Anda di halaman 1dari 6

Soalan 1 Elemen-elemen Penting Kontrak 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Cadangan Penerimaan Balasan Niat Keupayaan Ketentuan Kerelaan bebas Tujuan yang sah

Soalan 2 Pihak Syarikat Car Pro Rental Sdn Bhd. tidak mematuhi syarat dan kontrak dan telah menipu pelanggan seperti mana yang telah diiklan kan pada brosur mereka. Jadi telah jelas bahawa mereka telah melanggar kontrak yang telah ditandatangani antara mereka. Kontrak yang tidak boleh dikuatkuasakan (KTK) Satu perjanjian yang sah tetapi tidak boleh dikuatkuasakan kerana gagal memenuhi keperluan / formaliti yang diperlukan oleh sesuatu undang-undang. Kesan KTK Pihak-pihak dalam kontrak tidak boleh mengambil tindakan undangundang untuk menguatkuasakan hak-hak / tuntutan mereka di sisi undang-undang. Contoh: Akta Sewa Beli 1967 menetapkan bahawa perjanjian sewa beli mesti bertulis. Jika sebaliknya, kontrak tidak boleh dikuatkuasakan kerana ia melanggar peruntukan akta. Maka, jika berlaku kemungkiran/pecah kontrak, pihak yang rugi tiada hak untuk mengambil tindakan mahkamah. FROD/TIPUAN Ditakrifkan dalam Sekyen 17 Akta kontrak 1950 sebagai apa-apa perbuatan yang

dilakukan dengan niat untuk memperdaya atau mendorong pihak-pihak yang lain atau ejen-ejen mereka untuk memasuki kontrak. Seksyen 17 A.K 1950 secara jelas
telah menggariskan beberapa perbuatan tertentu yang termasuk di dalam kategori froud seperti :

a)

Menyarankan sesuatu fakta yang tidak benar oleh seseorang yang tidak mempercayai sesuatu itu sebagai benar;

b)

Seseorang yang aktif atau bersungguh-sungguh menyembunyikan fakta daripada seseorang yang lain;

c) Membuat janji tanpa sebarang niat untuk menepati janji itu; d) Melakukan mana-mana perbuatan lain untuk memperdaya dengan tujuan menipu dan difikirkan oleh Mahkamah sebagai sesuai untuk diisytiharkan sebagai tipuan; e) Melakukan mana-mana kesalahan atau ketinggalan salah yang memang jelas ditetapkan oleh undang-undang sebagai tipuan.

Menurut Seksyen 17 Akta Kontrak 1950, seseorang itu dikatakan menipu pihak lain apabila dia melakukan suatu tindakan dengan niat untuk mendorong orang lain membuat kontrak dengannya. Perkata penting yang perlu diingat ialah, untuk menentukan samada kontrak itu mengandungi unsur frod atau tipu, niat seseorang itu untuk memperdayakan pihak lain agar memasuki kontrak tersebut hendaklah diambil kira. Sesuatu perjanjian boleh batal atas pilihan orang yang telah ditipu sekiranya dapat dibuktikan wujudnya frod.

