Anda di halaman 1dari 10

DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KUALA LUMPUR

DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA


SAMAN NO. : MMS6-72-46430-2008
ANTARA
AMBANK (M) BERHAD (8515-D)
(dahulunya dikenali sebagai AmFinance Berhad)

PLAINTIF

DAN
AHMAD HAFIZI BIN MUHAMMAD

DEFENDAN

(NO. K/P: 820818-03-5925)


NOTIS PERMOHONAN
Benarkan semua pihak yang berkenaan hadir di hadapan Majistret/ Penolong
Kanan Pendaftar pada

haribulan

,2012 pada pukul

pagi bagi mendengarkan permohonan Defendan di atas untuk perintah-perintah


seperti berikut:
1)

Defendan diberi kebenaran untuk memfailkan permohonan untuk mengenepikan


penghakiman ingkar yang bertarikh 10 haribulan September 2008 di luar jangka
masa;

2)

Defendan dibenarkan untuk mengenepikan penghakiman ingkar yang bertarikh 10


haribulan September 2008;

3)

Defendan diberi kebenaran untuk memfailkan pernyataan pembelaan dan tuntutan


balas di luar jangkamasa;

4)

Bahawa tiada sebarang penguatkuasaan terhadap penghakiman ingkar yang


bertarikh 10 haribulan September 2008 sehingga keputusan permohonan lanjutan
masa dan permohonan untuk mengenepikan penghakiman ingkar dikeluarkan.

5)

Bahawa kos permohonan adalah kos di dalam kausa.

6)

Bahawa segala alasan-alasan yang berkaitan dengan permohanan ini ada


dinyatakan di dalam Afidavit Sokongan Defendan yang diikrarkan pada 30
Oktober 2012

Bertarikh pada
Catatan No.

haribulan

, 2012

tahun 2012

..
Pendaftar Mahkamah
Kepada:
Peguamcara Plaintif
Tetuan Mimirahayu Haniff Heng & Partners
No.37A-3, Block C2, Jalan PJU 1/39,
47301, Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
(Ruj Tuan: MHHP/AMB/HP/J4125/09/Vivian)
NOTIS PERMOHONAN ini difailkan oleh Tetuan Rosidi Hassan & Co, Peguamcara
Defendan yang beralamat di No.10-1G, Jalan AU 1A/4F, Keramat Permai Business
Centre, 54200, Kuala Lumpur.
Tel: 03-4265 2991
Fax: 03-4265 3991
Ref: [RHC/KL/LIT/061/12].

DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KUALA LUMPUR


DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA
SAMAN NO. : MMS6-72-46430-2008
ANTARA
AMBANK (M) BERHAD (8515-D)
(dahulunya dikenali sebagai AmFinance Berhad)

PLAINTIF

DAN
AHMAD HAFIZI BIN MUHAMMAD

DEFENDAN

(NO. K/P: 820818-03-5925)


AFIDAVIT SOKONGAN
Saya, AHMAD HAFIZI BIN MUHAMMAD (No. K/P: 820818-03-5925),
seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan beralamat di No. 31, Jalan 45/10,
Taman Koperasi Polis, Fasa 2, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.
1. Bahawa segala maklumat yang dinyatakan disini adalah melalui dokumen di dalam
simpanan saya sendiri dan melalui rekod yang mana saya mempunyai akses
terhadapnya.
2. Bahawa saya telah pada 01.12.2010, membuat permohonan pinjaman kepada Bank
Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad.
3. Bahawa saya telah pada 02.12.2010, menerima panggilan daripada Bank Rakyat
yang memaklumkan kepada saya bahawa permohonan pinjaman saya telah ditolak
disebabkan nama saya telah disenaraihitamkan kerana kegagalan pembayaran
pinjaman pembiayaan kereta jenis Proton Wira No. Pendaftaran WDU9696
(Kenderaan) daripada Plaintif pada 28.07.2005 (Pinjaman Kenderaan).
4. Bahawa saya kemudiannya telah pergi ke pejabat Plaintif untuk membuat semakan
dimana saya telah mendapati dapatan-dapatan seperti berikut:

