Anda di halaman 1dari 8

2: BAYYINAH – PEMBUKTIAN DAN KETERANGAN

 Syara’ memberi kebebasan kepada semua manusia untuk mengurus kehidupan


mereka sama ada untuk diri sendiri, keluarga atau ketika bersama masyarakat.
 Namun kebebasan ini tidaklah secara mutlak, kerana kalau kebebasan diberikan
secara mutlak sudah tentulah manusia akan melampaui dan merampas hak orang lain.

 Imam khatib al-Syarbini menyatakan:


 “ ‫وققالح‬، ‫التظالم عنوم‬، ‫إن الطباع البشر مجبولة على‬

‫فصفنني‬
‫لقو” من سه‬

“Sesungguhnya tabiat manusia suka melakukan kezaliman, menyekat (merampas) hak


orang lain dan menganggap semua perkara adalah hak miliknya.”

DEFINISI
 Dari segi bahasa pembuktian ialah perihal yang menunjukkan perbuatan atau usaha
membuktikan sesuatu. Pembuktian jugamerujuk kepada keterangan yang nyata,
tanda kebenaran, dalil.

 Dalam bahasa arab pembuktian merujuk kepada perkataan ‘ithbat’ merupakan


perkataan terbitan ‘thabata, yastbutu, thubūtan’ yang memberi maksud tetap,
kekal, penjelasan, hujah atau keterangan.

 Dari sudut istilah, sesetengah para ulama memberi maksud pembuktian seperti
maknanya dari segi bahasa iaitu hujah atau keterangan. Namun pada hakikatnya
pembuktian dapat dilihat dalam dua makna iaitu makna umum dan khusus.

 Makna umum: Al-Jurjani menyifatkan pembuktian sebagai: “Proses penghakiman


dengan mensabitkan sesuatu (hak atau kejadian) dengan perkara lain”. pembuktian
merupakan suatu proses mengemukakan hujah untuk mengesahkan wujudnya
perkara-perkara zahir atau hissi dan menemui beberapa sesuatu hakikat alam semesta.

 Pembuktian juga berlaku ketika untuk mengesahkan beberapa perkara secara


ilimiyyah seperti dalam bidang perubatan, astronomi, sejarah, dan bidang sains lain; Ini
adalah kerana semua kata-kata di dalam ilmu sains tidak mempunyai nilai kecuali dengan
membuktikan kesahihannya, dan mengemukakan hujjah penemuannya

Makna khusus: " ‫امةقإ الدلي ل أمام ضاءقال بالطرق‬

‫الت ي حددتها الشريعة على حق أو على عةقالوا تترت ب‬

‫"عليها آثار شرعية‬.

“Mengemukakan dalil di hadapan hakim dengan kaedah-kaedah yang telah ditetapka syarak
berkaitan dengan hak dan kejadian yang memberi kesan hukum syarak ke atas nya”

KEPENTINGAN KETERANGAN
1) Menyelesai segala kekusutan dan perbalahan di antara pihak-pihak.

2) Membuat keputusan tepat lagi adil

3) Membezakan antara yang hak dan batil

4) Menghalang dari maklumat dan dakwaan palsu

Sabda Rasulullah SAW:


" ‫عى رجا ل دماء رجا ل‬ ‫لو يعطى انال س بدعواهم‬

‫وأموالهم ولكن اليمين على المدعى عليه‬،"


BAYYINAH PERKEMBANGAN DEFINISI
1) KURUN 1-4 HIJRAH

Al-Bayyinah bermaksud Syahadah kerana dengan kesaksian maka terangkatlah kesamaran


[Hanafiyyah,Malikiyyah, Syafi’iyyah dan Hanabilah]

Dalil:
Firman Allah SWT:
“Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara
kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah
mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-
lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik”

" ‫عليه‬ ‫أن ل بن ذفقأمية امرأته دنع بنال ي صلى‬


: ‫عليه وسلم‬ ‫وسلم بشري ك بن اقسمحاءف ل بنال ي صلى‬

‫"ةنالبي أو حد على ظهر ك‬


Baqarah 282
iii) ayat-ayat al-Quran yang menjadikan kesaksian merupakan asal dalam pembukian, seperti
dalam bab harta, jual beli, talak, harta anak yatim dll”

2) KURUN 4 HIJRAH

Ibn Hazm
 Bayyinah lebih luas daripada syahadah, termasuklah ilmu al-qadhi. i.e segala
pengetahuan qadhi samada di luar/semasa majlis kehakiman
 Ilmu al-qadhi termasuk sebagai keterangan kerana pada zaman ini qadhi adalah orang yang
adil.
 Maklumat qadhi ini boleh sampai hingga tahap yakin.
 Ia adalah sekuat-kuat bayyinah pada zaman tersebut

