Anda di halaman 1dari 13

Page 1

1 of 1 DOCUMENT

© 2003 LexisNexis Asia (a division of Reed Elsevier (S) Pte Ltd)

The Malayan Law Journal Articles

2009
Volume 6

[2009] 6 MLJ i; [2009] 6 MLJA 1

LENGTH: 7038 words

TITLE: Article: ANDAIAN DOLI INCAPAX:KERELEVANAN DAN PENGAPLIKASIAN TERMA 'CUKUP AKAL
MENIMBANGKAN' SEKSYEN 83 KANUN KESEKSAAN DALAM UNDANG-UNDANG JENAYAH MALAYSIA

AUTHOR: Anita Abdul Rahim Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia dan

Chua Ming Zuan Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia

TEXT:

PENGENALAN

Tanggungan jenayah seorang kanak-kanak sering dikaitkan dengan tahap umurnya, di mana seorang kanak-kanak
itu diberikan pengecualian mutlak jikalau pesalah kanak-kanak tersebut berumur kurang dari sepuluh tahun. Terdapat
pula pengecualian bersyarat yang diberikan kepada kanak-kanak yang berumur lebih dari sepuluh tahun dan kurang dari
dua belas tahun. Ini jelas menunjukkan bahawa undang-undang sentiasa memberi perlindungan kepada kanak-kanak.
Rasionalnya, kanak-kanak adalah golongan yang suci, tidak berdosa dan teraniayai. Perlindungan ini tidak lagi
merupakan sebarang perkara yang baru pada masa sekarang, dihujahkan perlindungan ini telah mempunyai sejarah yang
agak panjang dan ia dikatakan bermula sejak pada pemerintahan King Edward III (1327-1377). Namun terdapat juga
hujah yang mengatakan perlindungan ini telah bermula pada zaman purba dalam undang-undang purba Anglo-Saxon
yang terdiri daripada undang-undang purba King Ine n1 (688AD-725AD) dan juga undang-undang purba King
Aethelstan n2 (925AD-935AD). Walau bagaimanapun, pengecualian yang dimaksudkan tersebut tidak meliputi
pengecualian bersyarat n3 (irrebuttable presumption).

Tiada sebarang catatan mahupun rekod yang menunjukkan perkembangan pengecualian bersyarat (irrebuttable
presumption). Pengecualian ini timbul secara tiba-tiba, di mana mengatakan kanak-kanak adalah tidak bertanggungan
jikalau dia adalah within age atautender age. n4 Sepertimana Dalton n5 pernah mengatakan 'kanak-kanak yang
berumur empat belas tahun dan ke atas haruslah diberikan satu pengecualian untuk membuktikan pengetahuannya akan
bahaya dan implikasi tindakannya itu sebelum mensabitkan mereka'. Semenjak itu, pengecualian bersyarat doli
incapaxtelah bermula dan menetap dalam undang-undang jenayah serta diaplikasikan oleh negara lain secara universal.

Namun, pengecualian ini telah menghadapi saat akhirnya pada tahun 1998 melalui s 34 Crime and Disorder Act
1998. Ini juga bermaksud kanak-kanak yang berumur lebih dari sepuluh tahun tidak akan lagi dilindungi selepas tahun
Page 2
The Malayan Law Journal Articles

1998. Antara rasionalnya, kanak-kanak sekarang telah mengalami tumbesaran yang berbeza dan cepat matang
berbanding kanak-kanak dahulu. n6

ADAKAH MALAYSIA MENGALAMI SITUASI YANG SAMA?

Tiada sebarang catatan ataupun rekod yang mengindikasikan kewujudan pengecualian bersyarat mahupun
pengecualian mutlak di Malaysia pada awal zaman pemerintahan Parameswara sehinggalah berkuat kuasanya Akta
Undang-Undang Sivil 1956. n7 Dikatakan tidak wujudnya sebarang undang-undang tempatan yang mengawal dan
menyelia kelakuan kanak-kanak adalah kerana jenayah yang dilakukan oleh kanak-kanak pada masa itu tidaklah
dianggap berat hingga memerlukan satu sistem penyeliaan yang khusus. n8

Walau bagaimanapun, dengan kuat kuasanya Akta Undang-Undang Sivil 1956, pengecualian bersyarat telah
diterimapakai melalui s 83 Kanun Keseksaan. Pada asalnya, umur yang diletakkan di bawah s 83 adalah antara tujuh
tahun dan 12 tahun. Namun, peruntukan ini bersama s 82 (pengecualian mutlak) telah dipinda pada tahun 1976 n9
dengan meningkatkan tahap umur tersebut dari tujuh tahun kepada sepuluh tahun. Alasan yang dikemukakan adalah
tanggungan jenayah kanak-kanak itu tidak harus diukur dari segi umur semata-mata, tetapi faktor-faktor lain seperti
perkembangan sosial, emosi juga haruslah diambilkira. n10

Sepertimana yang dikatakan, doktrin pengecualian bersyarat telah dimansuhkan melalui Crime and Disorder Act
1998. Namun, undang-undang Malaysia masih mengekalkan s 83 n11 yang berteraskan prinsip pengecualian bersyarat
tersebut sehingga hari ini. Ini juga bermakna kanak-kanak di Malaysia yang berumur antara sepuluh tahun dan 12 tahun
adalah masih dilindungi di bawah seksyen tersebut. Persoalan telah timbul bahawa sama ada Malaysia harus
mengekalkan peruntukan tersebut sedangkan England telah memansuhkan doktrin ini? n12 Adakah kanak-kanak di
Malaysia berbeza tahap kematangan mereka dengan kanak-kanak di negara lain? Sama ada perlindungan ini adalah satu
cara yang sebenar-benarnya memulihkan akhlak kanak-kanak.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN OLEH TERMA 'KEADAAN DAN AKIBAT PERBUATAN' DALAM S 83
KANUN KESEKSAAN?

