Anda di halaman 1dari 9

DALAM MAHKAMAH MAJISTRET (2) DI KOTA BHARU

DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA

PERMOHONAN JENAYAH PELBAGAI NO :

Dalam Perkara mengenai Kes Jenayah

No : DA-83D-2060-09/2017 Di Kota
Bharu, Kelantan

DAN

Dalam Perkara mengenai Seksyen


39A(1) AKTA DADAH MERBAHAYA
1952

DAN

Dalam Perkara mengenai permohonan


penangguhan pelaksanaan hukuman
sementara menunggu rayuan di bawah
Seksyen 311 Kanun Prosedur Jenayah

ANTARA

MUHAMAD LOKMAN BIN CHE HASSAN ..PEMOHON

DAN

PENDAKWARAYA ..RESPONDEN

NOTIS PERMOHONAN

BENARKAN SEMUA PIHAK BERKENAAN hadir di hadapan Tuan Hakim Mahkamah


Majistret (2) di Kota Bharu, Kelantan pada jam 9.00 pagi, untuk suatu
pendengaran NOTIS PERMOHONAN bagi pihak pemohon dalam tindakan ini untuk
satu perintah seperti berikut:

a. Pemohon di atas dibenarkan untuk memasukkan Notis Permohonan ini bagi


mendapatkan suatu penangguhan perlaksanaan hukuman sementara
menunggu rayuan ke Mahkamah Tinggi Kota Bharu, di bawah Seksyen 311
Kanun Acara Jenayah.
b. Pemohon telah pun dijatuhkan hukuman penjara 3 tahun 6 bulan dan 3
sebatan pada 26 hb Ogos, 2018

c. Bahawasanya pemohon masih lagi mempunyai peluang dan ruang untuk


membuat rayuan yang diperuntukkan oleh Kanun Acara Jenayah melalui
permohonan ini dan dibenarkan di Mahkamah yang Mulia ini.

Alasan-alasan permohonan ini adalah sebagaimana berikut :

i. Pemohon pada tarikh hukuman dijatuhkan, berhasrat untuk dibenarkan


jaminan sementara, untuk penangguhan pelaksanaan hukuman oleh Hakim
Mahkamah Yang Mulia ini.

ii. Bahawa pemohon telah disabitkan dengan kesalahan dan dijatuhkan


hukuman 3 tahun 6 bulan penjara dan 3 sebatan.

iii. Bahawasanya Pemohon masih lagi mempunyai peluang dan ruang untuk
membuat rayuan yang diperuntukkan oleh Kanun Acara Jenayah melalui
permohonan ini dan dibenarkan oleh Mahkamah.

iv. Perayu di dalam kes ini telah memasukkan Notis Rayuan pada 28hb. Ogos,
2018 dan berniat untuk membuat rayuan terhadap sabitan dan hukuman.
v. Untuk tujuan itu, sementara menunggu proses rayuan, perayu terpaksa
menunggu lama sementara proses rayuan selesai.

Alasan-alasan yang selanjutnya adalah sebagaimana yang di dalam Afidavit


Mohamad Lokman Bin Che Hassan (K/P No : 920403-03-6181) telah diikrarkan
pada 2018.

Bertarikh pada haribulan 2018

……………………………… …………………………..

PEGUAMBELA PEMOHON Penolong Pendaftar

Mahkamah Majistret,

Kota Bharu, Kelantan.

Notis Permohonan ini telah difailkan oleh Tetuan Aziz DeRashid Rosdin & Co,
Peguambela & Peguamcara yang beralamat di Tingkat 2, Kompleks Yakin, Jalan
Gajah Mati, 15000 Kota Bharu, Kelantan. (ADR-CR 01/08/2018)
DALAM MAHKAMAH MAJISTRET (2) DI KOTA BHARU

DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA

PERMOHONAN JENAYAH PELBAGAI NO :

Dalam Perkara mengenai Kes Jenayah

No : DA-83D-2060-09/2017 di
Mahkamah Majistret Di Kota Bharu,
Kelantan

DAN

Dalam Perkara mengenai Seksyen


39A(1) AKTA DADAH MERBAHAYA

DAN

Dalam Perkara mengenai permohonan


penangguhan pelaksanaan hukuman
sementara menunggu rayuan di bawah
Seksyen 311 Kanun Prosedur Jenayah

