Anda di halaman 1dari 3

PENYATAAN TUNTUTAN

1. Plaintif iaitu ROSANINA BINTI KADIR (NO. K/P: 810902- 11- 5240). Yang beralamat di NO 16,
JALAN PULASAN 24, TAMAN KOTA MASAI, 81700, PASIR GUDANG, JOHOR. Adalah
merupakan bekas isteri Defendan.
(Sesalinan Kad Pengenalan dilampirkan dan di tandakan sebagai A)

2. Defendan iaitu RAMLI BIN OTHAMAN (NO. K/P: 800228- 03- 5257), yang beralamat di NO 16,
JALAN PULASAN 24, TAMAN KOTA MASAI, 81700, PASIR GUDANG, JOHOR, adalah
merupakan bekas suami kepada Plaintif.
(Sesalinan kad Pengenalan dilampirkan dan di tandakan sebagai B)

3. Plaintif telah bercerai dengan Defendan di luar mahkamah pada 04 April 2011 dan telah disahkan
oleh Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru pada 7 Februari 2013.
(Sesalinan Sijil Cerai dilampirkan dan ditandakan secara kolektif sebagai C)

4. Hasil perkahwinan Plaintif dengan Defendan, pihak-pihak telah dikurniakan seorang cahaya mata
iaitu:

i. MUHAMMAD FARIS HAKIMI BIN RAMLI (NO. MYKID: 070808- 11- 0119)

(Sesalinan Kad My Kid dilampirkan dan ditandakan secara kolektif sebagai D)

5. Semasa proses memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru, tiada persetujuan
bersama yang direkodkan oleh Plaintif dan Defendan mengenai apa-apa tuntutan selepas perceraian.

6. HARTA SEPENCARIAN

6.1 Dalam tempoh perkahwinan Plaintif dan Defendan, mereka telah memperolehi harta-harta
berikut;

6.1.1 Harta Tak Alih

1) Rumah Teres Dua Tingkat yang beralamat di No. 16, Jalan Pulasan 24, Taman Kota
Masai, 81700, Pasir Gudang, Johor yang terletak di bawah pegangan:

No. Hakmilik : HS(D) 382332 PTD 163829


Negeri : JOHOR
Daerah : PASIR GUDANG
Mukim : MUKIM PLENTONG
No. PT : PTD 163829
Luas Lot : 888 Meter Persegi
Rekod Ketuanpunyaan : RAMLI BIN OTHAMAN
(NO. K/P: 800228-03- 5257)
ROSANINA BINTI KADIR
(NO. K/P: 810902-11-5240)
(Selepas daripada ini di sebut sebagai Harta Tak Alih Tersebut)
(Sesalinan Rekod Pendaftaran Hakmilik dilampirkan dan ditandakan Sebagai E
didalam ikatan dokumen Plaintif)
6.2 Harta Tak Alih dibeli dengan harga belian sebanyak RM 93,900.00 (Ringgit Malaysia
Sembilan Puluh Tiga Ribu Sembilan Ratus) dalam tempoh perkawinan Plaintif dan Defendan
pada 11 Mei 2006.

SUMBANGAN SECARA LANGSUNG

6.3 Bahawa pembayaran Pendahuluan (Deposit) Harta Tak Alih Tersebut yang beralamat di
No. 16, Jalan Pulasan 24, Taman Kota Masai, 81700, Pasir Gudang, Johor, anggaran
sebanyak RM 4,356.79 (Ringgit Malaysia Empat Ribu Tiga Ratus Lima Puluh Enam Tujuh
Puluh Sembilan Sen) telah dibayar sepenuhnya oleh Plaintif.

6.4 Bahawa permohonan pembiayaan telah dibuat oleh Plaintif dan Defendan kepada Ambank
sebanyak RM 86,878.00 (Ringgit Malaysia Lapan Puluh Enam Ribu Lapan Ratus Tujuh
Puluh Lapan) selama tempoh 30 Tahun (360 bulan).
(Sesalinan Surat Permohonan Pembiayaan dilampirkan dan di tandakan sebagai F
didalam Ikatan Dokumen Plaintif)

6.5 Bahawa pada tahun 2008, Plaintif telah mengeluarkan wang dari KWSP sebanyak RM
2,367.56 (Ringgit Malaysia Dua Ribu Tiga Ratus Enam Puluh Tujuh Lima Puluh Enam Sen).
Manakala, pada tahun 2013, Plaintif dikehendaki membayar ansuran bulanan sebanyak RM
569.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Enam Puluh Sembilan) dari bulan 3(Mac) hingga
8(Ogos).
(Sesalinan Penyata Sejarah Pengeluaran KWSP dilampirkan secara kolektif dan di tandakan
sebagai G didalam Ikatan Dokumen Plaintif)

6.6 Selain itu, sepanjang tempoh perkahwinan bersama Defendan. Tugas Plaintif hanya
membayar yuran untuk anak tersebut dan persekolahan anak.

SUMBANGAN SECARA TAK LANGSUNG

6.7 Plaintif juga telah bertindak menguruskan hal ehwal rumahtangga dengan baik iaitu menjaga
anak dan melahirkan anak tersebut. Malahan untuk barangan keperluan harian dirumah
Plaintif dan Defendan mengeluarkan bersama-sama.

6.8 Selama 5 (Lima) tahun pihak-pihak menjadikan rumah tersebut sebagai kediaman mereka,
Plaintif telah mengeluarkan sekurang-kurangnya RM 8 ribu (Ringgit Malaysia Lapan Ribu)
hingga RM 9 ribu (Ringgit Malaysia Sembilan Ribu) untuk membuat renovasi (Renovate)
melalui akaun kedua Plaintif.

7.0 Oleh yang demikian, berdasarkan alasan-alasan yang dikemukan di atas, Plaintif dengan
tawadunya memohon kepada Mahkamah yang mulia ini meluluskan permohonan Plaintif
sebagaimana berikut:

i. Bahawa Mahkamah mengisytiharkan harta-harta berikut adalah Harta Sepencarian


Plaintif dan Defendan serta dibahagikan kepada Plaintif bagi Harta Tak Alih
Tersebut yang beralamat di No 16, Jalan Pulasan 24, Taman Kota Masai, 81700,
Pasir Gudang, Johor. Dibahagikan antara Plaintif dan Defendan dengan nisbah 50:50
bagi berdasarkan Seksyen 122 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri
Johor) 2003.
ii. Kos; dan

iii. Lain-lain relief yang difikirkan patut dan suaimanfaat oleh Mahkamah.

Kepada,

RAMLI BIN OTHAMAN (NO. K/P: 800228- 03- 5257), yang beralamat di NO 16, JALAN PULASAN
24, TAMAN KOTA MASAI, 81700, PASIR GUDANG, JOHOR.

Bertarikh 2017

(Peguam Syarie Plaintif)

Anda mungkin juga menyukai