Anda di halaman 1dari 31

PERANAN PEMIKIRAN SAINTIFIK

DALAM PEMBINAAN HUKUM ISLAM SEMASA


DI MALAYSIA

Oleh,

Alias Bin Azhar


Jabatan Syariah & Perundangan Islam
Fakulti Pengajian & Peradaban Islam
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Bandar Seri Putra, Bangi
Selangor Darul Ehsan
E- Mail: aliasalehah@yahoo.com.

PENGENALAN

Secara literalnya, kertas kerja ini bakal memperkenalkan perkembangan


pemikiran sains serta hubungannya dengan pembinaan hukum Islam semasa dalam
konteks di Malaysia. Pendekatan analitis dan kritis terhadap metodologi pemikiran
saintifik yang memberi impak positif terhadap pembangunan pemikiran hukum semasa
turut menjadi landasan kajian. Pola pemikiran saintifik amat rencam dan unik serta
dinamik sejajar dengan revolusi pemikiran hukum Islam khususnya di Malaysia.
Sememangnya, setiap budaya fikir dalam kosmologi kehidupan akan sentiasa terdedah
kepada idea- iadea baru dan dampak inovasi sains dan teknologi terkini 1. Secara
khususnya, pemikiran saintifik bakal memberi implikasi terhadap dinamisme pembinaan
dan perkembangan hukum Islam yang bersifat kontemporari. Peranan pendekatan
pemikiran saintifik dalam pembinaan hukum Islam akan diteliti secara holistik bagi
menemukan kaedah aplikasi yang berkesan.

SAINS DAN TEKNOLOGI SATU PENGENALAN

Sains ditakrifkan sebagai, suatu cabang ilmu yang mengkaji sekumpulan


pernyatan yang terbukti atau dengan fakta-fakta yang ditinjau, dan disusun secara
bersistem dan dihimpunkan dalam bentuk hukum-hukum umum, dan termasuklah
kaedah-kaedah yang boleh dipercayai untuk menghasilkan kebenaran baru dalam
lapangannya sendiri.2
Menurut kamus ‘The New Columbia Encyclopedia’:
“The organized body of knowledge concerning the physical world,both animate
and inanimate,it includes the attitudes and methods through which this method of

1
Hairudin Harun, (2004), Retorik Sains Dan Teknologi Di Malaysia, Kuala Lumpur: DBP. , hlm. 83.
2
The Oxford English Dictionary.
knowledge is formed.Thus science is both a particular kind of activity and the results of
that activity”.3
Bermaksud: “Satu kumpulan ilmu yang tersusun mengenai alam fizikal yang
bernyawa dan yang tidak bernyawa, termasuk sikap dan kaedah-kaedah yang digunakan
untuk membentuk ilmu tersebut. Oleh itu sains adalah suatu jenis aktiviti dan juga natijah
daripada aktiviti tersebut.
Kedua-dua pentakrifan secara literal di atas membuktikan bahawa sains
merupakan satu proses untuk mencapai tahap kebenaran yang disebabkan oleh sifat ingin
tahu manusia terhadap asal-usul dan tujuan kewujudannya di alam semesta ini.Begitu
juga Dr. Abdul Wahab Ismail berpendapat bahawa sains bukan sekadar suatu susunan
pencapaian yang menakjubkan,tetapi natijah dan implikasinya lebih besar daripada
itu.4Beliau turut merekodkan pandangan seorang ahli falsafah sains moden semasa iaitu
Prof. C.H. Waddington yang berpendapat bahawa,5 “Sains adalah satu pandangan atau
sikap terhadap dunia,dan ia juga merupakan satu cara hidup.”
Pentakrifan di atas adalah berbentuk umum berkaitan sains,malah ianya lebih
fokus kepada sains sebagai satu falsafah atau teologi.Begitu juga, pandangan Ziauddin
Sardar terhadap sains, beliau merumuskan bahawa sains mempunyai nilai-nilai yang
tersendiri dan meliputi kegiatan kebudayaan iaitu satu kegiatan yang dibentuk oleh
pandangan hidup orang yang berkenaan.6Lebih ketara,beliau turut menekankan aspek
hubungan sains dengan kebudayaan.Setiap kebudayaan mempunyai pandangan terhadap
alam semula jadi,masyarakat dan ilmu pengetahuan,sama ada secara sedar atau tidak dan
secara jelas atau sebaliknya.7
Huraian berkaitan sains yang lebih bersifat mikro,ialah ianya dikenali sebagai satu
proses yang melibatkan suatu percubaan untuk mencapai kepada kebenaran melalui
kaedah-kaedah rasional.8 Fakta terpenting yang terjalin daripada pentakrifan sains ini
iaitu kaedah yang digunakan untuk mencapai kebenaran mutlak ialah melalui kajian-
kajian empirik dengan pengumpulan data-data,melalui pancaindera manusia9.Di sini
dapat difahami bahawa sains adalah suatu disiplin yang menilai hasil kajian dan
maklumat secara objektif, bukan secara subjektif, seperti secara intuisi (gerak hati),
sangkaan, atau emosi.Secara ringkasnya,sains merupakan satu disiplin ilmu yang
berasaskan kebenaran objektif yang terkandung di dalam kaedah saintifik yang
menafikan peranan rasa hati atau dikenali sebagai andaian dan ramalan.
Definasi di atas turut serasi dengan pandangan Sulaiman Noordin yang
merekodkan takrif dipelopori oleh Shaharir Mohammad Zain dan dikatakannya sebagai
takrif yang popular.Shaharir mentakrifkan sains sebagai:
a) Pengetahuan yang bersistem dan berasaskan cerapan, kajian
pengeksperimenan atau pengujikajian dan sebagainya.

3
Harris W. &Judith. S. Levey, (1975), The New Colombia Encyclopedia, London:Colombia University
Press,hlm. 2451.
4
Abdul Wahab Ismail, (1989), Falsafah Sains Dan Teknologi Moden Menurut Islam, dlm.(pnyt. ) Shaharir
Mohd. Zain, Pengenalan Tamadun Islam Dalam Sains Dan Teknologi, Kuala Lumpur: DBP, hlm. 5.
5
Ibid.
6
Ziauddin Sardar, (1976), Sains,Teknologi Dan Pembangunan Di Dunia Islam, (Terj. ) Shaari Abdullah,
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia,hlm. 20.
7
Ibid.,hlm. 30.
8
Benge, R. (1972), Communication And Identity, London: Clive Bingley, hlm. 15.
9
Abdul Wahab Ismail, op-cit., hlm. 6.
b) Analisis fenomena secara bersistem dan objektif dengan kaedah khusus yang
diperantikan untuk mewujudkan penumpuan pengetahuan yang boleh
dipercayai.
Sehubungan itu,Sulaiman Noordin telah membuat kesimpulan, bahawa sains
adalah suatu kumpulan ilmu yang tersusun dan teratur berkaitan dengan kajian-kajian
fenomena di dalam alam tabii yang bernyawa dan yang tidak bernyawa dengan kaedah
yang objektif melaui kajian pengeksperimenan dan cerapan untuk menghasilkan prinsip-
prinsip dan pernyataan yang boleh dipercayai serta boleh diuji kebenarannya.10
Pentakrifan sains yang dikemukakan oleh para sarjana di atas telah mencapai
muafakat walaupun penyusunan kata dan ayat wujud perbezaan namun hakikat dan
maknanya tetap seiring.Tetapi penulis menemui sedikit ralat dan kontra pada nilai
objektif yang terkandung dalam kaedah saintifik.Ziauddin Sardar telah mengemukakan
satu fakta penting sebagai pentakrifan jitu dan menyeluruh bagi sains.Nilai objektif dalam
mencapai kebenaran objektif dan mutlak,sains menganggap pengamatan iaitu
pengalaman pancaindera secara langsung melalui sentuhan, ciuman, warna, rasa dan
sebagainya hanyalah sebagai asas kaedah saintifik.Jadi untuk mencapai kesimpulan
kajian,rasa hati berperanan dalam keadaan tertentu, malah naluri tersebut amat kuat
berperanan bagi ahli sains.11
Jelas di sini,sains ditakrifkan sebagai proses dan hasil manusia yang mempunyai
sikap ingin tahu untuk menghuraikan dan menerangkan alam semula jadi dan alam
buatan dengan menggunakan cara dan kaedah yang boleh diuji.dalam pada itu,Sains juga
menerapkan proses ramalan apa yang bakal berlaku sekiranya keadaan sesuatu fenomena
alam berubah.Di sini juga Poh Swee Hiang turut memberikan pengertian sains dalam
bentuk carta12 yang mudah difahami,iaitu sains sebagai proses kemahiran yang terdiri
daripada dua bentuk iaitu asas dan bersepadu, sains sebagai hasil yang mencakupi lima
jenis hasil iaitu fakta, konsep, prinsip, hukum dam teori. Seterusnya, sains juga sebagai
sikap yang berupa emosional dan intelektual.
Teknologi merupakan terjemahan pengetahuan saintifik ke dalam aplikasi harian
yang praktikal serta membawa manfaat kepada manusia 13.Kita sering menggunakan frasa
“sains dan teknologi” secara bersama dan mendahulukan sains daripada teknologi.Malah
hasil penciptaan teknologi kadang-kala diklasifikasikan sebagai sains gunaan 14 atau
daripada penggunaan pengetahuan yang bersifat umum kepada sains perusahaan15.
Teknologi juga dikatakan berasal daripada perkataan Greek ‘ tekhne’ yang beerti
seni dan hasil kreatif, manakala ‘ logia’ pula, bermaksud lapangan pembelajaran. Secara
literalnya difahami bahawa teknologi ialah pembelajan atau sains berasaskan hasil
kreativiti.16 Kast dan Rosenzing pula menyatakan bahawa teknologi adalah seni
mengaplikasikan ilmu pengetahuan sains, berbeza pula definasi Hamilton yang

10
Sulaiman Noordin, (1992), Sains, Falsafah Dan Islam, Bangi: UKM, hlm. 205.
11
Ziauddin Sardar, (1976), op-cit., hlm. 23.
12
Poh Swee Hiang, (1996), Pedagogi Sains 1: Kurikulum Sains, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.
Bhd., hlm. xii
13
Galbraith, J. K., (1978), The New Industrial State, England: Pelican, hlm. 31.
14
Sulaiman Noordin, (1992), Sains, Falsafah Dan Islam, Bangi: UKM, hlm. 86.
15
H. W. Fowler Dan P. G. Fowler, (1964), (eds. ), The Concise Oxford Dictionary, Clanden Press, hlm.
1330.
16
Art. “ Technology” in Encarta Encyclopaedia from http: // encarta. msn. Com.
mengatakan bahawa teknologi adalah kaedah manusia menggunakan kuasanya untuk
dimanipulasikan terhadap alam persekitaran.17
Bagi B. Gendron kelihatan teknologi lebih spesifik maksudnya, iaitu teknologi
adalah setiap ilmu pengetahuan yang dipraktikkan secara sistematik dan berasaskan
eksperimen atau teori saintifik, seterusnya dimanifestasikan dan diadaptasikan sebagai
ilmu dan budaya kerja bagi sesebuah organisasi untuk menghasilkan sesuatu keluaran
berbentuk barangan atau perkhidmatan18.
Dapat disimpulkan di sini, teknologi merupakan aplikasi pengetahuan saintifik ke
dalam kegiatan harian yang praktikal dan memberi manfaat kepada manusia sejagat.
Malah boleh dikatakan bahawa teknologi berfungsi dan berperanan utama dalam
memudahkan kerja yang dilakukan oleh manusia19.
Walaupun begitu,terdapat persepsi yang berbeza terhadap manipulasi teknologi
terhadap aktiviti sosial, Abdul Wahab berpendapat teknologi wujud secara tersendiri
tanpa kemahiran yang sepadu dengan persekitaran sosial20.Bagi Ziauddin Sardar
pula,teknologi adalah lebih merupakan manifestasi daripada aktiviti sosial21.
Polemik ini bukan merupakan isu yang terpenting,sekiranya dianalisa terhadap
definasi teknologi secara literal iaitu ianya bermaksud penyelidikan atau penggunaan
peralatan kejuruteraan dan aplikasi sains22. Selain itu, ianya adalah aktiviti atau kajian
yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam industri pertanian,
perubatan, dan lain-lain23.Kedua-dua pengertian di atas menunjukkan bahawa wujug
hubungan intim antara teknologi dan perkembangan sosial manusia, malah ianya
merupakan suatu pengetahuan dan peralatan yang dihasilkan bagi tujuan memenuhi
keperluan dan menyelesaikan sesuatu permasalahan atau cuba mempertingkatkan hasil
bagi memenuhi keperluan sosial, ekonomi dan politik masyarakat.
Perkara terpenting di sini, adalah membincangkan tentang sejauhmana hubungan
yang wujud antara sains dan teknologi itu sendiri.Pentakrifan teknologi di atas
menimbulkan persoalan,adakah teknologi diterbitkan daripada sains dan prasyarat kepada
wujudnya teknologi adalah sains.
Warisan budaya manusia menunjukkan bahawa mereka telah
memperkembangkan alat, bahan dan teknik untuk memenuhi keperluan dan kehendak
sejak bermulanya tamadun manusia.24Batu telah diperbuat menjadi kapak, tanah dijadikan
tembikar, teknologi tenunan dan anyaman, serta penuangan logam adalah merupakan
teknologi pelopor manusia sejak berabad lalu. Aktiviti-aktiviti yang berasaskan teknologi
ini secara totalnya tidak berdasarkan pengetahuan sains.Dengan itu,teknologi wujud
secara bersendirian tanpa sains dan diistilahkan sebagai pengetahuan seni perusahaan
yang sistematik.25
17
http: // www. Techweb. Com/ encyclopedia
18
B. Gendron, Technology And The Human Condition from http: //web. / wc. Edu.
19
Schumacher, E. F., (1974), Small Is Beautiful, London: Abacus, hlm. 144.
20
Abdul Wahab Ismail, (1989), Falsafah Sains Dan Teknologi Menurut Islam, Dlm. (pnyt. ) Shaharir
Mohamad Zain, Pengenalan Tamadun Islam Sains Dan Teknologi, Kuala Lumpur:DBP, hlm. 7.
21
Ziauddin Sardar, (1976), Sains, Teknologi Dan Pembangunan Di Dunia Islam, Yayasan Dakwah
Islamiah, hlm. 167.
22
Oxford Reference Dictionary.
23
Kamus Dewan.
24
Encyclopaedia Britanica, (1977), Micropaedia Ready Reference And Index, V. 111, hlm. 19
25
Nasr, SH, (1976), Islamic Science: An Illustrated Study, London: World Of Islamic Festival, hlm. 53,
Nasr, (1984), Science And Civilization In Islam, Selangor: Dewan Pustaka Fajar, hlm. 246.
Mulai kurun ke-18, pengetahuan sains mula diaplikasikan bagi membangunkan
dan memperkembangkan teknologi. Sebagai contoh, saintis kaji logam atau metalurgi
telah meransang penciptaan pelbagai jenis aloi, masing-masing mempunyai ciri-ciri yang
khusus.Penyelidikan saintifik mengenai sains seramik telah berjaya membuktikan
bahawa seramik berpotensi besar untuk menjadi bahan reka-bentuk yang penting dalam
perindustrian masa depan.26
Pengertian teknologi mula mengalami reformasi dan revolusi dalam aplikasi
penggunaannya yang lebih cenderung kepada sains gunaan.Dalam abad ke- 21, teknologi
akan mengalami perubahan secara keseluruhannya sebagai satu bidang yang berasaskan
pengetahuan sains, ini disebabkan perkembangan teknologi hampir sepenuhnya
bergantung kepada perkembangan pengetahuan dan penyelidikan sains.27
Secara literal, pengertian teknologi ialah kajian tentang hasil penciptaan atau
kerjatangan yang dilakukan oleh manusia bagi memenuhi keperluan kehidupan mereka.
Bagaimanapun, perkembangan teknologi zaman moden begitu dipengaruhi oleh teori-
teori saintifik berbanding perkembangannya zaman silam. Sebagaimana juga sains,
pengertian teknologi masa kini turut difokuskan dalam ruang lingkup saintifik sehingga
persoalan sains dan teknologi dilihat sama pengertiannya antara satu sama lain. Dalam
konteks masa kini, pengertian teknologi yang sesuai dengan fokus tersebut ialah kajian
terhadap hasil penciptaan atau kerjatangan manusia yang bersifat saintifik dalam
memenuhi keperluan kehidupan manusia zaman moden28.
Perbincangan di atas menunjukkan bahawa sains dan teknologi bergantung antara
sama lain29.Kedua-dua bidang ini telah mengubah cara hidup masyarakat secara berkesan
semenjak peradaban awal manusia.30Selain itu juga, wujud hubungan yang erat antara
sains dan teknologi. Rajah atau carta hubungan antara keduanya telah digariskan oleh
Poh Swee Hiang bagi menghuraikan elemen tersebut. 31 Sains berasal daripada timbulnya
persoalan berkaitan alam semulajadi, manakala teknologi adalah berpunca daripada
permasalahan pengubahsuaian manusia terhadap persekitaran.
Sains mengemukakan kaedah inkuiri dan teknologi mengaplikasikan strategi
penyelesaian masalah yang timbul.Sains berupaya mencadangkan penjelasan untuk
fenomena alam semula jadi, dalam pada itu teknologi pula mencadangkan penyelesaian
kepada masalah pengubahsuaian manusia terhadap persekitaran.Sehubungan itu juga,
sains berkai rapat dengan persoalan baru, teknologi berhubungkait denga permasalahan
baru. Pada akhir resolusi, kedua-dua susur galur kriteria sains dan teknologi ini akan
diaplikasikan terhadap aspek sosial bagi memperolehi penjelasan dan penyelesaian

