Anda di halaman 1dari 5

http://www.majalahniaga.com/7-elemen-penting-dalam-kontrak.

html

Kontrak pada dasarnya dikuatkuasakan melalui Akta Kontrak 1950. Kontrak adalah
perjanjian yang dimeterai oleh dua, atau lebih individu yang mana kedua-duanya akan
terikat pada perjanjian tersebut. Contohnya, kontrak jual beli barang, kontrak sewa beli
dan pelbagai lagi.

Secara ringkasnya, terdapat tujuh (7) elemen penting yang perlu diambil kira oleh
setiap individu sebelum bersetuju dengan mana-mana perjanjian yang ditawarkan.

Artikel ini akan mengupas secara ringkas berkait dengan ketujuh-tujuh elemen penting,
yang mesti disemak oleh setiap individu sebelum bersetuju mengikat perjanjian secara
sah. Perlu diingat bahawa kesemua elemen ini mestilah dipenuhi secara serentak.

1. Tawaran (Offer)
Sebagaimana yang kita sedia maklum, sebelum adanya Akta Kontrak 1950, kita
merujuk kepada Undang-Undang Inggeris. Istilah ‘tawaran’ digunakan dalam Undang-
Undang Inggeris, manakala istilah ‘cadangan’ pula digunakan untuk Akta Kontrak 1950.

Seksyen 2(h) Akta Kontrak 1950 telah mendefinisikan kontrak sebagai suatu perjanjian,
yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang yang mana kontrak ini, akan mengikat
pihak-pihak yang terlibat secara sah.

Syarat bagi sesuatu tawaran itu adalah ia mestilah sesuatu tawaran yang jelas, dan
dikomunikasikan kepada pihak yang akan membuat penerimaan kepada tawaran
tersebut.

1
http://www.majalahniaga.com/7-elemen-penting-dalam-kontrak.html

Jika tawaran yang diberikan tidak jelas, atau tidak dikomunikasikan kepada pihak yang
berkenaan, ia adalah batal.

Oleh yang demikian, ‘offer’ atau tawaran itu sangat penting untuk menjadikan kontrak
itu sah, dan mengikat kedua-dua pihak. Tanpa tawaran, tidak akan ada jalinan kontrak
yang sah antara kedua-duanya.

2. Penerimaan (Acceptance)
Jika dirujuk pada Seksyen 2(b) Akta kontrak 1950, penerimaan ini didefinisikan sebagai
persetujuan atau penerimaan kepada tawaran yang telah ditawarkan sebelum ini.

Setuju ini membawa maksud bahawa penerima tawaran ini akan turut bersetuju dengan
syarat-syarat dan terma-terma yang telah ditetapkan. Dengan adanya penerimaan
tawaran ini, maka sesebuah kontrak itu berjaya diwujudkan.

3. Balasan (Consideration)
Untuk menjadikan kontrak itu adalah kontrak yang sah di sisi undang-undang, elemen
ketiga ini tidak kurang pentingnya. Tanpa balasan, perjanjian yang dibuat adalah batal.

2
http://www.majalahniaga.com/7-elemen-penting-dalam-kontrak.html

Balasan yang dimaksudkan di sini adalah harga yang dibayarkan oleh pihak yang
menerima janji kepada pihak pembuat janji.

Dalam Akta Kontrak 1950, Seksyen 2 (d) ada menyebut tentang balasan janji tersebut.
Oleh yang demikian, pihak yang membuat kontrak mestilah mempunyai balasan
masing-masing.

Sebagai contoh, satu pihak mendapat sebuah rumah, dan satu pihak yang lain
mendapat sejumlah wang sebagai bayaran pada harga yang telah dipersetujui oleh
kedua-duanya.

4. Keupayaan (Capacity)
Dalam Akta Kontrak 1950, Seksyen 11 turut menyentuh perkara berkait dengan
keupayaan ataupun kelayakan seseorang. Hakikatnya, hanya mereka yang dewasa,
sempurna akal dan tidak dihalang oleh mana-mana undang-undang sahaja yang layak
untuk membuat kontrak.

Seseorang itu ditakrifkan sebagai dewasa apabila mencapai usia dewasa iaitu 18 tahun.
Oleh yang demikian, mereka yang berumur di bawah 18 tahun adalah tidak layak untuk
membuat kontrak, kecuali dalam kes-kes tertentu sahaja.

3
http://www.majalahniaga.com/7-elemen-penting-dalam-kontrak.html

Sebagai contoh, kontrak untuk keperluan atau insurans dan juga biasiswa adalah sah
jika kanak-kanak yang melaksanakan kontrak tersebut.

Secara mudahnya, bagi yang muflis, tidak waras atau gila atau dibawah umur dewasa
adalah tidak layak dan tidak berhak sama sekali untuk terlibat dalam mana-mana
urusan kontrak.

5. Niat (Intention)
Niat atau kehendak ini terbahagi kepada dua iaitu bagi kontrak yang melibatkan
perjanjian perniagaan dan perjanjian domestik, keluarga dan sosial.

Andaian yang dibuat, jika kontrak itu melibatkan urusan perniagaannya, pihak-pihak
yang terbabit dikatakan mempunyai niat untuk membuat perjanjian, dan mengikat
mereka secara sah. Walaubagaimanapun masih boleh disangkal jika mempunyai bukti
yang jelas dan kukuh.

Bagi perjanjian melibatkan domestik, keluarga dan sosial pula andaian mengatakan
bahawa pihak-pihak yang terlibat tidak diniatkan untuk mengikat dan mempunyai
hubungan yang mengikat secara sah disisi undang-undang.

Sebagai contoh, sekiranya pihak suami berjanji dengan pihak isteri secara lisan untuk
menghadiahkan isteri pakej percutian, namun si suami gagal berbuat demikian, si isteri
tidak berhak membuat tuntutan undang-undang.

Namun begitu, jika janji itu direkodkan atau ditulis pada sekeping kertas, perjanjian itu
boleh dikuatkuasakan kerana kedua-dua pihak dikatakan berniat untuk menghasilkan
sesuatu perjanjian yang mengikat kedua-duanya secara sah.

6. Kepastian (Certainty)

4
http://www.majalahniaga.com/7-elemen-penting-dalam-kontrak.html

Kepastian adalah salah satu elemen yang penting dalam sesebuah kontrak. Perjanjian-
perjanjian yang mempunyai unsur ketidakpastian, kabur, tidak jelas, atau mengelirukan
adalah batal dan tidak akan mengikat mana-mana pihak-pihak yang terbabit.

Jika kontrak itu mempunyai elemen yang tidak dapat dipastikan sama ada perjanjian itu
mencapai syarat utama perjanjian atau tidak, kontrak itu itu juga boleh terbatal
sebagaimana yang dinyatakan dalam Seksyen 30, Akta Kontrak 1950.

7. Kerelaan (Free Consent)


Semua pihak yang terlibat mestilah mempunyai kerelaan secara bebas. Ini adalah
kerana kesahan kontrak ini boleh dipertikaikan, jika persetujuan pihak-pihak yang
terlibat dalam kontrak ini diterima secara paksa dan tanpa rela.

Akhir kata, setiap pihak yang terlibat dalam mana-mana perjanjian mahupun kontrak
mestilah mengambil tahu akan kepentingan tujuh eleman dalam kesahan untuk
membuat kontrak ini. Jika satu elemen hilang, kontrak itu boleh dipertikaikan dan
mungkin terbatal kelak.

Anda mungkin juga menyukai