Anda di halaman 1dari 3

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Amat Mengasihani

SURAT PENGISYTIHARAN HIBAH

Sesungguhnya Harta adalah amanah Allah kepada hamba-Nya, maka adalah atas setiap
hamba itu bertanggungjawab sebagai pemegang amanah untuk mengurus harta dengan
sempurna agar sentiasa dimanfaat menurut peraturan yang digariskan Allah S.W.T.

Saya, NAMA PEMBERI HIBAH (NO. K/P: XXXXXX-XX-XXXX) yang beralamat di


_______________________________________________ adalah seorang warganegara
Malaysia yang mukallaf, sihat tubuh badan dan waras fikiran semasa mebuat
PENGISYTIHARAN HIBAH ini (selepas ini disebut Pemberi Hibah) --- Sesalinan Kad
Pengenalan Pembi Hibah dilampirkan di Lampiran A.

Matlamat saya menullis SURAT PENGISYTIHARAN HIBAH ini adalah sebagai penyataan
bertulis yang menjelaskan kedudukan harta yang telah dihibahkan kepada Penerima Hibah
semasa hayat Pemberi Hibah, dengan harapan agar memudahkan proses penyelesaian pusaka
mana-mana pihak sama ada Pemberi Hibah mahupun Penerima Hibah tanpa wujudnya apa-
apa kekeliruan terhadap status harta yang telah dihbahkan tersebut selepas kematian mana-
mana pihak.

Oleh yang demikian, SURAT PENGISYTIHARAN HIBAH ini diyakini berfungsi sebagai
dokumen yang penyumbang kepada penyelesaian pusaka yang sempurna, adil dan saksama
secara SULH di kalangan ahli waris mana-mana pihak yang meninggal dunia. Walaupun
Hibah akan dituntut dari mana-mana Mahkamah Syariah yang berbidangkuasa, hendaklah
SURAT PENGISYTIHARAN HIBAH ini menjadi bahan pembuktian penting, dan sumber
utama yang harus mendapat pertimbangan mahkamah.

Bahawasanya SURAT PENGISYTIHARAN HIBAH ini adalah pengisytiharan terakhir dan


mana-mana pengisytiharan hibah yang telah dinyatakan terdahulu ke atas harta hibah ini
adalah terbatal.

1. PENGISYTIHARAN PEMBERIAN HIBAH


1.1 Bahawasanya saya, NAMA PEMBERI HIBAH (NO. K/P: XXXXXX-XX-
XXXX) sebagai pemilik harta hibah adalah seorang warganegara Malaysia yang
mukallaf, sihat tubuh badan dan waras fikiran dengan sukarela dan suci hati tanpa
paksaan dari mana-mana pihak menghibahkan/memberikan Harta Hibah kepada
Anak Lelaki saya NAMA PENERIMAH HIBAH (NO. K/P: XXXXXX-XX-
XXXX) (selepas ini disebut Penerima Hibah) --- Sesalinan Kad Pengenalan
Pemberi Hibah dilampirkan dan ditandakan di Lampiran B.

i. Sebidang tanah seluas setengah (1/2) ekar atau 1/13 bahagian di alamat
Daerah Kinta Mukim Kampar, Lot 15678 Kampung Jawa Jeram 31850,
Kampar Perak.

1.2 Penerima Hibah mulai tarikh ini adalah pemilik ke atas Harta Hibah menurut
kadar bahagian Harta Hibah yang telah disebut di atas.
1.3 Harta Hibah yang diberikan kepada Penerima Hibah dengan segala hak mutlak,
kepentingan dan kecacatan termasuk gadaian (jika ada) ke atas Harta Hibiah.

2 PENERIMAAN HIBAH
2.1 Saya Penerimah Hibah, NAMA PENERIMA HIBAH (NO. K/P: XXXXX-XX-
XXXX) dengan ini menerima kadar bahagian Harta Hibah untuk saya (seperti
yang telah dinyatakan di atas) bersekali dengan hak dan syarat yang ada di atas
harta tersebut sebagaimana yang dinyatakan di atas dari Ibu Kandung saya,
NAMA PEMBERI HIBAH (NO. K/P: XXXXXX-XX-XXXX) sebagai Pemberi
Hibah.

3 LAIN-LAIN
3.1 Adalah dengan ini saya menyataka bahawa Hibah ini telahpun sempurna
sebagaimana yang digariskan oleh Syara’ iaitu dengan wujudnya akad pemberian
dan penerimaan hibah ini antara pihak pemberi dengan penerima serta
terlaksananya penyerahan hak serta penguasaan dan kawalan sepenuhnya Harta
Hibah dari saya, sebagai Pemberi Hibah kepada Penerima Hibah.
3.2 Kecuali dengan kerelaan dan penyerahan semula Harta Hibah secara nyata dan
Penerima Hibah ke atas bahagian yang telah diserahkan ini, saya mengaku bahawa
saya tidak boleh melakukan apa-apa jua bentuk perbuatan yang membawa maksud
pemberian hibah ini ditarik balik.
3.3 Sekiranya berlaku mana-mana perkara yang menyebabkan mana-mana Penerima
Hibah akan terhalang daripada mentadbir dan menjadi pemilik harta yang
dihibahkan selepas pemberian ini dibuat, maka saya mengarahkan wasi/Pemegang
Amanah yang mentadbir Harta Hibah bagi pihak Penerima Hibah.

Semoga seluruh keluarga saya sentiasa mendapat rahmat Allah S.W.T setelah pemergian
saya.

Dicatat pada 09 haribulan Februari 2016 bersamaan 1437H

Allah S.W.T adalah saksi terbaik, semoga Allah S.W.T mengampuni saya.

Ditandatangani oleh Pemberi Hibah dengan kehadiran kami yang hadir pada masa yang
sama di atas permintaan beliau dengan kehadiran beliau, antara satu sama lain.

.......................................................
NAMA : NAMA PEMBERI HIBAH
NO. K/P :

........................................................
Penerimah Hibah
NAMA PENUH
(NO. K/P: ________________)

.......................................................... ...........................................................
(SAKSI 1) (SAKSI 2)
NAMA: NAMA:
NO K.P: NO K/P:

Anda mungkin juga menyukai