26
Poh Swee Hiang, (1996), op-cit, hlm. 18.
27
Siow Heng Loke, (2002), Dasar-dasar Penting Bagi Pembangunan Pendidikan Sains Ke Arah Pembinaan
Negara Maju, dlm. Sufean Hussin (pngr.), Dasar Pendidikan Progresif Perspektif Makro Dan Mikro,
Kuala Lumpur:Utusan Publications, hlm. 66.
28
Mohd. Zuhdi Marzuki, (2000), Pengajian Sains, Teknologi Dan Masyarakat: Satu Pendekatan Bersepadu
Ke Arah Wawasan 2020, dlm. ,Abdul Latif Samian dan Mohammad Sabri Haron, (pnyt. ), Pengajian
Umum Di Alaf Baru, Persidangan Kebangsaan, Pusat Pengajian Umum UKM, (18-19 April 2000),Bangi:
Pusat Penerbitan Dan Teknologi Pendidikan UKM, hlm. 279.
29
Abdul Wahab, (1988), op-cit, hlm. 15.
30
Helga Nowotny, (1984), Knowledge Without Science: Science Without Knowledge, dlm. Ziauddin
Sardar, The Touch Of Midas: Science, Values And Environment In Islam And The West, Manchester
University Press, hlm. 56. Lihat juga, Ziauddin Sardar, (1994), Strategi Dunia Islam Abad Ke- 21, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, hlm. 1-2.
31
Poh Swee Hiang, (1996), op-cit, hlm. 19.
masalah. Seterusnya, plan tindakan dibentuk berasaskan penjelasan dan penyelesaian
terhadap persoalan dan permasalahan baru yang timbul.
Walaupun wujud perbezaan secara makro, iaitu sains tertumpu kepada teori
tentang fenomena, manakala teknologi tertumpu kepada aplikasi sains kepada kehidupan
harian. Dalam nada yang lain, sains dan teknologi sering dibayangkan sebagai bidang
yang bersifat teorikal ( merujuk kepada sains) dan teknikal ( merujuk kepada teknologi)
digarapkan secara bersama dalam proses aplikasi dan adaptasinya. 32 Namun, kewujudan
hakikat yang tidak dapat dinafikan bahawa, sains dan teknologi saling berkaitan antara
keduanya demi membolehkan manusia memahami alam kejadian dan sekaligus
meningkatkan keselesaan hidup33.

SEJARAH PERKEMBANGAN AWAL PENGAJIAN SAINS DAN TEKNOLOGI

Pengajian sains dan teknologi berkembang seiring dengan perkembangan pola


ketamadunan kehidupan manusia di alam sejagat ini. Sejarah ketamadunan manusia
memerlukan usaha manifestasi nilai-nilai yang tersendiri di dalam ruang lingkup
perspektif hidupnya. Kenyataan di atas dapat dibuktikan dengan sandaran kukuh terhadap
kesimpulan yang dibuat tentang sains itu sendiri, iaitu sains merupakan nilai-nilai yang
tersendiri dan meliputi kegiatan kebudayaan yang terbentuk oleh pandangan hidup orang
yang berkenaan34.
Disiplin sains dan teknologi telah berkembang secara tersusun dengan
berdasarkan objek kajian yang tersendiri. Objek kepada displin sains ialah alam tabi’i,
bagi teknologi pula hasil penciptaan manusia dalam kehidupan sebagai objek fokus.
Objek kajian dalam disiplin sains dan teknologi telah dibahagikan lagi kepada kategori-
kategori yang berbeza lalu mewujudkan pula sub- pengetahuan yang tersendiri 35. Namun
tidak dinafikan bahawa perkembangan sains dan teknologi perlu digarapkan secara
bersama bagi merealisasikan pembangunan dan kemajuan yang pesat dalam kehidupan
manusia.
Selain itu, terdapat pandangan yang lebih bersifat subversif iaitu perkembangan
sains dan teknologi sejajar dan serentak dengan penciptaan manusia 36. Perkembangan ini
berlaku disebabkan penggarapan unsur intelektual dan naluri semula jadi ingin tahu
manusia telah meransangnya untuk mengenal serta mamahami sifat persekitarannya dan
sebab- sebab penciptaannya.Oleh itu, evolusi setiap tamadun di muka bumi ini, bahkan
kemajuan kendiri manusia seluruhnya berdasarkan sains dan teknologi. Ianya berperanan
luas dalam proses manusia mengumpulkan kekayaan, merebut lebih banyak sumber dan
meluaskan wilayah37.
Jelas di sini, bahawa di sebalik ketamadunan manusia itu wujud satu dorongan
dan ransangan positif terhadap perkembangan sains dan teknologi. Sikap manusia

32
Mohd Zuhdi Marzuki, (2000) , op-cit. , hlm. 278.
33
Ismail Ibrahim, (1994), Wawasan 2020: Ke Arah Peningkatan Kualiti Ummah, dlm. Nik Mustapha Nik
Hassan (pynt.), Pembangunan Ummah Ke Arah Wawasan 2020, Kuala Lumpur: IKIM, hlm. 22-23.
34
Ziaddin Sardar, (1976), Sains, Teknologi Dan Pembangunan Di Dunia Islam, (terj. ) Shaari Abdullah,
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, hlm. 20.
35
Mohd. Zuhdi Marzuki, (2000), Pengajian Sains, Teknologi dan Masyarakat, op-cit. ,hlm. 279.
36
M. Husain Sardar, (1984), Science And Islam: Is There A Conflict, dlm. Ziauddin Sardar, The Touch Of
Midas, Manchester University Press, hlm. 15.
37
Ibid.
terhadap alam semula jadi dan usaha- usaha untuk menyelesaikan masalah- masalah serta
memenuhi keperluan- keperluan tertentu merupakan faktor pemangkin terhadap
perkembangan pengajian sains dan teknologi itu sendiri38. Pengkajian terhadap sejarah
perkembangan pengajian sains dan teknologi perlu mengambil kira sumbangan dan
peranan sains dan teknologi terhadap kehidupan manusia.
Kajian sejarah sains di zaman tamadun awal sehingga zaman moden
menunjukkan bahawa setiap tamadun dunia telah memberikan sumbangan terhadap
perkembangan sains dan teknologi. Carta sejarah perkembangan sains yang dikemukakan
oleh Poh Swee Hiang menunjukkan dengan jelas aliran perkembangan sains dan
teknologi dalam sejarah ketamadunan manusia39. Bermula sejak tahun 3500 sebelum
masihi dikenali zaman tamadun awal wujud dalam sistem kerajaan iaitu Babylon dan
Mesir Purba. Pada tahun 1000 sebelum masihi wujud sains dan teknologi dalam tamadun
Yunani, India dan Cina yang diklasifikasikan sebagai tamadun klasik. Zaman tamadun
moden pula terdiri daripada tiga zaman iaitu Islam, Eropah Renaisans dan Eropah Moden
pada tahun 500 masihi.
Oleh itu kita harus, sedar bahawa sains yang kini dikenali sebagai sains moden
bukan semata- mata hasil usaha saintis barat atau Eropah. Hasil sains yang dipelajari hari
ini merupakan pengumpulan maklumat dan dapatan kajian daripada semua tamadun
manusia yang telah mengambil masa lebih daripada lima ribu tahun.
Kronologi sejarah perkembangan sains dan teknologi dalam tamadun manusia
turut direkodkan oleh George Sarton dalam karya agungnya History Of Science sebanyak
lima jilid. Beliau telah membahagikan sejarah perkembangan ini kepada empat zaman
utama secara umumnya. Peringkat-peringkat perkembangan tersebut antaranya ialah40:
i) Tahun 450 SM- 500 M dikatakan sebagai zaman Plato (Tamadun Yunani)
ii) Tahun 600 M- 700 M, disifatkan sebagai keunggulan tamadun Cina.
iii) Tahun 750 M- 1100 M merupakan zaman kegemilangan Sains Muslim.
iv) Selepas tahun 1100 M pula dianggap zaman kecemerlangan Sains Barat.
Sekiranya analisis dilakukan secara khusus pula, setiap zaman selama separuh
abad, Sarton mengaitkan setiap separuh abad itu dengan seorang tokoh utama.Menurut
beliau, sesetengah daripada zaman tersebut diwakili seorang tokoh seperti berikut:
Tahun Zaman
450- 400 SM Plato
400- 350 SM Aristotle
350- 300 SM Euclid
300- 250 SM Archimedes
500- 550 M Aryabhat I
600- 650 M Hsilian Tsang
650- 700 M I- Ching
700- 750 M ……..
750- 1100 M Turutan zaman yang tidak terputus.
750- 800 M Jabir
800- 850 M Khawarizmi
38
Mohammad Abu Bakar, (1991), Konsep Kemajuan Moden Dan Komitmen Kehidupan Muslim, dlm.
Islamika IV, Kuala Lumpur: Gateway Publishing House, hlm. 223-224.
39
Poh Swee Hiang, (1996), op-cit. , hlm. 28.
40
Sarton, G, (1967), Introduction To The History Of Science, V. 1, The University Of Cambridge Press,
hlm. 23.
850- 900 M Razi
900- 950 M Mas ‘udi
950- 1000 M Abul- Wafa
1000- 1050 M Biruni dan Ibn. Sina
1050- 1100 M Khayyam
1100- 1150 M Ibn. Rushd
1150- 1200 M Ibn. Nafis dan Tusi
1200- Seterusnya Gerard, Roger Bacon dan
Jacob Anatoli.
Kronologi di atas telah membuktikan bahawa sejarah sains dan teknologi telah
mengalami beberapa fasa penting dalam perkembangannya.Ketiga-tiga versi peringkat
perkembangan sains dan teknologi dalam ketamadunan manusia di atas juga
menggambarkan dengan jelas bahawa perkaitan yang erat antara setiap tamadun tersebut.
Dengan kata lain, wujud adaptasi dan asimilasi bagi tamadun terkemudian dengan yang
terdahulu41, sekaligus menjadi pemangkin kepada perkembangan sains dan teknologi
yang mapan dan berterusan.
Cuma faktor geografi menyebabkan negeri China terpencil daripada dunia luar.
Oleh itu, ilmu sains dan teknologi China agak berlainan daripada tamadun selainnya dan
sumbangan sains dan teknologinya juga amat terhad kerana tidak tersebar keluar. 42Selain
itu, perkembangan ini juga melalui satu proses pemindahan sains dan teknologi yang
turut menyumbang dalam kesinambungan kemajuan ilmu tersebut.
Untuk menjelaskan konteks pemindahan ini, Salam telah merekodkan suasana
saintifik pada peringkat awal seperti yang berikut:
Tujuh ratus enam puluh tahun lalu, seorang anak muda berbangsa Scotland
meninggalkan kampung halamannya, Glens, untuk merantau ke selatan, ke
Toledo di Sepanyol. Namanya Michael dan matlamatnya adalah untuk tinggal
dan bekerja di Universiti Arab di Toledo dan Cordova, tempat Musa bin
Maimoun, seorang cendiakawan agung Yahudi Zaman Pertengahan, pernah
mengajar pada generasi sebelum itu. Michael tiba di Toledo pada tahun 1217.
Sebaik saja tiba di sana, beliau memulakan projek memperkenalkan Aristotle
kepada Eropah Latin. Beliau menterjemah bukan daripada bahasa Greek asal
yang beliau tidak tahu, sebaliknya daripada terjemahan Arab yang pada masa itu
diajar di Sepanyol. Michael berpindah dari Toledo ke Sicily, ke istana Maharaja
Fredrick II. Semasa melawat sekolah perubatan di Salerno, Michael bertemu
dengan Hendrick Harpenstraeng, pakar perubatan berbangsa Denmark, yang
kemudian menjadi pakar perubatan istana untuk Raja Eric IV Waldemarsson.
Hendrick pergi ke Salerno untuk menulis karya tentang pengeluaran darah dan
pembedahan. Sumber rujukan Hendrick ialah kanun perubatan yang ditulis oleh
doktor pakar agung Islam, iaitu al- Razi dan Ibn Sina, yang hanya boleh
diterjemah oleh Michael yang berbangsa Scotland ini.
Oleh yang demikian, situasi ini telah memulakan perpindahan sains seperti yang
dijelaskan oleh Salam lagi:

