lain ketika proses penghantaran dan
penerimaan. Jangka hayat peralatan yang tidak berkualiti akan menjadi
lebih pendek, mudah rosak dan memerlukan senggaraan yang kerap.
Perkara ini menguntungkan kontraktor dan merugikan pihak pengguna.

TENTERA DARAT MALAYSIA 3A-9


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

(5) Moral Anggota Pasukan Akan Terjejas. Peralatan yang tidak


sesuai, tidak berkualiti malah ada pegawai dan anggota yang
bersubahat dengan kontraktor membekalkan peralatan tersebut sudah
pasti akan melemahkan dan menjejaskan moral warga pasukan. Perkara
ini boleh menyebabkan matlamat organisasi tidak tercapai kerana warga
pasukan tidak komited dan bersungguh-sungguh semasa melaksanakan
penugasan.

c. Kawalan Sedia Ada Bagi Risiko ID 01. Antara contoh kawalan sedia
ada bagi Risiko ID 01 adalah seperti berikut:

(1) Akta Rahsia Rasmi 1972. Akta Rahsia Rasmi 1972 telah
memperuntukkan seksyen bagi kesalahan menipu maklumat,
menyembunyikan maklumat yang betul, suratan palsu, memalsukan
dokumen dan boleh didakwa serta dihukum di bawah akta ini.

(2) Akta Angkatan Tentera 1972. Angkatan Tentera Malaysia telah


menetapkan bahawa dokumen perkhidmatan sahaja yang tertakluk di
bawah Akta Angkatan Tentera 1972. Dokumen perolehan
diklasifikasikan mengikut perolehan yang dijalankan sama ada RAHSIA
BESAR, RAHSIA, SULIT atau TERHAD. Klasifikasi dokumen tersebut
adalah di dalam Federal Armed Forces Security Instruction (FAFSI)
1961. Terdapat juga arahan keselamatan yang melarang membawa
telefon bimbit semasa mesyuarat perolehan dan larangan mengambil
gambar dokumen perolehan serta tidak bole menyebarkan kepada pihak
luar yang mempunyai kepentingan.

(3) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM)


2009. Sesiapa sahaja boleh didakwa di bawah akta ASPRM 2009
mengikut seksyen 16 dan 17 (a), (b) iaitu meminta/menerima/menawar/
memberi suapan sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau
tidak melakukan apa-apa berkaitan dengan transaksi tersebut atau
berkaitan urusan rasmi majikan atau prinsipal berkenaan adalah suatu
kesalahan.

3A-10 TENTERA DARAT MALAYSIA


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

(4) Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) Bil 2 Tahun 2017 -


Kod Etika Angkatan Tentera Malaysia. Mana-mana pegawai dan
anggota dengan sengaja atau tidak sengaja telah menyalahi atau
membelakangi Kod Etika ATM boleh dikenakan tindakan tatatertib oleh
perkhidmatan.

(5) Standard Operating Procedure (SOP) Perolehan. Bahagian


Perolehan KEMENTAH telah menyediakan SOP yang jelas berkaitan
pengurusan perolehan. Perkara yang sama juga dilakukan oleh
jabatanarah-jabatanarah unit pengguna. SOP tersebut sentiasa dikemas
kini dari semasa ke semasa agar selari dengan keadaan semasa.

(6) Arahan Perbendaharaan Perolehan Kerajaan (APPK) 1997


(Pindaan 2008). Arahan Perbendaharan Perolehan Kerajaan telah
menggariskan tatacara dan peraturan yang wajib diikuti oleh agensi
kerajaan dalam melaksanakan pengurusan perolehan aset-aset
kerajaan. Sesiapa pun yang tidak mematuhi arahan ini boleh diambil
tindakan tatatertib oleh Kementerian/Jabatan dan juga dirujuk kepada
Mahkamah.

(7) Saluran Aduan. Pasukan telah menghebahkan penggunaan


sistem aduan atas talian TD dan juga menempatkan peti-peti aduan di
lokasi strategik kem tentera bertujuan memudahkan orang awam
membuat aduan kesalahan melibatkan warga tentera. Selain itu,
pasukan juga telah menggunakan sepenuhnya Sistem Pengurusan
Awam Tentera Darat (SisPAA TD).

d. Kawalan Tambahan Bagi Risiko ID 01. Sebagai langkah untuk


menangani isu rasuah dan salah guna kuasa oleh pegawai dan anggota yang
dipertanggungjawabkan, terdapat beberapa contoh kawalan berdasarkan
Tujuh Terma Rujukan CRM yang boleh dijadikan sebagai kawalan tambahan
iaitu:

TENTERA DARAT MALAYSIA 3A-11


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

(1) Ikrar Bebas Rasuah (IBR). Setiap pegawai dan anggota


Formasi X perlu melafaz dan menandatangani IBR bagi menzahirkan
rasa sokongan terhadap usaha TD dalam mencegah sebarang perlakuan
rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Tujuan ialah untuk
melahirkan warga TD yang lebih komited dan sanggup berkerja dalam
suasana persekitaran yang kondusif dan bebas rasuah.

(2) Menguatkuasakan Sistem Pusingan Kerja (Job Rotation).


Sistem pusingan kerja (job rotation) perlu dikuatkuasakan pada setiap 3
tahun kepada pegawai-pegawai yang bertugas di Bahagian Perolehan
KEMENTAH untuk mengelakan mereka daripada terjebak dalam kancah
penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah.

(3) Pemeriksaan Mengejut. Bahagian Inspektorat Tentera Darat


(BITD) dan Bahagian Audit Dalam dan Siasatan Am (BADSA) hendaklah
sentiasa aktif melaksanakan pemeriksaan mengejut dengan kerjasama
pihak berkuasa awam seperti SPRM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

(4) Tindakan Tegas dan Hukuman Berat kepada Pegawai Terlibat.


Tindakan tegas seperti diberhentikan daripada perkhidmatan akan
dikenakan ke atas pegawai-pegawai yang terlibat dalam urusan yang
tidak berintegriti ini. Mereka juga boleh diserahkan kepada pihak
berkuasa awam seperti SPRM atau PDRM.

(5) Mewujudkan Sel Integriti. Sel Integriti akan melaksanakan


tugas-tugas pengesanan, pemantauan dan sentiasa mengawasi
sebarang perlakuan yang menyalahi undang-undang dan peraturan.
Peranan Sel Integriti dapat mengurangkan perlakuan jenayah dan
pengawalan kesalahan tatatertib dengan lebih berkesan.

3A-12 TENTERA DARAT MALAYSIA


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

(6) Kempen Kesedaran Nilai-Nilai Murni. Kempen kesedaran nilai-


nilai murni, pembudayaan integriti dan mengukuhkan Sistem
Pemerintahan Regimental perlu dilaksanakan agar dapat membentuk jati
diri anggota yang kental dan berakhlak mulia.

e. Keberkesanan Kawalan Bagi Risiko ID 01. Berdasarkan Rajah 11:


Keberkesanan Kawalan, keberkesanan kawalan bagi Risiko ID 01 masih
lagi ada Kelemahan kerana risiko rasuah masih berlaku. Walau
bagaimanapun, punca-punca berlakunya rasuah masih boleh dikawal oleh
pasukan.

f. Tahap Risiko ID 01. Berdasarkan kepada Rajah 12: Parameter Impak


Risiko sebagai petunjuk, Impak Risiko ID 01 adalah Besar kerana perbuatan
rasuah akan menjejaskan imej pasukan. Manakala berdasarkan kepada
Rajah 13: Parameter Kebarangkalian, Kebarangkalian Risiko ID 01 adalah
Sederhana kerana peristiwa boleh berlaku dalam beberapa keadaan di
antara 25% dan 49% dalam tempoh 12 bulan akan datang. Seterusnya
berdasarkan Rajah 14: Matrik Tahap Risiko, Tahap Risiko ID 01 adalah
Tinggi.

g. Contoh Pengisian Borang CRM 02 bagi Risiko ID 01. Tajuk Risiko:


Pengisian Borang CRM 02 bagi Risiko ID 01 untuk proses perolehan peralatan
tidak telus dan tidak mematuhi Prosedur dan Tatacara Perolehan seperti di
Rajah 17.

TENTERA DARAT MALAYSIA 3A-13


DAFTAR RISIKO RASUAH CRM 02

Risiko ID: 01 (Aktiviti/Proses Kerja Utama): Pembangunan Teknikal dan Siasatan.


Tajuk Risiko: Proses Perolehan Peralatan tidak telus dan tidak mematuhi Negeri/Kementerian/Agensi: TENTERA DARAT
prosedur dan tatacara perolehan.
Jabatan/Bahagian/Seksyen/Unit: Formasi X
Penjelasan Risiko:
Wujud pakatan rasuah di antara pihak kerajaan yang dilantik (mewakili pengguna) Pemilik Risiko: Bahagian Pengurusan Latihan
dengan kontraktor pembekal semasa proses perolehan peralatan.

Punca-Punca (Causes)
Akibat (Consequences)
1. Pegawai tidak berintegriti.
2. Kawalan dalaman yang lemah. 1. Ketirisan wang kerajaan.
3. Campurtangan pihak atasan yang berkepentingan dengan 2. Imej pasukan tercalar.
pihak kontraktor. 3. Mengurangkan keberkesanan operasi.
4. Kepentingan peribadi melebihi kepentingan organisasi. 4. Peralatan yang dibekalkan tidak berkualiti.
5. Prosedur/tatacara tidak dipatuhi. 5. Moral anggota pasukan akan terjejas.
6. Pemilihan Tim Uji Nilai/Lembaga Sebut Harga yang tidak telus.

3A-14
Kawalan Tambahan/Pelan Tindakan dan TOR
Kawalan Sedia Ada (Existing Control)
1. Ikrar Bebas Rasuah (IBR) (TOR 1,3,5)
1. Akta Rahsia Rasmi 1972 (1). 2. Sistem Pusingan Kerja (Job Rotation) (TOR 2,5)
2. Akta Angkatan Tentera 1972(1). 3. Pemeriksaan Mengejut (TOR 5).
3. Akta Suruhajaya Pencegahan Rasuah (ASPRM) 2009 (1). 4. Tindakan Tegas dan Hukuman Berat kepada Pegawai
4. PMAT Bil 2/2017 – Kod Etika ATM (1,2,3,4,5,6). Terlibat (TOR 6).
5. SOP Pengurusan Perolehan/Fail Meja Pegawai (1,2,3,4) 5. Mewujudkan Sel Integriti (TOR 3,4,5,6).
6. APPK 1997 (Pind 2008) (1,5) 6. Kempen Kesedaran Nilai-Nilai Murni (TOR 3).
7. Sistem Pengurusan Aduan (4).
8. Tindakan Tatatertib (6).
Keberkesanan Kawalan Ada Kelemahan
Impak (Impact) Kebarangkalian (Likelihood) Tahap Risiko (Residual Risk)
*Besar *Sederhana *Tinggi

* Rujuk Rajah 14 Rajah 17: Borang CRM 01 Bagi Risiko ID 01


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

TENTERA DARAT MALAYSIA


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

21. Risiko ID 02: Pelaksanaan Ujian Saringan Air Kencing Tidak Telus dan
Tidak Mematuhi SOP.

a. Punca-Punca Risiko ID 02. Contoh punca risiko yang berlaku adalah


seperti berikut:

(1) Pihak Penguatkuasa Tidak Berintegriti. Pegawai dan anggota


yang dilantik sebagai Tim Penguatkuasa/RP dalam melaksanakan ujian
saringan air kencing tidak amanah dalam melaksanakan tugas. Terdapat
segelintir anggota bertugas sambil lewa, tidak peka kepada SOP yang
ada dan lebih cenderung bertindak sendiri tanpa merujuk kepada
peraturan yang ada.

(2) Penyeliaan dan Pemantauan Yang Lemah. Semasa proses


ujian saringan air kencing, semua anggota akan didaftarkan dan diambil
sampel air kencing mengikut giliran sambil diawasi oleh anggota tim
penguatkuasa sepanjang proses pengambilan. Kemungkinan berlakunya
risiko rasuah semasa anggota memberikan sampel air kencing di dalam
tandas. Bagi anggota yang memang penagih dadah atau terlibat dengan
penyalahgunaan pelbagai jenis dadah dan racun berbahaya, mereka ini
akan cuba merasuah anggota penguatkuasa/RP dengan merayu agar
merosakkan ketulenan sampel tersebut dengan pelbagai cara seperti
mencampurkan air kencing dengan air paip atau sebagainya.

(3) Tidak Mematuhi Standard Operating Procedure (SOP). Proses


pengambilan sampel air kencing perlu dinyatakan secara jelas di dalam
SOP. Justeru itu, sekiranya Tim Penguatkuasa/RP mematuhi arahan dan
mengikut SOP yang betul, maka perbuatan memberi dan menerima
rasuah tidak akan berlaku. Sekiranya masih berlaku, maka ini
menunjukkan sistem dan prosedur kerja yang digunakan adalah tidak
efektif dan menyeluruh.

TENTERA DARAT MALAYSIA 3A-15


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

(4) Masalah Hutang. Anggota penguatkuasa/RP yang


bersekongkol melakukan rasuah dengan anggota tentera yang disyaki
positif ujian air kencing mungkin mempunyai masalah kewangan yang
serius. Mereka yang mengalami masalah ini akan bertindak tanpa ragu-
ragu untuk melakukan kesalahan demi kelangsungan hidup tanpa
memikirkan akibat buruk kepada organisasi atau jabatan.

(5) Kepentingan Peribadi Melebihi Kepentingan Organisasi.


Tindakan ini biasanya berkait rapat dengan masalah kewangan atau
masalah lain yang bersangkutan dengan keperluan mendesak kepada
kewangan atau lain-lain bentuk suapan yang memberi keuntungan
peribadi melebihi daripada kesetiaannya kepada organisasi.

(6) Kekurangan Sumber Manusia dan Peralatan Canggih.


Kekurangan anggota penguatkuasa/RP dan ketiadaan peralatan canggih
yang membantu operasi, boleh mengakibatkan kegagalan dari segi
pemantauan dan pengawasan terhadap keseluruhan operasi.
Pelaksanaan operasi tidak dapat diselia sepenuhnya hingga mewujudkan
peluang dan ruang untuk melakukan pakatan rasuah.

b. Akibat Bagi Risiko ID 02. Contoh akibat bagi Risiko ID 02 adalah


seperti berikut:

(1) Kerugian Wang Kerajaan. Alat ujian air kencing atau lebih
dikenali dengan strip test adalah berharga RM25 - RM30 setiap satu.
Kebiasaannya untuk satu pasukan penggunaan alat ujian air kencing
lebih kurang 100 - 300 keping. Oleh itu, jika tidak digunakan dan
mematuhi peraturan dengan betul maka pembaziran wang kerajaan akan
berlaku dengan sewenang-wenangnya.

3A-16 TENTERA DARAT MALAYSIA


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

(2) Menjatuhkan Imej Tentera Darat. TD adalah sebuah organisasi


yang berdisiplin dan mendokong aspirasi rakyat Malaysia. Apabila
berlakunya perbuatan rasuah di dalam organisasi dan tersebar kepada
pihak luar maka sudah pasti menjatuhkan imej TD dan kepercayaan
serta keyakinan rakyat kepada TD akan tercalar.

(3) Penglibatan Warga Tentera Darat Dalam Penyalahgunaan


Dadah. Penglibatan warga TD terutamanya pegawai atau anggota
baru dalam penyalahgunaan dadah adalah disebabkan pengaruh rakan
sejawat untuk turut serta dalam aktiviti negatif tersebut. Sekiranya gejala
ini tidak dibendung maka boleh merosakkan imej dan nama TD yang
disegani.

(4) Merendahkan Moral Anggota Penguatkuasa atau Polis


Pasukan. Sekiranya terdapat segelintir daripada mereka terlibat
dengan pakatan rasuah, secara tidak langsung akan menjatuhkan moral
anggota penguatkuasa yang bekerja dan mematuhi SOP yang betul.
Perbuatan tidak bermaruah ini sudah pasti menjejaskan kejayaan
keseluruhan operasi.