a. Melalui borang permohonan sewa beli, butir-butir peribadi saya (terhad kepada
nama, no. kad pengenalan dan gambar ukuran pasport) telah digunakan untuk
membuat Pinjaman Kenderaan tersebut (Borang Permohonan);
b. 3 salinan slip gaji di atas nama saya dan no. kad pengenalan saya telah
dikeluarkan oleh sebuah syarikat yang dikenali sebagai Digital Mind Sdn Bhd
(No. Syarikat: 552179-X) (Digital Mind) untuk bulan April 2005 hingga bulan
Jun 2005 telah dikepilkan bersama permohonan Pinjaman Kenderaan tersebut
sebagai dokumen sokongan (Slip Gaji);
c. Melalui perjanjian sewa beli yang bertarikh 28.07.2005, butir-butir peribadi saya
(terhad kepada nama dan no. kad pengenalan saya) telah digunakan untuk tujuan
penyempurnaan perjanjian sewa beli Kenderaan tersebut (Perjanjian Sewa
Beli);
d. Melalui surat pengesahan bertarikh 21.06.2005, butir-butir peribadi saya (terhad
kepada nama dan no. kad pengenalan saya) telah digunakan oleh Digital Mind
yang mengesahkan bahawa saya adalah seorang juruteknik (technician) di Digital
Mind (Surat Pengesahan);
e. Melalui satu kontrak/invois yang tidak bertarikh, butir-butir peribadi saya (terhad
kepada nama dan no. kad pengenalan saya) telah digunakan oleh Syarikat EK
USED CAR (No. Pendaftaran Perniagaan: 001505743-A) (Penjual Kereta)
yang menunjukkan bahawa harga jualan kereta tersebut telah dibayar kepada
Penjual Kereta tersebut pada 28.07.2005 (Kontrak Pembelian).
f. Bahawa melalui installment loans balance inquiry yang bertarikh 03.12.2010,
jumlah tunggakan adalah sebanyak RM14,142.30 (Balance Inquiry).
(Item a sehingga item f di atas dirujuk secara kolektif selepas ini sebagai
Dokumen Pinjaman Kenderaan tersebut)
Salinan-salinan Dokuman Pinjaman Kenderaan tersebut dilampirkan di sini secara
kolektif dan ditandakan sebagai AH-1

5. Saya menyatakan bahawa saya tidak pernah membuat Pinjaman Kenderaan Tersebut
daripada Plaintif dan tidak pernah memberikan apa-apa butir-butir peribadi saya
kepada mana-mana pihak untuk tujuan Pinjaman Kenderaan tersebut.
6. Saya juga menyatakan bahawa saya tidak pernah melihat atau menandatangani
Dokumen Pinjaman Kenderaan tersebut.
7. Saya seterusnya menyatakan dan meyakini bahawa butir-butir peribadi saya telah
disalahgunakan dan/atau dicuri dan/atau digunakan tanpa kebenaran oleh individu
lain (Pihak Ketiga) (selepas ini dirujuk sebagai Penipuan Identiti).
8. Bahawa saya telah pada 03.12.2010 membuat aduan kepada Plaintif mengenai
Penipuan Identiti tersebut dan telah meminta antara lainnya agar nama saya
dibersihkan daripada senarai hitam dan/atau dikecualikan daripada membayar
Jumlah Tunggakan Kenderaan tersebut (Aduan Penipuan Identiti).
9. Bahawa saya juga telah pada 03.12.2010 membuat laporan kepada pihak polis
mengenai Penipuan Identiti tersebut (Laporan Polis).
Sesalinan Laporan Polis tersebut dilampirkan di sini dan ditandakan sebagai AH-2
10. Saya menyatakan bahawa berdasarkan kepada pemeriksaan saya terhadap Dokumen
Pinjaman Kenderaan tersebut, saya mendapati antara lainnya:
a. Bahawa alamat kediaman Pihak Ketiga tersebut adalah berlainan daripada alamat
kediaman saya sendiri. Alamat kediaman saya pada masa tersebut (27.05.2005)
ialah di 39347, Lorong 1/128, Kg Batu Muda, Jalan Ipoh, 51100 Kuala Lumpur;
b. Bahawa berdasarkan kepada alamat Pihak Ketiga yang terdapat pada Dokumen
Perjanjian Kenderaan tersebut, terdapat sebuah rumah kampung di alamat
tersebut yang dimiliki oleh seorang individu bernama Hj Basri (Rumah).