Soalan 3 FASAL KECUALIAN ( Exclusion Clause/Statement ) Dalam abad ke 20, tiadanya kuasa tawar-menawar yang betul. Misalnya di antara A (syarikat) dengan B (pengguna). Tidak adilnya ialah kerana A biasanya kata B hendaklah terima semua syarat-syarat yang telah dibuat oleh A. Oleh kerana B terlalu menghendaki itu, maka B terpaksa terima semua syarat-syarat itu. Jadi A punya kuasa yang lebih terhadap B. Syarat-syarat A hanya menguntungkan A sahaja. Satu syarat yang ada dalam hal ini ialah AYAT KECUALIAN, iaitu jika A pecahkan/langgar warranty atau condition, A tidak akan bertanggungjawab. Dalam semua kontrak sekarang, pihak B tiada kuasa yang kuat. Contohnya, naik bas, kita tak boleh tawar-menawar (bargain) berapa tambang, bila bertolak dan lainlain. Beli rumah dengan syarikat perumahan, kita tidak boleh tawar-menawar berapa harga dan lain-lain syarat. Jadi ini tidak berapa adil pada B. Walaupun begitu prinsip asalnya ialah bila telah ditandatangani surat kontrak itu, maka syarat-syarat itu mengikut kedua-dua pihak. Bentruk kontrak yang dibuat oleh A seperti di atas dipanggil kontrak. Bentuk seragam (standard form of contract); iaitu pihak A telah sedia membuat syarat-syarat kontrak, dan jika B nak buat kontrak, B terpaksa terima asemua isi syarat itu. Oleh kerana kontrak-kontrak seragam banyak digunakan sekrang, B tidak bincang langsung syarat-syarat kontrak. A dapat faedah dan B hanya dapat sedikit faedah, kerana ayat kecualian. Tetapi bila kes-kes ini timbulkan di mahkamah, mahkamah pertikai atas 2 hal: 1. Kalau B telah bersetuju dengan kontrak dan telah tangani, maka B telah terikat. Tiada tanggungjawab mahkamah untuk lihat isi kontrak dan kata isi kontrak itu tak adil untuk B. Mahkamah tak mahu campurtangan dalam hal ini (mereka sudahpun setuju jadi kenapa diganggu!).

2. Tapi jika mahkamah nak beri keadilan, mahkamah boleh menolong B (pihak yang lemah). Mahkamah akan mencari beberapa perkara dalam hal-hal ayat kecualian ini, demi mencari keadilan.

Antara perkara-perkara mahkamah akan teliti untuk ini ialah:


Kalau anda hendak masuki kontrak, ayat kecualian ini mestilah dimasukkan dalam kontak itu, dan bukan di tempat-tempat lain. Kes Chapelton v Barry U.D.C. ( 1940) 1 K. B. 532 Majlis menyewakan kerusi-kerusi dengan di belakang kerusi tertulis notis yang mengandungi syarat-syarat sewa. C menyewanya, membayar wang dan menerima tiket (di mana dimasukkan dalam sakunya). Kerusi telah patah dan C cedera. Kerusi itu tak sesuai digunakan. C mendakwa atas kecuaian. Majlis (B) kata ia tak bertanggungjawab sebab di belakang tiket tertulis:

Majlis tak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kemalangan yang timbul kerana penggunaan kerusi-kerusi itu.
Diputuskan: Syarat-syarat kontrak sewaan itu ada di notis di belakang kerusi itu. Tiket yang dikeluarkan cuma merupakan satu resit, dan oleh itu tulisan di belakang tiket itu tidak boleh dimasukkan dalam kontrak. Majlis tak boleh menggunakan ayat kecualian itu. Bila mahkamah buat keputusan ini, syarikat pun mengubah dasarnya. Iaitu ia telah pula memasukkan ayat kecualian dalam kontrak itu. Jadi mahkamah cari hal lain pula. Notis ayat kecualian mestilah diberi kepada B sebelum B menanda tangani kontrak. Kalau ayat kecualian dimasukkan selepas buat kontrak, maka ayat kecualian itu tak boleh dikira. Kes Olley v Malborough Court Hotel Ltd. ( 1949 ) 1 K. B. 532

Olley sewa bilik hotel. Ia tinggalkan kunci bilik kepada pelayan hotel. Bila balik, kunci hilang dan barang-barangnya hilang. Pihak Hotel kata ia tak bertanggungjawab sebab dalam bilik hotel ada menyatakanBarang-barang hilang

tidak dipertanggungjawabkan.....
Diputuskan: Pihak Hotel telah cuai dan notis itu bukanlah syarat kontrak; sebab ia tidak melihat sebelum kontrak dibuat. Masalahnya ialah bila kontrak bermula. Mahkamah kata ia bermula bila O pergi ke penyambut tamu dan kata ia nak sewa bilik, penyambut tamu beri kunci dan beritahu harga sewanya. Hal ini penting kerana ayat kecualian selepas kontrak tidak dikira.

Anda mungkin juga menyukai