41
Dictionary Of The History Of Ideas, (1973), (pnyt. ) Philip P. Wiener, dlm. Seyyed Hossein Nasr,
Islamic Conception Of Intellectual Life, New York: Charles Sribner’s Sons, hlm. 638- 652.
42
Poh Swee Hiang, (1996), op-cit. , hlm. 35.
Penilaian antarabangsa yang paling diingati berhubung dengan kerjasama
saintifik yang diadakan di Toledo dan Salerno, yang melambangkan sistesis
terbaik ilmuan Arab, Greek, Latin dan Yahudi. Ilmuan yang datang ke Toledo
dan Salerno bukan saja dari negara kaya di Timur seperti Syria, Mesir, Iran dan
Afghanistan, tetapi juga dari negara membangun di Barat seperti Scotland dan
Scandinavia. Seperti sekarang, pada masa itu juga terdapa halangan dalam
perhimpunan sains kerana wujud perbezaan ekonomi dan taraf cendiakawan
bahagia berlainan dunia. Orang seperti Michael yang berbangsa Scotland dan
Hendrick Harpenstraeng yang berbangsa Denmark memang luar biasa. Mereka
tidak mewakili mana- mana aliran penyelidikan yang terkenal di negara mereka
sendiri sehinggakan guru mereka di Toledo dan Salerno meragui kewajaran dan
kepentingan melatih mereka dalam penyelidikan saintifik termaju. Kita akan lihat
bagaimana perbezaan saintifik ini terjadi sedangkan orang Islam terus
memegang keseluruhan bidang saintifik ini selama 350 tahun, iaitu sejak 750 M
sehingga 1100 Masihi. Selepas 1350 Masihi, dunia Islam mula merosot dan
dalam abad ini kita dapati kitaran yang dimulakan oleh Michael yang berbangsa
Scotland menjadi kitaran lengkap dan kita yang berada dalam negara Islam
inilah yang memandang ke Barat untuk sains!43
Selain itu, sejarah telah mencatatkan tentang zaman kegemilangan tamadun Islam,
masyarakat Islam sendiri telah membina satu tradisi sains yang telah mendorong
kelahiran dan pertumbuhan sains moden di Eropah.Sains Islam telah memperolehi
kejayan yang cemerlang dalam semua bidang sains, daripda astronomi, sains hayat dan
ilmu senibina pada zaman perkembangan Islam dalam tempoh lebih kurang antara abad
ke- 7 Masihi hingga ke- 16 Masihi44.
Kenyatan yang sama turut dikongsi dan diakui oleh Barat tentang peranan yang
dimainkan oleh tamadun Islam dalam memperkenalkan sainsnya kepada Eropah iaitu
melalui institusi- institusi pendidikan di Andalusia pada abad ke- 13 Masihi. Situasi dan
realiti ini diulas oleh Draper iaitu seorang sarjana Barat, ulasan beliau tentang sejarah
pembangunan intelektual Eropah ini telah direkodkan oleh Abdul Wahab seperti
berikut45:
Hampir lapan ratus tahun di bawah pemerintahan umat Islam, Islam Sepanyol
menjadi teladan kepada Eropah. Sebagai sebuah negara yang bertamadun tinggi
dan berilmu, kemajuan dalam bidang seni, sastera dan sains di Sepanyol tidak
ada tandingan di seluruh Eropah. Penuntut- penuntut datang dari Negeri
Perancis, Jerman dan England untuk mendapatkan ilmu pengetahuan yang ada
di bandar- bandar orang Islam Sepanyol. Matematik, ilmu Falak, Sains Hayat,
Sejarah, Falsafah dan Undang- undang hanya boleh dikuasai oleh Sepanyol
sahaja.
Di sini jelas, kita lihat proses pemindahan sains dan teknologi daripada
ketamadunan Islam melalui pendidikan dan pengajiannya merupakan aset terpenting
dalam perkembangan sains dan teknologi. Bidang pengajian sains dan teknologi dapat
distrukturkan secara berkesan kerana keduanya merupakan disiplin pengajian yang

43
Salam, A, (1980), Across The Border With Science, Physics Buletin, 31, hlm. 244.
44
Sulaiman Noordin, (1979), Sains Barat Moden Dan Percanggahannya Dengan Islam, Selangor: Nuur
Publications, hlm. 6.
45
Abdul Wahab Ismail, (1989), op- cit. , hlm. 17.
sistematik46 serta tidak dapat dinafikan bahawa peranan sains dan teknologi dalam
kehidupan manusia amat besar, malah ianya juga berfungsi dalam menentukan corak
kehidupan manusia sejagat.47
Selain itu, apa yang dikekalkan dan dikembangkan oleh ahli sains Islam dalam
tempoh 500 tahun berikutnya menjadikan ianya pemangkin utama dalam kebangkitan
semula dunia Barat pada abad selepasnya.Ini merupakan satu jasa besar Islam terhadap
sains moden.48 Tamadun saintifik Barat moden hanya beberapa ratus usianya, tetapi
banyak hasil yang telah dicapai terutamanya dalam 50 tahun kebelakangan ini benar-
benar mengubah senario ini. Tamadun saintifik Barat telah mendahului hampir semua
tamadun lain termasuk tamadun Hindu, China dan Islam.49
Perkembangan sains Barat atau diistilahkan sebagai sains moden berhubung- kait
dengan perkembangan tamadun Barat. Malah perkembangan tamadun Barat yang
mencorakkan dunia hari ini sehingga menjadikan keseluruhan epilognya seolah- olah
sebuah dunia Barat yang besar ( The Great Western World) begitu didorong oleh
pembangunan sains dan teknologinya. Kejayaan tamadun Barat untuk mempersatukan
sains dan teknologi seterusnya memanfaatkannya dalam aktiviti ekonomi dan
pembangunan sektor sosial, telah dilihat sebagai satu keajaiban yang diistilahkan oleh
Ziauddin Sardar sebagai sentuhan Midas.50

HISTORIOGRAFI SAINS DAN TEKNOLOGI ISLAM

Sains dan teknologi Islam telah wujud seiring dengan penciptaan manusia
pertama iaitu nabi Adam ‘Alaihi al- Salam, iaitu sebelum al- Quran ditanzilkan. Sumber
ilmu yang utama adalah daripada Allah s. w. t. yang mengajar ilmu menulis dan
membaca termasuk teknologi yang ditanzilkan kepada manusia melalui para nabi51.
Sejarah manusia pertama adalah berkaitan dengan konsep khalifah atau wakil Allah di
muka bumi.52 Secara rasional dan logiknya Allah telah menyampaikan ilmu dan juga
kemahiran kepada Adam a. s bagi kelancaran hidupnya dan zuriat di dunia ini. Jelas di
sini, bahawa sains dan teknolgi Islam bermula sebelum al- Quran ditanzilkan, Allah telah
mentanzilkan sains dan teknologi kepada Adam a. s dan zuriatnya. Historiografi Islam
tidak meminggirkan tasawwur asas Islam, iaitu meliputi konsep al-Din, kenabian,
khalifah dan konsep tauhid yang agung.53
Gerakan intelektual umat Islam bergerak lancar seiring dengan pengutusan Nabi
Muhammad S. A. W sebagai Rasulullah pada tahun 610 Masihi dan sewaktu dengan
penurunan al- Quran .54Tidak dapat dinafikan lagi, bahawa sumber primer tamadun Islam
46
David Layton, (1992), Science And Technology Teacher Training And Professional Development: The
Quest For Quality, dlm. , Innovations In Science And Technology Education, Jld. IV, Paris: UNESCO, hlm.
9- 18.
47
Mohd Zuhdi Marzuki, (2000), op- cit. , hlm. 275.
48
Mohammad Ilyas, (2003), Astronomi Islam Dan Perkembangan Sains: Kegemilangan Masa Lalu
Cabaran Masa Depan, (terj. ), Juneta Zawawi & Norlida Jantan, Selangor: UITM, hlm. 17.
49
Ibid.
50
Ziauddin Sardar, (1984) , The Touch Of Midas, Manchester: University Press, hlm. 1.
51
Al- Quran, Surah Al-‘Alaq, ayat 1-5.
52
Al- Quran, Surah al- Baqarah, ayat 30. , Surah Fathir, ayat 39, surah Yunus, ayat 14.
53
Osman Bakar, (1994) , Ilmu Tauhid Berasaskan Kajian Saintifik, Dlm. (pnyt. ) Ismail Ibrahim Dan Mohd
Sahri Abdul Rahman, Ilmu Dan Kecemerlangan Dari Perspektif Islam, Kuala Lumpur: IKIM, hlm. 7-8.
54
Madkur, Ibrahim, ( 1954) , Durus Fi Tarikh Al-Falsafah, Kaherah: Matba’ ah Madkur, hlm. 54- 55.
serta evolusi pembentukan sains Islam, di sekitar seratus tahun pertama Hijrah,
mempunyai hubungan erat dengan epistemologi pengajian Islam. Al-Quran dan al-
Sunnah yang sarat dan padat dengan rujukan dan anjuran serta dorongan terhadap umat
Islam agar menuntut ilmu, mempelajari, menganalisa dan menganjurkan penggunaan akal
semaksimum mungkin untuk manfaatnya.55 Menurut Sayyid Muhammad Hussein
Tabataba’i, beratus- ratus ayat al- Quran memaparkan penghargaannya terhadap
kedudukan dan peranan ilmu pengetahuan dalam kehidupan insan serta menstimulasikan
setiap individu muslim agar mencari, mengkaji, mengumpul dan memanfaat ilmu
pengetahuan.56
Malah sebagaimana penekanan yang diberikan oleh Dr Ali Sami Al- Nasyar,
seluruh perbahasan falsafah dalam budaya ilmu Islam adalah berdasarkan hujah- hujah
al- Quran. Sumber agung tersebut, berulang kali menyeru supaya manusia memerhatikan
dengan teliti segala kejadian ciptaan Allah s. w. t. Selanjutnya, beliau menegaskan bahwa
kaedah Qiyas dan metodologi penyelidikan telah dicetuskan sejak generasi pertama Islam
lagi. Fenomena positif ini, adalah sumber inspirasi dan motivasi bagi umat Islam untuk
mengkaji, menyelidik dan meneroka pelbagai kaedah dan prosedur pengujian dan
observasi dalam perkembangan ilmu pengetahuan mereka.57
Selain itu, ketamadunan Islam yang berpaksikan peradaban keilmuan Islam yang
terkandung di dalam sumber agung ajaran Islam, dalam masa yang sama turut
mengaplikasi proses adaptasi dan asimilasi daripada ketamadunan asing yang tidak
bercanggah dengan ajarannya. Syed Hossein Nasr, telah menegaskan bahawa sumber
pemangkin ketamadunan Islam terdiri daripada:58
i) Kekuatan ajaran Islam sendiri yang bersumberkan al- Quran dan al-
Sunnah nabi Muhammad s. a. w.
ii) Tamadun- tamadun yang membangun sejajar dengan perkembangan Islam
dalam masa yang sama ianya tidak bercanggah dengan prinsip- prinsip
Islam.
Sifat keterbukaan yang wujud dalam budaya ketamadunan dan keilmuan Islam ini
merupakan faktor dalaman yang mendorong penguasaan sains dan teknologi yang
cemerlang dan gemilang, serta aplikasi dan implikasi sains dan teknologi juga menjadi
lebih realistik dan bukan sekadar mistik. Dalam memperkatakan bahawa perkembangan
sains dan teknologi dalam ketamadunan Islam, adalah terhasil daripada interaksi dan
integrasi mantap antara sumber agung ajaran Islam dan adaptasi sumber keilmuan asing,
Dr. C. A Qadir telah merumuskan bahawa pembahagian ilmu yang merujuk kepada
sumber- sumbernya di dalam sejarah dan tamadun Islam adalah seperti berikut59:
i) Ilmu yang berpunca daripada sumber- sumber wahyu; al- Quran dan al-
Sunnah.
ii) Ilmu yang lahir daripada sumber hikmah atau yang disebut ilmu Laduni.

55
Sardar, Z, (1989) , Explorations In Islamic Science, London & New York: Mansell Publishing Limited,
hlm. 11.
56
Al-Tabataba’ i, Sayyid Muhammad Hussein, (1984) , Al- Quran Fi Al- Islam, Tehran: Markaz ‘Ilam Al-
Dhikra Al-Khamisah Li Intisar Al-Thawrat Al- Islamiah Fi Iran, hlm. 3.
57
Al- Nasyar, ‘Ali Sami, (1962) , Nasy’ at Al-Fikr Al-Falasafi Fi Al- Islam, Iskandariah: Mansya’ Al-
Ma’arif, hlm. 4.
58
Nasr, S. H. , (1984) , Science And Civilization In Islam, Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Fajar, hlm. 21
59
Qadir, C. A. , (1988) , Philosophy And Science In The Islamic World, London & New York: Croom
Helm Ltd. , hlm. 9
iii) Ilmu yang disebut sains intelek.
Sehubungan itu juga, Syeikh Syaltut dalam mukaddimah tafsirnya, turut
mengemukakan cabang- cabang ilmu berikut yang terhasil dan terkandung dalam
pengajian Islam sejak kebangkitan awal Islam. Antaranya:60
1. Nahu
2. Kesusasteraan Arab
3. Bacaan Al- Quran ( tajwid dan qira’at)
4. Tafsir Al- Quran
5. Fiqh
6. Usul Al- Din
7. ‘Ilmu Kalam
8. Sejarah
9. Perancangan bandar dan Wilayah ( pentadbiran)
10. Astronomi
11. Perubatan
12. Sains Haiwan (zoologi)
13. Sains Tumbuhan (botani)
Kesimpulannya, al- Quran dan al- Sunnah merupakan penggerak dan pencetus
serta pendorong terawal yang telah memperkembangkan ilmu budaya Islam dalam
pelbagai bidang. Ia juga berperanan dalam memotivasikan umat Islam agar berusaha
meneroka dan membongkarkan berbagai lapangan keilmuan yang merangkumi ilmu
berteraskan akal, sains tabi’i dan sains berbentuk teknikal yang pada peringkat awal
perkembangannya adalah melalui terjemahan karya- karya asing ke dalam bahasa Arab.
Selain itu juga, Islam sebenarnya telah mengadakan suatu sintesis terpenting
dalam sejarah peradaban insan. Perkembangan pesat ketamadunan Islam terbukti telah
menyaingi tamadun- tamadun lain yang terdahulu dan yang terkemudian. Ini terhasil
daripada selain kekuatan dalaman yang berpaksi kepada dua sumber dogmatik, iaitu al-
Quran dan al-Sunnah yang melahirkan kegiatan intelektual Islam yang dinamis dan
kreatif, mereka juga turut menyerapi, mengasimilasi dan seterusnya menyaringi warisan
daripada ketamadunan terdahulu.61
Dalam erti kata yang lain, al- Quran dengan ruh atau semangat penerokaan ilmu
telah mengimplimentasikan semangat universalisme, globalisme dan internasionalisme di
kalangan umat Islam. Sehubungan itu, proses stimulasi berlaku di kalangan umat lslam
untuk mengaplikasikan dan merealisasikan usaha adaptasi dan asilamilasi unsur- unsur
tamadun lain dalam rangka mengukuhkan peradaban Islam. 62 Sifat dan sikap keterbukaan
budaya ilmu Islam ini merupakan pra- syarat utama dalam pembangunan dan
perkembangan sains dan teknologi era ketamadunan Islam.
Dalam pada itu, wujud keserasian dan kesesuaian yang jitu antara agama Islam
dan perkembangan sains dan Teknologi itu sendiri, serta dikatakan bahawa Islam dan
sains tidak wujud sebarang konflik atau pertentangan 63. Malah anjuran dan dorongan
agama Islam terhadap umatnya dalam usaha penyelidikan saintifik amat realistik 64. Hujah
60
Syaltut, Mahmud, (1981) , Tafsir Al- Quran Al- Karim, Beirut & Kaherah: Dar Al- Syuruq, hlm. 5- 7.
61
Dictionary Of The History Of Ideas, (1973), (pnyt. ) , Philip P. Wiener, dlm. , Nasr. S. H. , Islamic
Conception Of Intellectual Life, jld. II, New York: Charles Scribner’s Sons, hlm. 638- 652.
62
Nasr, S. H. , (1984) , op-cit, hlm. 23.
63
Nasim Butt, (1991) , Science And Muslim Societies, London: Grey Seal Books, hlm. 45.
64
Mohd Ilyas, (2003) , op-cit, hlm. 11.
ini diperkukuhkan lagi bahwa, sebelum umat Islam mendalami sains silam daripada
budaya ilmu asing, mereka sebenarnya, telahpun dipersiapkan dengan tradisi ajaran Islam
yang kaya dan unik itu.65
Dalam konteks asimilasi sains asing oleh peradaban Islam dalam kebangkitan
tradisi sainsnya, terutamanya sains Yunani, sarjana yang menyusun ensaiklopedia Islam
terkemuka, Ibn Al-Nadim atau nama sebenarnya Muhammad Bin Ishaq telah
mengklasifikasikan sains Yunani ini di bawah komponen ‘Ulum al- Awail atau The
Ancient Science (sains silam atau klasik). Antara karya sejarah sains beliau yang
teragung ialah Al- Fihrist yang ditulis sekitar tahun 987. Mengenai bermulanya
perkembangan sains pesat pada zaman Al- Ma’mum, ialah disebabkan mimpi al-
Ma’mum bertemu dan berdialog dengan Aristotle. Menurut Al- Nadim, mimpi tersebut
memberi impak yang besar kepada usaha menterjemahkan buku sains Yunani.66
Fakta sejarah sains Islam tidak menafikan berlaku pertembungan Islam dan dan
Yunani, iaitu penghijrahan ilmu Yunani ke Timur semasa kempen perluasan jajahan oleh
Iskandar Zulkarnain pada abad ke- 4 sebelum masihi67. Namun metodologi penyaringan
dan penyulingan ilmu sains Yunani diaplikasikan sepenuhnya bagi menyesuaikannya
dengan ruh Islam. Faktor lain yang mendorong usaha adaptasi dan asimilasi sains
daripada tamadun asing juga disebabkan faktor kesejagatan atau globalisasi sains tabi’ i
dalam semua tamadun. Selain itu menurut pandangan Ibn Hazm (m. d. 1064 ) seperti
yang direkodkan oleh Hairudin Harun68, sifat atau kriteria kesejagatan ini mungkin
merupakan faktor perangsang sains tamadun asing diterima baik oleh umat Islam.
Sehubungan itu, kepentingan pernyataan bahawa Islam bersifat terbuka terhadap proses
penyerapan dan pemindahan sains dan teknologi asing disamping proses penyaringan dan
penyulingan diaplikasikan bersama, adalah untuk menyangkal dan menafikan teori para
orientalis Barat yang diwakili Ignaz Goldziher 69 yang mendakwa bahawa sains dan
falsafah yang wujud dalam budaya ilmu Islam sejurus setelah pertembungan dengan
budaya ilmu asing. Malah mereka menganggap sains Yunani adalah unsur atau
mekanisme yang paling berpengaruh meresapi budaya ilmu Islam70.