Terma 'keadaan dan akibat perbuatan' sering menjadi satu perkara mengelirukan, tidak pula terdapat sebarang statut
yang pentafsiran terma tersebut. Ini juga bermakna tugas penginterpretasian terma tersebut adalah terpulang kepada
budi bicara mahkamah. Keadaan menjadi teruk apabila tiada sebarang kes n13 yang pernah diputuskan di bawah
seksyen ini. Tiada juga usaha mahkamah dalam menginterpretasikan terma tersebut n14 maka, terma 'keadaan dan
akibat perbuatan' kekal sebagai satu terma yang kabur dan mengelirukan.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kes yang diputuskan di India n15 secara tidak langsung menjelaskan erti
kata terma tersebut. Dalam kes Ulla v The King, mahkamah tidak pernah mengambil inisiatif untuk menginterpretasikan
terma 'keadaan dan akibat perbuatan', malah ia tidak menjadi satu isu bagi budi bicara mahkamah. Namun, mahkamah
pernah menyatakan bahawa pesalah kanak-kanak tersebut harus mengetahui akibat dan keadaan fizikal perbuatannya itu
sebelum mensabitkan kesalahannya. n16 Manakala, dalam Mallal's Penal Law pula mengatakan keadaan dan akibat
perbuatan adalah merujuk kepada keadaan dan akibat fizikal perbuatan tersebut, bukan kepada akibat kanun setelah
perbuatan dilakukan. n17

Berpandu kepada McNaghten Rules, n18 frasa 'keadaan dan akibat perbuatan' seseorang adalah merujuk kepada
keadaan dan akibat fizikal sesuatu perbuatan orang itu, bukannya daripada mana-mana aspek undang-undang mahupun
moral. n19 Sepertimana s 84 Kanun Keseksaan, terma 'keadaan perbuatan' adalah merujuk kepada keadaan fizikal.
Maka, boleh dikatakan keadaan dan akibat perbuatan di bawah s 83 Kanun Keseksaan adalah merujuk kepada keadaan
dan akibat fizikal sesuatu perbuatan.

UJIAN BUDI BICARA KENAKALAN (MISCHIEVOUS DISCRETION) DAN S 83 KANUN KESEKSAAN?


Page 3
The Malayan Law Journal Articles

Seksyen 83 Kanun Keseksaan sentiasa dikaitkan dengan ujian budi bicara kenakalan. Walau bagaimanapun, adakah
ia bermaksud ujian tersebut adalah diaplikasikan dalam s 83 seperti McNaghten Rules? Sebagaimana yang telah
dijelaskan, tiada sebarang kes yang dibicarakan bawah s 83 maka, boleh dikatakan persoalan tersebut kekal sebagai satu
isu yang tiada jawapan buat masa sekarang. Namun, penulis berpendapat ujian budi bicara kenakalan bukanlah satu
ujian yang sesuai digunakan untuk menginterpretasikan s 83. Ini kerana terdapat beberapa perbezaan antara ujian budi
bicara kenakalan dengan interprestasi s 83 yang menjadikan ujian budi bicara kenakalan itu tidak sesuai diterimapakai
oleh mahkamah Malaysia. Sama ada perlukah s 83 dikekalkan ataupun dimansuhkan, ia adalah satu isu berlain yang
akan penulis bincangkan selepas ini.

APAKAH PERBEZAAN ANTARA UJIAN BUDI BICARA KENAKALAN DAN S 83 KANUN KESEKSAAN?

Ujian budi bicara kenakalan sentiasa mementingkan pengetahuan seorang pesalah kanak-kanak di mana dia telah
melakukan sesuatu kesalahan yang bukan sekadar salah tetapi teramat salah. n20 Sama ada pengetahuan salah itu salah
secara undang-undang ataupun salah secara moral tidak pernah dibincangkan. n21 Bukan itu sahaja, tiada juga
sebarang usaha mahkamah dalam menentukan 'keadaan' dan 'akibat' perbuatan seseorang pesalah kanak-kanak itu. Apa
yang menjadi ukuran, hanyalah budi bicara mahkamah dalam menentukan sama ada kanak-kanak tersebut memahami
perbuatannya itu teramat salah ataupun salah sahaja.

Walau bagaimanapun, terdapat hujah-hujah yang mengatakan pengetahuan salah secara undang-undang itu adalah
amat penting untuk menentukan pengetahuan seorang kanak-kanak itu. Dalam Smith and Hogan, n22 kanak-kanak
itu harus memahami perlakuannya itu bertentangan dengan undang-undang sebelum mensabitkannya. Begitu juga
dalam komentari kes L v DPP, n23 hujah yang secara langsung mengkritik keputusan mahkamah dalam memutuskan
seorang kanak-kanak bersalah atas kesalahan menyimpan CS silinder (sejenis bahan api). Apa yang dihujahkan adalah
seorang kanak-kanak tidak boleh disabit atas kesalahan yang dilakukan olehnya, jikalau kanak-kanak itu tidak
mengetahui bahawa dirinya sendiri telah melakukan sesuatu yang salah.

Bukan itu sahaja, dikatakan juga kanak-kanak adalah golongan yang kurang ilmu pengetahuan. Bagaimana
mungkin seorang kanak-kanak itu memahami bahawa penyimpanan CS silinder adalah bertentangan dengan
undang-undang? Apa yang mereka faham tentang perbuatan bertentangan dengan undang-undang hanyalah sekadar
mencuri, merompak, membunuh dan lain-lain kesalahan yang kebiasaannya dilakukan oleh kanak-kanak yang jahat.
n24 Prof Thomas Crofts berpendapat bahawa kanak-kanak pada masa sekarang sememangnya matang, tetapi ia tidak
semestinya mengindikasikan kanak-kanak sekarang memahami perlakuannya itu adalah teramat salah secara jenayah.
Begitu juga dengan Prof Glanville William, yang berpendapat ujian budi bicara kenakalan itu merupakan satu ujian
moral yang beroperasi dalam ujian perundangan, di mana kanak-kanak itu harus tahu bahawa tindakannya itu akan
mengundang kehadiran polis dan juga tindakannya itu adalah salah secara moral yang teramat salah. n25