(5) Kepercayaan Masyarakat Terhadap Tentera Darat akan


Menurun. Kepercayaan masyarakat awam terhadap TD akan
menurun sekiranya terdapat ramai anggota TD yang terlibat dengan
penyalahgunaan dadah dan perbuatan rasuah. Masalah disiplin dan
moral anggota yang tidak beretika ini akan melemahkan kekuatan TD
sebagai tunjang utama keselamatan negara.

(6) Matlamat Organisasi Tidak Tercapai. Matlamat organisasi tidak


akan tercapai sekiranya ada kalangan anggota yang menjadi penagih
dadah dan bebas berkeliaran serta mengganggu-gugat keharmonian dan
keselamatan organisasi. Mereka ini akan membahayakan kesiapsiagaan
organisasi kerana anggota yang terlibat dengan dadah sudah pasti tidak
kompeten dan berwibawa.

TENTERA DARAT MALAYSIA 3A-17


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

c. Kawalan Sedia Ada Bagi Risiko ID 02. Antara contoh kawalan sedia
ada bagi Risiko ID 02 adalah seperti berikut:

(1) Akta Angkatan Tentera 1972. Akta Angkatan Tentera Malaysia


1972 telah menjelaskan bahawa segala kesalahan melibatkan jenayah,
tatatertib yang serius dan kegiatan penyalahgunaan dadah boleh
dibicarakan di Mahkamah Awam dan Mahkamah Tentera dan sabit
kesalahan boleh dibuang kerja secara keji dari Perkhidmatan Seri
Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM)


2009. Semua anggota ATM tertakluk kepada ASPRM 2009, iaitu boleh
didakwa dan dijatuhkan hukuman jika didapati bersalah melakukan
perbuatan rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan lain-lain
kesalahan di bawah akta ini.

(3) Perintah Tetap Pasukan `Larangan Terlibat Penyalahgunaan


Dadah’. Perintah Tetap merupakan dokumen harian yang wajib dibaca
oleh pegawai dan anggota bagi semua formasi dan pasukan TD.
Perintah Tetap mengandungi peringatan dan larangan daripada terlibat
dengan penyalahgunaan dadah dan racun berbahaya.

(4) Standard Operating Procedure (SOP) Pungutan dan


Pengendalian Spesimen Air Kencing Untuk Ujian Dadah Berbahaya
Tentera Darat. Pasukan 48 CSJ KPTD telah menyediakan SOP yang
jelas berkaitan Pelaksanaan Ujian Air Kencing ke atas warga TD.
Perkara yang sama juga dilakukan oleh pasukan-pasukan lain. SOP
tersebut perlu dikemaskini agar selari dengan keadaan semasa.

(5) Arahan Pelaksanan Ujian Air Kencing. Semua bahagian yang


terlibat akan mengeluarkan arahan pelaksanaan (mounting instruction)
dan diberikan kepada semua formasi yang terlibat dalam pelaksanaan
Ujian Air Kencing sebagai panduan untuk persiapan perlaksanaan.

3A-18 TENTERA DARAT MALAYSIA


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

(6) Saluran Aduan. Pasukan telah menghebahkan penggunaan


sistem aduan atas talian TD dan juga menempatkan peti-peti aduan di
lokasi strategik kem tentera bagi membantu orang ramai membuat aduan
kesalahan melibatkan warga tentera. Selain itu, pasukan juga telah
menggunakan Sistem Pengurusan Awam Tentera Darat (SisPAA TD)
sepenuhnya.

d. Kawalan Tambahan Bagi Risiko ID 02. Contoh kawalan tambahan


yang boleh diambil adalah seperti berikut:

(1) Ikrar Bebas Rasuah (IBR). Setiap pegawai dan anggota


Formasi X perlu melafaz dan menandatangani IBR bagi menzahirkan
rasa sokongan terhadap usaha TD dalam mencegah sebarang perlakuan
rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Tujuan ialah untuk
melahirkan warga TD yang lebih komited dan sanggup berkerja dalam
suasana persekitaran yang kondusif dan bebas rasuah.

(2) Sistem Close Circuit Television (CCTV) di Tempat Ujian Air


Kencing. Pelaksanakan ujian saringan air kencing perlu
dilaksanakan secara telus tanpa ada unsur-unsur berlakunya rasuah.
Bilik untuk mengambil ujian air kencing perlu mempunyai kemudahan
CCTV dan dipantau oleh seorang pegawai yang dipertanggungjawabkan.

(3) Mewujudkan Tim Pemantau. Tim Pemantau yang terdiri


daripada Tim Penguatkuasa dan pasukan yang diuji perlu diwujudkan
semasa melaksanakan ujian saringan air kencing. Pegawai atau anggota
bawahan yang matang hendaknya dipilih bagi menyertai tim tersebut.
Tujuan Tim Pemantau ini adalah mengawasi dan memastikan ujian air
kencing dilaksanakan mengikut tatacara yang ditetapkan.

TENTERA DARAT MALAYSIA 3A-19


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

(4) Tindakan Tegas dan Hukuman Berat kepada Anggota Terlibat.


Tindakan tegas seperti diberhentikan daripada perkhidmatan akan
dikenakan ke atas pegawai-pegawai yang terlibat dalam urusan yang
tidak berintegriti. Mereka juga boleh diserahkan kepada pihak berkuasa
awam seperti SPRM atau PDRM.

(5) Mewujudkan Sel Integriti. Sel Integriti akan melaksanakan


tugas-tugas pengesanan, pemantauan dan sentiasa mengawasi
sebarang perlakuan yang menyalahi undang-undang dan peraturan.
Peranan Sel Integriti dapat mengurangkan perlakuan jenayah dan
pengawalan kesalahan tatatertib dengan lebih berkesan.

(6) Kempen Kesedaran Nilai-Nilai Murni. Kempen kesedaran nilai-


nilai murni, pembudayaan integriti dan mengukuhkan Sistem
Pemerintahan Regimental perlu dilaksanakan agar dapat membentuk jati
diri anggota yang kental dan berakhlak mulia.

e. Keberkesanan Kawalan Bagi Risiko ID 02. Berdasarkan Rajah 11:


Keberkesanan Kawalan, keberkesanan kawalan bagi Risiko ID 02 masih
lagi Ada Kelemahan kerana risiko rasuah masih berlaku. Walau
bagaimanapun, ianya masih boleh dikawal dan dibendung serta memerlukan
penambahbaikan dari semasa ke semasa.

f. Tahap Risiko ID 02. Berdasarkan kepada Rajah 12: Parameter Impak


Risiko sebagai petunjuk, Impak Risiko ID 02 adalah Besar kerana perbuatan
rasuah akan menjejaskan imej pasukan. Manakala berdasarkan kepada
Rajah 13: Parameter Kebarangkalian, Kebarangkalian Risiko ID 02 adalah
Sederhana kerana peristiwa boleh berlaku dalam beberapa keadaan di
antara 25% dan 49% dalam tempoh 12 bulan akan datang. Seterusnya
berdasarkan Rajah 14: Matrik Tahap Risiko, Tahap Risiko ID 02 adalah
Tinggi.

g. Contoh Pengisian Borang CRM 02 bagi Risiko ID 02. Pengisian


Borang CRM 02 ID 02 untuk Pelaksanaan ujian saringan air kencing tidak
telus dan tidak mematuhi SOP seperti di Rajah 18.

3A-20 TENTERA DARAT MALAYSIA


DAFTAR RISIKO RASUAH CRM 02

Risiko ID: 02 (Aktiviti/Proses Kerja Utama): Penguatkuasaan Penyalahgunaan Dadah- Unit Anti Narkotik
Tajuk Risiko: Pelaksanaan ujian saringan air kencing tidak telus dan tidak Negeri/Kementerian/Agensi: TENTERA DARAT
mematuhi Standard Operating Procedure (SOP).

Penjelasan Risiko: Jabatan/Bahagian/Seksyen/Unit: Formasi X


Wujud pakatan rasuah di antara pihak penguatkuasa dengan anggota yang

TENTERA DARAT MALAYSIA


disyaki positif ujian saringan dadah. Pemilik Risiko: Bahagian Pengurusan Am

Punca-Punca (Causes) Akibat (Consequences)


1. Pihak Penguatkuasa tidak berintegriti. 1. Kerugian wang kerajaan.
PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

2. Penyeliaan dan pemantauan yang lemah. 2. Menjatuhkan imej Tentera Darat.


3. Tidak mematuhi SOP. 3. Penglibatan anggota TD dengan dadah akan meningkat.
4. Keberhutangan yang serius. 4. Moral anggota penguatkuasa yang lain akan jatuh.
5. Kepentingan peribadi melebihi kepentingan organisasi. 5. Kepercayaan masyarakat terhadap TD akan menurun.
6. Kekurangan Sumber Manusia. 6. Matlamat organisasi tidak akan tercapai.

3A-21
Kawalan Sedia Ada (Existing Control) Kawalan Tambahan/Pelan Tindakan dan TOR
1. Akta Angkatan Tentera 1972 (1). 1. Ikrar Bebas Rasuah (IBR) (TOR 1,3,5).
2. Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2. Sistem CCTV di tempat ujian air kencing (TOR 5).
2009 (1). 3. Mewujudkan Tim Pemantau (TOR 5).
3. PMAT Bil 2/2017 – Kod Etika ATM (1, 2, 3, 4, 5, 6). 4. Tindakan tegas dan hukuman berat pegawai terlibat (TOR 5)
4. Tindakan Tatatertib (6). 5. Mewujudkan sel integriti (TOR 2,3,4,5).
5. SOP Pelaksanaan Ujian Saringan Air Kencing (5). 6. Kempen kesedaran nilai-nilai murni (TOR 3).
6. Saluran Aduan (4).

Keberkesanan Kawalan Ada Kelemahan

Impak (Impact) Kebarangkalian (Likelihood) Tahap Risiko (Residual Risk)


*Besar *Sederhana *Tinggi

*Rujuk Rajah 14 Rajah 18: Borang CRM 02 Bagi Risiko ID 02


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

PELAN TINDAKAN PENCEGAHAN RASUAH

22. Pelan Tindakan Pencegahan Rasuah akan dirancang setelah punca-punca


risiko rasuah, tahap keberkesanan kawalan sedia ada dan kawalan tambahan yang
dirancang telah dikenal pasti. Pasukan boleh memberi fokus kepada dua risiko
utama rasuah dalam merancang tindakan dan strategi pencegahan rasuah di
pasukan. Dua risiko rasuah yang telah dianalisa adalah seperti berikut:

a. Risiko ID 01. Tajuk Risiko ID 01 adalah proses perolehan peralatan tidak


telus dan tidak mematuhi prosedur dan tatacara perolehan di mana wujudnya
pakatan rasuah di antara pihak kerajaan yang dilantik (mewakili pengguna)
dengan kontraktor pembekal sehingga berlakunya perubahan pada spesifikasi
peralatan tersebut. Keadaan ini juga menyebabkan rancangan perolehan
dimanopoli oleh kontraktor yang sama dalam tempoh yang lama.

b. Risiko ID 02. Tajuk Risiko ID 02 adalah pelaksanaan ujian saringan


air kencing tidak telus dan tidak mematuhi SOP di mana wujudnya pakatan
rasuah di antara pihak penguatkuasa dengan anggota yang disyaki positif
ujian saringan dadah. Keadaan ini menyebabkan anggota yang disyaki
penagih dadah gagal dikesan dan ditangkap.

c. Analisa Risiko. Hasil analisa risiko bagi Risiko ID 01 dan Risiko ID 02


menunjukkan analisa risiko adalah terkawal tetapi berterusan bagi kedua-dua
risiko tersebut.

d. Strategi Rawatan Risiko. Berdasarkan Rajah 15: Strategi Rawatan


Risiko bagi Risiko ID 01 dan Risiko ID 02 adalah Kurangkan. Tempoh
Penilaian adalah selama setahun bermula daripada 1 Januari 2021 sehingga 1
Januari 2022 bagi kedua-dua risiko tersebut.

e. Tahap Risiko. Berdasarkan Rajah 16: Matrik Tahap Risiko, Tahap


Risiko bagi Risiko ID 01 dan Risiko ID 02 adalah Tinggi mengikut pengukuran
dari Impak Risiko Besar dan Kebarangkalian Risiko adalah Sederhana.

3A-22 TENTERA DARAT MALAYSIA


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

f. Sasaran Tahap Risiko.

(1) Risiko ID 01. Berdasarkan pelan tindakan pencegahan rasuah


dan menggunakan Rajah 12: Parameter Impak Risiko sebagai petunjuk,
Sasaran Impak bagi Risiko ID 01 adalah Besar kerana kesannya
menjejaskan imej pasukan. Manakala dengan menggunakan Rajah 13:
Parameter Kebarangkalian, Sasaran Kebarangkalian Risiko ID 01,
adalah Kemungkinan Kecil Berlaku kerana peristiwa boleh berlaku dalam
beberapa keadaan di antara 5% dan 25% dalam tempoh 12 bulan akan
datang. Berdasarkan Rajah 14: Matrik Tahap Risiko kita boleh
mencadangkan Sasaran Tahap Risiko ID 01 adalah Sederhana mengikut
pengukuran dari sasaran impak risiko dan sasaran kebarangkalian risiko.

(2) Risiko ID 02. Manakala, bagi Sasaran Impak Risiko ID 02 juga


adalah Besar kerana kesannya menjejaskan imej pasukan. Manakala
berdasarkan pelan tindakan pencegahan rasuah dan dengan
menggunakan Rajah 13: Parameter Kebarangkalian, Sasaran
Kebarangkalian bagi Risiko ID 01, adalah Kemungkinan Kecil Berlaku
kerana peristiwa boleh berlaku dalam beberapa keadaan di antara 5%
dan 25% dalam tempoh 12 bulan akan datang. Berdasarkan Rajah 14:
Matrik Tahap Risiko kita boleh mencadangkan Sasaran Tahap Risiko ID
01 adalah Sederhana mengikut pengukuran dari sasaran impak risiko
dan sasaran kebarangkalian risiko.

23. Tahap Tertinggi Pertimbangan Pelan Tindakan. Berdasarkan sasaran


pelan tindakan pencegahan rasuah dan juga tujuh Terma Rujukan CRM, tahap
tertinggi pertimbangan pelan tindakan dan pihak yang bertanggungjawab serta
sasaran tarikh pelan terperinci bagi Risiko ID 01 dan Risiko ID 02 adalah seperti di
Borang CRM 03.

TENTERA DARAT MALAYSIA 3A-23


24. Contoh Pengisian Borang CRM 03 - Risiko ID 01

Pelan Tindakan Pencegahan Rasuah CRM 03

RISIKO: Proses Perolehan Peralatan tidak telus dan tidak mematuhi RISIKO ID:
prosedur dan tatacara perolehan. 01

Analisa Risiko Terkawal Berterusan Berkaitan dengan risiko lain


Tidak terkawal Sekali
Rasuah dan salah guna kuasa
Kombinasi
Strategi Rawatan Risiko Kategori Risiko Perolehan
Hapus (Terminate) Pemilik Risiko Bahagian Pengurusan Latihan (BPL)
Kurangkan (Reduce) Tarikh Penilaian Berikutnya:
Terima (Accept) Tarikh penilaian: 1 Jan 2022
Pindah (Pass On/Transfer) 1 Jan 2021 (1 Tahun)

Impak: Besar Kebarangkalian: Sederhana Tahap Risiko: Tinggi


Sasaran Kemungkinan Sasaran Tahap

3A-24
Sasaran Impak: Besar Sederhana
Kebarngkalian: Kecil Berlaku Risiko:
Tahap Tinggi Pelan Tindakan untuk dipertimbangkan: TOR Tanggungjawab Sasaran Tarikh Pelan
Terperinci
Bahagian Perolehan KE- 1 Mac 2021
1. Ikrar Bebas Rasuah (IBR). 1,3,5
MENTAH dan Formasi X
CSM Tentera dan Bahagian 1 Jun 2021
2. Sistem Pusingan kerja (Job Rotation) Setiap 3 Tahun. 2,5
Pengurusan Am
BITD, BADSA dan Bahagian
3. Pemeriksan Mengejut 5 1 Jun 2021
Pengurusan Latihan
4. Tindakan Tegas dan Hukuman Berat kepada Pegawai
6 Bahagian Pengurusan Am 1 Mac 2021
Terlibat.
5. Mewujudkan Sel Integriti. 3,4,5,6 Bahagian Pengurusan Am. 1 Jan 2022
6. Kempen Kesedaran Nilai-Nilai Murni. 3 Bahagian Pengurusan Am. 1 Mac 2021

Rajah 20: Borang CRM 03 Bagi Risiko ID 01


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

TENTERA DARAT MALAYSIA


25. Contoh Pengisian Borang CRM 03 - Risiko ID 02

CRM 03
Pelaksanaan ujian saringan air kencing tidak telus dan RISIKO ID:
RISIKO: tidak mematuhi Standard Operating Procedure (SOP). 02

Terkawal Berterusan Berkaitan dengan risiko lain?