PERBANDINGAN PEMIKIRAN SAINTIFIK ISLAM DAN BARAT


Perbandingan yang jelas antara pemikiran sains Islam dan Barat dapat dianalisa
secara statistik seperti berikut:71
Pola Sains Barat Sains Islam
1. Mengimani kerasionalan Mengimani Wahyu
2. Sains Untuk sains Sains hanyalah sebagai alat untuk mencari
keredhaan Allah : satu bentuk pengabdian
65
Qadir, C. A. , (1988) , op-cit, hlm. 24- 27.
66
Ibn Al- Nadim, ( t. t. ) , Al- Fihrist Li Ibn Al- Nadim, Kaherah: Al- Maktabah Al- Tijariah Al- Kubra,
hlm. 345- 411.
67
Al- Andalusi, Said, (t. t. ) , Tabaqat Al- Umam, Cairo, Dlm. Rosenthal, F. , (terj. ) , The Classical
Heritage In Islam, London, hlm. 22- 26.
68
Hairudin Harun, ( 1992) , Daripada Sains Yunani Kepada Sains Islam, Kuala Lumpur: Penerbitan
Universiti Malaya, hlm. 14.
69
Goldziher, Ignaz, (1967) , Muslim Studies, (pnyt. ) S. M. Stern, jld. 2, London: George Allen & Unwin
Ltd, hlm. 121.
70
Lindberg, David, (1978) , The Transmission Of Greek And Arabic Learning To The West, Dlm. ,(pnyt. )
D. Lindberg, Science in The Middle Ages, London, hlm. 52-90.
71
Ziauddin Sardar,(1989), Explorations In Islamic Science, London And New York: Mansell, hlm. 95-97.
yang ada fungsi rohani dan soaialnya.
3. Satu- satunya kaedah untuk Terdapat banyak kaedah yang berasaskan
mengetahui kebenaran. kepada penaakulan dan juga wahyu samaada
berbentuk objektif atau subjektif. Semuanya
adalah sah.
4. Sikap bebas emosi ( neutral ) Emosi perlu meningkatkan pengetahuan
sebagai kunci mencapai sains dari segi rohani dan sosial.
kerasionalan.
5. Tidak memihak – seorang ahli Memihak kepada kebenaran ; jika sains
sains seharusnya meminati suatu bentuk pengabdian , ahli sains mesti
ciptaan ilmu baru dan natijah mengambil kira akibat yang timbul daripada
penggunaannya. penemuannya. Ibadat adalah amalan dan
natijahnya mesti baik. Jika tidak ahli sains
hanyalah ejen yang tidak bermoral.
6. Ketiadaan sikap berat sebelah. Adanya kesubjektivitian ; arah sains adalah
Pengsahan pernyataan sains subjektif. Pengesahan pernyataan
hanya bergantung kepada bergantung kepada operasi pembuktian niat
operasi pembuktian dan tidak dan juga pandangan hidup sendiri.
pada orang yang membuatnya Pengakuan adanya subjektiviti memaksa
ahli sains mengaku kelemahan diri.
7. Menangguh pemutusan – Latihan pemutusan – kenyataan sains selalu
kenyataan sains dibuat hanya dibuat dengan bukti yang tidak
berdasrkan asas bukti yang meyakinkan ;ahli sains perlu mampu
meyakinkan. membuat keputusan bila berhadapan dengan
bukti yang tidak meyakinkan ; apabila
sampai masa yang bukti meyakinkan telah
dikumpul , mungkin terlalu lewat untuk
melakukan sesuatu tentang akibat- akibat
yang telah merosakkan itu.
8. Penurunan cara dominan Sintesis sebagai cara dominan untuk
untuk mencapai kemajuan mencapai kemajuan sains. Ini meliputi
sains. sintesis sains dan sitem nilai.
9. Pemecahan – sains sebagai Holistis- aktiviti sains terlalu kompleks
aktiviti yang kompleks. Oleh untuk diceraikan dan diasingkan kepada
itu dapat dipecahkan kepada bahagian kecil. Sains sebagai interdisiplin,
disiplin , sub- disiplin dan intradisiplin dan holistis.
sub- subdi- disiplin.
10. Kesejagatan- walaupun sains Kesejagatan- hasil kajian sains untuk
bersifat sejagat, namun seluruh manusia. Pengetahuan serta
hasilnya hanya yang mampu kebijaksanaan tidak dapat dijadikan barang
membayar. Oleh itu, tukaran atau jual beli. Merahsiakannya
kerahsian dibolehkan. adalah sikap buruk dan tidak bermoral.
11. Individualisme- ahli sains Orientasi masyarakat : aktiviti adalah fardhu
seharusnya menisahkan diri kifayah atau tanggungjawab sosial , ahli
mereka daripada keprihatinan sains dan masyarakat mempunyai
tentang sosial, politik dan tanggungjawab bersama.
ideologi.
12. Sains tidak baik tetapi juga Orientasi nilai sains seperti kebayakan
tidak buruk. aktiviti manusia, mempunyai nilai, ia
mungkin baik atau patut dipuji, ada juga
buruk dan patut dikeji, contohnya sains
perang saraf.
13. Setia bersama kumpulan : Kesetiaan hanya kepada tuhan dan
hasil pengetahuan baru makhlukNya- pengetahuan sains yang baru
daripada kajian adalah yang adalah satu jalan memahami tanda- tanda
terpenting daripada aktiviti kewujudan tuhan dan seterusnya
lain dan patut diberikan meningkatkan taraf ciptaannya- manusia,
sokongan. haiwan dan persekitaran. Tuhanlah yang
mencipta sains, sebab itu ia mesti disokong
seperti aktiviti umum bukan aktiviti
golongan atasan semata- mata.
14. Kebebasan penuh- kesemua Pengurusan sains : sains merupakan satu
usaha untuk mengawal sumber yang tidak ternilai harganya. Oleh
penyelidikan sains harus itu, jangan disia- siakan dan membiarkannya
ditentang. membawa keburukan dan kebinasaan secara
langsung. Ia perlu diurus dan dirancang
dengan teliti serta seharusnya dijadikan
sebagai subjek etika dan moral.
15. Matlamat menghalalkan cara : Matlamat tidak menghalalkan cara : tidak
disebabkan penyelidikan sains ada keistimewaan di antara matlamat dan
merupakan sesuatu yang baik kaedah sains. Kedua- duanya seharusnya
dan penting untuk halal dan mesti di dalam batas- batas etika
kesempurnaan hidup, semua dan akhlak.
kaedah termasuk penggunaan
haiwan hidup, manusia dan
janin bayi dibenarkan.

Sains dan pemikiran saintifik bagaikan isi dengan kuku. Kedua- duanya tidak
dapat dipisahkan apabila kita membincangkan peranan pemikiran saintifik dalam
pembinaan hukum Islam semasa. Pemikiran saintifik merujuk kepada dua komponen
asas, iaitu falsafah dan kaedah berfikir yang digunakan oleh ahli sains di dalam aktiviti-
aktiviti yang dilaksanakan. Pada falsafah, ahli sains menyoal dan berfikir tentang
kebenaran dan objektif sains. Manakala dari sudut kaedah berfikir pula, pemikiran
saintifik bermaksud kaedah berfikir yang diamalkan oleh ahli sains. Kaedah berfikir ini
mempunyai hubungkait secara langsung dengan matlamat sains. Pemikiran saintifik
merupakan satu kemahiran untuk berfikir mengenai alam dan fenomenanya mengikut
satu set kaedah dan metodologi yang spesifik. Kaedah- kaedah yang spesifik
termasuklah;72
a) Persoalan yang dikaji

72
Abdul Latif Samian & Khairul Anwar Mastor, (2003), Perkembangan Sains Dan Peradaban Manusia,
Bangi: Penerbit UKM, hlm. 127.Lihat juga, Ainon Mohd & Abdullah Hassan, (2003), Belajar Berfikir,
Pahang: PTS Publications& Distributor Sdn. Bhd. , hlm. 227- 246.
b) Teori dan konsep yang berkaitan
c) Merangka dan menguji hipotesis
d) Merekabentuk eksperimen atau kajian
e) Memahami apa yang dicerapkan dalam eksperimen
f) Membuat inferens dari hasil kajian
g) Mengaitkan data dengan teori yang mendasari kajian
h) Membuat kesimpulan.

Di sini terkandungnya kaedah berfikir secara induksi, deduksi, logik, analogi,


kreatif dan menggunakan statistik dalam setiap langkah yang diaplikasi dalam pemikiran
saintifik73. Kaedah tersebut, memberi implikasi besar dalam memahami dan
memperkembangkan sains sebagai satu bidang ilmu yang dinamik. Sebenarnya elemen
pemikiran saintifik seperti sistematik, formal dan objektif ternyata wujud dalam Islam
bagi memudahkan manusia memahami dan menjalani kehidupan harian dengan lebih
teratur.74 Realitinya, umat Islam tidak dihalang oleh agamanya untuk berfikir secara
saintifik melalui kaedah yang digunakan oleh pemikir Barat, selagi ianya tidak
mempunyai kontradiksi dengan agama.

PERANAN AKAL DALAM ISLAM

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa bersesuaian dengan sifat al-Quran


sebagai Mukjizat pertunjuk yang paling berharga untuk umat manusia yang
dianugerahkan oleh Allah Tuhan pencipta, Pemilik dan Pendidik alam semesta ini, segala
maklumat terperinci yang berkaitan dengan proses menjana konsep intelektual Islam
moden, memang kedapatan dengan cukup menarik sekali di dalam al-Quran. Sebagai
contohnya, pembinaan hukum Islam semasa boleh diperkasakan lagi dengan merujuk
kepada mekanisme berfikir ala Islam yang ditekankan oleh al-Quran.
Bersesuaian dengan pandangan Islam yang menganggap Quran sebagai sumber
utama ilmu pengetahuan yang dianugerahkan kepada manusia oleh Allah, 75 Tuhan dan
Zat yang Maha Agung, kita terpaksa bergantung kepada penerangan al-Quran untuk
mengetahui tentang kemampuan dan potensi akal fikiran manusia. Penerangan al-Quran
ini perlu dikaji secara terperinci dan saintifik 76 serta tidak boleh terhenti setakat itu sahaja
seperti mana dipercayai oleh pendokong aliran Taqlid di kalangan umat Islam.77
Secara jelas kita terpaksa mengakui dan meniru sifat positif yang diamalkan oleh
sarjana barat yang bersifat terbuka dan berterusan di dalam mengkaji sesuatu fenomena
73
Chua Yan Piaw, (2004), Creative And Critical Thinking Styles, Serdang: UPM. , hlm.23-25. Lihat juga,
Jamaludin Tubah, (2002), Ciri- ciri Penyelidikan Tindakan Dari Perspektif Sains Sosial, Dlm. Abdul Rahim
Abdul Rashid (pngr. ) Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Sosial: Teori Dan Amalan, Kuala Lumpur:
Penerbit UM. , hlm. 167- 168.
74
Abdul Halim El- Muhammady, (1993), Perkembangan Undang- undang Islam Dari Zaman Rasulullah
S. A. W Hingga Zaman Penjajahan Barat, Kuala Lumpur: ABIM. , hlm 2, lihat juga, Abdul Rahman
Abdullah, (1996), Pengantar Ilmu Sejarah, Kuala Lumpur: DBP. , hlm. 86- 88.
75
Ramli Awang, Tasawwur Rabbani menurut al-Quran dan sunnah, Kuala Lumpur, 1997, hlm 179-
187.
76
Abul Quasem Muhammad, Mutiara al-Quran, Kuala Lumpur, 1987, hlm x dan M. Quraisy Shihab,
Membumikan al-Quran, Bandung, 1992, hlm 41.
77
Imran Ahsan Nyazee, “ The scope of Taqlid in Islamic law “, dalam Islamic studies, v. XX11, no. 4,
1983, hlm 9-10.
alam dan otak manusia itu sendiri,78 sehingga usaha ini mampu membangunkan tamadun
material yang cukup hebat.
Berdasarkan penerangan al-Quran, kemampuan akal manusia adalah cukup tinggi,
hinggakan ianya mengatasi kemampuan mahkluk Allah yang lain, termasuklah haiwan,
malaikat dan syaitan itu sendiri.79 Apa yang lebih penting lagi, bersesuaian dengan
konsep budaya ilmu Islam, potensi akal ini bukan hanya perlu diketahui secara kosong
semata-mata bahkan perlu terus dibangunkan melalui penyelidikan ilmiah untuk
diterapkan kepada institusi pendidikan.80
Antara kemampuan akal manusia yang diterangkan oleh al-Quran terdiri dari;
(i) Kemampuan melihat dan merenung sesuatu fenomena di alam ini.81 Ianya
termasuk kemampuan mengaitkan hubungan antara sebab dengan akibat
dan menyingkap pelbagai faktor lain yang menyebabkan akibat tersebut.82
(ii) Kemampuan mentafsir dan menganalisa sesuatu fenomena yang ditanggap
oleh pancaindera lain. Ianya termasuklah keupayaan untuk memahami
hikmah sesuatu perkara yang berlaku daripada peringkat teori yang
bersifat abstrak dan mengubahnya menjadi sesuatu yang praktikal untuk
diamalkan, memperbaiki dan memperkembangkannya untuk tujuan
kehidupan.83
(iii) Kemampuan merakam maklumat yang dilalui oleh proses (i) dan (ii) serta
mengingat semula apabila diperlukan untuk kegunaan menyelesaikan
masalah.84
(iv) Kemampuan membuat andaian dan ramalan tentang apa yang bakal terjadi
di masa hadapan. Hal ini kelihatan dengan penekanan yang diberikan oleh
al-Quran terhadap subjek sejarah umat nabi-nabi terdahulu,85 untuk
diambil iktibar oleh umat Islam bagi merangka program perancangan
masa hadapan dengan lebih baik dan terancang.86
(v) Kemampuan tafakur untuk tujuan muhasabah diri, menambah
pengetahuan dan meningkatkan tahap keimanan kepada Allah.87 Dalam
soal ini sarjana Islam telah memecahkan kemampuan ini kepada enam
perkara;88
(a) Bertafakur tentang nikmat kurniaan Allah.
(b) Bertafakur tentang luasnya ilmu Allah.
(c) Bertafakur tentang kelalaian diri dan akibat daripadanya.
(d) Bertafakur tentang kefanaan kehidupan duniawi.