ANTARA

MUHAMAD LOKMAN BIN CHE HASSAN ..PEMOHON

DAN

PENDAKWARAYA ..RESPONDEN

PERAKUAN SEGERA

Saya ABDUL AZIZ BIN DERASHID (K/P No : 920403-03-6181) dari Tetuan Aziz
DeRashid Rosdin & Co, yang mengendalikan kes di peringkat Mahkamah Majistret (2)
di Kota Bharu, Kelantan, dengan ini memperakui bahawa Notis Permohonan ini
difailkan adalah perlu disegerakan Pendengarannya berdasarkan atas alasan-alasan
berikut :-
1. Bahawa pemohon berada di Penjara, namun Pemohon telah berhasrat
membuat permohonan secara bertulis, di hadapan Tuan Hakim Mahkamah
Majistret, untuk satu ikat jamin untuk penangguhan hukuman sementara
menunggu rayuan selesai.

2. Pemohon, merupakan seorang pesalah yang, berumur 26 tahun 4 bulan


semasa hari sabitan, dan merupakan anak harapan dalam keluarga beliau
sendiri, Pemohon juga mempunyai pekerjaan yang kukuh dan akan diserap
pada bila-bila masa.

3. Bahawasanya Pemohon mempunyai hak sebagaimana peruntukkan Seksyen


311 Kanun Prosedur Jenayah.

4. Pemohon bersedia menerima apa-apa jua syarat dan sekatan yang Mahkamah
akan putuskan.

Oleh yang demikian, saya dengan rendah diri memohon jasa baik Mahkamah yang
Mulia ini agar Notis Permohonan ini dapat didengar dengan secepat mungkin.

Bertarikh pada 30hb Ogos 2018

……………………………..

PEGUAM PEMOHON

Perakuan Segera ini telah difailkan oleh Tetuan Aziz DeRashid Rosdin & Co,
Peguambela & Peguamcara yang beralamat di Tingkat 2, Kompleks Yakin, Jalan
Gajah Mati, 15000 Kota Bharu, Kelantan. (ADR-CR-01/08/2018)
DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KOTA BHARU

DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA

PERMOHONAN JENAYAH PELBAGAI NO :

Dalam Perkara mengenai Kes Jenayah

No : DA-83D-2060-09/2017 di
Mahkamah Majistret Di Kota Bharu,
Kelantan

DAN

Dalam Perkara mengenai Seksyen


39A(1) AKTA DADAH MERBAHAYA

DAN

Dalam Perkara mengenai permohonan


penangguhan pelaksanaan hukuman
sementara menunggu rayuan di bawah
Seksyen 311 Kanun Prosedur Jenayah

ANTARA

MUHAMAD LOKMAN BIN CHE HASSAN ..PEMOHON

DAN

PENDAKWARAYA ..RESPONDEN

AFIDAVIT

Saya, MUHAMAD LOKMAN BIN CHE HASSAN (K/P No :920403-03-6131) yang


merupakan Pemohon di dalam Notis Permohonan ini, adalah seorang warganegara
Malaysia yang waras dan cukup umur serta beralamat di PT 181, Belakang SIC Jalan
Telipot ,15050 Kota Bharu, Kelantan dengan sesungguhnya berikrar dan menyatakan
seperti berikut :-
1. Saya adalah Pemohon di dalam Notis Permohonan ini.

2. Bahawa saya tahu akan fakta tindakan ini daripada pengetahuan saya sendiri
dan daripada maklumat serta rekod-rekod dan dokumen-dokumen yang
dibekalkan kepada saya, yang ada dalam simpanan saya, melainkan yang
dinyatakan sebaliknya.

3. Pada 26hb Ogos, 2018, saya telah disabitkan dengan kesalahan di bawah
Seksyen 326 Kanun Keseksaan dengan hukuman 3 tahun 6 bulan dan 3
sebatan oleh Hakim Bicara.

4. Notis Rayuan terhadap sabitan dan hukuman ke atas saya telah pun difailkan
pada 30hb. Ogos, 2018.

5. Semasa pertuduhan dikenakan terhadap saya, saya masih lagi berumur 25


tahun, dan semasa sabitan terhadap pertuduhan dijatuhkan ke atas saya, saya
berumur 26 tahun 4 bulan.

6. Dengan izin Tuan Hakim, sepanjang prosiding perbicaraan berjalan, saya tidak
pernah gagal untuk hadir ke Mahkamah yang Mulia ini, samada untuk hari
sebutan atapun hari perbicaraan. Tidak pernah walau sekali Waran Tangkap
dikeluarkan ke atas saya atas kegagalan hadir ke Mahkamah.