Rumah tersebut pada masa ini disewa oleh sebuah keluarga warganegara
Indonesia.
Salinan-salinan gambar rumah tersebut dilampirkan di sini secara kolektif dan
ditandakan sebagai AH-3
c. Bahawa saya tidak pernah mengenali tuan rumah tersebut dan tuan rumah
tersebut juga tidak mengenali saya.
d. Bahawa saya tidak pernah bekerja sebagai technician sepertimana yang tertera di
dalam kolum pekerjaan Pihak Ketiga. Saya menyatakan bahawa pada
27.05.2005, saya merupakan pelajar sepenuh masa di International Islamic
College, Gombak (IIC) dalam jurusan Diploma in Information Technology
dari tahun pengajian tahun 2004 sehingga tahun 2007 dan tidak pernah berkerja
sambilan atau sepenuh masa di mana-mana syarikat lain;
Sesalinan Statement of Accounts yang dikeluarkan oleh IIC yang menunjukkan
status Defendan sebagai pelajar di IIC pada tahun 2004/2005 dilampirkan di
sini dan ditandakan sebagai AH-4
e. Bahawa nombor telefon Digital Mind tersebut telah tiada dalam perkhidmatan;
f. Bahawa nombor telefon EK Used Car tersebut telah tiada dalam perkhidmatan;
g. Bahawa nombor telefon Pihak Ketiga tersebut telah tiada dalam perkhidmatan
h. Bahawa tandatangan Pihak Ketiga adalah berbeza daripada tandatangan saya;
i. Bahawa alamat perniagaan dan nama pengarah-pengarah di Digital Mind tersebut
adalah berbeza dengan carian syarikat yang telah saya lakukan.
j. Bahawa melalui carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Digital Mind
tersebut telah dibubarkan (dissolved) berdasarkan peruntukan Seksyen 308 (1)
(2) dan (4) Akta Syarikat 1965 melalui gazet no. 29893.

Sesalinan carian di SSM yang bertarikh 27.09.2012 dan carian di laman web
SSM dilampirkan di sini secara kolektif dan ditandakan sebagai AH-5
k. Bahawa melalui carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia, EK Used Car tersebut
telah tamat tempoh pendaftarannya pada 21.08.2006;
Sesalinan carian di SSM yang bertarikh 27.09.2012 dilampirkan di sini dan
ditandakan sebagai AH-6
l. Bahawa ketika Perjanjian Sewa Beli tersebut dibuat pada 28.07.2005, saya masih
tidak mempunyai lesen memandu motokar (D). Pada masa tersebut saya hanya
mempunyai lessen memandu motosikal (B2). Saya hanya memiliki lesen
memandu kelas D pada 23.03.2010;
Salinan-salinan lesen-lesen memandu saya yang menunjukkan bahawa saya
memperolehi lesen memandu kelas D pada 23.03.2010 dilampirkan secara
kolektif di sini dan ditandakan sebagai AH-7
11. Saya seterusnya menyatakan bahawa Plaintif telah melalui surat bertarikh
15.03.2011 (yang saya terima pada 04.07.2012) telah memaklumkan saya bahawa
permohonan saya sepertimana di Aduan Penipuan Identiti tersebut tidak dapat
dipertimbangkan (Surat Jawapan Aduan).
Sesalinan Surat Jawapan Aduan tersebut dilampirkan di sini dan ditandakan
sebagai AH-8
12. Melalui Surat Jawapan Aduan tersebut juga, saya telah dimaklumkan bahawa satu
penghakiman ingkar telah dimasukkan terhadap saya pada 10.09.2008 di Mahkamah
Majistret di Kuala Lumpur (Penghakiman Ingkar).
Sesalinan Penghakiman Ingkar tersebut dilampirkan di sini dan ditandakan sebagai
AH-9