78
Maklumat lanjut tentang kajian sarjana barat tentang potensi akal manusia boleh didapati dalam Abdul
Rahman Abdullah, Falsafah dan kaedah pemikiran, Kuala Lumpur, 2001, hlm 8-15.
79
Abdul Mujib, M. Ag., Fitrah dan keperibadian Islam : Sebuah pendekatan psikologis, Jakarta, 1999,
hlm 49-55.
80
Majid Ersan Kailani, Mendidik peribadi, terj. Muhammad Firdaus, Kuala Lumpur, 1997, hlm 14-15.
81
Quran 4:82; 47:22-24.
82
Quran 29:30; 16:78.
83
Quran 2:164.
84
Quran 3:190-191.
85
Quran 42:13.
86
Abdul Halim el-Muhammady, Tasawwur Islam : huraian konsep dan implikasi dalam kehidupan,
Kuala Lumpur :ABIM, 2002, hlm 95-107.
87
Quran 51:20-21.
88
Abdul Rahman Abdullah, Falsafah dan kaedah pemikiran, Kuala Lumpur, 2001, hlm 90-91.
(e) Bertafakur tentang maut yang pasti dilalui oleh setiap insan.
(f) Bertafakur tentang akhlak, amalan dan hukuman yang bakal diterima.

Dalam soal aturan berfikir ini, kita boleh mengambil iktibar induktif dari penerangan
al-Quran yang mengutuk beberapa aturan berfikir yang tidak sihat dan boleh
menyesatkan seseorang. Secara khusus al-Quran telah menerangkan tiga bentuk dan
aturan berfikir yang tidak sihat, yang amat perlu dijauhi oleh manusia, iaitu;
(i) Berfikir tanpa penggunaan pertimbangan yang waras yang menggunakan
paradigma Taqlid.89
(ii) Berfikir secara pertimbangan yang singkat dan tergesa-gesa.90
(iii) Berfikir tanpa bantuan pakar dan berasaskan maklumat yang tidak tepat yang
tidak diselidiki dengan lebih lanjut.91

Jadi, sebagai ganti kepada ketiga-tiga aturan berfikir di atas, berasaskan semangat al-
Quran sendiri, kita perlu menggunakan aturan berfikir secara ilmiah yang dipakai dalam
pendekatan barat dengan sedikit pembaikian. Antara kaedah ilmiah yang diperlukan
untuk sesuatu proses penyelesaian masalah adalah;92
(i) Mengenalpasti dan memahami premis masalah.
(ii) Mencari sebab dan punca masalah.
(iii) Merancang dan menilai cara penyelesaian yang terbaik, yang didapati dari
proses (i) dan (ii).
(iv) Membuat kesimpulan terhadap sesuatu penyelesaian masalah.

Di dalam tradisi pendidikan Islam, secara khususnya merujuk kepada amalan


pedagogi yang diamalkan pada zaman kegemilangan Islam,93 kita akan mendapati
bagaimana bukan setakat kesemua pendekatan penyelesaian masalah di atas telah secara
kritikal dilaksanakan,94 bahkan kurikulum yang di amalkan amat menekankan kepada
proses latihan budaya berfikir yang kritikal. 95 Lebih tepat lagi institusi pendidikan Islam
bertujuan bukan setakat melahirkan insan yang berilmu, tetapi apa yang lebih penting lagi
adalah bagi melahirkan golongan intelektual yang mampu bertindak menggunakan daya
intelektual (daya kognitif akal yang kritikal). 96 Atas dasar inilah kita mendapati
kurikulum pendidikan Islam silam merangkumi;
(i) kaedah hafalan bagi latihan menghidupkan potensi akal untuk merakam dan
mengingat sesuatu fakta dengan tepat dan betul.97

89
Quran 17:36.
90
Quran 24:15-17.
91
Quran 4:83.
92
Maklumat lanjut tentang kaedah ini boleh didapati dalam Abdul Rahman Abdullah, Falsafah dan
kaedah pemikiran, hlm 146-147; lihat juga Rahimin Affandi Abd. Rahim, “ Etika penyelidikan Islam “,
hlm 180-181.
93
Maklumat lanjut tentang pelbagai bentuk institusi pendidikan Islam yang pernah wujud di zaman silam,
sila lihat Fadzlullah Haji Shuib, Kecermelangan ilmu, hlm 118-139.
94
Maklumat lanjut boleh didapati dalam Amir Mu’allim dan Yusdani, Konfigurasi pemikiran Hukum
Islam, Yogyakarta, 1999, hlm 31-33 dan 64-67.
95
Hasan Langgulung, Asas-asas pendidikan Islam, Kuala Lumpur, 1997, hlm 343-344.
96
Azra Azyumardi, Esei-esei intelektual Muslim dan pendidikan Islam, Jakarta, 1999, hlm 43-47.
97
Ibid, hlm 89-90.
(ii) Kaedah Mantik yang mengajarkan tentang asas dan pendekatan yang paling
betul untuk menilai kebenaran dan kesalahan sesuatu fakta yang diperolihi.98
(iii) Kaedah melatih proses kognitif dan penganalisaan kritikal terhadap sesuatu
fakta membabitkan perbincangan (Jadali) secara terbuka, menekankan
penyataan hujah naqli dan aqli (Tarjih) dan kesesuaian hujah dengan realiti
yang ada.99
(iv) Kaedah sintesis yang mengadunkan sesuatu karya dan pendapat berasaskan
kepada hasil perbincangan dengan pelbagai pihak yang benar-benar pakar.100
Ini termasuklah proses memperbaiki101 dan mengemaskinikan mana-mana
pendapat yang masih lagi kabur dan tidak matang.102

Mengikut pendapat Abdul Majid Kailani perincian tentang pola dan budaya
berfikir Islam yang sihat ini adalah merujuk kepada 103 :-
(i) Membiasakan berfikir secara autokritik mengantikan kaedah berfikir
secara bentuk pembenaran. Kaedah pembenaran ini merujuk kepada cara
berfikir yang tidak mengakui kelemahan diri sendiri, suka berdolah dalih
dan mengaitkan sesuatu kelemahan yang berlaku kepada orang lain,
kerana pada anggapannya dirinya serba cukup dan sempurna.104
(ii) Membiasakan berfikir secara menyeluruh mengantikan berfikir secara
sebahagian.105 Pemikiran secara menyeluruh ini merujuk kepada
pengetahuan terhadap sesuatu secara mendalam dengan mengetahui ciri-
ciri, perincian dan hubungannya diantara perincian tersebut.106
(iii) Membiasakan berfikir secara reformatif mengantikan berfikir secara
jumud dan tradisional.107
(iv) Membiasakan berfikir secara ilmiah mengantikan berfikir secara
prasangka108 dan mengikut hawa nafsu.109
(v) Membiasakan berfikir secara kolektif mengantikan berfikir secara
bersendirian.110
(vi) Membiasakan berfikir sesuai dengan hukum alam mengantikan berfikir
secara supra rasional dan tahyul.111

98
Mat Rofa Ismail, Mantik dalam babak pemikiran ilmiah tamadun manusia, Kuala Lumpur, 1997,
hlm 28-39.
99
Azra Azyumardi, Esei-esei intelektual Muslim dan pendidikan Islam, hlm 37-42.
100
Abdullah Alwi Haji Hassan, “ Penyelidikan sebagai asas kemantapan pengajian syariah “, hlm 15-19.
101
Maklumat lanjut tentang pendekatan ini yang diamalkan oleh sarjana Islam boleh didapati dalam Abd.
Halim Ramli, “ Islamisasi ilmu dalam tradisi intelektual Muslim klasik “, dalam Jurnal Tasawwur Islam,
v. 3, 1997, hlm 96-104.
102
Fadzlullah Haji Shuib, Kecermelangan ilmu, hlm 52-57.
103
Majid Ersan Kailani, Mendidik peribadi, terj. Muhammad Firdaus, Kuala Lumpur, 1997, hlm 20-30.
104
Quran 42:30; 53:32; 7:22-23.
105
Quran 10:39.
106
Quran 3:7 dan 2:256.
107
Quran 43:23 dan 2:170.
108
Quran 17:36 dan 18:15.
109
Quran 53:23 dan 28.
110
Quran 8:25.
111
Quran 33:38.
PEMIKIRAN SAINTIFIK APLIKASI DALAM GAGASAN FIQH MALAYSIA

Idea dan teori Fiqh Malaysia semasa yang dikemukakan oleh Mahmood Zuhdi
Abd Majid yang cuba mengisi era kebangkitan semula Islam di Tahun 1980-2000an
dengan pendekatan jawapan fiqh Islam yang lebih bersifat terkini dan sesuai dengan
realiti tempatan Malaysia.112 Hasilnya, dengan rujukan khusus kepada apa yang
dijalankan di APIUM, gagasan fiqh Malaysia ini telah disertakan dengan beberapa
reformasi positif membabitkan perubahan kurikulum dan pedagogi pengajian seperti;
(i) Proses menilai, mengubah dan melakukan ijtihad tarjih terhadap
permasalahan semasa di Malaysia113 yang tiada jawapan daripada nas-
nas Quran dan Sunnah, dan kitab fiqh klasik. Lebih tepat lagi, ianya
bukan bersifat umum dan retorik semata-mata, bahkan turut
menyediakan alternatif lengkap dan terperinci dengan mengaplikasikan
pendekatan ijtihad tarjih yang bakal menilai kerelevanan jawapan
fuqaha silam berasaskan realiti semasa di Malaysia..
(ii) Proses menyediakan kaedah-kaedah dan metodologi asas di dalam ilmu
usul al-fiqh yang dapat membantu gologan fuqaha menyelesaikan
persoalan baru di Malaysia. Antara metodologi berkaitan yang kerap
digunakan adalah kaedah curf, ijtihad jamaci, tarjih, talfiq, ijmac,
maqasid al-sharicah, maslahah, Siyasah Sharciyyah 114dan sebagainya.
(iii) Menekankan subjek keagamaan Islam yang lebih menjuruskan kepada
realiti Malaysia semasa dan bukannya bertumpu kepada realiti bukan
Malaysia (Timur tengah) daripada zaman pertengahan silam.
(iv) Menekankan kepentingan membangunkan kaedah penyelidikan yang
bersifat semasa terhadap disiplin pengajian Islam.
(v) Penerapan S&T di dalam pengajian keilmuan Islam.
(vi) Memperkenalkan subjek yang boleh menjanakan daya kritikal dan
kebolehan menyelesaikan masalah semasa kepada pelajar.
(vii) Berusaha membentuk intellectual discourse dengan menjadikan konsep
Fiqh Malaysia sebagai asas utama untuk menyelesaikan permasalahan
ummah Islam di Malaysia, yang dipecahkan kepada beberapa tema
yang utama, seperti keperluan hukum Islam semasa,115 budaya116 dan
112
Dalam konteks Malaysia, gagasan mewujudkan konsep Fiqh Malaysia ini telah pertama kalinya
diutarakan oleh Professor Datuk Mahmood Zuhdi Abdul Majid. Lihat teks syarahan perdana beliau yang
bertajuk Hukum Islam semasa di Malaysia : Prospek dan cabaran, pada 16hb. Ogos 1997.
113
Sebagai contohnya, lihat Raihanah haji Abdullah, “Pegawai Syariah wanita di mahkamah-mahkamah
syariah di Malaysia”, dalam Hukum Islam semasa bagi masyarakat Malaysia yang membangun, hlm
221-232; Anisah Ab. Ghani, “Batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan dalam masyarakat Islam
kini: Satu Huraian Hukum Islam Semasa”, dalam: Hukum Islam Semasa Bagi Masyarakat Malaysia
Yang Membangun, hlm 239-248.
114
Kesemua perbincangan yang agak detail tentang kaedah-kaedah ini ada diterangkan oleh serangkaian
tokoh tempatan di dalam bahagian metodologi (ii) buku: Hukum Islam Semasa Bagi Masyarakat
Malaysia Yang Membangun, disunting oleh Dr. Abdul Karim Ali dan Raihanah Haji Azhari, Akademi
Pengajian Islam Universiti Malaya, 1999.
115
Seminar yang bertemakan “ Hukum Islam semasa bagi masyarakat Malaysia yang membangun “ telah
dianjurkan oleh APIUM pada 26-27hb. Jun 1997, yang kemudiannya menghasilkan koleksi kertas kerja
yang dibukukan dengan tajuk Hukum Islam semasa bagi masyarakat Malaysia yang membangun.
116
Seminar yang menekankan tema ini telah dianjurkan oleh APIUM pada 23-24hb. Jun 1999, yang
menghasilkan koleksi kertas kerja bertajuk Fiqh Malaysia : Ke arah pembinaan Fiqh tempatan yang
terkini.
soal kepenggunaan. Intellectual discourse ini yang dibuat dalam bentuk
seminar yang khusus bertujuan menyedarkan masyarakat dan bakal
menjana perkembangannya dengan menerimapakai pandangan sarjana
yang berbeza, untuk tujuan memantapkan lagi gagasan yang dipilih.
(viii) Mengalakkan penulisan latihan ilmiah di peringkat ijazah pertama dan
lanjutan menggunakan kerangka Fiqh Malaysia di dalam
menyelesaikan pelbagai masalah semasa yang benar-benar berlaku di
dalam masyarakat.117

