Anda di halaman 1dari 8

1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU 2 3 DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA 4 5 DALAM KEBANGKRAPAN NO: 29 - 338 - 2006

6 ------------------------------------------------------------------7 8 9 ANTARA 10 11 12Ber : CHAU YOKE CHUN ... Penghutang 13 (NO. KP: 5737530) Penghakiman 14 15 16 17Ex Parte : BUMIPUTRA-COMMERCE BANK BHD ... Pemiutang 18 Penghakiman 19 20 21 22 23 24 25 26 27 ALASAN PENGHAKIMAN 28 29 30A. 31 32 33 34

LATAR BELAKANG Dalam kes ini Perayu/Penghutang Penghakiman memfailkan Notis Rayuan Kepada Hakim Dalam Kamar Kandungan 29 terhadap keputusan Penolong Kanan Pendaftar bertarikh 15/04/09 yang menolak Saman Dalam Kamarnya Kandungan

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18B. 19

20 dengan kos. Dalam Saman Dalam Kamar Kandungan 20 itu Perayu memohon supaya: 1. Notis Kebangkrapan bertarikh 22/06/06 diketepikan

kerana melanggar peruntukan Kaedah Kebangkrapan 169 dan Akta dan Akta Kebangkrapan 1967; 2. Notis Kebangkrapan itu diketepikan atas alasan yang sama di prayer I; 3. Permintaan mengeluarkan Notis Kebangkrapan itu

diketepi dan dibatalkan atas alasan yang sama seperti di prayer I; 4. Jika bersesuaian, Perayu mohon diberi perlanjutan masa untuk memfailkan dan menyerahkan permohonan ini kepada Responden/Pemiutang Penghakiman selaras dengan s. 93 Akta Kebangkrapan 1967 dan Kaedah 275 Kaedah Kebangkrapan 169 dan 5. Kos permohonan ini ditaksirkan.

Antara Alasan Utama Perayu/Penghutang Penghakiman Untuk Permohonan Kandungan 20 ialah:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10C. 11 12 13 14 15 16 17 18

1.

Notis Kebangkrapan itu tidak sah kerana diserah di luar tempoh dan tidak ke diri;

2.

Afidavit Encik George Paul Kandungan 21 tidak boleh dipakai kerana bercanggah dengan undang-undang;

3.

Penyerahan Notis Kebangkrapan tidak diindorse oleh Mahkamah dan

4.

Butir-butir tuntutan Notis Kebangkrapan bercanggah dengan penghakiman.

Responden/Pemiutang

Penghakiman

memfailkan

Afidavit

Balasan Kandungan 21 yang diikrarkan oleh En. George Paul membantah Kandungan 20. ialah: 1. Permohonan Kandungan 20 oleh Perayu adalah pra matang kerana Notis Kebangkrapan belum lagi Antara alasan utama bantahan

diserahkan kepada Perayu. kebenaran Mahkamah

Responden baru memohon mengeluarkan Notis

untuk

Kebangkrapan terhadap Perayu.

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14D. 15 16 17 18 19 20

2.

Penghakiman Mahkamah Sesyen K.Lumpur Saman S9-52-2228-03 telah diserahkan kepada Perayu seperti Ekshibit GPR 1 Kandungan 21.

3.

Permintaan mengeluarkan Notis Kebangkrapan dan Notis Kebangkrapan telah diserahkan kepada Perayu dengan pos dan juga percubaan secara ke diri melalui temujanji seperti yang dinyatakan dalam Ekshibit CY1-1 Afidavit Sokongan Perayu sendiri Kandungan 20.

4.

Butir-butir

yang

dinyatakan

dalam

permintaan

mengeluarkan Notis Kebangkrapan itu adalah betul selaras dengan perintah Mahkamah Sesyen bertarikh 25/06/04.

Isu-Isu Yang Perlu Diputuskan 1. Adakah Notis Kebangkrapan dan permintaan Notis Kebangkrapan itu sah?

2.

Adakah Afidavit Jawapan yang diikrarkan oleh George Paul Raj selaku Pengurus CIMB boleh diterima pakai?

1 2 3 4E. 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

3.

Adakah butir-butir tuntutan dalam Notis Kebangkrapan berbeza dengan Penghakiman yang diperolehi?

Dapatan Mahkamah 1. Mengenai isu pertama, Notis Kebangkrapan itu sah. Pada asalnya Notis Kebangkrapan itu telah tamat tempoh. Namun telah dilanjutkan keesahannya seperti perintah Mahkamah masing-masing bertarikh 02/11/06 Kandungan 8, 04/09/07 Kandungan 13 dan 26/11/07 kandungan 17. Responden telah menghantar surat secara pos kepada Perayu untuk penyerahan Notis Kebangkrapan itu secara ke diri yang mengandungi Notis Kebangkrapan dan surat temu janji. Notis Temu Janji ini selari dengan Arahan

Amalan No. 1/1968, supaya satu temu janji dibuat untuk serahan kali kedua jika serahan pertama tidak berjaya. Ini bererti penyerahan Notis Kebangkrapan dan

permintaan Notis Kebangkrapan belum lagi diserah. Oleh itu Notis Kebangkrapan dan permintaan Notis

Kebangkrapan yang bermeterai masih belum diserahkan

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

kepada Perayu kerana Perayu tidak memberi respon kepada surat temu janji.

2.

Mengenai isu kedua, En. George Paul Raj adalah Pengurus Responden. Dia diberi kuasa. Dia tahu fakta kes ini sama ada secara peribadi atau melalui rekod. Ia

mematuhi Aturan 41 Kaedah 5(2) Kaedah Mahkamah Tinggi yang berbunyi: an affidavit sworn for the purpose of being used in interlocutry proceedings may contain statements of information or belief with the sources and grounds thereof Oleh itu Afidavit Jawapan Kandungan 21 itu boleh diterima pakai dan sah.

3.

Mengenai isu ketiga, butiran dan kiraan yang dibuat oleh Perayu dalam Notis Kebangkrapan adalah jelas. Ia

menyatakan dengan jelas cara pengiraan dan faedah yang dikenakan menurut penghakiman iaitu faedah 1.5% di atas kadar asas pinjaman yang berubah-ubah dari

1 2 3 4F. 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17

semasa ke semasa. Oleh itu butir-butir tuntutan dalam Notis Kebangkrapan adalah selari dengan penghakiman. Ia adalah sah. Keputusan Mahkamah Berdasarkan kepada alasan-alasan di perenggan E di atas, Mahkamah menolak rayuan Perayu/Penghutang Penghakiman dengan kos. Perintah Penolong Kanan Pendaftar dikekalkan.

18Bertarikh Pada: 08 November 2009 19 20 21 22 23

1(DATO MOHD AZMAN BIN HUSIN) 2HAKIM 3MAHKAMAH TINGGI MALAYA, KOTA BHARU 4 5Peguam Perayu/Penghutang Penghakiman : En. Azhar bin Awang 6Peguam Responden/Pemiutang Penghakiman : Pn Noor Nazuha bt Mian

Anda mungkin juga menyukai