TENTERA DARAT MALAYSIA


Analisa risiko Tidak terkawal Sekali
Rasuah dan salah guna kuasa
Kombinasi
Strategi Rawatan Risiko Kategori Risiko Penguatkuasaan
Hapus (Terminate) Pemilik Risiko Bahagian Pengurusan Am (BPA)
PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

Kurangkan (Reduce) Tarikh penilaian: Tarikh penilaian berikutnya:


Terima (Accept) 1 Jan 2021 1 Jan 2022
Pindah (Pass On/Transfer) (1 Tahun)
Baki Impak: Besar Kebarangkalian: Sederhana Tahap risiko: Tinggi
Kemung- Sederhana
Sasaran Keba-
Sasaran Impak Besar kinan Kecil Sasaran Tahap Risiko
rangkalian
Berlaku

3A-25
Tahap tinggi pelan tindakan untuk dipertim- TOR Tanggungjawab Sasaran tarikh pelan terperinci
bangkan:
1 Feb 2021
1. Ikrar Bebas Rasuah (IBR). 1,3,5 Formasi X dan Penguatkuasa.
1 Jun 2021
2. Mewujudkan sistem pemantauan CCTV di
5 Bahagian Pengurusan Am.
tempat ujian air kencing.

3. Mewujudkan tim pemantau. 5 Bahagian Pengurusan Am. 1 Mac 2021


4. Tindakan tegas dan hukuman berat kepada
5 Bahagian Pengrusan Am. 1 Mac 2021
anggota terlibat.
2,3,4,
5. Mewujudkan Sel Integriti Markas Formasi X 1 Jan 2022
5
6. Kempen kesedaran nilai-nilai murni. 3 Bahagian Pengurusan am. 1 Mac 2021

Rajah 20: Borang CRM 03 Bagi Risiko ID 02


26. Borang CRM 04 (Peta Risiko). Berdasarkan Peta Risiko - Sebelum Penilaian dan Selepas Penilaian
menunjukkan Tahap Risiko bagi Risiko ID 01 dan Risiko ID 02 berada pada tahap Sederhana seperti di Rajah 21:
Borang CRM 04 - Peta Risiko.

CRM 04
Kementerian / Jabatan: TENTERA DARAT / Formasi X

Risiko ID Risiko Rasuah


Hampir Pasti
Berlaku
01 Proses perolehan peralatan
tidak telus dan tidak
Kemungkinan
Ke Berlaku mematuhi prosedur dan
mu
ng tatacara perolehan.
kin Sederhana ID
an 01 ID

3A-26
02

KEMUNGKINAN
ID
Kemungkinan 01 ID
Kecil berlaku 02 02 Pelaksanaan ujian air
kencing tidak telus dan tidak
Jarang mematuhi SOP.

Impak
Tidak Berkesan Kecil Sederhana Besar Kemusnahan

Kunci: Rendah
RENDAH Sederhana
SEDERHANA Signifikan
SIGNIFIKAN Tinggi
TINGGI

Rajah 21: Borang CRM 04 –Peta Risiko


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

TENTERA DARAT MALAYSIA


27. Ringkasan Risiko Rasuah bagi Risiko ID 01 dan Risiko ID 02 Sebelum Penilaian dan Selepas Penilaian adalah
seperti di Rajah 22.

RINGKASAN PELAN PENGURUSAN RISIKO RASUAH CRM 04

TENTERA DARAT MALAYSIA


Risiko Keberkesanan Kawalan Sedia Ada Strategi Kawalan Tambahan
Kawalan Sedia
Risiko Ada Rawatan
ID
Impak Kebarangkalian Tahap Impak Kebarangkalian Tahap
Risiko Risiko
PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

(Sasaran)

1. Proses Perolehan
Peralatan tidak
telus dan tidak

3A-27
Kemungkinan
mematuhi Ada Besar Sederhana Tinggi Kurangkan Besar Sederhana
Kecil Berlaku
prosedur dan kelemahan
tatacara
perolehan.
2. Pelaksanaan ujian
saringan air
kencing tidak
telus dan tidak Ada Kemungkinan
Besar Sederhana Tinggi Kurangkan Besar Sederhana
mematuhi Kelemahan Kecil Berlaku
Standard
Operating
Procedure (SOP).

Rajah 22: Borang CRM 4 - Ringkasan Risiko Rasuah Selepas Penilaian


28. Ringkasan Pelan Pengurusan Risiko Rasuah adalah seperti di Rajah 23 di bawah:

CRM 05
AKTIVITI/PROSES KERJA SASARAN
PELAN PENGURUSAN RISIKO
BIL UTAMA & TOR TANGGUNGJAWAB TARIKH PPRR
RASUAH (PPRR)
BIDANG RISIKO RASUAH TERPERINCI
1. Bahagian Pengurusan 1.Ikrar Bebas Rasuah (IBR) 1 Bahagian Perolehan 1 Mac 2021
Latihan KEMENTAH dan
Formasi X
Proses perolehan peralatan 2. Menguatkuasakan Sistem Pusingan 4 CSM dan Bahagian 1 Jun 2021
tidak telus dan tidak Kerja (Job Rotation) setiap 3 Tahun Pengurusan Am.
mematuhi prosedur dan 3. Pemeriksaan Mengejut. 5 BITD, BADSA dan 1 Jun 2021
tatacara perolehan Bahagian Pengurusan
Latihan.
4.Tindakan Tegas dan Hukuman Berat 6 Bahagian Pengurusan 1 Mac 2021
kepada Pegawai terlibat. Am.
5. Mewujudkan Sel Integriti. 3,4,5,6 Bahagian Pengurusan 1 Jan 2022
Am.

3A-28
6. Kempen Kesedaran Nilai-Nilai Murni 3 Bahagian Pengurusan 1 Mac 2021
Am.
2. Bahagian Pengurusan Am Formasi X dan Penguat-
1.Ikrar Bebas Rasuah (IBR) 1 1 Feb 2021
kuasa
Pelaksanaan ujian saringan
air kencing tidak telus dan 2.Mewujudkan Sistem Pemantauan Bahagian Pengurusan
5 1 Jun 2021
tidak mematuhi Standard CCTV di tempat ujian air kencing. Am.
Operating Procedure (SOP) Bahagian Pengurusan
3.Mewujudkan Tim Pemantau. 5 1 Mac 2021
Am.
4.Tindakan Tegas dan Hukuman Berat Bahagian Pengurusan
5 1 Mac 2021
kepada anggota terlibat. Am.
5.Mewujudkan Sel Integriti 2,3,4,5 Markas Formasi X 1 Jan 2021
Bahagian Pengurusan
6.Kempen kesedaran nilai-nilai murni. 3 1Mac 2021
Am.
PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

TENTERA DARAT MALAYSIA


Rajah 23: Borang CRM 04 – Ringkasan Pelan Pengurusan Risiko Rasuah
PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

TENTERA DARAT MALAYSIA 46


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

BAB 4
PELAKSANAAN INISIATIF DAN
PELAN TINDAKAN

47 TENTERA DARAT MALAYSIA


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

PELAKSANAAN INISIATIF DAN PELAN TINDAKAN

PENGENALAN

1. TD memperakui betapa perlunya membanteras amalan rasuah, salah guna


kuasa, penyelewengan dan salah laku integriti dalam organisasinya. Sekiranya
tiada tindakan pencegahan dilakukan maka boleh menjejaskan imej organisasi
malah boleh melemahkan peranan dan tugas TD sebagai benteng utama
pertahanan negara. Justeru itu, TD sentiasa memperkasakan sistem pengurusan
dan pentadbirannya agar bebas dari gejala rasuah melalui pelaksanaan inisiatif
pemantapan governans, integriti dan antirasuah di seluruh jentera pentadbirannya.
Matlamat utama inisiatif ini adalah untuk memastikan pengurusan pentadbiran TD
bebas daripada perlakuan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan di
samping pelaksanaan yang cekap, berdisiplin dan berintegriti.

2. Bagi mencapai matlamat tersebut, TD telah menetapkan empat strategi utama


bagi menangani risiko rasuah dan salah laku integriti di dalam TD khususnya di
bidang yang berisiko tinggi seperti Operasi, Kewangan, Perolehan dan Pengurusan
serta Pentadbiran Sumber Manusia/Individu TD. Semua bidang ini dikenal pasti
berpotensi terdedah kepada perlakuan rasuah berdasarkan analisis data statistik
kes-kes yang telah berlaku, laporan penemuan audit dalaman dan luaran serta
penemuan hasil siasatan oleh Lembaga Siasatan TD dan pasukan 48 CSJ KPTD.
Strategi ini juga akan didukung oleh tiga langkah penting iaitu melalui pengukuhan
integriti warga TD, memperkemaskan tadbir urus sedia ada dan pemerkasaan
usaha pencegahan rasuah sejajar dengan kehendak Pelan Antirasuah ATM dan
Pelan Antirasuah Nasional.

TENTERA DARAT MALAYSIA 48


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

STRATEGI PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT BERASASKAN TERMA


RUJUKAN

DASAR, PERUNDANGAN DAN PERATURAN

1
PENGESANAN, PEMATUHAN,
PUNITIF DAN PEMULIHAN 4 2 SISTEM DAN PROSEDUR KERJA

PENGUKUHAN GOVERNANS DAN INTEGRITI

Rajah 24: Empat Strategi Utama PAR TD

3. Bagi memastikan perancangan Pelan Tindakan PAR TD mencapai


objektif, beberapa program dan tindakan telah dirangka untuk diaplikasikan oleh
seluruh formasi dan unit. Program dan tindakan adalah di bawah Empat Strategi
Utama seperti di Rajah 24. Huraian Empat Strategi Utama PAR TD tersebut adalah
seperti berikut:

a. Strategi 1: Dasar, Perundangan dan Peraturan. Mengenal pasti,


mengkaji serta membuat pindaan atau keperluan kepada mana-mana dasar
dan perundangan TD, Formasi dan Unit serta peraturan-peraturan bagi
mengatasi kelemahan pengurusan dan mempertingkatkan kawalan dalaman
terhadap pelanggaran integriti, perlakuan rasuah, salah guna kuasa,
penyelewengan dan kelemahan governans. Seterusnya mewujudkan dan
mendokumenkan pelan pencegahan salah laku integriti bagi meningkatkan
amalan governans terbaik bagi mengatasi karenah birokrasi ke arah
pencapaian sistem penyampaian Perkhidmatan Awam yang berintegriti dan
akauntabiliti. Objektif strategi dan program/inisiatif bagi strategi ini adalah
seperti di Kembaran A. Tindakan-tindakan yang diambil di bawah strategi ini
akan dapat mengatasi permasalahan-permasalahan seperti berikut:

49 TENTERA DARAT MALAYSIA


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

(1) Pelanggaran integriti, perlakuan rasuah, salah guna kuasa,


penyelewengan dan kelemahan governans, namun perkara ini tidak dapat
ditangani dengan dasar, undang-undang dan peraturan sedia ada.

(2) Peruntukan dasar, undang-undang dan peraturan sedia ada terlalu


kabur, longgar dan mudah untuk dimanipulasi oleh pihak tertentu.

(3) Kelemahan pelan pencegahan yang menyebabkan TD, formasi dan


unit tidak dapat menangani isu pelanggaran integriti, perlakuan rasuah,
salah guna kuasa, penyelewengan dan kelemahan governans dengan
berkesan.

b. Strategi 2: Sistem dan Prosedur Kerja. Mengkaji dan mengenalpasti


kelemahan sistem dan prosedur kerja TD, Formasi dan Unit yang menimbulkan
pelbagai karenah birokrasi, melemahkan pentadbiran, ketidakadilan dan
membuka peluang kepada perlakuan rasuah, penyelewengan dan salah guna
kuasa. TD, Formasi dan Unit perlu mengambil tindakan untuk menambah baik
dan melakukan perubahan dalam sistem dan prosedur kerja yang berkaitan
serta memaklumkan kepada seluruh warganya. Objektif strategi dan program/
inisiatif bagi strategi ini adalah seperti di Kembaran B.

c. Strategi 3: Pengukuhan Governans dan lntegriti. Mengenal pasti isu


dan tindakan yang bersesuaian bagi memperkukuh aspek governans dan
integriti melalui inisiatif pencegahan, penggalakan dan pembudayaan
governans dan penginstitusian integriti secara terancang bagi mencegah
pelanggaran integriti, perlakuan rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan dan
kelemahan governans. Objektif strategi dan program/inisiatif bagi strategi ini
adalah seperti di Kembaran C. Rancangan tindakan dalam aspek ini
merangkumi perkara seperti berikut:

(1) Memperbaiki kelemahan governans dalam pengurusan yang


melibatkan elemen-elemen seperti ketelusan, akauntabiliti, kedaulatan
undang-undang, responsif, kesepakatan, ekuiti dan kebersamaan,
keberkesanan dan kecekapan serta penglibatan seluruh warga TD.

TENTERA DARAT MALAYSIA 50


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

(2) Memperbaiki kelemahan integriti melibatkan nilai dan etika dalam


kalangan pegawai dan anggota termasuk isu kepimpinan, kejujuran,
amanah dan kewibawaan.

d. Strategi 4: Pengesanan, Pematuhan, Punitif dan Pemulihan.

(1) Melaksanakan tindakan pengesanan, pematuhan, punitif dan


pemulihan yang tegas secara adil dan saksama terhadap sebarang
pelanggaran undang-undang, Akta Angkatan Tentera 1972, peraturan
dan prosedur kerja atau kod etika kerja.

(2) Bekerjasama dengan agensi penguatkuasa yang berkaitan atau


mana-mana pihak lain bagi mengambil tindakan sewajarnya terhadap
sebarang bentuk salah laku atau jenayah yang dilakukan oleh warga
organisasi dan pihak luar yang berkepentingan dengan organisasi.

(3) Mengambil tindakan pembetulan dan pencegahan dengan segera


berdasarkan undang-undang atau peraturan tatatertib terhadap mereka
yang terlibat. Objektif strategi dan program/inisiatif bagi strategi ini adalah
seperti di Kembaran D. Rancangan tindakan dalam aspek ini
merangkumi pengesanan terhadap kelemahan seperti berikut:

(a) Kelemahan dalam tindakan pengesanan awal kepada


pelanggaran integriti, perlakuan rasuah, salah guna kuasa,
penyelewengan dan kelemahan governans yang membuka ruang
kepada risiko-risiko rasuah.

(b) Kelemahan organisasi dalam mewujudkan mekanisme dan


program pematuhan yang berkesan terhadap dasar, undang-
undang, peraturan, sistem dan prosedur.

(c) Kelemahan organisasi dalam mengambil tindakan punitif


secara adil dan tegas terhadap sebarang pelanggaran disiplin dan
kesalahan.

51 TENTERA DARAT MALAYSIA


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

(d) Kelemahan organisasi dalam mengambil tindakan pemulihan


terhadap pegawai dan anggota seperti menyediakan khidmat
nasihat kaunseling dan penyeliaan rapi kepada warga TD yang telah
melanggar peraturan tatatertib serta warga yang bermasalah.
Khidmat ini sebagai pencegah untuk pelanggaran prosedur yang
diakibatkan oleh ‘ignorance’ dan bukannya penipuan atau jenayah
rasuah terancang.

LANGKAH PENCEGAHAN DAN PENAMBAHBAIKAN ORGANISASI

4. TD telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memperkasa governans, integriti


dan pencegahan rasuah. Sebahagian dari inisiatif yang dilaksanakan telah memberi
impak positif dan diteruskan sehingga kini. Inisiatif ini akan terus diberi nilai tambah
dengan memperkenalkan program dan inisiatif-inisiatif baru.

