Anda di halaman 1dari 6

BORANG MS 2

ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH


(NEGERI SEMBILAN) 2003
(Seksyen 8(a))

SAMAN
DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH SEREMBAN
DI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
SAMAN NO:
ANTARA
WAN NURDIANA BINTI WAN IBRAHIM …PLAINTIF
(NO. K/P : 780915-01-6044)
DENGAN
AHMAD AZMI BIN BUHALIL …DEFENDAN
(NO. K/P : 780625-04-5023)

Kepada :- AHMAD AZMI BIN BUHALIL (NO. K/P : 780625-04-5023) Defendan yang dinamakan di atas
yang beralamat di PT 5878. Jalan BBN 9/3G, Desa Anggerik, Putra Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Darul Khusus.

ANDA DENGAN INI DISAMAN supaya hadir sama ada sendiri atau melalui Peguam Syarie anda
dihadapan Mahkamah Tinggi Syariah Seremban, Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Sembilan, 1054A,
Jalan Sendayan, 71950 Bandar Seri Sendayan, Negeri Sembilan pada hari pada
haribulan 2017 pukul pagi/petang untuk menjawab suatu tuntutan
terhadap anda oleh Plaintif yang dinamakan di atas yang butir-butirnya ada dinyatakan dalam Pernyataan
Tuntutan yang diendorskan di sini.

AMBIL PERHATIAN bahawa jika anda ingkar hadir di mahkamah pada hari dan masa yang ditetapkan.
Mahkamah boleh terus mendengar dan memutuskan kes tanpa kehadiran anda.

DAN AMBIL PERHATIAN bahawa jika anda ingin membela diri terhadap tuntutan itu, anda hendaklah
memfailkan di Mahkamah ini dan menyampaikan kepada Plaintif suatu pembelaan dalam borang yang
ditetapkan sebelum tarikh yang tersebut di atas atau hadir di mahkamah pada tarikh itu.

Bertarikh pada haribulan , 2019.

(METERAI)
…………………………………
Hakim/Pendaftar

SAMAN ini telah difailkan oleh AISHAH DIN & ASSOCIATES, Peguam Syarie yang beralamat di Panel
Guaman Dan Perundingan Syariah, C-205, Aras 2 Blok C, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya,
50603 Kuala Lumpur.
PERNYATAAN TUNTUTAN

1. Plaintif WAN NURDIANA BINTI WAN IBRAHIM (NO. K/P : 780915-01-6044) yang beralamat di PT
5878. Jalan BBN 9/3G, Desa Anggerik, Putra Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus
adalah bekas isteri kepada Defendan.

“Sesalinan Kad Pengenalan Plaintif dilampirkan dan ditandakan sebagai WNWI-1”

2. Defendan AHMAD AZMI BIN BUHALIL (NO. K/P : 780625-04-5023) yang beralamat di PT 5878.
Jalan BBN 9/3G, Desa Anggerik, Putra Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus adalah
bekas suami kepada Plaintif.

3. Plaintif dan Defendan telah bernikah pada 28 April 2001 di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bharu,
Johor Darul Takzim dengan berwalikan bapa kandung Plaintif dan pasangan ini kemudiannya
telah bercerai di luar dan tanpa kebenaran Mahkamah pada 12 Januari 2019 yang kemudiannya
telah disahkan oleh Mahkamah iaitu talak raji’e yang berjumlah satu talaq.

“Sesalinan Sijil Nikah & Perintah Cerai dilampirkan dan ditandakan sebagai WNWI-2”

4. Pasangan ini telah dikurniakan dua (2) orang anak sepanjang tempoh perkahwinan iaitu :-

1) AHMAD AZHAD FIRAS BIN AHMAD AZMI yang dilahirkan pada 6 November 2002.
(17 Tahun)

2) AHMAD AZFAR FARIS BIN AHMAD AZMI yang dilahirkan pada 24 April 2006.
(13 Tahun)

“Sesalinan sijil kelahiran anak & Kad Pengenalan anak-anak dilampirkan secara kolektif dan
ditandakan sebagai WNWI-3”
5. Sepanjang perkahwinan Pihak-Pihak telah memperoleh harta sebagaimana berikut :-

i. SEBUAH RUMAH TERES DUA TINGKAT YANG DIKENALI SEBAGAI GERAN NO. 184545,
LOT NO 27160,BANDAR NILAI UTAMA, DAERAH SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN YANG
BERALAMAT DI PT 5878. JALAN BBN 9/3G, DESA ANGGERIK, PUTRA NILAI, 71800
NILAI, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

“ Sesalinan Perjanjian Jual Beli Rumah dilampirkan dan ditandakan sebagai Lampiran WNWI-4”

6. Rumah tersebut di beli pada 7 Jun 2011 iaitu semasa di dalam tempoh perkahwinan Plaintif
dengan Defendan. Rumah tersebut dibeli dengan harga RM170,000.00 (RINGGIT MALAYSIA
SATU RATUS TUJUH PULUH RIBU SAHAJA) yang didaftarkan atas nama bersama Plaintif dan
Defendan.