Apa yang jelasnya, kita boleh menegaskan bahawa kejayaan gagasan fiqh
Malaysia ini bergantung sepenuhnya dengan kewujudan kerangka pemikiran Islam yang
lebih canggih, proaktif dan mampu menanggani sebarang masalah baru yang timbul. Atas
dasar inilah,kita mencadangkan agar gagasan fiqh Malaysia ini diperkukuhkan lagi
dengan kaedah pemikiran saintifik.
Pada dasarnya kaedah pemikiran saintifik merupakan lanjutan kepada program tajdid
pemikiran Islam, yang berkembang di dalam era tahun 1980- 2000 dan kerelevanannya
maksimum dalam konteks dunia moden. Berasaskan kepada kaedah ini, pelbagai teori
lain yang menggunakan pendekatan yang sama dikemukakan. Antara teori-teori ini
adalah seperti teori double movement yang dikemukakan oleh Fazlur Rahman, 118 teori
muqaranah al-Mazahib oleh Mahmud Shaltut119, teori ijtihad insya’I dan intiqa’I oleh
Yusuf Qardawi,120 teori teks dan kontekstualnya oleh Ali Syariati, 121 Mahmud
Muhammad Taha dengan teori nasakh,122 teori al-Turath wal Tajdid oleh Hassan
Hanafi123, teori Takwil dan Tadwin oleh Nasr Hamid Abu Zayd, 124 teori hudud (batas)
oleh Muhammad Syahrur125 dan teori model pemikiran bayani, burhani dan irfani oleh al-
Jabiri.126Walaupun diakui tidak semua daripada teori-teori ini sesuai dipakai untuk
konteks Malaysia, tetapi sekurang-kurangnya ianya bakal menunjukkan tentang sifat
kelewusan dan dinamisme yang terdapat di dalam pemikiran dan penyelidikan hukum
Islam semasa.127

117
Terdapat sejumlah besar latihan ilmiah di APIUM yang menggunakan kerangka ini. Lihat sebagai
contohnya Alias Azhar, Metodologi Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah dalam mengeluarkan fatwa-
fatwa: kajian dari tahun 1985-1995, Tesis Sarjana untuk Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM, sessi
2000/2001 dan lihat juga Nor Aziah Draman, Fiqh Malaysia : realiti atau retorik, suatu kajian menurut
pandangan fuqaha semasa, Latihan ilmiah untuk Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM, sessi 2000/2001.
118
Fazlur Rahman, Islam and modernity : Transformation of an intellectual tradition, Chicago : The
university of Chicago press, 1984.
119
Mahmud Shaltut, al-Islam : Aqidah wa Syariah, Kaherah, Dar al-Qalam, tt.
120
Yusuf Qardawi, al-Ijtihad fi al-shariah al-Islamiyyah ma’a Nazarat Tahliliyyah fi al-Ijtihad al-
mua’sir, Kuwait : Dar al-Qamm, tt.
121
Ali Syariati, On the sociology of Islam, terjem. Hamid Alqar, Berkeley : Mizan press, 1979.
122
Mahmud Muhammad Taha, The second messages of Islam, terjem. Abdullah Ahmed al-Naim,
Syracuse : Syracuse university press, 1987.
123
Hassan Hanafi, Dirasah al-Islamiyyah, Kaherah : Maktabah al-Misriyyah, 1981.
124
Nasr Hamid Abu Zayd, Mafhum al-Nass : Dirasah fi uluum al-Quran, Beirut : Markaz al-Saqafi
al-‘Arabi, 1994.
125
Muhammad Shahrur, al-Kitab wa al-Quran : qira’ah al-Mua’sirah, Kaherah : Sina lil Nasr, 1992.
126
Muhammad Abid al-Jabiri, Takwin al-‘Aql al-‘Arabi, Beirut : Markaz Dirasah al-Widah
al-‘Arabiyyah, 1989.
127
Wael Hallaq, A History of Islamic legal theory : An introduction to Sunni usul al-Fiqh, Cambridge :
Cambridge university press, 1997, hlm 245-253.
Matlamat utama kaedah ini antara lainnya untuk mencapai beberapa perkara yang
utama;
(i) Membebaskan umat Islam daripada budaya Taqlid yang secara kuat telah
mencengkam pemikiran umat Islam, sehingga menyebabkan terjadinya tragedi
konflik berdarah sesama sendiri dan wujudnya kekosongan ilmu keislaman
dalam bentuk jawapan terhadap persoalan kemanusiaan semasa.128
(ii) Meneruskan semangat ijtihad (penyelidikan dan penjanaan daya fikir
intelektual) yang dilihat telah menjadi asas utama kepada kejayaan
pembangunan tamadun intelektual umat Islam silam.129
(iii) Meneruskan program pembangunan dan pengembangan metodologi keilmuan
Islam, sebagai lanjutan kepada usaha pengilmuan yang dilakukan oleh sarjana
Islam silam. Proses pengilmuan yang membabitkan penelitian ulangkaji
terhadap kaedah dan teori silam dirasakan amat perlu bagi menjamin keutuhan
perkembangan ilmu Islam untuk kontek zaman moden ini.130
(iv) Membersihkan Islam daripada segala nisbah keburukan yang sering dikaitkan
dengan kejumudan, kebekuan dan kelesuan penyelesaian hukum semasa 131.
Oleh sebab itu demi untuk menjaga kemurnian Islam, kaedah pemikiran
saintifik ini amat perlu dilakukan dan seterusnya patut dikemukakan dengan
teori baru yang lebih sejiwa dengan Islam.
(i) Mengamalkan pendekatan aktif sebagai ganti kepada pendekatan pasif
terhadap sesuatu isu dan masalah yang timbul di dalam masyarakat. Apa yang
dimaksudkan dengan pendekatan aktif adalah usaha fuqaha yang
menyebarkan kepada masyarakat tentang apa dan bagaimana sesuatu tindakan
amali manusia patut dilakukan mengikut Islam. Manakala pendekatan pasif
pula merujuk kepada usaha fuqaha menerangkan terhadap apa-apa masalah
yang timbul daripada peristiwa hukum (waqi’ah) samada ianya bertentangan
dengan hukum Islam ataupun tidak.132 Berasaskan realiti yang ada, ternyata
pendekatan pasif lebih kerap digunakan untuk zaman moden ini. 133 Dalam soal
ini, belakang masalah yang timbul secara mendalam mengingatkan fuqaha
bahawa mereka patut menjadi agen perubahan yang bersikap prihatin dan
proaktif dengan isu-isu semasa yang timbul di dalam
masyarakat.134Bersesuaian dengan tugas fuqaha sebagai pewaris nabi-nabi,
sepatutnya tugas mereka bukan terhad kepada menjadi penyaksi kepada
128
Maklumat lanjut boleh didapati dalam Rahimin Affandi Abdul Rahim, “ Gerakan Tajdid di Malaysia :
Teori dan realiti “, dalam Dinamisme pengajian Syariah, Kuala Lumpur, 1997, hlm 102-103.
129
Mahmood Zuhdi Abd. Majid, Pengantar undang-undang Islam di Malaysia, Kuala Lumpur : Penerbit
Universiti Malaya, 1997, hlm 34-40.
130
Ibrahim Abu Rabi’, “ Issues in contemporary Arab thought : cultural decolonization and the challenges
of the 21st century “, dalam Intellectual discourse, v. 5, no. 2, 1997, hlm 170-173; H.M. Amin Abdullah, “
Paradigma alternative pengembangan usul al-fiqh dan dampaknya pada fiqh Kontemporer “,dalam ed.
Riyanto Neo Usul Fiqh : menuju ijtihad kontekstual, Yogyakarta : Fakultas Syariah press, 2004, hlm
137-138
131
Mahmood Zuhdi And. Majid, (1997), op- cit. , hlm. 20.
132
Lihat sebagai contohnya Ahmad Hidayat Buang, “ Penyediaan dan pengeluaran fatwa “, dalam (edit)
Ahmad Hidayat Buang, Fatwa di Malaysia, Kuala Lumpur : Jabatan Syariah dan Undang-undang,
APIUM, 2004, hlm 97-116.
133
Amir Mu’allim, Konfigurasi pemikiran Hukum Islam, Yogyakarta : UII Press, 1999, hlm 46-47.
134
Mahmood Zuhdi Abd. Majid, Pengantar undang-undang Islam di Malaysia, Kuala Lumpur : Penerbit
Universiti Malaya, 1997, hlm 34-40.
peristiwa sejarah di zamannya, tetapi apa yang lebih penting lagi mereka patut
menjadi tenaga utama yang mengerakkan peristiwa sejarah tersebut dengan
menganalisis permasalahan semasa dan mengemukakan jawapan yang
terbaik.135
(ii) Mengkaji punca dan latar belakang masalah yang timbul secara mendalam dan
lebih holistic,136 dan sebaiknya seseorang fuqaha itu perlu mendapatkan
pandangan daripada pakar-pakar yang kompeten, walaupun ianya bukan
daripada kalangan fuqaha Islam itu sendiri.137 Jadi, dalam kes pluralism agama
ini, tidak dapat tidak seseorang fuqaha itu perlu mendapatkan maklumat yang
lengkap daripada pakar yang berkaitan ataupun perlu merujuk kepada bahan
kajian yang diusahakan oleh pakar tersebut.138
(iii) Mengkaji jawapan Islam daripada sumber klasik ataupun semasa yang
kemungkinan mempunyai asas dan prinsip yang hampir bertepatan dengan
tema yang dikaji. Dalam soal ini, seseorang fuqaha perlu mengamalkan
pendekatan perbandingan mazhab yang lebih terbuka dan tidak terpengaruh
dengan budaya Taqlid kepada warisan silam ataupun kepada warisan
sekularisme barat.
(iv) Mengamalkan sikap yang selektif terhadap bahan-bahan kajian luar samada
bahan dari mazhab Islam lain ataupun bahan daripada barat. Merujuk kepada
bahan dari mazhab Islam yang lain, seseorang sarjana Islam perlu bersifat
terbuka dan tidak membataskan penyelesaian kepada sesuatu mazhab semata-
mata. Apa yang lebih penting lagi, beliau perlu mengakui dan menghormati
pandangan fuqaha lain yang terbabit di dalam proses mendapatkan maklumat
untuk sesuatu penyelidikan hukum dan seterusnya melakukan analisa yang
terbaik terhadap fakta terbabit. Hal ini boleh dilakukan dengan pendekatan
model fiqh perbandingan membabitkan semua mazhab terbesar di dalam
Islam, dengan cara menerima pakai sumber yang berbeza, meneliti hujah yang
digunakan secara terbuka dan memilih untuk menerima pakai mana-mana
pendapat yang lebih bertepatan dengan kehendak syarak.139 Dalam pendekatan
ini seseorang fuqaha perlu membebaskan diri dari belenggu fanatik mazhab
dan mengutamakan maslaha perpaduan ummah melebihi segala-galanya.140
(v) Mengkaji jawapan Islam yang terkandung di dalam precedent warisan silam
secara kontekstual dan perlu mengambilkira reality zaman moden ini.
Kepentingan menggunakan kaedah pentafsiran kontektual yang tidak terlalu
static berasaskan kepentingan maslahah semasa.141

135
Mohd Kamil Ab. Majid, “ Ulama dan perubahan social dalam Islam “, dalam Jurnal usuluddin, bil. 10,
1999, hlm 84-93.
136
Lihat Rahimin Affandi Abdul Rahim, “ Etika Penyelidikan Islam : suatu analisa “, dalam Jurnal Afkar,
v. 1, 2000, hlm 177-196.
137
Abdul Salam Madkhul, al-Madkhal li fiqh al-Islami, Kaherah, 1996, hlm 6.
138
Lihat sebagai contohnya AbdulAziz Sachedina, The Islamic roots of Democracy Pluralism, New York
: Oxford University press, 2001.
139
Perbincangan lanjut boleh didapati dalam Datin Paizah Hj. Ismail, “ Fiqh al-Awlawiyat : Konsep dan
hubungannya dengan fiqh al-Muwazanat, fiqh al-Syar’ dan fiqh al-Waqi’ dalam pelaksanaan hukum Islam
“, dalam Hukum Islam semasa bagi masyarakat Malaysia yang membangun, hlm 73-80.
140
Abdulaziz Sachedina, “ Ali Shari’ati : Idealogue of the Iranian revolution “, dalam Voices of resurgent
Islam, New York, 1983, hlm 192-196.
IMPLIKASI PEMIKIRAN SAINTIFIK TERHADAP PARADIGMA PEMIKIRAN
SARJANA ISLAM TEMPATAN

Pemikiran saintifik adalah berkait rapat dengan penyelidikan sains yang dikenali
sebagai sesuatu daya usaha bagi menemui pengetahuan baru. Dalam penyelidikan ini,
penggunaan alat- alat canggih adalah penting, namun alat yang tercanggih ialah otak atau
akal pemikiran penyelidik itu sendiri. Kesinambungan itu, penyelidik perlu mempunyai
panduan- panduan formal untuk berfikir bagi menemui ilmu baru. Garis panduan bagi
aplikasi dan adaptasi pemikiran saintifik turut menyumbang kepada pembinaan kredibiliti
sarjana Islam dalam pembinaan hukum Islam semasa. Antara implikasi tersebut ialah :-
Pertamanya, menanamkan ke dalam diri seseorang sarjana Islam tentang
kepentingan penyelidikan ilmiah dalam usaha mengangkat martabat ummah.142 Apa yang
menyedihkan adalah kedapatan sesetengah orang yang beranggapan bahawa sesuatu
perjuangan Islam hanya perlu dilakukan dalam kegiatan politik semata-mata dan
memandang rendah terhadap kegiatan keilmuan yang membabitkan penyelidikan ilmiah.
Sikap simplistik ini menjadikan seseorang Islam itu lebih banyak bercakap dalam soal
perjuangan tanpa mengisi matlamat perjuangannya dengan pengisian keilmuan yang
bermakna. 143
Keduanya, mengamalkan budaya berfikir yang sihat dan proaktif yang perlu
diterapkan secara sistematik ke dalam institusi pengajian Islam amnya dan usaha
penyelidikan ilmiah Islam khususnya.144
Ketiganya, memantapkan penguasaan sesuatu bidang penyelidikan dalam pengajian
Islam dan membentuk suatu kelompok sarjana yang benar-benar pakar dalam bidang
tersebut. Hal ini dapat dilakukan dengan beberapa cara;
(i) membiasakan diri dengan pengemaskinian bahan-bahan bibliografi terkini
dalam sesuatu bidang yang dipilih. Sebagai contohnya, di dalam usaha
mengumpul segala maklumat yang tepat dan terkini dalam bidang pengajian
Islam, genre orientalis barat telah mewujudkan koleksi Index Islamicus yang
mengandungi segala bahan berkaitan Islam. Begitu juga halnya dengan
pengajian sosiologi di Malaysia yang telah mewujudkan koleksi Malaysiana,
Kelantania dan sebagainya. Hal yang sama patut dilakukan kepada sesuatu
bidang pengajian Islam.
(ii) mendedahkan diri dan mengikuti sebarang perkembangan baru yang
dihasilkan di dalam sesuatu bidang yang merangkumi persoalan pembentukan
teori yang baru, penganalisaan yang kritikal dan penggunaan metodologi yang
lebih moden.
(iii) Mengikuti perkembangan penerbitan bahan kajian yang bermutu dalam
bidang yang dipilih, seperti tesis, Ensiklopadeia dan sebagainya.