5. Amalan `Integrity Pact’. Amalan ‘Integrity Pact’ merupakan konsep yang


diperkenalkan oleh Transparency International iaitu sebuah organisasi integriti
antarabangsa dalam membantu sesebuah negara (kerajaan), institusi perniagaan
dan masyarakat umum membendung rasuah semasa dalam proses perolehan/
pembelian. Kerajaan Malaysia telah mengeluarkan satu garis panduan melalui Surat
Pekeliling Perbendaharaan Bil.10 Tahun 2010 yang meminta agar setiap syarikat
luar dan dalam negara menandatangani Integrity Pact sebagai suatu langkah
memenuhi syarat proses perolehan Kerajaan. Arahan ini juga diperluas kepada ATM
yang terlibat secara langsung dalam pengendalian proses perolehan. Markas
Angkatan Tentera Malaysia (MK ATM) telah mengeluarkan Perintah Am Angkatan
Tentera Malaysia (PAAT) Bil 1/12 iaitu pengarahan kepada semua perkhidmatan
agar mematuhi prosedur Integrity Pact sepenuhnya. Melalui pelaksanaan Integrity
Pact ini, syarikat-syarikat yang berurusan dengan TD dikehendaki melaksanakan
Ikrar Integriti Korporat (Corporate Integrity Pledge). Ikrar ini menggariskan prinsip-
prinsip yang perlu diterima pakai oleh badan-badan korporat bagi mewujudkan
komitmen syarikat ke arah mewujudkan persekitaran perniagaan yang adil, telus dan
bebas daripada rasuah.

TENTERA DARAT MALAYSIA 52


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

6. Penerbitan Buku Pelan Antirasuah (PAR) TD. Pada tahun 2015, TD telah
menerbitkan Buku Pelan Integriti Organisasi TD (PIO TD) bagi menambahbaik
inisiatif membudayakan integriti ekoran dari perubahan dasar yang berlaku di
peringkat nasional. Banyak program/inisiatif telah dimuatkan dalam pelan tersebut
yang sebahagiannya masih diteruskan sehingga kini. Beberapa nilai tambah turut
dimuatkan dalam buku tersebut bertujuan untuk memberi lebih impak dalam aspek
pencegahan rasuah. Selaras dengan dasar dan aspirasi kerajaan serta ATM untuk
menjadikan Malaysia negara bebas rasuah, TD telah merangka inisiatif untuk
menerbitkan PAR TD. Penerbitannya bertujuan untuk mendokong pelaksanaan
inisiatif yang terkandung di dalam PAR ATM dan juga sebagai kesinambungan
kepada pelaksanaan PIO TD. Skop tumpuan PAR TD lebih fokus kepada
pencegahan rasuah berbanding sebelumnya.

7. Audit Pengurusan TD. Kriteria Pengurusan Integriti turut disenaraikan di


dalam Kriteria Audit Pengurusan TD. Semua MK Pemerintahan, Formasi dan
Pasukan TD dikehendaki melaksanakan pembudayaan integriti dalam kalangan
warganya mengikut sub-kriteria yang digariskan di bawah Kriteria Pengurusan Nilai
dan Etika. Laporan Tahunan Audit Pengurusan TD Tahun 2019 bagi Kriteria
Pengurusan Nilai dan Etika merumuskan semua pasukan TD telah mengambil
tindakan yang betul dengan melaksanakan semua program dan aktiviti
pembudayaan integriti dalam kalangan warganya. Program dan aktiviti yang
diadakan telah memberi impak positif yang mana tahap pemahaman anggota kian
meningkat berdasarkan kepada statistik dalam Kajian Persepsi Program Integriti TD
(KPPI TD). Kini, TD dalam proses untuk membangunkan Malaysian Army
Standards (MASt) bagi pengurusan integriti berdasarkan kriteria audit tersebut.
Objektif MASt adalah untuk memastikan pematuhan peraturan, dasar, polisi, direktif
dan arahan-arahan semasa dalam aspek pengurusan TD. Di samping itu juga,
Audit Pengurusan TD merupakan sistem yang akan memastikan pengurusan
integriti yang berkualiti dan berkesan untuk TD. MASt mengutamakan pencegahan
dan bukannya korektif, agar pelaksanaan penugasan dan cara kerja yang konsisten
dilakukan mengikut dasar dan prosedur yang didokumenkan.

53 TENTERA DARAT MALAYSIA


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

8. Kajian Pengetahuan dan Amalan Integriti (KPAI). KPAI adalah kajian


yang dilaksanakan secara atas talian sejak 2016 bertujuan menambahbaik modal
insan warga ATM. Objektif pelaksanaan KPAI adalah untuk mengukur tahap
pengetahuan dan amalan integriti dalam kalangan warga tentera. Melalui kaedah
ini, punca salah laku integriti telah dikenal pasti, maka pelan tindakan pencegahan
akan dirancang oleh setiap peringkat formasi berfokus kepadanya. Mulai tahun
2019, Kajian Persepsi Program Integriti (KPPI) pula dilaksanakan bagi
menggantikan KPAI bagi menilai persepsi program integriti warga TD. Kajian
diteruskan sebagai satu mekanisme pengukuran tahap komitmen warga TD dan
impak keberkesanan program integriti yang dilaksanakan. Kajian ini juga menilai
tahap keberkesanan pelan tindakan integriti dan menentukan usaha
penambahbaikan yang boleh diambil ke atas pelan tindakan integriti agar boleh
dilaksanakan secara sistematik dan berterusan.

9. Pelan Intervensi Pengukuhan Integriti (PIPI). Pelan ini adalah suatu


inisiatif yang dilatakan sehingga ke peringkat pasukan TD. Pelan ini
menggabungkan dan merangkumi sejumlah program yang terancang berasaskan
empat strategi utama (Pengukuhan, Pendidikan, Pematuhan dan Punitif) dengan
Sembilan tonggak program selaras dengan saranan pihak SPRM. Arahan Pelataan
PIPI TD telah dikeluarkan oleh Bahagian Inspektorat Tentera Darat (BITD) pada 26
Mac 2018, manakala Garis Panduan Pelaporan PIPI TD pula dikeluarkan pada 2
Mei 2018. Pelan ini menjadi mekanisme penambahbaikan pengukuhan dan
pembudayaan integriti dan antirasuah dalam TD. Laporan PIPI TD dilaporkan dan
dipantau oleh Mesyuarat Jawatankuasa Antirasuah (JAR) ATM. Pelaksanaan PIPI
meliputi empat strategi utama yang mana setiap strategi mempunyai beberapa
tonggak program iaitu:

a. Pengukuhan. Strategi pengukuhan pelan tindakan yang memastikan


proses penyampaian perkhidmatan mengikut prosedur dan amalan terbaik.
Pelan tindakan pengukuhan boleh dilaksanakan berfokus kepada bidang
berisiko yang membuka ruang dan peluang kepada berlakunya salah laku
integriti dan rasuah. Pelan yang digariskan ini bersifat holistik dan merentasi
organisasi TD bagi tujuan pengukuhan seperti berikut:

TENTERA DARAT MALAYSIA 54


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

(1) Standard Operating Procedures (SOP). Memperkemaskan SOP


terhadap proses kerja yang kritikal terutama bagi aktiviti yang
memperakukan sebarang proses kelulusan di dalam bidang berisiko
tinggi seperti perolehan, kewangan dan operasi.

(2) Pemerkasaan Saluran Aduan TD. Mewujudkan dan memberi


panduan yang jelas mengenai saluran aduan integriti kepada orang
awam dan warga TD untuk menyalurkan aduan dan maklumat salah
laku, pelanggaran integriti dan aktiviti rasuah yang berlaku dalam
perkhidmatan TD. Selain memperkasakan saluran aduan, TD juga dalam
usaha mewujudkan Dasar Perlindungan Pemberi Maklumat. Dasar ini
akan menggalakkan penyaluran maklumat salah laku kepada pihak
atasan bagi membanteras rasuah dan salah laku integriti.

(3) Smart Partnership. Strategi smart partnership bersama agensi-


agensi Kerajaan yang lain akan membantu di dalam merealisasikan
sebuah organisasi yang bebas rasuah melalui hubungan strategik
bersama dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM), Institut Integriti Malaysia (IIM), Institut Tadbiran Awam Negara
(INTAN) dan Agensi Kewangan dan Pengurusan Kredit (AKPK).

(4) Pemantapan Perolehan TD.

(a) Perintah Am Angkatan Tentera (PAAT). Perintah Am yang


dikeluarkan oleh pihak pengurusan ATM tertinggi dalam
menentukan proses perolehan dilaksanakan mengikut peraturan
harus dipatuhi. Jawatankuasa Kerja Pemantapan Perolehan
(JKKPP) Markas Pemerintahan dan penglibatan Pegawai Integriti
merupakan antara pelan tindakan yang diwujudkan bagi
memastikan PAAT Bil 1/2018 dipatuhi.

55 TENTERA DARAT MALAYSIA


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

(b) Penilaian Prestasi Kontraktor/Pembekal. Penilaian ke atas


prestasi kontraktor/pembekal juga dilaksanakan pada setiap tahun.
Penilaian ini bertujuan memastikan kontraktor/pembekal yang
memberi perkhidmatan dan membekal barangan mengikut
keperluan yang ditetapkan. Prestasi mereka akan dipertimbangkan
dalam proses perolehan seterusnya. Bagi mencapai ketelusan,
integriti dan akauntabiliti, perolehan peralatan ketenteraan
Kementerian Pertahanan telah menetapkan supaya tender terbuka
dilaksanakan dan tiada perolehan secara rundingan terus. Tender
perlu diberi kepada syarikat pembekal yang boleh dipercayai dan
kompeten.

(c) Pelaksanaan Ikrar Bebas Rasuah. Ikrar bebas rasuah


adalah satu inisiatif yang dilaksanakan dalam pelan tindakan
pemantapan proses perolehan. Inisiatif ini melibatkan Syarikat
kontraktor/pembekal yang berurusan dengan TD sebagai langkah
pencegahan yang memperkasakan kepimpinan beretika, tadbir urus
yang cemerlang, ketelusan dan akauntabiliti.

b. Pendidikan. Usaha-usaha bagi memantapkan Perolehan TD juga


tertumpu kepada penerapan etika kerja yang cemerlang dan penghayatan
nilai-nilai murni dalam diri individu. Program Pencegahan dan Pendidikan
secara berterusan untuk meningkatkan tahap kesedaran antirasuah kepada
semua warga TD perlu dilaksanakan. Selain itu, pelaksanaan modul
pengurusan integriti dan antirasuah dirangkumkan di dalam semua kursus
kerjaya, kursus teknikal dan bengkel yang dianjurkan oleh TD juga perlu
dikuatkuasakan. Pembudayaan integriti dalam TD akan menjadi kenyataan
apabila semua warga TD menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan
sepenuhnya.

TENTERA DARAT MALAYSIA 56


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

c. Penguatkuasaan (Pematuhan). Penguatkuasaan sistem dan


prosedur dalam sesebuah organisasi amat perlu dipatuhi dan dilaksanakan
secara tegas bagi memastikan penyampaian perkhidmatan secara
menyeluruh berkualiti dan berkesan.

(1) Sistem dan Prosedur/Kawalan Dalaman. Perkara ini dicapai


melalui audit dalaman yang dilaksanakan oleh BITD. Kawalan dalaman
ini juga meliputi audit dirancang, audit tidak terjangka dan semakan
terhadap penguatkuasaan prosedur sedia ada diaudit oleh sistem audit
dalaman TD.

(2) Kawalan Disiplin dan Penyeliaan Staf. Kawalan disiplin dan


penyeliaan staf perlu dilaksanakan dan dipastikan agar pelaksanaan
tugas harian dan kegiatan di luar waktu penugasan tidak menjejaskan
kepentingan perkhidmatan.

(3) Dasar Penerimaan dan Pemberian Hadiah. TD sentiasa


konsisten dengan dasar tidak membenarkan penerimaan dan pemberian
hadiah. Perkara ini sering diingatkan kepada semua peringkat pegawai
dan anggota melalui arahan-arahan yang dikeluarkan kepada Markas
Pemerintahan, Formasi dan Pasukan-pasukan TD serta semua
Bahagian, Cawangan dan Jabatan Arah Kor di MK TD.

d. Punitif. Punitif adalah mekanisme untuk meningkatkan usaha-usaha


mengesan dan mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dalam
aktiviti-aktiviti yang menjejaskan integriti organisasi. Punitif juga merupakan
langkah pencegahan kepada aktiviti-aktiviti salah laku di masa akan datang.

(1) Kawalan Disiplin dan Tindakan Tatatertib. Akta Angkatan


Tentera 1972 adalah akta yang memperuntukkan bidang kuasa kawalan
disiplin dan tindakan tatatertib secara keseluruhan bagi semua pegawai
dan anggota TD.

57 TENTERA DARAT MALAYSIA


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

(2) Pusingan Kerja (Job Rotation). Pusingan kerja dalam sesuatu


perjawatan perlu dilaksanakan setiap 3 tahun sekali terutama bagi hot
job, hot spot dan hot staff. Pengurusan sumber manusia yang baik dapat
mencegah kemungkinan berlakunya aktiviti rasuah yang memudaratkan
perkhidmatan. Kajian Government Defence Anti-Corruption Index
(GI 2015), telah menunjukkan bahawa sumber manusia adalah bidang
risiko rasuah tertinggi di dalam sektor pertahanan. Usaha-usaha
membanteras rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam
pengurusan pertahanan perlu ditangani secara menyeluruh, bersepadu
dan terancang berfokuskan kepada pengurusan sumber manusia yang
betul.

10. Ikrar Bebas Rasuah (IBR). IBR adalah satu inisiatif baru yang
diperkenalkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada awal
tahun 2017. IBR ini memberi penekanan kepada ikrar dan janji yang dibuat oleh
para pemimpin dan warga sesebuah organisasi secara sukarela atas kapasiti
individu. Setiap individu perlu menandatangani ikrar tersebut bagi mewujudkan sifat
bertanggungjawab dan menyedarkan mereka bahawa satu akuan telah dibuat dan
perlu dipatuhi dalam melaksanakan tugas. Selain itu juga, IBR dapat mengelak dan
menjauhkan mereka daripada sebarang perlakuan rasuah. Penglibatan dan
komitmen yang dipamerkan oleh barisan kepimpinan dan warga TD untuk
menandatangani IBR membuktikan bahawa usaha membanteras dan memerangi
rasuah bukanlah tanggungjawab pihak pengurusan tertinggi TD semata-mata.
Usaha tersebut merupakan amanah dan tugas yang perlu dikongsi oleh semua
peringkat anggota, bagi memastikan TD bebas daripada sebarang gejala rasuah,
penyelewengan dan salah guna kuasa.

11. Program PIPI TD, PIPI ATM Sebagai Bidang Fokus Utama (BFU) Ke-6
ATM dan KEMENTAH. Program PIPI TD dan PIPI ATM seperti di Rajah 25 telah
diiktiraf oleh pihak KEMENTAH dan didaftarkan sebagai Bidang Fokus Utama ATM
Ke-6 (Memperkasa Tadbir Urus ATM). Program ini dipantau sehingga keperingkat
nasional oleh pihak Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Malaysia (GIACC).

TENTERA DARAT MALAYSIA 58


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

Rajah 25: Pelan Intervensi Pengukuhan Integriti (PIPI)

12. Sebanyak 14 program telah disenarai pendek sebagai BFU 6 ATM -


KEMENTAH yang dilaksanakan di peringkat TD seperti yang berikut:

a. Menubuhkan Mekanisme JAR TD dan melaksanakan Mesyuarat JAR


secara terancang tiga kali setahun.

b. Memperkasa Saluran Aduan TD melalui Sistem SisPAA ATM.

c. Membangunkan Malaysian Army Standards (MASt).

d. Melaksanakan Kajian Persepsi Program Integriti (KPPI) ATM.

e. Menyertai Program Certified Integrity Officer (CeIO) - Anjuran Akademi


Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) untuk Pegawai ATM.