SUMBANGAN LANGSUNG
1. Wang Deposit bagi pembelian rumah tersebut sebanyak RM17,000.00 (RINGGIT MALAYSIA TUJUH
BELAS RIBU SAHAJA) telah dibayar dengan menggunakan wang simpanan Plaintif. Manakala kos
bayaran perkhidmatan guaman untuk pembelian rumah tersebut juga ditanggung sepenuhnya oleh
Plaintif. Perkara ini akan diperincikan dan dibuktikan kelak.

2. Walaupun rumah tersebut didaftarkan atas nama bersama, namun Plaintiflah yang membuat pinjaman
bagi membiayai rumah tersebut sebanyak RM153,000.00 (RINGGIT MALAYSIA SATU RATUS LIMA
PULUH TIGA RIBU SAHAJA) setelah ditolak wang deposit.

3. Plaintif membuat pinjaman dengan CIMB BANK untuk pembiayaan pembelian rumah tersebut yang
dibuat sebanyak RM144,500.00 (RINGGIT MALAYSIA SATU RATUS EMPAT PULUH EMPAT RIBU
LIMA RATUS SAHAJA) yang perlu dibayar oleh Plaintif mulai 1/11/2011 selama 37 Tahun sebanyak
RM706.00 (RINGGIT MALAYSIA TUJUH RATUS DAN ENAM SAHAJA) setiap bulan dan masih belum
habis di bayar dan hanya akan selesai dibayar pada tahun 2048.

4. Memandangkan pinjaman yang diluluskan oleh pihak Bank tidak mencapai jumlah keseluruhan
RM153,000.00 (RINGGIT MALAYSIA SATU RATUS LIMA PULUH TIGA RIBU SAHAJA), maka
Plaintiflah yang menggunakan wang simpanan beliau untuk membayar baki jualan rumah tersebut
sebanyak RM8,500.00 (RINGGIT MALAYSIA LAPAN RIBU LIMA RATUS SAHAJA).
5. Segala kos penyelenggaraan rumah dan bayaran-bayaran yang berkaitan rumah hampir 90% dibiayai
oleh Plaintif dan perkara ini akan diperincikan kelak.

6. Justeru, Plaintif yakin, dengan wang tersebut adalah suatu sumbangan secara langsung yang dibuat
oleh Plaintif dalam memiliki rumah yang dituntut tersebut.

SUMBANGAN TIDAK LANGSUNG PLAINTIF TERHADAP RUMAH

7. Sepanjang 19 tahun tempoh perkahwinan Plaintif dengan Defendan, Plaintif telah banyak berkorban
terhadap Defendan dan rumahtangga mereka.

8. Sepanjang dalam perkahwinan, Plaintif bekerja untuk membantu kewangan rumahtangga mereka yang
mana ketika berkahwin, Plaintif bekerja sebagai tutor di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). Pada
bulan Mei 2001 Plaintif menyambung pengajian di peringkat Sarjana di dalam bidang Kejuruteraan
Komunikasi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) atas tuntutan kerja yang memerlukan Plaintif
menyambung pengajian tersebut. Sepanjang beliau menyambung pengajian, beliau tidak pernah
mengabaikan tanggungjawabnya terhadap Defendan dan rumahtangga mereka malahan Plaintif
melahirkan anak yang pertama pada 6 November 2002 ketika di dalam tempoh pengajian peringkat
Sarjana tersebut. Selepas tamat pengajian Sarjana tersebut, Plaintif dinaikkan pangkat ke jawatan
Pensyarah di UNITEN tersebut.

9. Pada 25 Ogos 2003, Plaintif dan Defendan telah membeli sebuah rumah teres setingkat yang
beralamat di No. 21, Jalan Indah 18, Desa Indah 2, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
dan dijadikan rumah kelamin mereka. Plaintif berulang setiap hari bersendirian berulang alik ke Bangi
setiap hari untuk mencari rezeki bagi menampung keperluan rumahtangga.

10. Kemudian pada awal tahun 2007, Plaintif berhenti kerja di UNITEN dan kemudiannya memulakan
tugas sebagai Pensyarah di UKM dan semasa bertugas di UKM tersebut, Plaintif sekali lagi ditawarkan
untuk menyambung pengajian di peringkat PhD di Jerman. Sepanjang Plaintif melanjutkan
pengajiannya di Jerman, Plaintif tidak pernah cuai untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri
dan juga ibu kepada anak-anak sewajarnya. Pada April 2012, Plaintif pulang ke Malaysia dan
membuat keputusan untuk tidak pulang semula ke Jerman memandangkan pembiayaan telah tamat
dan tidak lagi sanggup untuk berjauhan dengan keluarga dan anak-anak dan Plaintif kembali bertugas
sebagai Pensyarah di UKM sehinggalah tahun 2015.
11. Kemudian Plaintif menceburi bidang hartanah secara sambilan dan Plaintif berusaha bekerja untuk
membantu Defendan kerana pada awalnya Defendan hanyalah pekerja biasa sahaja di MasKargo dan
kemudiannya beliau ditawarkan sebagai pegawai dan pada ketika itu gaji Defendan lebih kecil
berbanding gaji Plaintif.