Apa yang membezakan ujian budi bicara kenakalan dengan s 83 adalah, ujian budi bicara kenakalan seolah-olah
mementingkan pengetahuan seorang kanak-kanak terhadap perbuatannya itu adalah bertentangan dengan
undang-undang. Manakala, s 83 Kanun Keseksaan mementingkan pengetahuan seorang kanak-kanak akan keadaan dan
akibat fizikal perbuatannya sahaja. Ini juga bermakna sekiranya seorang kanak-kanak cukup akal menimbang keadaan
dan akibat perbuatannya itu adalah cukup untuk disabitkan atas kesalahan yang dilakukan. Tidak perlu membuktikan
bahawa kanak-kanak itu mengetahui perbuatannya itu adalah sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang. Walau
bagaimanapun, apa yang membezakan ujian budi bicara kenakalan dengan s 83 dengan ketara sekali adalah ujian budi
bicara kenakalan meletakkan beban pembuktian kematangan kanak-kanak di sebelah pendakwaraya manakala, s 83
meletakkan beban pembuktian ketidakmatangan kanak-kanak di sebelah pihak peguam bela. n26 Ini juga bermaksud,
semua kanak-kanak yang didakwa bawah seksyen ini adalah secara prima facie matang dan harus disangkalkan
tanggapan ini oleh pihak penguambela. Ia juga merupakan satu-satunya alasan s 83 terletak di bawah bahagian
kecualian am Kanun Keseksaan. n27

KENAPAKAH TAHAP UMUR ANTARA 20 TAHUN DAN 12 TAHUN SAHAJA YANG DITERIMA
SEBAGAI SATU LINGKUNGAN UMUR YANG HARUS DIPERTIMBANGKAN 'CUKUP AKAL
Page 4
The Malayan Law Journal Articles

MENIMBANGKAN'? n28

Seksyen ini telah menetapkan bahawa hanya golongan kanak-kanak yang berumur antara sepuluh dan 12 tahun
yang diberikan perlindungan. Walau bagaimanapun, tidak pernah diberikan penjelasan atau justifikasi bahawa
lingkungan umur sebegini ditetapkan. Jikalau niat badan perundangan adalah memberikan perlindungan dan menjamin
kebajikan kanak-kanak, adalah agak pelik untuk menetapkan satu lingkungan umur yang diberikan perlindungan sahaja.
Ini kerana bukan hanya kanak-kanak yang berumur antara sepuluh umur dan 12 tahun yang kurang cukup akal
menimbang perlakuannya sahaja. Kanak-kanak yang berumur lebih daripada 12 tahun juga memerlukan perlindungan
jikalau kanak- kanak itu benar-benar tidak memahami keadaan dan akibat perlakuannya itu.

Umur lebih sepuluh tahun dan kurang daripada 12 tahun itu ditetapkan mungkin berlandaskan pendapat-pendapat
pakar-pakar sosiologi atau psikologi kanak-kanak yang mengatakan kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas adalah
berupaya memahami keadaan dan akibat perlakuan mereka itu. Walau bagaimanapun, ia adalah pandangan pakar
psikologi dahulu dan tidak sesuai digunapakai lagi. Ini kerana pakar-pakar psikologi kanak-kanak pada hari ini
berpendapat bahawa kanak-kanak dalam lingkungan umur sepuluh hingga 12 tahun itu adalah cukup matang untuk
memahami keadaan dan juga akibat perbuatan mereka. Ini secara langsung membawa persoalan sama ada seksyen ini
masih lagi sesuai digunapakai ke atas kanak-kanak yang berumur lebih dari sepuluh tahun dan kurang dari 12 tahun
pada hari ini? Tidakkah seksyen ini harus dinilai semula?

ADAKAH FRASA 'CUKUP AKAL MENIMBANGKAN' SESUAI DITERIMA PAKAI KE ATAS


PENJENAYAH KANAK-KANAK PADA ZAMAN INI?

Seksyen 83 Kanun Keseksaan memperuntukkan seorang kanak-kanak yang berumur antara sepuluh dan 12 tahun
akan dilepaskan jikalau perbuatan jenayah itu dilakukan tanpa mengetahui sifat dan akibatnya. Secara jelasnya, seksyen
ini adalah mementingkan tahap kematangan seorang kanak-kanak. Walau bagaimanapun, adakah seksyen ini masih
sesuai diaplikasikan? Tidakkah kanak-kanak sekarang lebih matang berbanding kanak-kanak dahulu? Socrates n29
pernah menghujahkan:
The children now love luxury. They have bad manners, contempt for
authority, they show disrespect for adults and love to talk rather than
work or exercise. They no longer rise when adult enter room. They
contradict their parents, chatter in front of company, gobble down food
at the table, and intimidate their teachers ...

Hari demi hari, kanak-kanak mula berubah dan tidak lagi mempunyai disiplin diri. Tambahan pula, kanak-kanak
sekarang adalah begitu cerdik dan mempunyai tahap kematangan yang tinggi. Sememangnya tahap kematangan seorang
kanak-kanak itu tidak semestinya mengindikasikan delinkuensi kanak-kanak. Namun, kematangan seseorang
kanak-kanak untuk memahami akibat delinkuensi mereka itulah yang menjadi kayu ukur bagi mahkamah untuk
menyabitkan pesalah kanak-kanak tersebut. Apa yang ingin ditujukan adalah tidak semua kanak-kanak matang itu jahat
tetapi, kanak-kanak delinkuensi itu adalah cukup matang dan berupaya untuk membuat keputusan.

Menurut Dr Nasimah Hussin, n30 isu delinkuensi kanak-kanak di Malaysia tidak harus dibiarkan sahaja, n31 ini
kerana ia akan memberi kesan kepada kepimpinan negara n32 pada masa akan datang. n33 Bukan itu sahaja, United
Nations Guidelines for the Prevention of Juvenile Delinquency (The Riyadh Guidelines) n34 juga berpendapat bahawa
menghalang delinkuensi kanak-kanak itu merupakan satu perkara yang penting dalam membanteras jenayah pada hari
ini. Sepertimana yang dinyatakan:
The prevention of juvenile delinquency is an essential part of crime
prevention in society. By engaging in lawful, socially useful
activities and adopting a humanistic orientation towards society and
outlook on life, young persons can develop non-criminogenic attitudes.
Page 5
The Malayan Law Journal Articles

Walau bagaimanapun, masyarakat pada masa sekarang masih berpendapat bahawa penjenayah kanak-kanak yang
jahat mana sekalipun, mereka tetap merupakan mangsa kepada masalah sosial sekarang dan undang-undang tidak harus
menghukum kanak-kanak tersebut sebaliknya kebajikan penjenayah kanak-kanak itu harus diutamakan. n35