59 TENTERA DARAT MALAYSIA


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

f. Mengkoordinasikan peserta yang mewakili TD bagi mengikuti Integrity


Management Course (IMC) ATM tiga siri pada setiap tahun.

g. Membangunkan Pembangunan Modul Pendidikan dan Latihan Integriti


(MPLI) Pegawai dan Anggota TD.

h. Melaksanakan audit-audit TD secara terancang.

i. Melaksanakan Pengisytiharan Harta untuk seluruh Pegawai dan


Anggota TD.

j. Melaksanakan Pematuhan Dasar Penerimaan Dan Pemberian Hadiah.

k. Melaksanakan Pusingan Tugas (Job Rotation) Bagi Jawatan Berisiko


Setiap 3 Tahun.

l. Membangunkan Pelan Antirasuah (PAR) TD.

m. Memantau Tindakan Tatatertib/Hukuman (Sistem Demerit Individu) TD.

TANGGUNGJAWAB SETIAP ANGGOTA TENTERA DARAT DALAM


MEMPERKASA INTEGRITI DAN ANTIRASUAH

13. Setiap warga TD mempunyai tanggungjawab dan amanah untuk menentukan


bahawa tahap integriti diri sendiri perlu dipelihara dengan baik terlebih dahulu.
Beberapa panduan boleh diikuti dan diamalkan oleh warga TD seperti berikut:

a. Memperkasakan profesionalisme diri agar dapat memikul tugas dan


tanggungjawab dengan efektif dan efisien serta merasa bangga untuk
berkhidmat demi agama, bangsa dan negara.

b. Menjauhkan diri daripada peluang dan ruang yang berkemungkinan


boleh menyebabkan terjebak dalam aktiviti yang tidak sihat contohnya
rasuah.

TENTERA DARAT MALAYSIA 60


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

c. Sentiasa bersyukur dengan nikmat rezeki yang diperolehi secara halal,


tidak berbelanja melebihi pendapatan dan tidak mengamalkan gaya hidup di
luar kemampuan.

d. Sentiasa mematuhi prosedur kerja, peraturan atau undang-undang sedia


ada yang berkaitan urusan kerja.

e. Mengelakkan diri atau tidak terlibat dalam proses membuat keputusan


yang ada kena mengena secara langsung atau tidak langsung dengan
kepentingan peribadi.

f. Tidak bersubahat dengan aktiviti yang menyalahi peraturan, menasihati


pegawai dan anggota yang mungkin terlibat dengan pencemaran integriti dan
jenayah rasuah serta melaporkan segera kepada pihak yang berkenaan.

TANGGUNGJAWAB MARKAS PEMERINTAHAN FORMASI DAN PASUKAN

14. Beberapa inisiatif dan tindakan boleh dilaksanakan di peringkat Markas


Pemerintahan/Formasi/Pasukan untuk kelestarian integriti dan antirasuah di dalam
TD iaitu:

a. Melantik seorang pegawai yang bersesuaian untuk menjadi Pegawai


Integriti dan Antirasuah di Markas Pemerintahan/Formasi/Pasukan.

b. Mengadakan program antirasuah dan peningkatan integriti secara


berterusan kepada warga dan keluarga TD.

c. Melantik satu Tim Kajian secara dalaman untuk mengkaji jawatan-


jawatan berkepentingan tinggi yang terdedah kepada risiko rasuah di Markas
Pemerintahan/Formasi/Pasukan dan mengenalpasti tindakan pencegahan
rasuah yang boleh diimplementasikan.

d. Memastikan arahan perisytiharan harta dan pemantauan gaji anggota


dilaksanakan.

61 TENTERA DARAT MALAYSIA


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

e. Memastikan semua aduan melalui SisPAA TD diambil tindakan


sewajarnya.

f. Menjadikan integriti dan antirasuah sebagai salah satu perkara yang


disentuh dalam semua aspek pengurusan dan pentadbiran pasukan.

TENTERA DARAT MALAYSIA 62


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

KEMBARAN A

STRATEGI 1 – DASAR, PERUNDANGAN DAN PERATURAN

Visi Ke arah Kecemerlangan Integriti dan Bebas Rasuah TD.


Meningkatkan Kecekapan, Ketelusan dan Akauntabiliti TD Berasaskan Tadbir
Misi
Urus Yang Baik.
Objektif Strategik –Mempertingkatkan Kawalan Dalaman Terhadap Perlanggaran Integriti,
Perlakuan Rasuah, Salah Guna Kuasa, Penyelewengan dan Kelemahan Tadbir Urus.
Bidang Tempoh
Bil Program/Inisiatif Matlamat Pelaksana Rujukan
Tugas Masa
(a) (b) (c) (d) (e) (f) (g)
1. Menambahbaik Membasmi Seluruh Warga MK TD- 12 Bulan a. Akta
dasar dan polisi gejala rasuah TD. CSM. Angkatan
berhubung dalam TD. Tentera 1972
kesalahan rasuah
dalam TD dan b. Pelan
pindaannya dari Antirasuah TD
semasa ke (Bab 1 - Dasar
semasa. dan
Perundangan
Antirasuah.

2. Menguatkuasa dan Dilaksanakan Warga TD. MK TD- 12 Bulan PMAT Bilangan


memperbaharui dengan telus CSM. 3 tahun 2006.
Peraturan oleh semua
Pengisytiharan peringkat yang
Harta. terlibat.

3. Mengkaji dan Memastikan Semua MK MK TD - 12 Bulan Piagam Audit


menambahbaik kriteria audit Pemerintahan BITD. TD.
Sistem Audit TD. seperti dan Formasi.
bekerjasama
dengan pihak
berkepentingan
dimasukkan ke
dalam sistem
audit.

4A-1 TENTERA DARAT MALAYSIA


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

KEMBARAN B

STRATEGI 2 – SISTEM DAN PROSEDUR KERJA

Visi Ke arah Kecemerlangan Integriti dan Bebas Rasuah TD.


Meningkatkan Kecekapan, Ketelusan dan Akauntabiliti TD Berasaskan Tadbir
Misi
Urus Yang Baik.
Objektif Strategik – Menambahbaik Kecekapan dan Keberkesanan Sistem Pentadbiran dan
Birokrasi.
Bidang Tempoh
Bil Program/ Inisiatif Matlamat Pelaksana Rujukan
Tugas Masa
(a) (b) (c) (d) (e) (f) (g)
1. Mengenalpasti Membangunkan Jawatan MK TD - Pembangunan: MK TD -
jawatan yang program berisiko CSM. 6 bulan CSM.
berisiko tinggi dan pengukuhan tinggi TD.
menjalankan yang berkesan Kekerapan
kajian terhadap untuk Pelaksanaan:
penyalahgunaan menangani 2 tahun sekali.
kuasa, masalah rasuah
penyelewengan bagi perjawatan
dan risiko rasuah. yang dikenal
pasti.

2. Sokongan Membangunkan Setiap a. MK TD – Pembangunan: JAR TD.


daripada pihak Pelan Strategi lapisan BITD. Setiap kali
pengurusan Program Pemerintah b. MK Pem. pertukaran
tertinggi TD. Pengukuhan TD. c. Formasi. pemerintahan.
Antirasuah d. Pasukan.
Organisasi.

3. Melaksanakan Mengukuhkan Setiap a. Markas Pembangunan: JAR TD.


roadshow budaya menolak lapisan TD - BITD. 2 bulan.
berkenaan rasuah melalui Pemerintah b. MK Pem.
antirasuah di kempen TD. c. Formasi. Kekerapan
peringkat TD. roadshow. d.Pasukan. Pelaksanaan:
1 x setahun
setiap unit.

4. Melaksanakan Membudayakan Setiap a. Markas Kekerapan JAR TD.


penyebaran amalan lapisan TD -BITD. Pelaksanaan:
maklumat secara antirasuah Pemerintah b. MK Pem. 1 x sebulan.
berkala melalui dalam kalangan TD. c. Formasi.
penghasilan warga TD. d. Pasukan.
poster/ program
cakna antirasuah.

TENTERA DARAT MALAYSIA 4B-1


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

KEMBARAN C
STRATEGI 3 – PENGUKUHAN GOVERNANS DAN INTEGRITI

Visi Ke arah Kecemerlangan Integriti dan Bebas Rasuah TD.


Meningkatkan Kecekapan, Ketelusan dan Akauntabiliti TD Berasaskan Tadbir Urus
Misi
Yang Baik.
Objektif Strategi – Memperkukuhkan Akauntabiliti, Ketelusan, Kesepakatan, Nilai dan Etika Warga
Tentera Darat.
Program/ Tempoh
Bil Matlamat BidangTugas Pelaksana Rujukan
Inisiatif Masa
(a) (b) (c) (d) (e) (f) (g)
Pelaksanaan Pegawai a. Mewujudkan a. Pegawai Semua Pusat a. Pengenalan
1. Modul Kadet/Lt/ kesedaran – Syarahan. Latihan TD kepada
Pendidikan dan Kapt dan antirasuah dan dan Kor. antirasuah.
Latihan Integriti Perajurit Integriti. b. LLP –
(MPLI) ATM Muda/Pbt/ Syarahan. b. Pengenalan
LKpl/ Kpl. b. Mengetahui kepada integriti.
a. Tahap 1 peruntukan
(Asas). Undang- c. Pengenalan
undang, kepada Akta
Peraturan dan SPRM dan
Dasar ATM Peruntukan
dalam Undang-undang
menangani Rasuah.
budaya rasuah,
penyelewengan (Rujuk MPLI
dan salah guna ATM).
kuasa.

b. Tahap 2 Lt Kol /Mej a. Memahami Syarahan. MPLDTD. a. Memahami


(Pengukuhan) setaraf. peranan ATM konsep ATM
dalam usaha dalam
Zero Tolerance pengukuhan
kepada rasuah integriti dan
dan salah guna antirasuah.
kuasa.
b. Peranan dan
b. Mempunyai tanggungjawab
kesedaran warga ATM
berhubung untuk
peruntukan membasmi
undang-undang rasuah,
dalam penyelewengan
penguatkuasan. dan salah guna
kuasa.

c. Aplikasi Asas
Perundangan
dan Punca
Kuasa.
(Rujuk MPLI
ATM).

4C-1 TENTERA DARAT MALAYSIA


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

(a) (b) (c) (d) (e) (f) (g)


c. Tahap 3 Kol setaraf dan a. Mampu Seminar. MK TD - a. Kursus Train
(Lanjutan). ke atas. melaksanakan OPLAT. The Trainer
program (5 hari).
antirasuah dan
integriti di b. Penyediaan
formasi masing- Kertas Kerja
masing. Corruption
Risk
Management
(CRM).

c. Kajian Kes
sebenar.

d. Enhancing
Integrity
Project (EIP).

(Rujuk MPLI
ATM).

2. Program/ Pegawai ATM a. Aplikasi a. 2 minggu MK TD – a. Pendedahan


Seminar yang berisiko Sistem Kursus CSM/BITD Aplikasi
Kompentensi tinggi dan Pelaporan dan Pengurusan /48 CSJ Sistem
dan memegang Penyiasatan. Antirasuah dan KPTD. Pelaporan dan
Kesedaran. jawatan sensitif. Integriti (IMC) Penyiasatan.
b. Pengurusan anjuran BIJ
dan ATM. b. Pendedahan
Pentadbiran Pengurusan
Subject Matter b. 4 minggu dan
Expert (SME). Kursus Pentadbiran
Certified Subject
Integrity Matter Expert
Officer (CeIO) (SME).
anjuran
Malaysian Anti c. Bengkel
Corruption CRM.
Academy
(MACA).

TENTERA DARAT MALAYSIA 4C-2


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

KEMBARAN D
STRATEGI 4 – PENGESANAN, PEMATUHAN, PUNITIF DAN PEMULIHAN

Visi Ke arah Kecemerlangan Integriti dan Bebas Rasuah TD.


Meningkatkan Kecekapan, Ketelusan dan Akauntabiliti TD Berasaskan Tadbir
Misi
Urus Yang Baik.
Objektif strategik – Memperkasakan Sistem Perundangan, Peraturan dan Hukuman Dengan Lebih
Adil dan Saksama.
Program/ Ini- Tempoh
Bil Matlamat BidangTugas Pelaksana Rujukan
siatif Masa
(a) (b) (c) (d) (e) (f) (g)
1. Mempergiatkan Memastikan Semua a. MK TD - Pembangunan: a. Bahagian
audit dan juga pelaksanaan Pemerintahan BITD. 6 bulan. Audit
pemeriksaan program TD. Perkhidmatan.
mengejut. antirasuah b. Pej PM Kekerapan
dilaksanakan di TD. Pelaksanaan: b. Jabatan
dalam 1 x setahun. Akauntan
organisasi c. 48 CSJ Negara.
melalui KPTD.
pendekatan c. BADSA.
audit dan juga
pemeriksaan d. Audit BITD.
mengejut.

2. Sistem Memastikan Semua MK TD - Pembangunan: a. NACP.


pemantauan MK Pemerintahan BITD. 6 bulan.
yang Pemerintahan/ TD. b. OACP.
berterusan oleh Formasi dan Kekerapan
JAR TD. Pasukan Pelaksanaan: c. Arahan YAB
melaksanakan 1 x setahun. PM No.1
garis panduan Tahun 2018.
yang terdapat
dalam PAR TD.

3. Program Mendapatkan Semua a. MK TD - Pembangunan: a. NACP.


pengumpulan input berkaitan Pemerintahan BITD. 6 bulan.
maklumat. risiko rasuah. TD. b. OACP.
b. Pej PM Kekerapan
TD. Pelaksanaan: c. Arahan YAB
Berterusan. PM No.1
c. 48 CSJ Tahun 2018.
KPTD.
d. Pelan
integriti TD
Edisi Kedua.

e. Akta
Perlindungan
Pemberi
Maklumat
2010
(AKTA 711).

4D-1 TENTERA DARAT MALAYSIA


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

(a) (b) (c) (d) (e) (f) (g)


4. Mengenal Tindakan surcaj, Semua a. MK TD - Pembangunan: a. Akta
pasti perbicaraan dan Pemerintahan Sel 6 bulan. Angkatan
bidangkuasa/ peruntukan TD. Perudangan. Tentera 1972.
peruntukan siasatan yang Kekerapan
undang- melibatkan b. Pej PM TD. Pelaksanaan: b. Akta SPRM
undang. kesalahan Berterusan. 2009.
rasuah, c. 48 CSJ
penyelewengan KPTD. c. Akta
dan salah guna Pencegahan
kuasa. Rasuah 1997.

d. Akta Rahsia
Rasmi 1972.

e. Akta
Kontrak
Kerajaan
1949.

5. Mengadakan Kes-kes yang Semua a. MK TD – Pembangunan: a. Akta


kerjasama melibatkan Pemerintahan BITD. 6 bulan. Angkatan
dengan Badan rasuah, TD. Tentera 1972.
Penguatkuasa penyelewengan b. MK TD - Kekerapan
Awam seperti dan Sel Pelaksanaan: b. Akta SPRM
SPRM dan penyalahgunaan Perundangan. Berterusan. 2009.
PDRM. kuasa diberikan
keutamaan c. Pej PM TD. c. Akta
dalam Pencegahan
perbicaraan. d. 48 CSJ Rasuah 1997.
KPTD.
d. Akta Rahsia
Rasmi 1972.

TENTERA DARAT MALAYSIA 4D-2


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

BAB 5
TADBIR URUS PELAN
ANTIRASUAH TENTERA DARAT

62 TENTERA DARAT MALAYSIA


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

TADBIR URUS PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

PENGENALAN

1. Pelaksanaan PAR TD hendaklah dilaksanakan secara menyeluruh dengan


melibatkan kerjasama antara pihak Pengurusan Tertinggi TD, Warga TD,
Pelanggan dan Stakeholder. Bagi memastikan pelaksanaan PAR TD ini bergerak
seiring dengan PAR ATM dan NACP, Jawatankuasa Antirasuah Tentera Darat
(JAR TD) yang sedia ada akan terus berfungsi sebagai mekanisme Pengurusan
Governans, Integriti dan Antirasuah TD.