141
Maklumat lanjut boleh didapati dalam Yunus Soualhi, The doctrine of certainty in the Islamic legal
methods of inference, tesis Ph.D untuk Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM, 1999, hlm 90-154.
142
Maklumat lanjut tentang soal ini boleh didapati dalam Rahimin Affandi Abd. Rahim, “ Etika
penyelidikan Islam : satu analisa “, dalam Jurnal Afkar, bil. 1, 2000, hlm 179-182.
143
Mahmood Zuhdi Abdul Majid, Pengantar undang-undang Islam di Malaysia, Kuala Lumpur, 1997,
hlm 7-11.
144
Majid Ersan Kailani, Mendidik peribadi, terj. Muhammad Firdaus, Kuala Lumpur, 1997, hlm 20-30.
(iv) Mengadakan sessi wacana intelektual antara pakar yang terpilih demi untuk
mewujudkan budaya intelektual yang berbentuk brain storming.
(v) Melatih pelajar yang terpilih untuk melakukan sesuatu penyelidikan lanjutan
menggunakan kaedah penyelidikan baru terhadap sesuatu tajuk yang relevan
dan up to date demi untuk memantapkan dan mengemaskinikan lagi koleksi
bidang yang telah terkumpul.
(vi) Menetapkan piawaian yang tinggi terhadap penghasilan sesuatu kajian ilmiah
berasaskan kepada (a) pembentangan proposal kajian ilmiah yang lengkap, (b)
penganalisaan yang kreatif terhadap sesuatu teori ataupun mencabar keutuhan
sesuatu teori yang dominan, (c) pembentangan literature review yang lebih
rapi demi untuk memastikan sesuatu kajian itu dapat menyumbang ke arah
penemuan yang baru, (d) pembentangan kaedah metodologi yang jelas dan
(e) penggunaan analisis bahan dan fakta yang bersifat kritikal dan tidak
stereotype.

Keempatnya, memperluaskan kajian terhadap pengajian Islam di dalam dua skop


yang utama, iaitu skop perbincangan teorikal dan skop Islam secara regional. Rasional
pendekatan ini diambil adalah kerana pertamanya, secara sosiologinya pemahaman Islam
secara teori amat berbeza dengan amalan praktikal yang diamalkan oleh penganut Islam.
Keduanya, dengan berkembangnya skop pengajian antara benua (regional studies) yang
merentasi banyak benua, penekanan kajian terhadap pengamalan umat Islam tidak harus
dibataskan kepada kawasan alam Melayu semata-mata, bahkan patut diperluaskan
pengkajian terhadap seluruh kawasan penganut Islam, merangkumi kawasan Asia, Timur
tengah, Pakistan, India, Eropah dan sebagainya. 145
Kelimanya, mengamalkan sikap yang terbuka dan selektif terhadap bahan-bahan
kajian luar samada bahan dari mazhab Islam lain ataupun bahan daripada barat. Merujuk
kepada bahan dari mazhab Islam yang lain, seseorang sarjana Islam perlu bersifat terbuka
dan tidak membataskan penyelesaian kepada sesuatu mazhab semata-mata. Apa yang
lebih penting lagi, beliau perlu mengakui dan menghormati pandangan fuqaha lain yang
terbabit di dalam proses mendapatkan maklumat untuk sesuatu penyelidikan hukum dan
seterusnya melakukan analisa yang terbaik terhadap fakta terbabit. Hal ini boleh
dilakukan dengan pendekatan model fiqh perbandingan membabitkan semua mazhab
terbesar di dalam Islam, dengan cara menerima pakai sumber yang berbeza, meneliti
hujah yang digunakan secara terbuka dan memilih untuk menerima pakai mana-mana
pendapat yang lebih bertepatan dengan kehendak syarak.146 Dalam pendekatan ini
seseorang fuqaha perlu membebaskan diri dari belenggu fanatik mazhab dan
mengutamakan maslaha perpaduan ummah melebihi segala-galanya.147
Begitu juga sikap yang positif dan selektif patut diperluaskan kepada bahan
daripada genre orientalism. Berasaskan sifat genre orientalism yang rata-ratanya

145
Lihat sebagai contohnya pembahagian regional studies tentang masyarakat Islam seluruh dunia di dalam
buku John Esposito, Islam and Democracy, Oxford, 1996.
146
Perbincangan lanjut boleh didapati dalam Datin Paizah Hj. Ismail, “ Fiqh al-Awlawiyat : Konsep dan
hubungannya dengan fiqh al-Muwazanat, fiqh al-Syar’ dan fiqh al-Waqi’ dalam pelaksanaan hukum Islam
“, dalam Hukum Islam semasa bagi masyarakat Malaysia yang membangun, hlm 73-80.
147
Abdulaziz Sachedina, “ Ali Shari’ati : Idealogue of the Iranian revolution “, dalam Voices of resurgent
Islam, New York, 1983, hlm 192-196.
bersifat anti Islam148 dan diusahakan oleh sarjana bukan Islam telah menyebabkan
sesetengah pihak mengambil sikap negatif dan pasif (tidak mempedulikan) dengan
menentang keras dan menafikan unsur-unsur kebaikan yang kedapatan di dalam karya
tersebut. Malahan terdapat setengah pihak yang menyatakan bahawa sesiapa yang belajar
daripada golongan orientalis akan dianggap sebagai musuh ummah Islam, pengikut
syaitan dan penyambung lidah orientalis, yang wajib ditentang keras oleh seluruh umat
Islam.149 Bahkan mengikut pendapat Wan Mohd. Nor Wan Daud, terdapat sejumlah besar
dari sarjana Islam sendiri yang telah dijangkiti penyakit westophobia, sikap takut dan
benci yang tidak rasional terhadap barat. Pada dasarnya, penyakit ini adalah serpihan
daripada penyakit akal, xenophobia yang menyebabkan penghidapnya sentiasa takut
kepada unsur-unsur luar.150
Dalam sejarah tradisi keilmuan Islam, kita dapat melihat bagaimana kebanyakan
sarjana Islam telah memberi respon yang positif terhadap karya bukan Islam dengan
mengkaji pendapat mereka serta secara teratur telah mengemuka dan menjawab
kelemahan pendapat mereka.151 Apa yang lebih menarik lagi, sifat yang prihatin ini tidak
terhad kepada karya golongan bukan Islam semata-mata, bahkan turut dilakukan terhadap
sesama Islam, yang sayangnya telah diresapi dengan sifat fanatik dan taasub mazhab
yang melampau.152 Usaha ini telah diteruskan kemudiannya oleh sarjana Islam era moden
ini yang telah menjelaskan sejarah, taktik dan kelemahan genre orientalism ini.153
Dengan menggunakan pendekatan selektif154, berhati-hati (Islamization of
knowledge)155 dan prihatin dengan taktik musuh, kita terpaksa mengakui kepentingan
yang kedapatan daripada karya orientalism ini, dan sekali gus boleh belajar dan
mengambil manafaat daripadanya. Tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa unsur-unsur
kebaikan ini sesetengahnya telah diambil semangatnya dari tamadun keilmuaan umat
Islam 156yang sayangnya telah dilupakan pula oleh umat Islam sendiri. Antaranya:-

148
Asaf Husain, “ The Ideology of Orientalism “, dalam Orientalism, Islam and Islamist, Vermont, 1984,
hlm 5-22.
149
Abdul Rahman Abdullah, Pemikiran Islam di Malaysia : Sejarah dan aliran, Jakarta, 1997, hlm 102.
150
Kata pengantar Wan Mohd Nor Wan Daud di dalam buku Syed Muhammad Dawilah al-Edrus,
Epistemologi Islam : Teori ilmu dalam al-Quran, Kuala Lumpur, 1999, hlm xv.
151
Muhammad Abdul Rauf, The Muslim mind : A study of the intellectual Muslim life during the
classical era (101-700H), Kuala Lumpur, 1995, hlm 84-88. Contoh yang paling relevan adalah apa yang
telah diusahakan oleh Imam Ghazali yang mengkaji aliran falsafah Yunani dan ajaran Batiniah sesat dan
menjelaskan keburukan yang terhasil dari kedua aliran sesat ini terhadap umat Islam. Lihat Mohd Fauzi
Hamat, “ Penghasilan karya sintesis antara Mantik dan Usul al-Fiqh : rujukan kepada kitab al-Mustasfa
Min `ilm al-Usul, karangan Imam al-Ghazali (m. 505H/1111M) “, dalam jurnal AFKAR, bil. 1, 2000, hlm
126-137.
152
Mahmood Zuhdi Abdul Majid, Sejarah pembinaan Hukum Islam, Kuala Lumpur, 1992, hlm 220-221.
153
Lihat sebagai contohnya Mahmud Hamdi Zaqzuq, Orientalisme, kesan pemikirannya terhadap
Tamadun Islam, terj. Mudasir Rosder, Kuala lumpur, 1989; Mohammad Khalifa, al-Quran dan
Orientalisme, terj. Zakaria Stapa, Kuala Lumpur, 1994 dan Abdul Halim el-Muhammady, Sumber
undang-undang Islam dan pandangan orientalis, Petaling Jaya, 1994.
154
Maklumat lanjut boleh didapati dalam Rahimin Affandi Abd. Rahim, “ Kebudayaan Melayu dan Islam
di Nusantara : satu analisa pengkaedahan “, kertas untuk Seminar hukum Islam semasa III peringkat
Kebangsaan 2000, Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, pada 7-8
November 2000, hlm 12-13.
155
Lihat Zaini Ujang, “ Tinjauan terhadap pendidikan bersepadu : suatu sorotan dalam pengajian
kejuruteraan alam sekitar “, dalam Jurnal Pendidikan Islam, v. 2, bil. 1, 1989, hlm 39-42.
156
Syed Muhammad Dawilah, op.cit, hlm xiv-xv.
(1) Bentuk kajian yang bersifat terbuka dan bebas dari sifat fanatik kepada seseorang
tokoh tertentu. Dalam kerangka keilmuan barat tidak ada sesesiapapun yang boleh
dianggap sebagai maksum, serba sempurna dan tidak boleh dikritik pendapatnya,
walaupun ianya seorang tokoh yang terkemuka. 157 Dalam soal ini, kita boleh melihat
bagaimana seseorang sarjana orientalis begitu kritikal sekali terhadap sesuatu pendapat
sarjana lain, termasuklah pendapat sesama mereka sendiri. Sebagai contohnya, banyak
dari pendapat Joseph Schacht yang dikemukakan di dalam bukunya, the origins of
Muhammadan Jurispredence telah dikritik hebat oleh sarjana orientalis lain seperti Wael
Hallaq.158 Antara contoh yang lain adalah tindakan M. Watt yang menolak pendapat
Theodor Noldeke yang mengatakan Rasulullah telah terkena penyakit gila babi.
Menurutnya, sekiranya Rasulullah tidak normal, tidak akan ada orang yang akan tertarik
dengan ajaran Islam semasa hayatnya. Katanya; “ epilepsi leads to physical and mental
degeneration, and there are no signs of that in Muhammad; on the contrary he was
clearly in full possession of his faculties to the end of his life.”159 Hasilnya, semangat
keilmuan yang sentiasa berkembang dan mementingkan sifat kritikal dan kreativiti telah
secara positifnya telah terus hidup di dalam kerangka keilmuan barat.
(2) Bentuk kajian yang menekankan persoalan sumber yang berotoriti di dalam penelitian
terhadap sesuatu fenomena yang timbul di dalam persoalan agama. Di dalam kerangka
pendekatan Historicisme160kajian terhadap sesuatu objek kajian yang berupa tokoh dan
peristiwa sejarah perlu dibuat melalui beberapa kaedah yang agak ketat, pertama,
menghadkan sesuatu kajian terhadap bahan sumber yang tertentu dan kedapatan. Kajian
terhadap sumber primary ini akan diteliti dengan begitu rapi untuk memastikan
kebenarannya,161 yang kemudiannya bakal dianalisa untuk mengetahui pendapat sebenar
yang dipegang oleh seseorang sarjana.162 Keduanya, kajian yang mendalam terhadap
sesuatu objek boleh diketahui dengan menggunakan kajian pensejarahan yang mengkaji
asal usul sesuatu objek yang kemudiannya akan memudahkan seseorang pengkaji
mengetahui sebab dan faktur utama sesuatu perkara itu muncul.163
(3) Bentuk kajian yang menggunakan pendekatan fenomenologi (ethno methodology)
yang mengkaji sesuatu objek dari kaca mata penganut objek yang dikaji. 164 Dalam
pendekatan ini, pemahaman terhadap sesuatu pegangan keagamaan hanya boleh dibuat
157
Abdul Rahman Abdullah, Wacana falsafah sejarah : perspektif barat dan timur, Kuala Lumpur,
2000, hlm 72-74.
158
Sebagai contohnya, beliau telah menolak pendapat J. Schacht yang mengatakan kebekuan perundangan
Islam berlaku kerana kononnya pintu ijtihad telah ditutup, sedangkan walaupun selepas pintu ijtihad
dikatakan telah ditutup pada abad ke empat Hijrah, perundangan Islam masih lagi terus berkembang pesat.
Lihat W. Hallaq, “ Was the gate of Ijtihad closed “, dalam International journal of Middle East studies,
v. 16, 1984, hlm 32-34.
159
W.M. Watt, Muhammad prophet and statesman, London, 1961, hlm 19.
160
Pendekatan ini dijelaskan sebagai the view that history of everything is a sufficient explanation of it, that
the values of anything can be accounted for through the discovery of its origins, that the nature of
everything is entirely comprehended in its development. Lihat J. K. Feibleman, “ Historicism “ dalam
Dictionary of Philosophy, New Jersey, 1976, hlm 127.
161
Lihat sebagai contohnya Muhammad Yusoff Hashim, Pensejarahan Melayu : Kajian tentang tradisi
Sejarah Melayu Nusantara, Kuala Lumpur, 1992, hlm 1-3.
162
Abdul Rahman Abdullah, Wacana falsafah sejarah, hlm 79-86.
163
Mohamad Natsir Mahmud, Orientalism, hlm 68-69.
164
Maklumat lanjut tentang pendekatan ini boleh didapati dalam Zainal Kling, Antropologi tafsiran :
sumbangan kebudayaan Melayu kepada teori, Syarahan perdana untuk pengukuhan profesor, Kuala
Lumpur, 1994.
dengan cara memasuki alam fikiran masyarakat yang dikaji untuk mengetahui sebab
utama sesuatu perlakuan yang berkait dengan nilai-nilai kegamaan dibuat oleh
penganutnya.165 Maksudnya, kajian ini terpaksa mengambilkira soal luaran dan dalaman
(spiritual) yang menjadi pendorong kepada sesuatu tindakan. Dalam soal ini, banyak
sarjana luar yang cuba untuk mengkaji Islam telah terkeliru kerana bergantung kepada
sumber yang diberikan oleh sarjana orientalis yang memusuhi Islam. Oleh itu sarjana
barat sendiri telah secara jujur menasihati sarjana Islam supaya bersikap skeptik terhadap
genre orientalism,166 sebaliknya patut bergantung kepada sumber Islam sendiri, yang
ditegaskan oleh Boisard dengan katanya apa yang diyakinioleh umat sendiri yang lebih
penting daripada apa yang dikatakan oleh orientalis barat mengenai ajaran Islam.167
(4) Bentuk kajian yang mengandungi kaedah analisis gejala sosial yang agak baik seperti
mana halnya tradisi keilmuan Islam mempunyai kaedah analisis teks yang cukup baik
terangkum di dalam ilmu usul al-fiqh.168 Berasaskan kaedah sains sosial ini telah
menyebabkan terdapat sesetengah orientalis telah memberikan gambaran yang agak baik
terhadap Islam dan merakamkan kepada masyarakat akademik dunia tentang peranan
yang telah dimainkan oleh Rasulullah.169
(5) Bentuk kajian yang kaya dengan unsur-unsur mechanical analisis data yang dibuat
terhadap karya-karya tradisi Islam. Sebagai lanjutan dari pengunaan pendekatan
historicisme dan fenomenologi, sarjana orientalis telah berusaha melakukan analisis data
terhadap karya-karya klasik umat Islam. Antara bahan-bahan yang dimaksudkan ini
adalah seperti Index Islamicus, Encyclopedia of Islam, Mu’jam al-Quran dan Sunnah,
terjemahan tafsir Quran, Sirah Nabawi dan terjemahan terhadap karya-karya sintesis
fuqaha silam.170 Hasilnya, kajian-kajian bentuk ini telah membantu proses penyelidikan
yang dilakukan oleh seseorang penyelidik termasuklah penyelidik Islam sendiri.
(6) Bentuk kajian ilmiah yang memberi gambaran yang jujur dan positif terhadap Islam.
Pendapat yang pro-Islam ini sayangnya telah ditenggelami dengan pendapat yang anti
Islam, sehinggalah terdapat semacam kebiasaan di kalangan sarjana Islam yang
menganggap semua genre orientalism adalah anti Islam.171Hal ini berlaku tidak lain
kerana mereka benar-benar mengikut disiplin kajian ilmiah, yang telah menemukan
mereka kepada fakta sebenar berkaitan dengan agama Islam. Secara jelas, orientalis dari
kategori ini rata-ratanya telah tertarik dengan ketokohan Rasulullah172 berbanding dengan
tokoh-tokoh dunia yang lain.173 Disamping itu juga, tindakan yang memberi gambaran
positif ini timbul kerana mereka merasa tertekan dengan serangan anti agama yang