“Dan demi sesungguhnya, Kami telah (binasakan bandar itu dan telah) tinggalkan bekas-
bekasnya sebagai satu tanda (yang mendatangkan iktibar) bagi orang-orang yang mahu
memahaminya” (al-Ankabut:35)
3) KURUN 6-7 HIJRAH
 Ibn Taimiyyah, Ibn Farhun, Ibn al Qayyim:
 Bersetuju bahawa bayyinah lebih luas daripada syahadah, termasuklah apa sahaja
sesuatu yang menjelaskan @ menerangkan sesuatu hak @ kepentingan,
 Tetapi tidak termasuk ilmu al-qadhi (pengetahuan hakim). Berlaku kefasadan
zaman dan boleh mengundang tohmah & kezaliman.

AKTA
 Seksyen WP “Bayyinah” ertinya keterangan yang membuktikan sesuatu hak atau kepentingan
dan termasuklah qarinah;
Keterangan” termasuklah –
 bayyinah dan syahadah
 segala pernyataan yang dibenarkan atau dikehendaki oleh Mahkamah dibuat di
hadapannya oleh saksi berhubung dengan perkara-perkara fakta yang disiasat:
pernyataan sedemikian disebut keterangan lisan;
 segala dokumen yang dikemukakan bagi pemeriksaan Mahkamah: dokume sedemikian
disebut keterangan dokumentar

KES BERKAITAN

Kes: Shaheila Abdul Majid lwn. Roslan Abdul Aziz

 “Saksi-saksi Plaintif keseluruhannya tidak melihat pukulan daripada Defendan ke atas tubuh
badan Plaintif. Saksi-saksi Plaintif juga menyatakan Defendan keluar daripada
rumah kelamin sejak peristiwa kecederaan pada Plaintif (4/4/1998) dan tidak pulang-
pulang hinga sekarang ini. Saksi-saksi Plaintif juga mengesahkan Defendan tidak
memberi nafkah kepada Plaintif sejak 4/4/1998 hingga sekarang ini.

 Oleh itu, saya berpuas hati bahawa keterangan saksi-saksi Plaintif adalah
sebagai bayyinah dan qarlnah sahaja pada perkara kecedarann pada Plaintif Keterangan
Plaintif dan saksi-saksi itu memberi kepuasan kepada hati saya menyatakan
wujud pukulan atau perlakuan mudarat oleh Defendan ke atas Plaintif pada 4/4/1998
dan perlakuan Defendan meninggalkan Plaintif tanpa nafkah diri oleh Defendan
atau wakil Defendan kepada Plaintif mulai 4/4/1998 iaitu lebih 4 bulan Hijrah
sedangkan Plaintif sentiasa taat kepada Defendan.”

Kes: Abdul Hanif lwn Rabiah


"tidaklah munasabah memerlukan seorang isteri yang mendakwa ia dipukul oleh suaminya
mengadakan saksi-saksi seperti itu, kerana mustahil seorang suami apabila memukul isterinya
akan memanggil dua orang saksi perempuan dan seorang saksi lelaki untuk menyaksikan
pukulan itu. Dalam perkara seperti itu tidak perlu keterangan diberi sebagai shahiidah,
dan memadai ia diberi sebagai bayyinah dan qarinah. "

Hukum Memberi Keterangan

a) Bukan Hudud

 Wajib bagi seseorang untuk menjadi saksi untuk abgi keterangan


 Dalil:
o An-Nisa’:135
o Al-Baqarah: 282
o Al-Baqarah:283
o “Hendaklah seperti kamu melihat matahari nauk-terang lagi bersuluh, kalau ragu-
ragu takyahlah”
 Fardhu ain @ fardhu kifayah
b) Hudud
 tidak wajib bagi keterangan digalakkan sembunyi
 kerana pelaku digalakkan bertaubat

DALIL
Kes Mughirah- zina
 Zaman Saidina Umar. Mughirah antara orang terawal peluk Islam tapia da habit suka
berkahwin. Abu Bakhrah ternampak Mughirah dengan seorang wanita yang dia yakin
bukan isteri Mughirah & mengaku pada Saidina Umar tuduh Mughirah berzina &
kemukakan 4 orang saksi. Salah seorang saksi ragu ragu.