7. Saya juga tidak pernah mengacau ganggu mangsa dan saksi-saksi pihak
Pendakwaan sepanjang diberikan jaminan semasa kes di Mahkmah Majistret.

8. Suatu Jaminan juga diberikan melalui permohonan lisan oleh peguam di


Mahkamah Majistret dan dibenarkan ikat jamin dengan RM15000.00 dengan
seorang penjamin.

9. Untuk makluman Mahkamah Yang Mulia ini, penjamin merupakan ibusaya


sendiri, dan pada setiap kali tarikh sebutan dan hari perbicaraan, ibubapa
saya sentiasa hadir bagi memberikan sokongan moral kepada saya.

10. Tuan Hakim, sebagai Pemohon di dalam kes ini, saya bukanlah seorang
warganegara Malaysia yang mendatangkan masalah kepada masyarakat
sekitarnya. Ini dapat dibuktikan sepanjang hidupnya, saya tidak pernah
sebelum ini disabitkan dengan mana-mana kesalahan jenayah, mahupun
laporan polis tidak pernah dibuat ke atasnya.

11. Dari segi kepentingan masyarakat umum, saya bukanlah seorang penjenayah
tegar dan berbahaya, yang perlu diasingkan dari masyarakat.
12. Malahan, sepanjang di bawah Jaminan Mahkamah bagi kes Seksyen 39A(1)
terhadap saya ini, saya tidak pernah dituduh atas apa-apa kesalahan jenayah
lain pun oleh pihak berkuasa.

13. Dengan izin Tuan Hakim, pada peringkat ini, dalam usia saya yang masih lagi
muda, yang masih lagi berumur 26 tahun 4 bulan, saya merasakan bahawa
saya perlu berada di sisi keluarga saya demi sokongan moral dan semangat.
Saya juga perlu bergaul dengan masyarakat sekeliling ya bersama ahli
keluarga,

14. Melalui perbincangan dengan peguam saya, saya difahamkan bahawa di bawah
peruntukkan ini, iaitu Seksyen 311 Kanun Acara Jenayah, keadaan istimewa
di bawah peruntukkan ini adalah berbeza bagi setiap individu. Saya percaya
dan yakin bahawa saya telah mempunyai keadaan istimewanya sendiri
berdasarkan kepada latar belakangnya, usia muda, dan faktor bukan
penjenayah tegar.

15. Di dalam permohonan ini juga, saya beraku berjanji akan mematuhi apa jua
syarat yang bakal dikenakan ke atasnya. Saya bersedia untuk melapor diri di
balai polis berdekatan dan berjanji untuk hadir setiap kali prosiding rayuan di
Mahkamah Tinggi kelak.

16. Saya dengan rendah diri dan belas ihsan, memohon agar Mahkamah yang
Mulia membenarkan suatu jaminan dan penangguhan pelaksanaan hukuman
sementara menunggu rayuan ke Mahkamah Tinggi Kota Bharu ini dibenarkan
kepada saya memandangkan Proses rayuan ini pasti akan memakan masa
yang lama.

17. Seterusnya, saya juga percaya dan yakin, berdasarkan penjelasan pihak
peguam saya, bahawa adalah kehendak dan hasrat kerajaan, bahawa jaminan
boleh diberikan kepada saya agar saya dapat bergaul denga masyarakat luar,
bersama keluarga dan rakan-rakan dan memerlukan sokongan moral dan
semangat.

18. Dan sebagai pemohon, saya juga memberi akujanji jika jaminan ditawarkan,
saya akan sentiasa hadir dan mematuhi apa jua syarat dan jika syarat tersebut
tidak dipatuhi dan dilanggari, Mahkamah Yang Mulia ini boleh merampas wang
jaminan tersebut.
19. Bahawasanya setiap pernyataan yang saya berikan di dalam Afidavit ini adalah
benar dan dalam pengetahuan saya sendiri.

20. Dengan izin dan rendah dirinya pihak Pemohon, memohon suatu perintah
sebagaimana permohonan.

Diikrarkan oleh )

MUHAMAD LOKMAN BIN CHE HASSAN )

920403-03-6131 )

Pada )

Di Kota Bharu, Kelantan )

Di hadapan saya.

………………………………..

PESURUH JAYA SUMPAH

Anda mungkin juga menyukai