KAITAN IQ DENGAN DELINKUENSI n36

Hirschi dan Hindelang, berhujah bahawa kebijaksanaan yang rendah merupakan satu faktor kepada perlakuan
delinkuensi. Mereka mendakwa bahawa adalah menjadi tanggungjawab pihak sekolah yang menyebabkan IQ menjadi
rendah dan akhirnya membawa kepada delinkuensi kanak-kanak. Kanak-kanak yang kurang bijak tidak mempunyai
pencapaian yang cemerlang di sekolah. Sekolah yang kurang baik akan membawa kepada gangguan emosi kepada
kanak-kanak tersebut dan akhirnya membawa kepada perlakuan delinkuensi. Hujahan ini juga disokong oleh Herbert
Quay, seorang pakar psikologi dengan hujahannya seperti yang berikut:
in the early years lower IQ may make a child more vulnerable to poor
parenting and, in fact, even act with a predisposed parent to make poor
parenting more likely. Such an interaction would be more likely if the
IQ deficit was accompanied by a fussy or difficulty temperament, motor
over activity, and poor inhibitory control. The result of all these
forces can be the early onset of troublesome behavior. The affected
child is now at a double disadvantage when he [sic] does enter
school; he has both less intellectual ability, particularly in the
verbal sphere, to cope with academic tasks, and he has oppositional and
aggressive behavior problems that are alienating to teachers and peers.
As development proceeds, both are, in combination, likely to lead to
school failure, the result of which, in turn, reinforce more
conduct-disorder behavior.

Penulis berpendapat bahawa ia tidak harus lagi dijadikan satu sebab atau alasan yang relevan pada masa kini.
Jikalau dibandingkan dengan masa dahulu, kanak-kanak sekarang mempunyai kebolehan belajar yang tinggi dan sangat
bijak. Namun, kadar jenayah kanak-kanak masih pada tahap yang membimbangkan. Ia tidak memerlukan tahap intelek
yang sangat tinggi untuk memahami keadaan dan akibat sesuatu perbuatan itu. Adalah sukar dipercayai bahawa
kanak-kanak yang bijaksana tidak memahami sifat dan akibat perlakuannya yang jahat dan dilarang oleh
undang-undang sedangkan pihak sekolah telah mendidik perkara-perkara asas begini sejak sekolah rendah. Iaitu, mata
pelajaran pendidikan moral telah pun mula diajar semenjak sekolah rendah.

HUBUNGKAIT ANTARA IQ DENGAN KEMATANGAN UNTUK MEMAHAMI (MATURITY OF


UNDERSTANDING) n37

Sememangnya IQ dan kematangan seseorang kanak-kanak itu adalah saling berkait rapat. Akan tetapi, tahap IQ
seseorang juvana tidak semestinya mengindikasikan tahap kematangan kanak-kanak tersebut dengan tepat. Menurut
Prof Madya Dr Khaidzir Hj Ismail, seorang yang dikatakan matang adalah apabila mencapai tahap umur 23 tahun pada
asasnya. Walau bagaimanapun, kematangan yang dimaksudkan itu adalah kematangan seorang untuk menilai satu
keadaan yang kompleks yang melibatkan campuran perasaan yang pelbagai. Manakala, 'cukup akal untuk
menimbangkan' dalam konteks s 83 Kanun Keseksaan Malaysia adalah merujuk kepada maksud tahap keupayaan untuk
memahami sesuatu perkara, benda ataupun perbuatan.

Menurut pakar psikiatri kanak-kanak Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Dr Khaidzir Hj Ismail, beliau
berpendapat bahawa kanak-kanak yang berumur antara sepuluh dan 12 tahun sekarang cukup matang untuk memahami
Page 6
The Malayan Law Journal Articles

sesuatu situasi, perkara mahupun sifat perbuatan itu. Menurut beliau lagi, seorang kanak-kanak pada tahap umur
sepuluh hingga 12 tahun mampu menganalisa sesuatu situasi yang telah berlaku dan mengaplikasikannya. Ini juga
merupakan salah satu alasan kepada permulaan subjek sejarah pada darjah empat di sekolah rendah.

Sepertimana yang dikatakan oleh Prof Madya Dr Khaidzir Hj Ismail, rangsangan persekitaran n38 adalah salah
satu pembolehubah yang dapat memberikan implikasi kepada pemikiran kanak-kanak itu sendiri. Dengan kemudahan
teknologi pada masa sekarang, infomasi tidak sihat n39 telah menjadi lebih mudah diakses. Implikasinya, ia
menyebabkan seorang kanak-kanak itu mampu memahami tindakannya. Sebagai contoh, menikam orang dan orang itu
akan mati, n40 ataupun perbuatan rogol itu sendiri. n41

Secara saintifiknya, pendedahan kepada infomasi yang tidak sihat secara kadar yang melampau akan mengubah
hormon seseorang itu. Menurut Prof Madya Dr Khaidzir, seorang kanak-kanak yang sering menonton wayang lucah
adalah lebih cepat baligh berbanding kanak-kanak yang tidak. Ini kerana perasaan nafsu yang wujud itu mampu
mengubah hormon seseorang kanak-kanak dan seterusnya mempercepatkan tumbesaran kanak-kanak tersebut. Justeru
itu, boleh dikatakan bahawa kanak-kanak pada masa sekarang adalah lebih matang berbanding kanak-kanak dahulu.
Menurut beliau lagi, kanak-kanak berumur antara sepuluh dan 12 tahun adalah cukup matang untuk memahami
keadaaan dan juga akibat fizikal sesuatu perlakuan itu.

Pada pandangan beliau, jikalau seseorang mempunyai nafsu atau perasaan, perasaan itulah merupakan memahami
kanak-kanak tersebut akan perbuatannya itu. Sebagai contoh, jikalau seorang kanak-kanak berumur 11 tahun ingin
melakukan hubungan seksual, dia akan melakukannya dengan seseorang sama ada merogol ataupun zina. Itu merupakan
tanda tahap pemahaman seseorang kanak-kanak akan perbuatan seksual itu. Ia merupakan satu inferens fakta yang sukar
dinafikan.