12. Semenjak awal perkahwinan, Plaintif tidak pernah diberikan nafkah untuk dirinya namun Plaintiflah
yang tanpa berkira menggunakan 100% gaji beliau keseluruhannya untuk keluarga termasuklah
walapun selepas Plaintif berhenti kerja. Segala perbelanjaan rumah, keperluan anak-anak, bil-bil
semuanya diuruskan oleh Plaintif sepanjang tempoh perkahwinan. Plaintif sentiasa berkorban untuk
memastikan keperluan keluarga terjaga dan terjamin dan mengorbankan diri untuk memastikan
Defendan dan anak-anak bahagia namun segala pengorbanan Plaintif tidak dihargai dan akhirnya
beliau diceraikan tanpa sebab yang munasabah.

13. Di dalam perkahwinan, hasil penat lelah dan pengorbanan Plaintif selaku isteri, Plaintif telah berjaya
membolehkan mereka memiliki pelbagai asset-asset seperti rumah dan juga kenderaan yang
membolehkan mereka hidup sewajarnya namun segala pengorbanan Plaintif telah disia-siakan oleh
Defendan yang hanya bersikap pentingkan diri sendiri sepanjang tempoh perkahwinan. Perkara ini
akan diperincikan di Mahkamah kelak.

14. Selepas pulang dari Jerman, rumah tersebut dijadikan sebagai rumah kelamin mereka dan anak-anak.
Plaintiflah yang telah banyak menguruskan urusan berkenaan rumah tersebut termasuklah dalam
menyumbang tenaga dalam menyelenggara dan menjaga rumah tersebut tanpa gagal sehingga ke
hari ini. Perkara ini akan diperincikan dan dibuktikan kelak

15. Plaintif telah banyak berkorban demi Defendan dan rumahtangga mereka dan telah tanpa gagal
menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anak Defendan daripada
kehidupan yang susah sehinggalah Defendan senang sebagaimana hari ini namun apa yang berlaku,
Defendan langsung tidak menghargai pengorbanan Plaintif malahan bertindak menceraikan Plaintif
dengan alasan yang tidak munasabah.

16. Selepas Plaintif berhenti kerja sebagai Pensyarah, Plaintif tetap berusaha untuk membayar rumah
tersebut sendirian tanpa dibantu oleh Defendan. Plaintif merasakan Defendan tidak menunjukkan rasa
terima kasih atau penghargaan kepada Plaintif yang seorang diri menguruskan rumahtangga dan
anak-anak dan perkara ini akan diperincikan di Mahkamah kelak. Plaintif seorang yang patuh dan taat
kepada Defendan sepanjang tempoh perkahwinan dan tidak pernah disabitkan nusyuz oleh mana-
mana Mahkamah semasa di dalam tempoh perkahwinan.
17. Plaintif yakin beliau berhak ke atas rumah tersebut kerana Plaintif percaya beliau mempunyai
sumbangan langsung dan tidak langsung.

18. Sehubungan dengan itu, plaintif dengan rendah diri dan tawaddunya memohon Mahkamah Yang Mulia
Ini mengeluarkan perintah sebagaimana berikut :-

i. Bahawa Mahkamah Yang Mulia ini meluluskan tuntutan Plaintif berdasarkan peruntukkan
Seksyen 122 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

ii. Bahawa Mahkamah Yang Mulia Ini mengisytiharkan harta berikut sebagai harta sepencarian
Plaintif dengan Defendan iaitu :-

i. SEBUAH RUMAH TERES DUA TINGKAT YANG DIKENALI SEBAGAI GERAN NO.
184545, LOT NO 27160,BANDAR NILAI UTAMA, DAERAH SEREMBAN, NEGERI
SEMBILAN YANG BERALAMAT DI PT 5878. JALAN BBN 9/3G, DESA ANGGERIK,
PUTRA NILAI, 71800 NILAI, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

iii. Bahawa Mahkamah mengisytiharkan pembahagian rumah tersebut adalah sebagaimana


berikut :-

1) Rumah tersebut diserahkan sepenuhnya kepada Plaintif.

iv. Apa-apa relif yang difikirkan patut dan sesuai oleh Mahkamah Yang Mulia Ini.

Kepada AHMAD AZMI BIN BUHALIL (NO. K/P : 780625-04-5023) yang beralamat di PT 5878. Jalan BBN
9/3G, Desa Anggerik, Putra Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Bertarikh pada haribulan , 2019.

…………………………...
Peguam Syarie Plaintif

PERNYATAAN TUNTUTAN PLAINTIF ini telah difailkan oleh AISHAH DIN & ASSOCIATES yang
beralamat di Panel Guaman & Perundingan Syariah, C-205 Aras 2 Blok C, Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur. No. Tel/Faks: 03-79676117.

Anda mungkin juga menyukai