165
J. Waardenburg, Classical approaches to the study of religion, The Hague, 1973, hlm 412.
166
J. E. Royster, “ The study of Muhammad : A survey of approaches from the perspective of the history
and Phenomenology of religion “ dalam The Muslim world, no. 62, 1972, hlm 68.
167
M. Boisard, Humanisme dalam Islam, hlm 36.
168
Louay Safi, Asas-asas ilmu pengetahuan : satu kajian perbandingan kaedah-kaedah penyelidikan
Islam dan Barat, Terj. Nur Hadi Ihsan, Kuala Lumpur, 1998, hlm 39-74.
169
Lihat sebagai contohnya Mohd Fakhruddin Abdul Mukti, “ Manusia terhutang budi kepada Nabi
Muhammad S.A.W. “, dalam Jurnal Usuluddin, bil 11, 2000, hlm 151-168.
170
Lihat Muhammad Nejatullah Siddiqi, “ The philosophy and the nature of Islamic research “, dalam
Conceptual and Methodological issues in Islamic research, Kuala Lumpur, 1996, hlm 73-78.
171
Mohammad Natsir Mahmud, Orientalisme : al-Quran di mata barat, Semarang, 1997, hlm 5-6.
172
W.M. Watt, “ Carlyle on Muhammad “, dalam The Hibbert Journal, v. XLIX, 1951, hlm 253.
173
Maxime Rodinson, “ The Western image and the Western studies of Islam “, dalam The legacy of
Islam, Oxford, 1974, hlm 38-39.
dikenakan oleh fahaman sekularisme terhadap agama kristian, 174 berbanding dengan
ajaran Islam yang lebih bersifat tolenrasi terhadap agama kristian. Keadaan ini juga
kemudiannya telah mendorong mereka mengambil sikap yang lebih simpati dan
mengakui kebenaran ajaran Islam.175
Keenamnya, menanamkan sikap yang dinamis, kritikal dan proaktif di dalam
menghasilkan kajian terhadap sesuatu subjek di dalam pengajian Islam. Sebagai
contohnya, bagi kalangan kakitangan akademik, beberapa pendekatan yang berkaitan
dengan sifat dinamis, kritikal dan proaktif yang boleh diterapkan;
(i) Memastikan pembentukan sesuatu teori baru yang patut dibuat samada
dalam bentuk pembetulan, penolakan dan pengubahsuaian terhadap
sesuatu teori yang lama. Sikap yang berpuas hati dengan tradisi yang silam
hanya akan membantutkan lagi proses kreativiti sarjana moden.
(ii) Memastikan sifat yang kritikal terhadap setiap pendapat dan saranan
seseorang sarjana lain yang dibuat berasaskan amalan ijtihad. Sesuatu
pendapat berasaskan usaha ijtihad tidak bersifat mutlak dan harus sentiasa
dinilai secara kritikal oleh seseorang sarjana Islam.
(iii) Memastikan penggunaan segala bentuk penemuan, kaedah dan gagasan
teori yang baru di dalam usaha penghasilan sesuatu kajian ilmiah. Sebagai
contohnya, seseorang sarjana Islam patut mengadunkan di dalam
kerangka penyelidikannya beberapa metodologi usul al-fiqh yang terpilih
dengan metodologi sains sosial moden yang banyak memberikan
penekanan terhadap kebenaran dan ketelusan fakta yang diperolihi dari
kajian kes di tempat kajian.176
(iv) Memastikan piawaian tertinggi untuk sesuatu status jawatan professorship
berasaskan sumbangan akademik yang bermutu, kritikal dan original.

KESIMPULAN

Penganalisaan peranan pemikiran saintifik dalam pembinaan hukum semasa Islam


di Malaysiase perlu dinilai dan dilihat secara positif, 177 terbuka dan menerima pakai
konsep jatuh dan bangunnya sesuatu tamadun dunia. Kecemerlangan sesuatu tamadun
intelektual dan material manusia bergantung sepenuhnya kepada amalan budaya ilmu
yang diamalkan oleh masyarakat yang terbabit. 178 Hal yang sama juga perlu dikaitkan
dengan tamadun Islam, di mana kebangkitan dan kemunduran tamadun umat Islam
bergantung sepenuhnya kepada amalan budaya ilmu dan penghayatan Islam
sepenuhnya.179

174
M. A. Boisard, Humanisme dalam Islam, terjemahan H.M. Rasyidi, Jakarta, 1980, hlm 87.
175
Lihat Rahminah Muharam, “ Hubungan Islam dan Kristian dalam konteks dokumen Vatican 11 “, dalam
Pemikir, Oktober-Disember 2000, hlm 202-212.
176
Louay Safi, Asas-asas ilmu pengetahuan, hlm 165-169.
177
Abdul Rahman Abdullah, Pemikiran Islam di Malaysia, Jakarta, 1997, hlm 26-29.
178
Lihat sebagai contohnya kupasan yang diberikan oleh Wan Mohd Nor Wan Daud, “ Budaya ilmu
sebagai asas pembangunan tamadun “, dalam Jurnal Pendidikan Islam, v. 3, bil. 1, 1990, hlm 51-67.
179
Hashim Musa, Merekonstruksi Tamadun Melayu Islam : Ke arah pembinaan sebuah tamadun
dunia alaf ketiga, Kuala Lumpur, 2001, hlm 18-21.
Sejarah dunia telah mencatatkan bagaimana di zaman kecermelangannya,
tamadun umat Islam telah menjadi pusat politik, ekonomi180 dan keilmuan sedunia yang
merangkumi keilmuan secara teoritikal dan praktikal, yang kemudiannya menyebabkan
masyarakat bukan Islam berkunjung ke pusat-pusat ini untuk menimba ilmu pengetahuan
bagi kegunaan masyarakat luar yang pada masa itu masih lagi berada di dalam zaman
kegelapan (Dark ages).181
Apa yang jelasnya, di zaman keunggulan tamadun Islam, umat Islam telah
dikesan mengamalkan budaya ilmu yang agak tinggi. Pengamalan budaya ilmu ini
merujuk kepada beberapa perkara, pertamanya, tindakan menjadikan pencarian ilmu
sebagai suatu usaha yang berharga nilainya seperti pencarian harta sehingga ianya
dianggap sebagai matlamat hidup yang utama. Keduanya, usaha di dalam sesuatu
tindakan yang diputuskan dengan perkiraan ilmu tanpa campur tangan dari golongan
yang mempunyai kepentingan politik. Keadaan ini menyebabkan seseorang ulama itu
dapat bertindak secara bebas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak yang mempunyai
agenda dan kepentingan tertentu.182 Ketiganya, bersikap terbuka dengan semua jenis ilmu
tanpa mengira asal usul dan jenisnya dan keempatnya, analisis kritikal yang dilakukan
terhadap ilmu tanpa adanya sifat fanatik kepada seseorang guru. Sikap ini jelas dengan
terhasilnya kegiatan dailoq intelektual183 yang diiringi dengan penyelidikan yang begitu
giat dijalankan sehingga melahirkan sejumlah besar karya-karya sintesis yang
bermutu.184yang kekal penggunaannya sehingga pada masa sekarang.
Merujuk khusus kepada pengamal undang-undang (fuqaha), sarjana Melayu-Islam
semasa secara terang-terangan menegaskan bahawa seorang fuqaha perlu menangani
sesuatu perubahan dan pemodenan secara positif dan proaktif, dan bukannya secara “
backward looking.” Secara khususnya, seseorang fuqaha perlu mengambil pendekatan;
pertamanya, kepekaan yang tinggi terhadap masalah semasa yang timbul dalam
masyarakat.185 Keduanya, mengurangkan monopoli pengkhususan yang dimiliki oleh
seseorang fuqaha dan membangunkan kaedah ijtihad jama’i (collective). Ketiganya,
persediaan fuqaha untuk meningkatkan pengetahuannya samada ilmu agama ataupun
bukan agama. Ketiga-tiga pendekatan ini kalau dilihat dari segi semangat dan tekniknya
dapat dikesan di dalam konsep Fiqh Malaysia.186
Apa yang lebih penting lagi, penggunaan perkembangan teknologi terkini boleh
digunakan sepenuhnya untuk mengemaskinikan pembinaan Fiqh engines ala Malaysia
ini. Dalam soal ini, berhadapan dengan perkembangan pesat sains dan teknologi,
180
Ozay Mehmet, Islamic identity and development : studies of Islamic periphery, Kuala Lumpur,
1990, hlm 36-38.
181
Mahmud Hamdi Zaqzuq, Orientalisme : kesan pemikirannya terhadap tamadun Islam, Kuala
Lumpur, 1989, hlm 10-20.
182
Pendekatan menjadikan sistem pengajian Islam sebagai sebuah institusi bebas (swasta) telah pun
diamalkan oleh ulama salaf Islam, lihat Rahimin Affandi Abd. Rahim, “ Hubungan antara ulama dan
pemerintah di dalam sejarah tamadun umat Islam “, dalam Jurnal Pengajian Melayu, v. 4, 1994.
183
Muhammad Abdul Rauf, The Muslim mind : A study of the intellectual Muslim life during the
classical era (101-700H), Kuala Lumpur, 1995, hlm 43-49.
184
Abdullah Alwi Haji Hassan, “ Penyelidikan sebagai asas kemantapan pengajian syariah “, dalam
Dinamisme pengajian syariah, Kuala Lumpur, 1997, hlm 15-19.
185
Sebagai contohnya, lihat kupasan Abdullah Alwi Haji Hassan tentang masalah-masalah semasa yang
timbul akibat dari proses pemodenan di Malaysia. Abdullah Ali Haji Hassan, “ Permasalahan intelektual
dalam pembinaan Hukum Islam semasa di Malaysia “, dalam Hukum Islam semasa bagi masyarakat
Malaysia yang membangun, hlm 160-166.
186
Rahimin Affandi Abdul Rahim, “ Fiqh Malaysia : Suatu tinjauan sejarah “, hlm 40-41.
beberapa perkara boleh diambil manafaat secara khusus untuk tujuan pembinaan Fiqh
Malaysia:-
(a) Penggunaan teknologi terkini untuk memperkemaskan proses ijtihad dan penyebaran
secara lebih berkesan hasil usaha ijtihad ini kepada masyarakat awam. Dalam soal ini
perkakasan dan perisian teknologi maklumat boleh digunakan sepenuhnya untuk
tujuan pembangunan kesedaran ummah Islam.187
(b) Perisian yang memuatkan kandungan kitab-kitab rujukan yang muktabar samada
dalam bentuk terjemahan ataupun teks yang asal yang diperlukan untuk tujuan
penyelidikan hukum oleh seseorang sarjana Islam secara pasti akan memudahkan lagi
sesuatu usaha ijtihad. Berbanding dengan zaman sebelum era globalisasi, pada masa
sekarang perisian keilmuan sumber asas Islam ini ternyata lebih merata dan meluas
penggunaannya membabitkan seluruh dunia, yang mustahil dilakukan suatu masa
dahulu.188
(c) Penyediaan ruangan soal jawab agama yang berbentuk secara umum ataupun khusus
dalam soal perundangan (telehukum) dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi menjawab
segala kemusykilan masyarakat awam.
Secara realitinya, seiringan dengan perkembangan kesedaran kebangkitan semula
Islam yang dicirikan dengan pelbagai aliran pemikiran tertentu seperti fundamentalism,
tradisionalism, reformism dan modenism;189 percambahan pemikiran yang berbentuk
islah (pembaharuan) telah berlaku dengan begitu meluas sekali, termasuklah di dalam
bidang pemikiran hukum Islam. Apa yang lebih penting lagi, disamping menjana dan
mengasaskan penubuhan institusi berbentuk fizikal, gerakan islah ini amat mementingkan
isi dan kerangka pemikiran khusus, yang rata-ratanya bersifat positif dan pro pemodenan.
Akibatnya, kita akan mendapati bagaimana proses pembangunan hukum Islam memang
berlaku di Malaysia, dilihat dari sudut pembangunan insfransturktur keilmuan iaitu
pemikiran dan institusi perundangan Islam yang tertentu.
Mengikut pengamatan semasa, sarjana Islam tempatan perlu proaktif dalam usaha
membina dan membangunkan hukum Islam di Malaysia berteraskan paradigma
pemikiran semasa. Jadi,proses meneliti punca kelemahan syariah Islamiah berhadapan
dengan cabaran S&T memerlukan jawapan syarak yang mengaplikasikan paradigma
pemikiran saintifik.

187
Mohd. Jamil Sulaiman,(1999), “ Peluang Ummah dalam pembangunan Multimedia “, dalam
Multimedia dan Islam, Kuala Lumpur, hlm 145-156.
188
Ahmad Jamali Sepihie, “ Multimedia sebagai pemangkin kesatuan ummah “, dalam Multimedia dan
Islam, hlm 138-143.
189
Abdul Rahman Abdullah,(1997), Pemikiran Islam di Malaysia : Sejarah dan aliran, Jakarta, hlm 14-
26.

Anda mungkin juga menyukai