Menurut pakar psikologi kanak-kanak Jean Piaget, n42 kajian beliau menunjukkan bahawa kanak-kanak yang
berumur tujuh hingga 11 tahun merupakan tahap operasional konkrit dan kanak-kanak yang berumur 11 tahun ke atas
adalah operasional formal. Operasional konkrit bererti seseorang itu mampu berfikir secara logik akan sesuatu perkara
dan kejadian serta mampu membezakan antara baik dan buruk. Manakala, operasional formal bererti kemampuan otak
seorang kanak-kanak untuk berfikir secara logik dan juga berfikir untuk masa depan, permasalahan hipotektikal dan
juga masalah ideologikal. n43

Sememangnya amat sukar untuk membuktikan tahap kematangan seseorang kanak-kanak itu. Walau
bagaimanapun, ia merupakan satu isu yang tidak boleh dipandang ringan, kerana kanak-kanak sekarang berbeza dari
dahulu. Sebagai contoh, 149 kes rogol membabitkan remaja telah dilaporkan. n44 Menurut naib pengerusi Yayasan
Pencegahan Jenayah, Tan Sri Lee Lam Thye, seramai 3,383 pelajar ditangkap atas pelbagai kesalahan jenayah termasuk
rogol tahun lalu. n45 Sebanyak 191 kanak-kanak dan gadis yang terjebak dengan pelacuran n46 dilaporkan pada
tahun 2004 dan pelbagai kesalahan jenayah yang membabitkan kanak-kanak. n47

Semua kes-kes ini membuktikan bahawa kanak-kanak yang berumur antara sepuluh dan 12 tahun, sudah mampu
dan cukup akal untuk menimbangkan keadaan dan akibat perbuatan mereka.

HARUSKAH SEORANG KANAK-KANAK DILAYAN SEBAGAI SEORANG DEWASA?

Persoalan ini sentiasa menjadi alasan kepada segelintir masyarakat yang mengatakan kanak-kanak itu adalah
golongan yang berbeza daripada orang dewasa, mereka tidak matang, tidak pandai menilai risiko perbuatan mereka dan
tidak harus dilayan sebagaimana orang dewasa. Dengan hormatnya, tidakkah kanak-kanak itu sentiasa diberikan hak
sebagaimana orang dewasa? n48 Kenapakah seorang kanak-kanak tidak harus dilayan sebagaimana orang dewasa
sedangkan kanak-kanak sendiri yang sentiasa mendakwa untuk mendapat hak sebagaimana orang dewasa? Apabila
seorang kanak-kanak melakukan sesuatu kesalahan, ibu bapa yang harus menanggungnya, tidakkah harus mereka
belajar menanggung segala akibat ekoran perbuatan mereka itu sendiri?
Page 7
The Malayan Law Journal Articles

Masyarakat yang sentiasa 'memanjakan' kanak-kanak pada masa sekarang tidak mampu menyelesaikan masalah
delinkuensi kanak-kanak. n49 Penulis tidak berpendapat kanak-kanak harus dilayan sebagaimana orang dewasa.
Tetapi, tidak sebarang daripada implikasi pemansuhan itu menjadikan seorang kanak-kanak itu dilayan sebagaimana
orang dewasa. Apa yang berlaku adalah hanya persepsi masyarakat di mana perlindungan kanak-kanak yang telah
hilang itu bermaksud kanak-kanak akan dilayan sebagai orang dewasa. Sebenarnya, perlindungan tidak hilang tetapi,
perlindungan tersebut hanya bertukar kepada bentuk lain sahaja. Sebagai contoh, penjenayah kanak-kanak berumur
lebih 14 tahun dihantar ke pusat pemulihan, terdapat juga sekolah yang diluluskan, bon janji kelakuan baik dan
lain-lain. n50 Tujuan segala bentuk hukuman pemulihan hanyalah berniat baik untuk membawa penjenayah
kanak-kanak kembali ke jalan asal mereka.

Sememangnya kanak-kanak merupakan golongan manusia yang sangat istimewa dan mereka harus diberikan
keistimewaan dan perlindungan. Namun, adakah dengan hanya melindungi kanak-kanak itu cukup untuk menyelesaikan
masalah juvana? Menurut James C Howel, n51 hukuman undang-undang tidak akan menyelesaikan masalah jenayah
juvana tanpa sebarang kontribusi daripada pihak ibubapa, sekolah dan juga komuniti. Penulis berpendapat bahawa ayat
James C Howel bukan menunjukkan undang-undang tidak mampu menyelesaikan masalah jenayah juvana. Tetapi ia
lebih menjurus kepada justifikasi akan keperluan kerjasama antara undang-undang dan juga pihak-pihak yang
berkenaan. Memandangkan negara kita telah mempunyai pelbagai pakej kebajikan kepada penjenayah kanak-kanak,
maka harus juga ada satu peruntukan undang-undang yang ketat untuk memudahkan proses pemulihan akhlak pesalah
penjenayah kanak-kanak. Setiap peruntukan undang-undang yang berhubung dengan kesalahan yang dilakukan oleh
kanak-kanak n52 juga harus dititikberatkan. Ini kerana undang-undang yang tidak ketat tidak mampu menyelesaikan
satu masalah yang serius di sesebuah negara.

Bukan itu sahaja, Benard n53 pernah mengatakan bahawa masyarakat pada akhirnya akan menuding jari ke atas
sistem perundangan juvana yang tidak tegas kerana ia hanya akan menggalakkan kanak-kanak mempermain-mainkan
sistem perundangan yang pada pandangan mereka tidak mampu melakukan apa-apa terhadap mereka. Implikasinya,
kanak-kanak yang jahat akan bebas melakukan jenayah lagi. Sebenarnya, ketegasan undang-undang jenayah dalam
menyabitkan pesalah kanak-kanak juga merupakan salah satu cara yang sesuai dalam menyelesaikan masalah jenayah
kanak-kanak. Bukan itu sahaja, ia juga dapat mendidik kanak-kanak bahawa perlakuan mereka itu adalah satu perkara
yang amat serius dan tidak harus dilakukan lagi. Hukuman yang diperuntukan di bawah undang-undang tidak kejam
atau berat bagi kanak-kanak berumur antara sepuluh dan 12 tahun. Ini juga bermaksud ia merupakan satu peluang untuk
membetulkan akhlak mereka. Bagi penulis, ia bukanlah sebarang stigma terhadap mereka malah satu peluang untuk
bertaubat.