MEKANISME PENGURUSAN

2. Jawatankuasa Antirasuah Tentera Darat (JAR TD) bertanggungjawab ke atas


pelaksanaan Pengurusan Antirasuah TD. Sel Integriti, Bahagian Inspektorat
Tentera Darat (BITD) pula bertanggungjawab sebagai sekretariat jawatankuasa
yang bertindak mengawal dan memantau pelaksanaan pengurusan antirasuah TD.
Mekanisme pelaksanaan pengurusan antirasuah dari peringkat MK TD hingga ke
peringkat MK Pemerintahan/Formasi/Pasukan adalah seperti berikut:

a. Peringkat Markas TD. Markas TD merancang, menyelaraskan dasar


dan mengkoordinasi pelaksanaan tindakan antirasuah serta pembudayaan
Integriti di semua peringkat TD. Perkara ini dikoordinasikan oleh Pegawai
Integriti Bertauliah/Certified Integrity Officer (CeIO) di BITD mengikut arahan
dan peraturan semasa.

b. Peringkat Markas Pemerintahan/Divisyen. Markas Pemerintahan/


Divisyen melantik Pegawai Pengurusan Integriti (Integrity Management
Officer - IMO) yang bertanggungjawab kepada Panglima untuk menyelaras
dan memantau aktiviti berkaitan antirasuah dan integriti. Pegawai diletakkan
di bawah seliaan Pegawai Integriti Bertauliah (Certified Integrity Officer -
CeIO) sejajar dengan keperluan TD.

TENTERA DARAT MALAYSIA 63


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

c. Peringkat Briged/Pasukan. Pegawai Pengurusan Integriti (Integrity


Management Officer - IMO) yang dilantik di briged/pasukan perlu
bertanggungjawab kepada Panglima Briged/Pegawai Memerintah untuk
menyelaras dan memantau aktiviti berkaitan antirasuah dan integriti selari
dengan arahan Markas Formasi.

3. Jawatankuasa Antirasuah Tentera Darat (JAR TD). JAR TD merupakan


jawatankuasa tertinggi dalam TD yang berperanan memantau dan menyelaras
tindakan menyelesaikan isu rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam
TD. Sel Integriti, Bahagian Inspektorat Tentera Darat (BITD) pula
bertanggungjawab sebagai sekretariat jawatankuasa tersebut untuk mengawal dan
memantau pengurusan antirasuah TD.

a. Objektif JAR. Penubuhan JAR TD bertujuan untuk mencapai objektif


berikut:

(1) Meningkatkan komitmen TD dalam membanteras kegiatan rasuah


sekaligus meningkatkan imej TD.

(2) Menjana keupayaan bagi memastikan sistem pentadbiran TD dapat


digerakkan dalam persekitaran sifar toleransi terhadap rasuah.

(3) Memperkukuh kualiti sistem penyampaian perkhidmatan dan tadbir


urus TD berteraskan prinsip ketelusan, akauntabiliti dan cemerlang.

b. Peranan dan Tanggungjawab JAR.

(1) Mengenal pasti isu, masalah dan langkah-langkah tindakan


berdasarkan Empat Terma Rujukan JAR.

(2) Mencadangkan langkah-langkah penyelesaian dan cadangan


penambahbaikan untuk dilaksanakan di peringkat JAR masing-masing
atau dimajukan ke peringkat JAR yang lebih tinggi untuk kelulusan dan
penambahbaikan dasar dan peraturan.

64 TENTERA DARAT MALAYSIA


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

c. Struktur dan Mekanisme Mesyuarat JAR dalam TD. Struktur dan


mekanisme Mesyuarat JAR dalam TD adalah seperti di Rajah 26. Huraian
setiap mesyuarat adalah seperti berikut:

(1) Sidang Tertinggi Panglima Tentera Darat (STPTD) yang


dipengerusikan oleh PTD - Pemusatan kepada perkara pengurusan dan
pentadbiran TD di peringkat Pengurusan Tertinggi TD.

(2) Mesyuarat Jawatankuasa Panglima Tentera Darat (JKPTD) yang


dipengerusikan oleh PTD - Pemusatan kepada perkara dasar, polisi dan
perundangan TD di peringkat Pengurusan Tertinggi TD.

(3) Mesyuarat JAR Peringkat TD, dipengerusikan oleh Ketua Staf


MK TD - Menyelaraskan perkara mengenai governans, integriti dan
antirasuah.

(4) Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) JAR Peringkat MK TD, yang


dipengerusikan oleh Inspektor Jeneral TD - Mengkaji dan melaksanakan
tindakan pencegahan serta pemulihan bagi mengatasi masalah dan
kelemahan terutamanya dalam pengurusan kewangan, pentadbiran,
pengendalian kes-kes tatatertib, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan
penyelewengan serta mengenal pasti dan menyelesaikan isu-isu semasa
yang berisiko secara proaktif melalui mekanisme perbincangan sebelum
dibawa ke peringkat JAR TD.

(5) Setiap isu berkaitan governans, integriti dan penyelewengan dalam


organisasi perlu diuruskan melalui saluran pemerintahan dan dilaporkan
melalui Jawatankuasa JAR yang berkaitan.

TENTERA DARAT MALAYSIA 65


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

Rajah 26: Struktur Jawatankuasa Antirasuah Dalam TD

d. Ahli Jawatankuasa, Peranan Dan Tanggungjawab JAR.

(1) Keahlian JAR Peringkat TD.

(a) Pengerusi: KS MK TD.

(b) Pengerusi Ganti: Asisten Ketua Staf (AKS) terkanan atau


dilantik oleh Pengerusi:

(c) Ahli-Ahli:

i. Semua Asisten Ketua Staf Bahagian dan Cawangan.

ii. Asisten Panglima Pasukan Simpanan.

66 TENTERA DARAT MALAYSIA


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

iii. Inspektor Jeneral TD.

iv. Provos Marsyal Darat.

v. Pengarah Sekretariat TD.

vi. Pengarah Psikologi TD.

vii. Pengarah Undang-Undang MKTD.

viii. Pengarah Agama MKTD.

ix. Setiausaha: Timbalan Inspektor Jeneral TD.

x. Urusetia: Sel Integriti BITD.

(2) Keahlian JKK JAR Peringkat TD.

(a) Pengerusi: Inspektor Jeneral TD.

(b) Pengerusi Ganti: Timbalan Inspektor Jeneral TD.

(c) Ahli-Ahli:

i. Pengarah Dasar dan Pembangunan Cawangan Sumber


Manusia.

ii. Pengarah Operasi Cawangan Operasi dan Latihan.

iii. Ketua 48 CSJ KPTD.

iv. Setiausaha: Pegawai Staf 1 Sel Integriti BITD.

v. Urusetia: Sel Integriti BITD.

TENTERA DARAT MALAYSIA 67


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

(3) Keahlian JAR Peringkat MK Pemerintahan/Setaraf.


Dipengerusikan oleh Panglima Pemerintahan atau Ketua Staf MK
Pemerintahan. Keanggotaan melibatkan semua Ketua Sel, Pegawai
Provos Markas, Pegawai Perundangan dan pegawai lain mengikut
kesesuaian yang ditentukan oleh Ketua Staf MK Pemerintahan.
Setiausaha ialah Pegawai Integriti MK Pemerintahan.

(4) Keahlian JAR Peringkat MK Formasi/Setaraf. Dipengerusikan


oleh Panglima MK Formasi. Keanggotaan melibatkan semua Ketua Sel,
Pegawai Provos Formasi, Pegawai Perundangan dan pegawai lain
mengikut kesesuaian yang ditentukan oleh MK Formasi. Setiausaha ialah
Pegawai Integriti MK Formasi.

(5) Keahlian JAR Peringkat Pasukan/Setaraf. Dipengerusikan oleh


Pegawai Memerintah Pasukan. Keanggotaan melibatkan Pegawai
Memerintah/Pemerintah, Ketua Platun, Pegawai Keselamatan dan
pegawai lain mengikut kesesuaian yang ditentukan oleh Pegawai
Memerintah. Setiausaha ialah Pegawai Integriti Pasukan.

e. Pelaksanaan dan Kekerapan Mesyuarat JAR. Mesyuarat JAR di


semua peringkat hendaklah diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam masa
4 bulan (Januari, Mei dan September) bersesuaian dengan keperluan
mesyuarat JAR di peringkat yang lebih tinggi.

f. Urusetia JAR. Sel Integriti adalah Urusetia JAR di peringkat TD.


Bagi MK Pemerintahan/MK Formasi yang tidak mempunyai Sel Integriti, maka
Pegawai Integriti atau pegawai yang bertanggungjawab sebagai pegawai
penyelaras mengenai governans, integriti dan antirasuah.

68 TENTERA DARAT MALAYSIA


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

g. Laporan dan Format Isu JAR.

(1) Laporan Isu JAR.

(a) Laporan Isu kepada JAR TD. MK Pemerintahan, MK


Formasi, pasukan dan setaraf hendaklah menyelaraskan isu-isu
yang hendak dilaporkan dengan mengemukakan input tersebut
kepada Urusetia JAR untuk dibentangkan di dalam Mesyuarat JAR
di peringkat masing-masing atau Mesyuarat JAR yang lebih tinggi.
Laporan isu tersebut perlu dikemukakan sekurang-kurangnya dua
minggu sebelum tarikh mesyuarat.

(b) Laporan Isu kepada JAR Peringkat ATM dan KEMENTAH.


JAR Peringkat TD boleh mengemukakan isu kepada JAR ATM
sekiranya isu tersebut memerlukan penyelesaian di peringkat ATM,
KEMENTAH, Kebangsaan dan seterusnya kepada Jawatankuasa
Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR).

(2) Format Laporan Isu. Format Pelaporan di Kembaran A dan


Contoh Pengisian Pelaporan di Kembaran B.

h. Analisis Laporan JAR. Semua Urusetia JAR dalam TD perlu


membuat analisis terhadap isu-isu yang dikemukakan oleh JAR di bawah
naungan sebelum laporan tersebut dikemukakan kepada Urusetia JAR yang
lebih tinggi dalam TD.

4. Audit Dalaman. Selain JAR, Audit Dalaman juga menjadi salah satu
daripada mekanisme penting untuk pemantauan dan pengukuran. Audit Dalaman
merupakan satu aktiviti pemeriksaan yang mempunyai objektif dan memberi
jaminan serta rundingan untuk menambah nilai dalam meningkatkan tahap operasi
sesebuah organisasi. Audit Dalaman membantu organisasi mencapai tujuan
dengan pendekatan disiplin yang sistematik untuk menilai dan meningkatkan
keberkesanan proses pengurusan risiko, kawalan dan tadbir urus. Senarai semak

TENTERA DARAT MALAYSIA 69


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

yang diwujudkan ketika pelaksanaan audit dalaman menjadi panduan sangat


penting untuk dijadikan asas pelaporan sesebuah organisasi pemerintahan. Oleh itu
proses penyediaan senarai semak perlu mengambil kira aspek-aspek berikut:

a. Maklumat dari minit mesyuarat JAR.


b. Laporan JAR.
c. Teguran audit-audit lain yang berkaitan.
d. Aduan.

5. Lembaga Siasatan. Lembaga Siasatan perlu ditubuhkan apabila terdapat


salah laku rasuah di dalam sesebuah organisasi. Lembaga Siastan adalah
bertujuan untuk pengesanan dan pengesahan terhadap kes yang berlaku dan
seterusnya tindakan yang sepatutnya boleh diambil agar tidak akan berulang atau
wujudnya sebarang ruang mahupun peluang berlakunya risiko rasuah pada masa
hadapan.

6. Audit Tidak Terjangka. Audit ini merupakan satu aktiviti pemeriksaan


mengejut yang dilaksanakan terhadap MK Pemerintahan/Formasi/Pasukan agar
setiap prosedur kerja dilaksanakan mengikut aturan yang telah ditetapkan oleh TD.

7. Sel Integriti BITD. Sel Integriti BITD dengan kerjasama Sel Tadbir
Cawangan Sumber Manusia akan melaksanakan Enam Fungsi Teras Integriti
seperti di Rajah 27. Enam Fungsi Teras Integriti adalah seperti berikut:

a. Tadbir urus.

b. Pengukuhan integriti.

c. Pengesanan & Pengesahan.

d. Pengurusan aduan.

e. Pematuhan.

f. Tatatertib.

70 TENTERA DARAT MALAYSIA


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

Rajah 27: Fungsi Teras Sel Integriti BITD

8. Pemantauan dari pihak luar secara berkala harus dilaksanakan sebagai


langkah deterrence bagi menilai prestasi, kecekapan dan keberkesanan sistem dan
prosedur kerja organisasi dengan kerjasama agensi berikut:

a. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Selain


menguatkuasakan undang-undang pencegahan rasuah, SPRM juga
mengawasi dan meneliti amalan, sistem dan tatacara badan-badan awam
agar tidak bertentangan dengan Akta SPRM 2009. Sebarang salahlaku dan
amalan jabatan yang mungkin membawa kepada rasuah akan ditegur dan
diperbetulkan melalui khidmat nasihat oleh badan tersebut.

b. Jabatan Audit Negara (JAN). Jabatan ini memainkan peranan


penting dalam memupuk tadbir urus yang baik dalam perkhidmatan TD
berpandukan penemuan audit terhadap pengurusan kewangan dan aset TD.

TENTERA DARAT MALAYSIA 71


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

c. Bahagian Audit Dalaman dan Siasatan Am (BADSA). Bahagian ini


berfungsi menentukan semua rekod, sistem perakaunan, sistem maklumat
pengurusan dan sistem kawalan dalaman dilaksanakan dengan sempurna.
BADSA dapat memberi cadangan langkah dan tindakan pembetulan bagi
memperbaiki kelemahan yang dikenal pasti dalam operasi melalui Kajian
Audit, Audit Pengurusan Kewangan, Audit Susulan, Audit Siasatan Am dan
Accountability Index Monitoring System (AIMS) Online.

PEMANTAUAN DAN PENILAIAN

9. Proses pemantauan dan penilaian amat penting bagi memastikan setiap


tindakan yang diambil mematuhi jangkaan dan matlamat PAR TD. Dalam mengenal
pasti kemajuan dan prestasi pelaksanaan setiap strategi dan tindakan antirasuah,
semua aktiviti akan sentiasa dipantau dan dinilai berdasarkan mekanisme seperti di
Rajah 28.

MK PEMERINTAHAN, FORMASI
DAN PASUKAN TRUP TD

Rajah 28: Pemantauan dan Penilaian

72 TENTERA DARAT MALAYSIA


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

10. Bagi memastikan PAR TD dapat dilaksanakan dengan berkesan, proses


pemantauan dan penilaian oleh STPTD/JKPTD, JAR TD dan JAR MK
Pemerintahan/ MK Formasi dan Pasukan hendaklah merangkumi aspek berikut:

a. Memantau status pencapaian inisiatif PAR TD dari semasa ke semasa


bagi memastikan inisiatif ini dapat dilaksanakan mengikut tempoh masa yang
ditetapkan.

b. Menilai keberkesanan pelaksanaan inisiatif dan pelan tindakan agar


dapat mencapai objektif strategi yang telah ditetapkan.

c. Memantau pematuhan terhadap inisiatif dan pelan tindakan yang


dikuatkuasakan di peringkat pemerintahan/formasi dan pasukan-pasukan TD.

d. Mengenal pasti inisiatif dan pelan tindakan terbaik di semua peringkat


pemerintahan yang boleh dijadikan amalan terbaik untuk dikongsikan di
peringkat TD.

e. Mengesyorkan penambahbaikan terhadap inisiatif sedia ada atau


penambahan inisiatif baharu yang bersifat generic kepada Sel Integriti BITD
untuk dibincangkan sebelum dikemukakan kepada mesyuarat JAR TD.

PELAPORAN

11. Tanggungjawab MK Pemerintahan. MK Pemerintahan hendaklah


mengkoordinasi pelaporan berkaitan inisiatif yang diterima daripada formasi dan
pasukan di bawah naungan dan Laporan Pelaksanaan Inisiatif PAR TD hendaklah
dikemukakan kepada Sel Integriti BITD pada setiap suku tahun mengikut format
pelaporan seperti di Kembaran C dan contoh pengisian pelaporan seperti di
Kembaran D.

TENTERA DARAT MALAYSIA 73


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

12. Tanggungjawab Sel Integriti BITD. Berdasarkan laporan daripada semua


formasi dan keputusan Mesyuarat Penyelarasan Prestasi PAR TD, Sel Integriti
BITD akan mengemukakan dan membentangkan Laporan Pencapaian PAR TD
bersama Analisis Penilaian kepada Mesyuarat JAR TD pada setiap enam bulan
sekali untuk pertimbangan dan keputusan.