ISSUE
- Saidina Umar mendatangkan hukuman qazaf pada saksi saksi dan org yg menuduh.
Adakah hukuman ini ditambah-tambah?-
- Ianya dalam situasi jika hudud tak dapat sibuktikan
 Saidina Umar (kes minum minuman memabukkan)– tambah 80 kali sebatan untuk
minum arak.
 Suami yang talakkan 3 kepada isteri.
 Kesaksian kes hudud sunat dirahsiakan, tetapi jika seseorang itutampil mjd saksi, maka
kesaksiannya harus dilakukan (syahadah al-hisbah)
 Hadith: ‘tertolak hudud dengan syubhah’
 Hadith: “ sesiapa yang menutup kesalahan seseorang Islam, maka Allah akan menutup
aibnya di dunia dan akhirat”

PENGECUALIAN:
 Sukarela
 Dipanggil oleh Mahkamah- Ibnu Abi
 Dam-amanah
 Ma’ruf bil fujur

Kisah Maiz
 Sahabt Nabi, jumpa Nabi dan mengaku berzina. Nabi tak layan. Esok datang lagi
minta diberi hukuman. Nabi tak layan. Kali ke-3 Nabi hantar Sahabt lain untuk
check normal ke gila Muiz ni. Kali ke 4 datang lagi. nabi Tanya waras / tak? Dia jawab
waras. Mabuk? Dia jawab tak. Hanya bercium? Tidak. Sedar? Ya.Adakah kulit bersentuh?
ya. Aku telah bersentuh sebagaimana yang dihalalkan antara suami isteri sah. Nabi
suruh rejam. Bila rejam, Muiz rasa salah, dia lari. Sahabat kejar tak jumpa. Baling
tulang unta, dia mati. Nabi tanya kenapa tak biarkan dia lari? Sebab mungkin bila
dia lari dia dah bertaubat. Keterangan dia dah ditarik balik.
Kisah Al-Ghariah
 Wanita mengaku dengan Nabi dia berzina. 3 kali datang & mengaku mengandung. Nabi
suruh lahirkan dulu. Dah lahirkan dan bawa jumpa, Nabi suruh susukan 2 tahun.
lepas tu datang balik jumpa Nabi, Nabi rejam. Bila rejam, darah wanita terpercik
dan sahabat itu melarikan diri dari darah. Nabi kata “jangan jijik. Sesungguhnya
jika kumpulkan taubat 1 rakyat madinah tak sama dengan taubat wanita ini.

Peruntukan Berhubung Saksi


 S.64 (3) ATJS (WP) 1997
 S.210 ATJS (WP) 1997 – saksi yang tak datang dikira hina mahkamah
 S.219 ATJS (WP) 1997
 S.9 AKJS(WP) 1997

Pendakwa Syarie Pahang v V. V. Aboo

 Tertuduh telah ditangkap kerana dituduh memasuki tempat perjudian di Kasino


Genting Highlands. Dalam pembelaannya, Tertuduh mengatakan bahwa dia
memasuki kasino di Genting kerana mencari kawan. Kesalahan memasuki tempat
perjudian bukannya kesalahan hudud, tapi dia adalah ta`zir. Jadi bila ta`zir, kita
boleh guna qarinah. Lalu hakim dalam perbicaraan tersebut pun memutuskan
untuk memberi contoh qarinah. Antara kata nya “ Qarinah ialah yang
pertamanya seperti yang dicontohkan seseorang yang dituduh mencuri
sesuatu barang kepunyaan seseorang yang lain. Apabila disiasat, orang itu ada
barang tersimpan dalam sakunya. Maka barang itu adalah menjadi qarinah.
Atau yang keduanya, kalau seseorang itu meminum minuman yang memabukkan.
Untuk mensabitkan dia bersalah, qarinah digunakan kerana ada bau pada mulutnya."...
 Oleh yang demikian, alasan tertuduh membela diri mengatakan dia memasuki kasino
untuk mencari kawan telah ditolak oleh mahkamah. Mahkamah mengatakan bahawa
tertuduh bersalah kerana mengunjungi kasino di Genting Highlands
berdasarkan qarinah yang ada dalam kes ini. Qarinah itu ialah yang
pertamanya dia berada dalam kasino. Tanpa mengambil kiralah sama ada dia melawat
ataupun dia sedang mencari kawan. Keduanya, qarinah menunjukkan tertuduh
sengaja masuk dalam kasino ialah kerana semasa dia ditangkap dalam kasino, dia
berpakaian baju batik, Di mana ‘dress code’ untuk memasuki kasino ialah berbaju
batik. Qarinah yang diputuskan oleh Mahkamah Syariah Bentong, menunjukkan
bahwa dia sengaja masuk dalam kasino, dan ini diharamkan bagi orang
Islam.
 S.10 AKJS(WP) 1997

Anda mungkin juga menyukai