Justeru itu, badan perundangan haruslah mengambil inisitif untuk mengetatkan peruntukan undang-undang yang
berhubung dengan liabiliti jenayah kanak-kanak. Salah satu contoh ialah melalui pemansuhan s 83 Kanun Keseksaan
yang memberi perlindungan kepada kanak-kanak yang berumur di antara sepuluh dan 12 tahun.

HARUSKAH S 83 KANUN KESEKSAAN DIMANSUHKAN?

Penulis berpendapat bahawa haruslah s 83 Kanun Keseksaan dimansuhkan. Alasannya, s 83 Kanun Keseksaan
adalah amat mengelirukan dari segi terma 'belum cukup akal', sama ada terma ini merujuk kepada kematangan seorang
kanak-kanak atau pemahaman seorang kanak-kanak terhadap keadaan fizikal dan akibat fizikal perbuatannya itu.
Sebenarnya, adalah amat sukar untuk mengaplikasikan satu peruntukan undang-undang yang mengelirukan dan juga
tiada sebarang interpretasi ataupun panduan.

Selain itu, kematangan kanak-kanak pada masa sekarang adalah jauh berbeza dengan kematangan kanak-kanak
pada masa dahulu. Menurut Prof Madya Dr Khaidzir Hj Ismail, kanak-kanak sekarang sememangnya cukup matang
dalam memahami perbuatan itu adalah bahaya, tidak bermoral dan juga memahami akibat perbuatannya itu. Oleh itu,
kanak-kanak yang berumur di antara sepuluh hingga 12 tahun tidak harus diberikan perlindungan sebagaimana yang
diperuntukkan dalam s 83 Kanun Keseksaan Malaysia. Sememangnya ia adalah amat ketat pada zahirnya, tetapi,
cadangan ini adalah salah satu cara untuk menunjukkan keseriusan badan perundangan dalam menangani jenayah
Page 8
The Malayan Law Journal Articles

kanak-kanak dalam masyarakat. Tidak harus lagi masyarakat mengambil sikap yang sambil lewa dan tidak
mempendulikan sikap dan delinkuensi kanak-kanak itu kerana ia akan mempengaruhi masa depan negara.

Bandalli telah membawa persoalan 'Mengapakah delinkuensi kanak-kanak yang diberi tumpuan atau menjadi jelas
kepada masyarakat sedangkan keruntuhan nilai moral masyarakat itu adalah faktor yang utama?'. n54 Sememangnya
betul dan tidak dapat dinafikan, kanak-kanak hanyalah mangsa kepada masalah sosial yang kian serius pada masa kini.
Walau bagaimanapun, ia akan kekal sebagai satu masalah sosial selagi tiada sebarang usaha untuk menunjukkan
keseriusan pengaruh masalah sosial ini terhadap golongan kanak-kanak. Dengan adanya peruntukan undang-undang
yang ketat seumpama ini, ia adalah jelas menunjukkan masalah juvana pada masa sekarang semakin serius. Ibubapa,
sekolah dan komuniti akan memberikan lebih perhatian dan komitmen kepada kanak-kanak atau anak mereka. Dengan
adanya lebih perhatian terhadap tindak-tanduk kanak-kanak, maka, secara tidak langsung ia juga adalah mampu
menjaga dan mengekal disiplin kanak-kanak. Seterusnya, mengurangkan kes-kes jenayah yang membabitkan juvana.

Selain itu, penulis juga berpendapat bahawa konsep perlindungan yang diamalkan oleh undang-undang jenayah di
bawah s 83 Kanun Keseksaan itu tidak masuk akal. (dengan andaian bahawa perlindungan harus diberikan kepada
kanak-kanak yang kurang matang). Ini kerana perlindungan ini hanya diberikan kepada kanak-kanak berumur antara
sepuluh ke 12 tahun sahaja. Perlindungan yang diberikan kepada kanak-kanak berumur antara sepuluh dan 12 tahun
oleh anggapandoli incapax ini dibuat berdasarkan persepsi bahawa kanak-kanak dalam lingkungan umur tersebut tidak
mempunyai tumbesaran dan perkembangan mental yang konsisten. Tidakkah ada di kalangan kanak-kanak berumur
lebih dari 12 tahun itu juga mengalami perkembangan mental yang tidak konsisten? Oleh itu, seksyen ini
seolah-olahnya mementingkan tahap umur berbanding tahap kematangan pesalah kanak-kanak itu.

Selain itu, seksyen ini menjadi semakin tidak boleh diterima apabila unsur kematangan ini dijadikan kayu ukur
untuk melepaskan kanak-kanak tersebut daripada tanggungan jenayah walhal unsur 'kematangan' itu seharusnya
dijadikan satu faktor mitigasi tanggungan jenayah tersebut. Ini kerana unsur kematangan bukanlah faktor utama bagi
menafikan unsur mens reajenayah secara langsung. Tambahan pula, hukuman yang diberikan oleh undang-undang
jenayah terhadap seorang kanak-kanak adalah bertujuan untuk memulihkan akhlak mereka, tidak untuk menyiksa
mereka. Maka, tiada sebarang keganasan dan kezaliman dari segi hukuman yang diberikan kepada kanak-kanak.

PENUTUP

Masalah juvana bukan lagi satu masalah yang tidak serius. Ia bukan lagi satu isu yang kata atas angin. Masalah ini
telah semakin berkembang, akan mempengaruhi masa depan sesebuah negara mahupun dunia. Masyarakat tidak harus
kekal bersikap sambil lewa ke atas delinkuensi kanak-kanak pada masa sekarang. Walaupun negara kita telah
menyediakan pelbagai program kebajikan yang bertujuan untuk membina semula akhlak kanak-kanak pada masa
sekarang. Akan tetapi ia tidak memberikan impak yang besar dalam usaha negara membina akhlak kanak-kanak.
Perkembangan semasa haruslah diambilkira dalam usaha membina akhlak kanak-kanak, badan perundangan Malaysia
juga haruslah mengambil iktibar dari negara England dan berusaha untuk menghasilkan satu kerangka undang-undang
yang berupaya menyelesaikan masalah jenayah juvana pada masa kini. Ini kerana undang-undang itu sendiri merupakan
satu institusi sosial n55 yang digunakan untuk mengawal kelakuan manusia.