13. Penilaian prestasi bagi setiap pelan tindakan yang telah digariskan hendaklah
dibuat bagi memastikan peratus (%) pelaksanaannya mengikut perancangan dalam
tempoh masa ditetapkan. Manakala, penilaian keseluruhan pencapaian PAR TD
boleh dinilai berdasarkan petunjuk-petunjuk berikut:

a. Kes Melibatkan Kesalahan Tadbir Urus. Statistik kes-kes perlakuan


jenayah rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan pemalsuan dokumen
melibatkan warga TD yang dilaporkan oleh Pihak Berkuasa Awam seperti
SPRM, PDRM dan lain-lain Badan Penguatkuasa Undang-Undang ATM iaitu
CPM ATM dan 48 CSJ KPTD serta Biro Aduan Awam.

b. Kes Salah Laku Integriti Dalam Kalangan Warga TD. Statistik kes-
kes tatatertib dan bilangan aduan awam yang dicatatkan melibatkan warga TD
serta teguran Ketua Audit Negara.

c. Memupuk Kesedaran Warga TD untuk Melaporkan Kesalahan


Rasuah. Berdasarkan kepada statistik kes-kes melibatkan warga TD yang
disiasat oleh SPRM dan peningkatan tindakan melapor kesalahan rasuah oleh
warga TD.

14. Semakan Semula dan Kemaskini PAR TD. Penilaian dan semakan semula
terhadap keberkesanan PAR TD hendaklah dilaksanakan pada setiap 5 tahun
sekali seperti di Rajah 29 bagi memastikan strategi dan pelan tindakan yang
dirangka berjaya menangani permasalahan yang timbul. Tindakan bagi
mengemaskini PAR TD hendaklah dilaksanakan pada akhir tempoh pelan 5 tahun
dan dokumen edisi baru hendaklah dikeluarkan pada tahun berikutnya.

74 TENTERA DARAT MALAYSIA


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

Rajah 29: Penilaian dan Semakan Semula Tahunan PAR TD

TENTERA DARAT MALAYSIA 75


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

KEMBARAN A

FORMAT LAPORAN ISU JAWATANKUASA ANTIRASUAH (JAR)

A. Laporkan mengikut pecahan empat (4) terma rujukan JAR mengikut format di bawah:

1. Dasar, Perundangan dan Peraturan


2. Sistem dan Prosedur Kerja
3. Pengukuhan Governans dan lntegriti
4. Pengesanan, Pematuhan, Punitif dan Pemulihan

Siri Isu Punca Isu Kesan Isu Pihak-pihak Lain Usaha-usaha


Yang Terlibat Penyelesaian dan
Status Kemajuan

(a) (b) (c) (d) (e) (f)

(Nyatakan sama ada isu ini Usaha-usaha


membawa kepada masalah Penyelesaian:
rasuah/governans/
integriti/pentadbiran di
peringkat agensi/ Status Kemajuan:
merentas agensi)

5A-1 TENTERA DARAT MALAYSIA


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

KEMBARAN B

CONTOH PENGISIAN LAPORAN ISU JAWATANKUASA ANTIRASUAH (JAR)

A. Laporkan mengikut pecahan empat (4) terma rujukan JAR mengikut format di bawah:

1. Dasar, Perundangan dan Peraturan


2. Sistem dan Prosedur Kerja
3. Pengukuhan Governans dan lntegriti
4. Pengesanan, Pematuhan, Punitif dan Pemulihan

Siri Isu Punca Isu Kesan Isu Pihak-pihak Lain Usaha-usaha


Yang Terlibat Penyelesaian dan Status
Kemajuan

(a) (b) (c) (d) (e) (f)

1. Pengurusan Pengurusan aduan Isu ini membawa Markas TD Usaha-usaha


aduan yang yang dilaksanakan kepada masalah MK Pemerintahan Penyelesaian:
kurang dalam TD masih governans di MK Formasi
cekap. secara berasingan peringkat TD kerana Pasukan/Unit TD Menaik taraf Sistem Aduan
dan separa online. proses agihan Biro Pengaduan TD melalui Sistem
aduan, pengurusan Awam (BPA), Pengurusan Aduan Awam
dan pengumpulan Jabatan Perdana (SisPAA) ATM yang
laporan maklum Menteri (JPM). beroperasi secara “online”
balas aduan dan berpusat dengan
terpaksa melalui mengutamakan aspek
birokrasi peraturan teknikal dan ciri-ciri
dalam perkhidmatan. keselamatan maklumat.

Status Kemajuan:

Masih di peringkat awal


pengoperasian dan
pengurus aduan belum
mencapai tahap kepakaran
pengendalian aduan.

TENTERA DARAT MALAYSIA 5B-1


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

KEMBARAN C

FORMAT LAPORAN PELAKSANAAN INISIATIF


PELAN ANTIRASUAH TD (PAR TD)

LAPORAN PELAKSANAAN INISIATIF PAR TD OLEH MARKAS PEMERINTAHAN/FORMASI/PASUKAN


BAGI SUKU .......... TAHUN ...........

Markas Pemerintahan/Formasi/Pasukan : .................................................................................................................


Bidang Keutamaan : .................................................................................................................
Strategi : .................................................................................................................

Siri Objektif Inisiatif Status Outcome Cadangan/Ulasan


Strategik Pelaksanaan
(a) (b) (c) (d) (e) (f)

1. Objektif Inisiatif yang a. Tindakan yang telah Nyatakan Catatan mengenai


strategik yang berkaitan diambil: outcome/hasil perancangan tindakan/
berkaitan Nyatakan perincian yang akan dicapai syor/cadangan
tindakan/ aktiviti/ dengan penambahbaikan/
program yang telah pelaksanaan permasalahan
dilaksanakan bagi inisiatif berkenaan berkaitan inisiatif
merealisasikan
inisiatif

b. Tindakan lanjut yang


akan diambil:
Nyatakan perincian
tindakan/ aktiviti/
program lanjut yang
akan dilaksanakan

Nota:
a. Sebelum atau pada 10 April (Suku Tahun Pertama)
b. Sebelum atau pada 10 Julai (Suku Tahun Kedua)
c. Sebelum atau pada 10 Oktober (Suku Tahun Ketiga)
d. Sebelum atau pada 10 Januari (Tahun berikutnya) (Suku Tahun Keempat)

5C-1 TENTERA DARAT MALAYSIA


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

KEMBARAN D

CONTOH PENGISIAN LAPORAN PELAKSANAAN INISIATIF


PELAN ANTIRASUAH TD (PAR TD)

LAPORAN PELAKSANAAN INISIATIF PAR TD OLEH MARKAS PEMERINTAHAN/FORMASI/PASUKAN


BAGI SUKU KEDUA TAHUN 2020

Markas/Formasi/Pasukan : Markas Pemerintahan xxx


Bidang Keutamaan : Pentadbiran Sektor Awam
Strategi : Memperkukuh Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan Awam

Siri Objektif Inisiatif Status Outcome Cadangan/


Strategik Pelaksanaan Ulasan

(a) (b) (c) (d) (e) (f)

1. Menjadikan Mengukuhkan a. Tindakan yang telah Penguatkuasaan Mensyorkan


Perkhid- mekanisme dalam diambil: terhadap pusingan perjawatan
matan Awam menguatkuasa kerja secara berisiko
ke Arah pusingan kerja secara Mengenal pasti mandatori dapat diselaraskan
Tadbir Urus mandatori kepada jawatan yang berisiko direalisasikan dengan dasar
Baik. warga TD yang tinggi dan berpandukan pengurusan
memegang jawatan menyenaraikan penilaian risiko yang sumber manusia
sensitif. keutamaan telah dilaksanakan. yang ada.
perjawatan.

b. Tindakan lanjut yang


akan diambil:

Menjalankan penilaian
risiko terhadap
perjawatan sensitif
untuk disesuaikan
dengan tempoh
pusingan kerja.

TENTERA DARAT MALAYSIA 5D-1


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

BAB 6
PENGUKUHAN PELAN
ANTIRASUAH TENTERA DARAT

76 TENTERA DARAT MALAYSIA


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

PENGUKUHAN PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

PENGENALAN

1. Segala program dan aktiiviti yang dirancang di bawah strategi pelan tindakan
hendaklah dilaksanakan secara berterusan. Program dan inisiatif tersebut
memerlukan komitmen daripada semua peringkat anggota terutamanya pemerintah
setiap formasi dan pasukan. Seterusnya Program Pengukuhan PAR TD yang
tersusun perlu dirancang dan diperteguhkan dengan memberi fokus kepada
perancangan polisi-polisi yang berhubung kait dengan antirasuah, melaksanakan
kajian-kajian pembangunan antirasuah yang berterusan, mengambil langkah-
langkah pencegahan dan penambahbaikan antirasuah serta program peneguhan
nilai individu seperti nilai integriti, nilai spiritual dan nilai moral yang tinggi dalam diri
setiap warga TD.

PROGRAM PENGUKUHAN

2. Selain daripada empat strategi yang digariskan di dalam Bab 4, TD juga


merancang untuk melaksanakan program-program pengukuhan PAR TD yang
boleh dilaksanakan di peringkat TD dan juga di Markas Pemerintahan/Divisyen/
Briged dan unit iaitu:

a. Peruntukan Kuasa Menyiasat. Peruntukan kuasa menyiasat kepada


Pegawai Integriti pasukan dalam menjalankan tindakan risikan dan siasatan
terhadap aduan dan salah laku yang tidak bersifat jenayah. Sekiranya
cadangan ini dapat direalisasikan, Peruntukan kuasa menyiasat akan merintis
laluan untuk tindakan-tindakan berikut:

(1) Pelantikan Pegawai Penyiasat secara case by case oleh Pihak


Yang Berkuasa.

(2) Mewujudkan perjawatan Pegawai Integriti di MK Pemerintahan,


Formasi dan Pasukan TD untuk melaksanakan tugas pengurusan
integriti di pasukan.

TENTERA DARAT MALAYSIA 77


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

b. Adaptasi Amalan Sistem Pengurusan Antirasuah Sebagai Standard


TD. Pihak GIACC menyarankan supaya agensi Kerajaan mengadaptasi
Amalan Standard Persijilan Sistem Pengurusan Antirasuah (MS ISO 37001-
Anti Bribery Management System (ABMS)) dalam pengurusan organisasi
masing-masing. Pihak KEMENTAH telah memperolehi persijilan tersebut dan
mula mengadaptasikan ke dalam sistem pengurusan kementerian. TD perlu
mengambil amalan baik persijilan MS ISO 37001 ABMS tersebut dengan
menjadikannya sebagai sebahagian dari Standard TD yang diadaptasikan ke
dalam sistem pengurusan TD.

c. Mewujudkan Polisi Antirasuah Dalam TD. Beberapa polisi utama


yang diwujudkan di dalam ABMS telah diperakui di peringkat antarabangsa
dapat mengawal rasuah. Polisi Antirasuah perlu diwujudkan di dalam TD dan
merangkumi polisi berikut:

(1) Pernyataan Polisi Antirasuah TD. Pernyataan ini perlu sebagai


suatu pengisytiharan dan penegasan mengenai pendirian TD mengenai
gejala dan amalan rasuah. Melalui polisi ini TD akan membuat
pengisytiharan dalam suatu persijilan yang ditandatangani oleh pucuk
pimpinan mengenai perkara berikut:

(a) TD bertanggungjawab memastikan keselamatan Negara dari


ancaman musuh dan bersiap sedia untuk mempertahankan
kedaulatannya.

(b) TD sentiasa berusaha untuk membudayakan integriti dan


tadbir urus yang baik dalam kalangan warganya.

(c) TD akan terus komited untuk memerangi rasuah dengan cara


berikut:

i. Menyediakan dan mengekalkan persekitaran kerja yang


bebas rasuah;

78 TENTERA DARAT MALAYSIA


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

ii. Menguatkuasakan undang-undang, peraturan dan


arahan berkaitan.

iii. Mengenal pasti dan menganalisa aktiviti TD agar selari


dengan kehendak Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS ISO
37001: 2016).

iv. Menyediakan saluran dan menggalakkan pelaporan


aktiviti berunsur rasuah berasaskan Polisi Pemberian
Maklumat (Whistle Blower Policy).

v. Memastikan penilaian semula dan penambahbaikan


Sistem Pengurusan Antirasuah dilaksanakan secara
berterusan.

vi. Memastikan Jawatankuasa Antirasuah (JAR)


bertanggungjawab untuk membincangkan dan melaporkan isu
-isu integriti dan rasuah kepada pihak berkepentingan.

(2) Polisi Konflik Kepentingan. Polisi ini diwujudkan bagi


menangani isu salah guna kuasa dan percanggahan kepentingan
(conflict of interest) atau percanggahan/konflik antara tanggungjawab
awam dan kepentingan peribadi seseorang. Percanggahan kepentingan
ini boleh menyebabkan pelaksanaan tugas dan tanggungjawab individu
terjejas dan akan memberi kesan serta pengaruh negatif dalam setiap
keputusan dan pertimbangan yang diambil. Percanggahan kepentingan
seringkali timbul dalam situasi apabila individu perlu membuat pilihan
antara sesuatu perkara yang mempunyai kepentingan peribadi
berbanding dengan kepentingan Kerajaan ketika menguruskan
perolehan Kerajaan. Objektif mewujudkan Polisi Percanggahan
Kepentingan adalah:

TENTERA DARAT MALAYSIA 79


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

(a) Bagi memastikan kepentingan Kerajaan terpelihara di


samping memastikan setiap keputusan atau tindakan yang diambil
oleh anggota TD adalah telus dan berintegriti.

(b) Membudayakan dan menghargai nilai integriti dan etika


anggota TD yang cemerlang di dalam TD dengan cara pengiktirafan
dan anugerah kepada individu cemerlang.

d. Memperkasa Integriti Sumber Manusia dan Kepimpinan. Usaha


memperkasa pembangunan sumber manusia melalui modul penerapan
amalan kerja terbaik, nilai integriti dan antirasuah kepada anggota yang
berurusan dengan proses, kewangan dan perolehan. Antara program yang
perlu dilaksanakan:

(1) Program Kerohanian (Spiritual). Kor Agama Angkatan Tentera


(KAGAT) perlu menerapkan kesedaran integriti ke dalam program
pembangunan sumber manusia yang menyentuh perihal kerohanian
melalui Program Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual (JERI), Nadwah
Ilmiah (NAIM) Pegawai Kanan dan lain-lain bengkel yang dianjurkan.
Kesedaran topik integriti dalam menjalankan tugas ini juga boleh
disampaikan melalui Khutbah Jumaat.

(2) Program PMET. Modul antirasuah perlu dimasukkan dalam


Pendidikan Moral dan Etika (PMET) untuk pegawai dan anggota bukan
Islam.

e. Program Integriti dan Antirasuah Badan Amal Kebajikan Anggota


Tentera (BAKAT). BAKAT boleh memainkan peranan untuk
mempromosikan kesedaran mengenai antirasuah dan integriti kepada institusi
kekeluargaan. Ahli BAKAT yang memiliki nilai integriti akan memberi pengaruh
kepada suami dalam memikul amanah tugasnya. Kemewahan melampau
adalah punca kepada warga TD terjebak dengan perbuatan salah laku seperti
menerima atau memberi rasuah.

80 TENTERA DARAT MALAYSIA


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

f. Polisi Pemberian Maklumat (whistleblower) Kementerian


Pertahanan. Polisi Pemberian Maklumat Kementerian Pertahan
(KEMENTAH) yang terkandung di dalam Polisi Antirasuah KEMENTAH Tahun
2019 perlu diwar-warkan kepada seluruh warga TD selaras dengan
peruntukan Akta Pelindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711). Polisi ini
dilaksanakan bagi memudahkan orang awam membuat aduan dan laporan ke
atas mana-mana warga KEMENTAH dan ATM yang terlibat dalam sebarang
salah laku. Pada masa yang sama, polisi ini melindungi identiti pemberi
maklumat atau mereka yang membuat aduan. Selain menjamin ketelusan,
polisi ini juga dapat menambahkan keyakinan orang awam terhadap
keseriusan pengurusan TD dalam menangani sebarang salah laku dalam
kalangan warga TD. Perkara yang boleh didedahkan adalah seperti berikut:

(1) Rasuah atau penipuan.

(2) Kesalahan jenayah.

(3) Salah guna wang atau harta.

(4) Kesilapan pengurusan yang melampau.

