Anda di halaman 1dari 4

SURAT HIBAH

SURAT HIBAH INI dibuat pada hb 20

ANTARA:

___________________ (NO. K/P: _______________) yang beralamat / bermastautin di


___________________ (selepas ini disebut “Penghibah”) sebagai satu pihak.

DAN

___________________ (NO. K/P: _______________) yang beralamat / bermastautin di


___________________ (selepas ini disebut sebagai “Penerima Hibah”) sebagai pihak yang satu
lagi.

BAHAWASANYA DAN MAKA ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJUI seperti berikut:-

1) Penghibah adalah pemilik kepada Harta Alih yang disenaraikan di dalam Jadual A
(selepas ini disebut “Harta Yang Dihibah”) di dalam Surat Hibah ini.

2) Penghibah dengan ini dalam keadaan sedar, sihat tubuh badan dan mental dan tiada
paksaan daripada mana-mana pihak bersetuju menghibahkan Harta Yang Dihibah
tersebut kepada Penerima Hibah berdasarkan syarat-syarat yang dinyatakan di
dalam Surat Hibah ini.

3) Penghibah dan Penerima Hibah dengan ini bersetuju bahawa Surat Hibah ini
dijalankan menurut konsep Hibah berkuatkuasa dengan serta merta.

4) Penghibah dengan ini mengisytiharkan bahawa Penghibah memberikan sepenuhnya


Harta Yang Dihibah tersebut kepada Penerima Hibah berkuatkuasa dengan serta-
merta dengan termeterainya Surat Hibah ini dan dengan itu maka gugurlah hak
mutlak Penghibah ke atas Harta Yang Dihibahkan tersebut.

5) Penerima Hibah dengan ini bersetuju untuk menerima sepenuhnya Harta Yang
Dihibah tersebut berkuatkuasa dengan serta merta. Penerima Hibah seterusnya
bersetuju supaya Harta Yang Dihibah tersebut dipindah milik kepada Penerima
Hibah berkuatkuasa serta merta dengan termeterainya Surat Hibah ini.

6) Penghibah dengan ini memberikan kuasa mutlak kepada Penerima Hibah untuk
menguruskan / mengguna Harta Yang Dihibah tersebut yang mana keizinan
Pengibah tidak lagi diperlukan kerana Penerima Hibah kini merupakan pemilik mutlak
ke atas Harta Yang Dihibah tersebut berkuatkuasa dengan serta-merta dengan
termeterainya Surat Hibah ini.

1
7) Penghibah dengan ini mengisytiharkan bahawa Harta Yang Dihibahkan ini tidak
tertakluk kepada hukum Faraid kerana ia adalah hak milik mutlak Penerima Hibah
berkuatkuasa dengan serta-merta dengan termeterainya Surat Hibah ini.

8) Ahli waris di bawah hukum Faraid tidak mempunyai hak untuk mewarisi harta yang
telah dihibahkan oleh Penghibah kepada Penerima Hibah.

9) Penghibah dan Penerima Hibah dengan ini telah secara rela dan bersetuju dengan
syarat-syarat yang dinyatakan di dalam Surat Ikatan Hibah ini dan dengan ini
bersetuju supaya terikat dengan syarat-syarat yang dinyatakan dalam Surat Ikatan
Hibah Ini

………………………………………………………………………………………………………………………..

(Ruangan Di Bawah Ini Dikosongkan Dengan Sengaja)

2
SEBAGAI MENYAKSIKAN SURAT IKATAN HIBAH INI, pihak-pihak yang terlibat dengan
ini menurunkan tandatangan dan keizinan pada hari dan tahun yang tersebut di atas:

DITANDATANGANI oleh Pemberi hibah )


)
(NO. K/P: ) ) ……………………………………………..
Di hadapan: - )
) (NO. K/P: )

……………………………………………………………………..

DITANDATANGANI oleh Penerima hibah )


)
(NO. K/P: ) ) ……………………………………………..
Di hadapan: - )
) (NO. K/P: )

……………………………………………………………………..

3
JADUAL A

(Senarai Harta Dihibah)

No Jenis Harta Maklumat Penerima Hibah


. Dihibah
1.

Anda mungkin juga menyukai