Oleh yang sedemikian, peruntukan s 83 yang memberikan perlindungan kepada kanak-kanak yang berumur di
antara sepuluh tahun dan 12 tahun harus dimansuhkan, agar tindak-tanduk juvana yang semakin tidak terkawal zaman
sekarang dapat dikawalkan. Ia juga berkemungkinan merupakan satu langkah positif yang dapat mencegah masalah
juvana. Selagi pemansuhan ini tidak bertentangan dengan norma masyarakat, polisi awam dan juga polisi di bawah
konvensyen antarabangsa maka, ia adalah sesuai untuk diaplikasikan untuk menjaga dan sebenar-benarnya melindungi
kanak-kanak pada masa sekarang.

Return to Text
Page 9
The Malayan Law Journal Articles

FOOTNOTES:

n1 Law of King Ine 7.2, Sanders (1970)

n2 Law of King Aethelstan (Council of Greatanlea), 1970. Sanders, ms 3.

n3 Terma ini digunakan berbanding terma anggapan doli incapax, kerana ia adalah lebih jelas dapat dilihat
anggapan doli incapaxitu adalah satu pengecualian bersyarat yang diberikan kepada golongan kanak-kanak.

n4 Fitzherbert (NNB) (9th Ed, 1794) ms 202 dan Coke (co. Litt § 1628, 405) Lihat Kean, A, WG, 1937
The History of the Criminal Liability of Children, Law Quaterly Review, Vol 53, ms 367.

n5 Dalton, 1619.

n6 Home Office, 1997, Tackling Youth Crime: A Consultation Paper, Cm 3809. Lihat juga Thomas Crofts,
2002. The Criminal Responsibility of Children and Young Persons: A Comparison of English and German Law,
Aldershot: Ashgate Publications.

n7 Akta 67.

n8 Malayan Union Report, M U 3484/47 No 18: Report of the Juvenile Delinquency and Juvenile Welfare
Committee, ms C29.

n9 Akta Pindaan A327.

n10 Puan Hajjah Aishah bt Haji Abdul Ghani, Perbahasan Parlimen ke-empat. Dewan Negara Jilid I,
Penggal Pertama, Bahagian Januari 1975 hingga Julai 1975.

n11 Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh kanak-kanak yang berumur lebih
daripada sepuluh tahun tetapi kurang daripada dua belas tahun yang belum cukup akal untuk menimbangkan
keadaan dan akibat perbuatannya pada masa itu.

n12 Seksyen 3 Akta Undang-Undang Sivil 1956 memperuntukkan pengaplikasian undang-undang United
Kingdom, common law, ekuiti dan statut tertentu dalam undang-undang Malaysia.

n13 Sebenarnya, bukan tiada sebarang kes langsung. Walau bagaimanapun, penulis berpendapat bahawa
satu-satunya kes yang dapat dikesan adalah tidak relevan diambilkira sebagai satu kes yang dibicara di bawah s
83 Kanun Keseksaan. Ini kerana kes tersebut melibatkan pendakwaan seorang yang telah berusia 24 tahun atas
kesalahan yang dilakukannya sepuluh tahun lalu. Lihat Public Prosecutor v Lim Ah Heng [1967] 1 MLJ 284.

n14 Public Prosecutor v Lim Ah Heng [1967] 1 MLJ 284.


Page 10
The Malayan Law Journal Articles

n15 Kanun Keseksaan Malaysia adalah pari materiadengan India Penal Code.

n16 Ulla v The King 1950 AIR Orissa 261, ms 263. Lihat juga Queen v Lukhini Agradanini (1874) 22 WR
(Cr) 27.

n17 'To escape liability, the child should not know the natural and physical consequences of his conduct.
The phrase 'nature and consequences of his conduct' in s 83 does not refer to the penal consequences of the
offence'. Lihat consultant editor Gopal Sri Ram, Simon, Andrew Christopher, 2001, Mallal's Penal Law, Kuala
Lumpur, MLJ ms 99.

n18 Ujian yang diterima pakai oleh mahkamah Malaysia semasa menentukan sama ada dalihan 'perbuatan
seseorang yang tidak sempurna akal' di bawah s 84 berjaya digunakan atau sebaliknya.

n19 Georges Codere(1916) 12 Cr App R 21, ms 27.

n20 McC v Runelckes[1984] Crim LR 499. Mahkamah hanya menyatakan bahawa untuk menyangkalkan
anggapan doli incapax, pendakwa raya harus membuktikan kanak-kanak tersebut adalah menghargai apa yang
telah dia lakukan itu adalah suatu perkara yang teramat salah.

n21 McC v Runelckes [1984] Crim LR 499.

n22 Smith and Hogan, 1992, Criminal Law (5th Ed) London: Butterworths, Dublin and Edinburgh, ms
162.

n23 [1997] Crim LR 127.

n24 L v DPP [1997] Crim LR 127 ms 129.

n25 Glanville Williams, 1954, The Criminal Responsibility of Children, Criminal Law Review ms 494.

n26 Anita Abdul Rahim, 2008, Tanggungan Jenayah Kanak-kanak Di Malaysia: Penilaian Semula
Undang-undang, Tesis Dr Falsafah, Tesis tidak diterbitkan, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

n27 Bahagian kecualian am Kanun Keseksaan, merupakan peruntukan dalam Kanun Keseksaan yang
memberi peluang kepada mereka yang ingin membela diri atas keadaan-keadaan yang dikecualikan oleh
undang-undang jenayah. Seksyen 76-95.

n28 Chua Ming Zuan, 2009, Doli Incapax: Sejauh manakah pengaplikasian seksyen 83 Kanun Keseksaan
dalam undang-undang jenayah Malaysia? Kertas projek tidak diterbitkan, Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Page 11
The Malayan Law Journal Articles

n29 Socrates (469-399 BC).

n30 Nasimah Hussin, Juvenile Delinqunecies in Malaysia: Legal Provision and Prospect for Reforms,
International Islamic University of Malaysia, ms 1.