(5) Ketirisan kewangan yang serius.

(6) Gangguan seksual.

(7) Kesalahan-kesalahan tatatertib yang lain.

g. Ujian Pengesanan Ketelusan. Ujian Pengesahan Ketelusan


(Integrity Assessment Test - IAT) perlu dilaksanakan kepada setiap jawatan
utama atau jawatan turus (Pemegang Taruh). Penjawat ini perlu melepasi
tahap ujian antirasuah. Senarai bakal penyandang jawatan disaring melalui
Bahagian Inspektorat atau Unit Integriti.

h. Program Kerohanian dan Kesedaran Antirasuah. Program


kerohanian dan seminar kesedaran antirasuah/dakwah perlu diadakan untuk
pemimpin TD yang menjawat atau menduduki perjawatan hot job dan hot spot.

TENTERA DARAT MALAYSIA 81


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

i. Menambah baik Dasar dan Perundangan TD. Cadangan


penambahbaikan terhadap beberapa akta dan perintah sedia ada perlu
dilakukan seperti berikut:

(1) Menyenaraikan seksyen-seksyen kesalahan di bawah Akta SPRM


2009 (Akta 694) yang terlibat dengan rasuah dan integriti.

(2) Mengemas kini PMAT Bilangan 3 Tahun 2006, membuat


pengisytiharan harta bagi semua peringkat anggota.

(3) Dasar Penerimaan dan Pemberi Hadiah ATM (PMAT Bilangan 4


Tahun 2006) perlu dikuatkuasakan secara menyeluruh oleh semua
peringkat organisasi.

j. Melaksanakan Program Jerayawara. Program ini dilaksanakan bagi


memberi pendedahan melalui roadshow berkaitan Akta SPRM, penyebaran
maklumat berkaitan PAR TD dan pengurusan aduan melalui flyers serta
portal kepada warga TD.

82 TENTERA DARAT MALAYSIA


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

TENTERA DARAT MALAYSIA 83


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

BAB 7
PENUTUP

84 TENTERA DARAT MALAYSIA


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

PENUTUP

KESIMPULAN

1. TD sentiasa komited untuk memantapkan pengukuhan integriti dan


pencegahan rasuah sedia ada dalam usaha menuju ke arah organisasi TD yang
bebas rasuah dan berintegriti tinggi. Rasuah yang menjadi onak duri dalam
perkhidmatan haruslah dimusnahkan melalui langkah-langkah pencegahan dan
punitif secara menyeluruh sama ada melalui penguatkuasaan undang-undang,
pengukuhan integriti atau pemantapan tadbir urus. Justeru itu, melalui Pelan
Antirasuah TD, sebanyak 16 program/inisiatif melalui empat strategi utama telah
digariskan bagi menangani masalah rasuah dan salah laku integriti yang wujud
dalam TD. Usaha ini menunjukkan Pengurusan Tertinggi TD benar-benar komited
untuk menjadikan TD bebas daripada gejala rasuah selaras dengan hasrat dan
aspirasi ATM serta Negara khususnya iaitu menjadikan ‘Malaysia dikenali kerana
integriti bukannya rasuah’.

2. Pelbagai cabaran juga akan dihadapi oleh TD sama ada secara domestik dan
global yang boleh menjadi penghalang kejayaan pelaksanaan PAR TD. Cabaran
tersebut meliputi aspek individu, kepimpinan, sistem dan prosedur, struktur dan
institusi serta budaya seperti berikut:

a. Segelintir warga TD tidak dapat mengekalkan tahap disiplin dan tatatertib


yang tinggi serta amalan integriti yang tidak konsisten menyebabkan mereka
terlibat dengan kes jenayah, tadbir urus, tatatertib dan penyalahgunaan dadah
berbahaya.

b. Budaya tidak berupaya membezakan antara hadiah dan rasuah, dan


antara benar dan salah dalam pekerjaan perlu diatasi dan digantikan dengan
kesedaran dan rasa kebertanggungjawaban (akauntabiliti) yang tinggi
supaya rasuah dan penyelewengan dapat dibanteras.

TENTERA DARAT MALAYSIA 85


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

c. Struktur dan institusi integriti TD yang tidak jelas peranannya serta tidak
kemas fungsinya perlu disusun semula supaya pembudayaan integriti TD
dapat diperkasa bagi menjamin kedaulatan integriti negara.

d. Pelaksanaan Self-Audit yang kurang berkesan telah menjejaskan


pelaksanaan audit pengurusan integriti di Markas Pemerintahan, Formasi, dan
pasukan.

3. Dalam memastikan kelestarian PAR TD, komitmen yang padu daripada


seluruh warga TD amat diperlukan. Setiap lapisan pemerintahan pula mestilah
memberikan sokongan yang jitu terutamanya dari segi tindakan dan memastikan
sumber daya manusia dan kewangan dipenuhi sebagaimana diperlukan dalam PAR
TD. PAR TD ini juga akan sentiasa dipantau dan dikaji keberkesanannya pada
setiap masa dan penambahbaikkan perlu dilakukan dalam tempoh 3 hingga 5 tahun
selaras dengan cabaran semasa perlakuan rasuah yang mungkin berubah. Oleh
itu, maklumbalas secara berterusan dari semua pihak amat diperlukan bagi
memastikan sentiasa releven dengan kehendak semasa.

4. Secara keseluruhannya, kejayaan dan keberkesanan PAR TD ini bergantung


sepenuhnya kepada komitmen dan kesepakatan keseluruhan warga TD, ATM,
Kementerian Pertahanan, Kerajaan yang memerintah dan sistem politik semasa
dalam negara. Justeru, marilah kita bersama-sama mengorak langkah menjadi
anggota TD yang berintegriti tinggi dan sentiasa sepakat dalam mendukung penuh
usaha pelaksanaan PAR TD ini. Hanya dengan kesepakatan inilah, PAR TD akan
mencapai matlamatnya dan kekal releven untuk generasi akan datang.

86 TENTERA DARAT MALAYSIA


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

GLOSARI

ABMS - Anti Bribery Management System


AI - Artificial Intelligence
AIMS - Accountability Index Monitoring System
AKPK - Agensi Kewangan Pengurusan Kredit
APPK - Arahan Perbendaharaan Perolehan Kerajaan
ASAS - Amal, Sistem Pemerintah Regimental, Adaptasi, Siap Siaga
ATM - Angkatan Tentera Malaysia
BADSA - Bahagian Audit Dalam dan Siasatan Am
BAKAT - Badan Amal Kebajikan Anggota Tentera
BFU - Bidang Fokus Utama
BIJ - Bahagian Inspektorat Jeneral
BITD - Bahagian Inspektorat Tentera Darat
BPA - Bahagian Pengurusan Am
BPA - Biro Pengaduan Awam
BPD - Bahagian Pembangunan Doktrin
BPL - Bahagian Pengurusan Latihan
CeIO - Certified Integrity Officer
CCTV - Close Circuit Television
CPM ATM - Cawangan Provos Marsyal Angkatan Tentera Malaysia
CRA - Corruption Risk Assesment
CRM - Corruption Risk Management
EFT - Electronic Fund Transfer
eP - ePerolehan
e- Wallet - Electronic Wallet/Digital Wallet
FAFSI - Federal Armed Forces Security Instruction
GI - Government Defence Anti-Corruption Index
GIACC - Government, Integrity, Anti-Corruption Centre
GTP - Government Transformation Programme
IAT - Integrity Assesment Test
IBR - Ikrar Bebas Rasuah
IIM - Institut Integriti Malaysia
IMO - Integrity Management Officer

TENTERA DARAT MALAYSIA 87


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

INTAN - Institut Tadbiran Awam Negara


JAN - Jabatan Audit Negara
JAR - Jawatankuasa Antirasuah
JERI - Jasmani, Emosi, Rohani, Intelektual
JKK - Jawatankuasa Kerja
JKKMAR - Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah
JKKPP - Jawatankuasa Kerja Pemantapan Perolehan
JKPTD - Jawatankuasa Panglima Tentera Darat
JPM - Jabatan Perdana Menteri
KAGAT - Kor Agama Angkatan Tentera
KEMENTAH - Kementerian Pertahanan
KPPI - Kajian Persepsi Program Integriti
KPAI - Kajian Pengetahuan dan Amalan Integriti ATM
KPI MINDEF - Key Perfomance Indicator Ministry of Defence
KSU - Ketua Setiausaha
MATM - Markas Angkatan Tentera Malaysia
MASt - Malaysian Army Standards
MK - Markas
MK TD - Markas Tentera Darat
MM - Master Manual
MPLI - Modul Pendidikan dan Latihan Integriti
M&E - Monitoring and Evaluation
NAIM - Nadwah Ilmiah
NKRA - National Key Result Areas
OACP - Organisational Anti-Corruption Plan
PMAT - Perintah Majlis Angkatan Tentera
PAAT - Perintah Am Angkatan Tentera Malaysia
PATD - Perintah Am Tentera Darat
PAR ATM - Pelan Antirasuah Angkatan Tentera Malaysia
PAR TD - Pelan Antirasuah Tentera Darat
PDRM - Polis Diraja Malaysia
PEJ PM TD - Pejabat Provos Marsyal Tentera Darat
PI ATM - Pelan Integriti Angkatan Tentera Malaysia

88 TENTERA DARAT MALAYSIA


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

PIN - Pelan Integriti Nasional


PIO TD - Pelan Integriti Organisasi Tentera Darat
PIPI - Pelan Intervensi Pengukuhan Integriti
PMET - Pendidikan Moral dan Etika
PP - Pekeliling Perbendaharaan
PPRR - Pelan Pengurusan Risiko Rasuah
PTJ - Pusat Tanggungjawab
PU - Perundangan Utama
SisPAA - Sistem Pengurusan Pengaduan Awam
SME - Subject Matter Expert
SOP - Standard Operating Procedures
SPR - Sistem Pemerintahan Regimental
SPRM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
SSR - System Star Rating
SST - Surat Setuju Terima
STPTD - Sidang Tertinggi Panglima Tentera Darat
TD - Tentera Darat
TOR - Term of Reference
UI - Unit Integriti
UKK - Unit Komunikasi Korporat
YAB - Yang Amat Berhormat
48 CSJ KPTD - 48 Cawangan Siasatan Jenayah Kor Polis Tentera Diraja

TENTERA DARAT MALAYSIA 89


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

RUJUKAN

1. Akta Angkatan Tentera 1972.


2. Akta Kontrak Kerajaan 1949.
3. Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan
Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613 - AMLATFPUAA
2001).
4. Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.
5. Akta Rahsia Rasmi 1972.
6. Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009.
7. Akta Tatacara Kewangan 1957.
8 ATM, Strategi Pertahanan Negara.
9. ATM, 4D MAF.
10. Angkatan Tentera Malaysia, Laporan Tahunan ATM 2018.
11. Arahan YAB Perdana Menteri No.1 Tahun 2009 Siri 1 Tahun 2011 -
Pelaksanaan Program Pegawai Integriti Bertauliah.
12. Arahan YAB Perdana Menteri No.1 Tahun 2014 Penubuhan Jawatankuasa
Integriti dan Tadbir Urus.
13. Arahan YAB PM No. 1 Tahun 2018 - Permantapan Governans, Integriti dan
Antirasuah dalam Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia: Mekanisme
Pengurusan Governans, Integriti dan Antirasuah Kebangsaan.
14. Arahan YAB Perdana Menteri No.1 Tahun 2018 Siri 2 No. 1 Pelan Anti
Rasuah Nasional.
15. Arahan Penubuhan Jawatankuasa Antirasuah TD Sebagai Mekanisme
Pengurusan Governans, Integriti dan Antirasuah bertarikh 3 Mei 19.
16. Arahan Pelataan Program Intervensi Pengukuhan Integriti ATM bertarikh
6 Dis 17.
17. Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Panduan Pendidikan Pencegahan
Rasuah di Sekolah, 2017.
18. Bahagian Inspektorat Jeneral ATM, Buku Panduan Sistem Pengurusan
Strategik ATM Edisi Ketiga, Kuala Lumpur: 2015.
19. Dasar Keselamatan ICT Kementerian Pertahanan Versi 5.0 (1 Jan 17).

90 TENTERA DARAT MALAYSIA


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

20. Garis Panduan Pengurusan Unit Integriti Agensi Awam oleh Bahagian
Pengurusan Integriti Awam, SPRM.
21. ISO 37001: Anti Bribery Management System - Requirement with Guidance
for Use, Geneva, Switzerland, 2016.
22. Kementerian Pertahanan, Pernyataan Polisi Antirasuah Kementerian
Pertahanan, 2019.
23. Kementerian Pertahanan, Polisi Pemberian Maklumat Kementerian
Pertahanan, 2019.
24. Kanun Keseksaan/Penal Code (Akta 574).
25. PAAT Bil 3 Tahun 2018 Perintah Perlaksanaan PMAT Bil 9/91.
26. PAAT Bil 1 Tahun 2018 - Pemantapan Kaedah Perolehan.
27. Pelan Antirasuah Nasional (2019- 2023) terbitan Jabatan Perdana Menteri,
2019.
28. Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 10 Tahun 2010 (Garis Panduan
Pelaksanaan Integriti Pact Dalam Perolehan Kerajaan).
29. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 Penubuhan Unit Integriti di
semua Agensi Awam.
30. Perintah Am Angkatan Tentera (PAAT) Bil 1 Tahun 2011 - Bahagian IJ ATM
(Arahan Penubuhan Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus ATM).
31. Pelan Antirasuah TD - Peraturan Pengurusan Senggaraan Pangkalan-
Pangkalan/Kem ATM.
32. Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) Bil 3 Tahun 2006 - Pengisytiharan
Harta Bagi Anggota-Anggota ATM.
33. Pelan Integriti Organisasi Tentera Darat Cetakan Kedua: 2017.
34. Perintah Majlis Angkatan Tentera Bilangan 1 Tahun 2013. (PIFA ATM dan
PMET Sebagai Syarat Kenaikan Pangkat Anggota).
35. Perlembagaan Malaysia.
36. Pelan Transformasi ATM.
37. Pelan Antirasuah ATM 2019.
38. PATM Jil III Bab 13 - Dasar Perumahan dan Pembinaan ATM.
39. PMAT Bil 11 Tahun 1990 - Dasar Perolehan Peralatan Kapital.
40. PMAT Bil 9 Tahun 1991 - Dasar Pembinaan Mental dan Kerohanian Islam.
41. PMAT Bil 3 Tahun 2006 - Pengisytiharan Harta Bagi Anggota-Anggota ATM.

TENTERA DARAT MALAYSIA 91


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

42. PMAT Bil 5 Tahun 1998 - Pindaan PMAT Bil 16 Tahun 1991) - Tatacara
Pembelian Runcit Dan Darurat ATM.
43. PMAT Bil 5 Tahun 2006 - Prosedur Penyiasatan Dalam ATM 29.
44. PMAT Bil 7 Tahun 2006 - Peraturan Pengurusan Senggaraan
Pangkalan-Pangkalan/Kem ATM.
45. PMAT Bil 10 Tahun 2006 - Peraturan Pengurusan Kewangan Dan
Perakaunan Dalam ATM.
46. PMAT Bil 4 Tahun 2006 - Dasar Penerimaan Dan Pemberian Hadiah ATM.
47. PAAT Bil 1 Tahun 2012 - Bahagian Perkhidmatan Anggota (Perlaksanaan
Integrity Pact dalam ATM Berkaitan Perolehan Kerajaan).
48. PMAT Bil 4 Tahun 2006 - Dasar Penerimaan dan Pemberian Hadiah ATM.
49. Polisi Percanggahan Kepentingan, Kementerian Pertahanan, 2019.
Kementerian Pertahanan,
50. Transparency International Defence Security, Regional Results Asia,
Government Defence Anti-Corruption Index, 2015.
51. Senarai Semak Penilaian Audit Penarafan Bintang 2015 dan 2017.
52. Sistem Pengurusan Strategik ATM Edisi Ketiga: 2012.
53. 1 Pekeliling Perbendaharaan (1PP), Kementerian Kewangan Malaysia.

92 TENTERA DARAT MALAYSIA


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

TENTERA DARAT MALAYSIA 93


PELAN ANTIRASUAH TENTERA DARAT

94 TENTERA DARAT MALAYSIA

Anda mungkin juga menyukai