13. Bahawa saya telah dianiayai dan /atau dizalimi oleh pihak Plaintif dan saya berniat
untuk mengenepikan Penghakiman Ingkar tersebut.
14. Saya setelah dinasihatkan oleh peguamcara saya dan saya percaya bahawa tempoh
masa untuk permohonan mengenepikan Penghakiman Ingkar seharusnya dilakukan
dalam tempoh tempoh 30 hari daripada tarikh Penghakiman Ingkar tersebut
diperolehi oleh Plaintif.
15. Bahawa tempoh 30 hari tersebut telah luput pada 11.10.2008
16. Saya setelah dinasihatkan oleh peguamcara saya dan saya percaya bahawa kebenaran
daripada Mahkamah Yang Mulia ini untuk mengenepikan Penghakiman Ingkar
tersebut perlu diperolehi memandangkan tempoh 30 hari tersebut telah luput.
17. Bahawa kelewatan saya memfailkan notis permohonan ini adalah kerana alasanalasan berikut:
a. Saya hanya mengetahui mengenai Penipuan Identiti tersebut pada 02.12.2010;
b. Saya tidak mempunyai pengetahuan mengenai kewujudan saman dan pernyataan
tuntutan Plaintif kerana alamat penyampaian saman tersebut bukanlah alamat
kediaman saya tetapi alamat Pihak Ketiga.
c. Saya tidak mempunyai pengetahuan mengenai kewujudan Penghakiman Ingkar
tersebut. Saya hanya mengetahui mengenai kewujudan Penghakiman Ingkar
tersebut selepas menerima Surat Jawapan Aduan daripada Plaintif;
18. Bahawa saya sesungguhnya mempertikaikan antara lainnya;
a. Kesempurnaan penyampaian Saman dan Pernyataan Tuntutan tersebut;
b. Kandungan dan Keesahan Pernyataan Tuntutan tersebut; dan
c. Keesahan Dokumen Pinjaman Kenderaan tersebut.

19. Bahawa Penghakiman Ingkar yang telah dimasukkan terhadap saya telah cuba
dikuatkuasakan oleh Plaintif melalui tindakan Saman Pemiutang Penghakiman
melalui Saman No:76J-179-01/2012 .
20. Bahawa Saman Pemiutang Penghakiman tersebut sekiranya dikuatkuasakan akan
menyusahkan dan memprejudiskan hak dan harta benda saya.
21. Bahawa saya bercadang untuk memfailkan pernyataan pembelaan dan tuntutan balas
sekiranya permohonan ini dibenarkan oleh Mahkamah yang Mulia ini.
Sesalinan deraf pembelaan dan tuntutan balas Defendan dilampirkan di sini dan
ditandakan sebagai AH-10
22. Bahawa berdasarkan kepada deraf Pembelaan dan Tuntutan Balas tersebut, terdapat
beberapa isu dan fakta yang perlu dibicarakan di Mahkamah yang Mulia ini dan
hanya sesuai diputuskan melalui satu perbicaraan penuh.
23. Berdasarkan kepada alasan-alasan di atas, saya dengan rendah diri memohon kepada
Mahkamah Yang Mulia ini agar permohonan saya untuk kebenaran memfailkan
permohonan untuk mengenepikan Penghakiman Ingkar diluar jangka masa
dibenarkan oleh Mahkamah Yang Mulia ini.
24. Berdasarkan kepada alasan-alasan di atas, saya dengan rendah diri memohon kepada
Mahkamah Yang Mulia ini agar permohonan saya untuk

mengenepikan

Penghakiman Ingkar yang bertarikh 10.09.2008 tersebut dibenarkan oleh Mahkamah


Yang Mulia ini.
25. Berdasarkan kepada alasan-alasan di atas, saya dengan rendah diri memohon kepada
Mahkamah Yang Mulia ini agar saya dibenarkan memfailkan Pernyataan Pembelaan
dan Tuntutan Balas.
26. Berdasarkan kepada alasan-alasan di atas, saya dengan rendah diri memohon kepada
Mahkamah Yang Mulia ini agar permohonan saya untuk menggantung sebarang

tindakan perlaksanaan terhadap Penghakiman Ingkar tersebut dibenarkan oleh


Mahkamah Yang Mulia ini
27. Pohon perintah seperti dipohon .

Diikrarkan oleh
AHMAD HAFIZI BIN MUHAMMAD

)
)

(NO. K/P: 820818-03-5925)


Di KUALA LUMPUR

)
)

Pada

(Terjemahan tidak diperlukan)

Dihadapan saya,

....
Pesuruhjaya Sumpah
AFIDAVIT SOKONGAN ini difailkan oleh Tetuan Rosidi Hassan & Co., Peguamcara
Defendan yang beralamat di No.10-1G, Jalan AU 1A/4F, Keramat Permai Business
Centre, 54200, Kuala Lumpur.
Tel: 03-4265 2991
Fax: 03-4265 3991
Ref: [RHC/KL/LIT/061/12].

Anda mungkin juga menyukai