n31 Anon, 1 Mac 2004, 'Jenayah kanak-kanak sukar ditangani' Utusan Malaysia; Anon, 13 Januari 2009,
'Gejala kecurian 3,268 motosikal membimbangkan', Utusan Malaysia; Anon, 18 Mei 2008, 3,383 'Pelajar
terlibat jenayah tahun lalu', Utusan Malaysia; Anon, 13 Januari 2009, 'Peningkatan kes rogol pelajar
merisaukan', Utusan Malaysia.

n32 Siegel, Larry J, Welsh, Brandon C dan Senna, Joseph J, 2007, Juvenile Delinquency: Theory, Practice
and Law (8th Ed) Thomsom, Wadsworth, ms 9.

n33 [J]enayah melibatkan juvana juga meningkat. Mereka yang terlibat nampaknya semakin muda,
termasuklah yang terjebak dalam jenayah dadah dan seksual. Pada tahun 2006 terdapat 8,113 kes juvana dan
3545 pelajar ditahan.

n34 Panduan Pertama,United Nations Guidelines for the Prevention of Juvenile Delinquency (The Riyadh
Guidelines), United Nations High Commissioner for Human Rights.

n35 Siegel, Larry J, Welsh, Brandon C dan Senna, Joseph J, 2007, Juvenile Delinquency: Theory, Practice
and Law, Thomsom, Wadsworth, (8th Ed) ms 16-17.

n36 Burfeind, James W, Bartusch, Dawn Jeglum, 2006,Juvenile Delinquency: An Integrated Approach,
Jones and Barlett Publisher, ms 318.

n37 Sumber utama kepada sub-topik ini adalah melalui satu sesi temubual dengan seorang Pakar Psikiatri
Kanak-kanak, Prof Madya Dr Khaidzir Hj Ismail, pensyarah fakulti Sains Sosial Kemanusiaan, Universiti
Kebangsaan Malaysia.

n38 Muncie mengatakan 'What is known about young offending is a social construction -- a product of
particular social reactions and policing practices which become embedded as fact, not only in official statistics,
but also on popular and political discourse'. Lihat Western, John S, Lynch, Mark and Ogilivie, Emma, 2003.
Understanding Youth Crime: An Australian Study, Aldershot, Hants, England; Burlington, VT: Ashgate
Publishing, ms 46.

n39 Teori 'instrumental-incremental' yang diperkenalkan oleh Dweck dan Bempechat, 1981.

n40 Anon, 2 November 2006 'Pelajar tikam teman wanita ke sekolah akhlak' Utusan Malaysia; Anon, 10
Disember 2004 'Remaja kelar leher ibu angkat hingga mati', Utusan Malaysia.

n41 Anon, 6 Ogos 2007, 'Enam Remaja Direman Kes Rogol', Utusan Malaysia; Anon, 28 Disember 2008,
'149 kes rogol babitkan remaja' Utusan Malaysia; Anon, 27 Oktober 2008, 'Pelajar sekolah dirogol Sembilan
Page 12
The Malayan Law Journal Articles

lelaki', Utusan Malaysia; Anon, 13 Januari 2009, 'Peningkatan kes rogol merisaukan', Utusan Malaysia; 20 Jun
2008, 'Remaja didakwa rogol jiran', Utusan Malaysia; Anon, 29 Oktober 2008, 'Polis tahan 4 orang lelaki rogol
pelajar', Utusan Malaysia; Anon, 31 Julai 2008, 'Rogol adik: remaja diperintah bela diri',Utusan Malaysia;
Anon, 13 Oktober 2009, 'Rogol kanak: Pasangan kembar ditahan', Utusan Malaysia.

n42 Jean Piaget (1896-1980) merupakan bekas pakar biologi yang pada mulanya membuat kajian
mengenai molekul, tetapi telah beralih kepada kajian mengenai tahap pemahaman kanak-kanak dengan membuat
pemerhatian dengan cara percakapan kanak-kanak dan juga melihat, dengar apabila kanak-kanak membuat
soalan yang disediakan oleh beliau. Teori beliau juga digunakan oleh pihak kerajaan dalam membentuk skima
aktiviti ko-kurikulum dan juga silabus sekolah itu.

n43 Brown, Geoffrey dan Desforges, Charles, 1979, Piaget"s theory: A psychological critique, London
Routledge & K Paul.

n44 Anon, 28 Disember 2008, '149 kes rogol babitkan remaja' Utusan Malaysia.

n45 Anon, 18 Mei 2008, '3,383 Pelajar terlibat jenayah tahun lepas' Utusan Malaysia.

n46 Anon, 10 Disember 2004 '191 kanak-kanak, gadis terjebak pelacur, GRO di pusat pemulihan', Utusan
Malaysia.

n47 Anon, 6 Ogos 2007, 'Jumlah remaja hidu gam semakin ramai', Utusan Malaysia.

n48 Perkara 12-14: '... the child who is capable of forming his or her own views [has] the right to express
those views [and] the right to freedom of ... thought, conscience and religion'. Perkara 16: 'No child shall be
subjected to arbitrary or unlawful interference with his or her privacy ... nor to unlawful attacks on his or her
honour and reputation'. Perkara 19: Children must be protected from '... injury or abuse ... including sexual
abuse, while in the care of parents ... or any other person...' Lihat Convention on the Rights of the Child.

n49 Howell, James C, 2003, Preventing and Reducing Juvenile Delinquency: A Comprehensive
Framework, Sage Publications, ms 25.

n50 Glanville Williams, 1954, The Criminal Responsibility of Children, Criminal Law Review, ms 495.
Lihat juga Akta Kanak-Kanak (Akta 611).

n51 Howell, James C, 2003, Preventing & Reducing Juvenile Delinquency: A Comprehensive Framework,
Sage Publications, ms 133.

n52 Anon, 31 Mac 2009, 'Jenayah libatkan pelajar serius', Utusan Malaysia.

n53 Benard, B, August 1991, Fostering Resiliency in Kids: Protective Factors in the Family, School and
Community, Portland, OR: Northwest Regional Educational Laboratory, ms 37.
Page 13
The Malayan Law Journal Articles

n54 Bandalli, Sue, 1998, Abolition of the Presumption of Doli Incapax and the Criminalisation of
Children, The Howard Journal, Vol 37, ms 114.

n55 Hamish Ross, 2001, Law as a Social Institution, Hart Publishing ms 157-158.

Anda mungkin juga menyukai