Anda di halaman 1dari 3

DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KUALA TERENGGANU

DALAM NEGERI TERENGGANU, MALAYSIA


GUAMAN SIVIL NO: 72-118-2009
ANTARA
MAHAMAD RAZALI ARSAT SDN BHD
(No. K/P: 590822-03-5759)

PLAINTIF
DAN

MOHD ARSAT BIN ALIAS

DEFENDAN
AFIDAVIT SOKONGAN

Saya,

MAHAMAD

RAZALI

BIN

ARSAT

(No.

K/P:

590822-03-5759)

seorang

warganegara Malaysia yang cukup umur dan beralamat di Lot 147, Jalan Hilir
Masjid, Pintu Geng, 15100 Kota Bharu, Kelantan dengan sesungguhnya berikrar dan
menyatakan sebagaimana berikut:1.

Saya adalah seorang Pengarah Urusan kepada Plaintif yang mempunyai

alamat berdaftar di Lot 147, Jalan Hilir Masjid, Pintu Geng, 15100 Kota Bharu,
Kelantan dan diberi kuasa untuk mengikrarkan Afidavit ini bagi pihaknya.
2.

Segala fakta yang dideposkan di sini adalah benar dalam pengetahuan saya

dan/atau melalui rekod-rekod dan dokumen-dokumen yang ada pada saya


melainkan dinyatakan sebaliknya.
3.

Saya memohon kebenaran Mahkamah Yang Mulia ini untuk merujuk kepada

dokumen-dokumen berikut yang telah difailkan di sini:i.

Saman bertarikh 03/02/2009 dan Pernyataan Tuntutan bertarikh 14/01/2009

ii.

(selepas ini dirujuk Saman dan Pernyataan Tuntutan tersebut)


Pernyataan Pembelaan Defendan bertarikh 17/05/2009 (selepas ini dirujuk
sebagai Pernyataan Pembelaan tersebut)

4.

Defendan pernah dan sedang pada masa bermulanya tindakan ini dengan

sepatutnya dan sebenarnya berhutang dengan Plaintif yang dinamakan di atas


jumlah seperti berikut:-

i.
ii.

Bayaran tunggakan baki hutang sebanyak RM22,690.00;


Faedah sebanyak 8% setahun bermula daripada tarikh

Penghakiman

sehingga penyelesaian penuh.


5.

Di atas permintaan Defendan, Plaintif telah menyiapkan dan membekalkan

kepada Defendan barangan kain-kain yang bercorak batik yang berjumlah


sebanyak RM39,470.00 pada 31/12/1999. Butir-butir penuh barangan ada di dalam
pengetahuan Defendan yang mana telah diakui terima oleh Defendan dan/atau
pekerja dan/atau agennya.
6.

Sebagaimana yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak, Defendan telah

membuat bayran secara ansuran kepada Plaintif. Namun begitu semenjak


09/07/2008 sehingga kini, Defendan telah gagal untuk menjelaskan tunggakan baki
hutang yang kesemuanya berjumlah RM22,690.00 (selepas ini dirujuk sebagai
baki hutang tersebut). Dilampirkan di sini penyata baki akaun Defendan yang
telah dicatat oleh Plaintif dan ditandakan sebagai ekshibit MRA-1.
7.

Pada

09/07/2008

Plaintif

dan

Defendan

telah

menandatangani

surat

pengesahan baki hutang beliau yang masih tertunggak kepada Plaintif. Defendan
mengakui bahawa beliau masih lagi mempunyai hutang dengan Plaintif sebanyak
RM22,690.00. Dilampirkan di sini salinan surat tersebut yang ditandakan sebagai
ekshibit MRA-2.
8.

Setelah itu Defendan telah gagal dan/atau cuai dan/atau enggan untuk

menjelaskan tunggakan baki hutang beliau dan Plaintif telah beberapa kali
menuntut daripada Defendan

supaya menjelaskan

tunggakan

baki

hutang

tersebut.
9.

Seterusnya Plaintif melalui peguamcaranya Tetuan Wrigglesworth & Co., telah

menghantar Notis Tuntutan bertarikh 15/12/2008 kepada Defendan dan menuntut


baki hutang yang berjumlah RM22,690.00. Sesalinan Notis Tuntutan dan bukti
pengeposan secara A.R Berdaftar dilampirkan di sini dan ditandakan sebagai
ekshibit MRA-3.
10.

Walaubagaimanapun Defendan masih lagi gagal dan/atau cuai dan/atau

engggan untuk menjelaskan baki tunggakan hutang tersebut sebagaimana yang


dituntut oleh Plaintif.

11.

Setelah dinasihatkan oleh peguamcara Plaintif saya sesungguhnya percaya

bahawa Defendan tidak mempunyai pembelaan yang bermerit dalam tindakan ini
dan tiada isu-isu yang perlu dibicarakan.
12. Oleh yang demikian, saya dengan rendah diri memohon kepada Mahkamah
Yang Mulia ini perintah sebagaimana yang permohonan.
Berkenaan dengan Afidavit oleh
deponent yang bernama
)
MAHAMAD RAZALI BIN ARSAT )
diikrarkan pada
)
di Kota Bharu, Kelantan
)

Di hadapan saya

PESURUHJAYA SUMPAH

Anda mungkin juga menyukai