Anda di halaman 1dari 3

DALAM MAHKAMAH SESYEN DI

DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM


GUAMAN SIVIL NO:

ANTARA

XXXXXXXXX
…PLAINTIF

DAN

XXXXXXXXX
...DEFENDAN

NOTIS PERMOHONAN
(Permohonan dibawah Aturan 13 Kaedah 8 dan
Aturan 42 Kaedah 13 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012
untuk mengenepikan Penghakiman Ingkar Kehadiran
bertarikh 18.01.2018)

BENARKAN SEMUA PIHAK yang berkenaan hadir di hadapan Hakim (atau


Pendaftar) dalam Kamar/Mahkamah terbuka pada hari ..............., pada ............
haribulan ...................., 2018 pukul ..........pagi/petang bagi mendengarkan permohonan
Defendan untuk perintah-perintah berikut:-

1. Bahawa Penghakiman Ingkar bertarikh 18.01.2018 tersebut diketepikan dan


dibatalkan menurut Aturan 35 Kaedah 2, Aturan 13 Kaedah 8, Aturan 42
Kaedah 13 dan Aturan 92 Kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012,
dan/atau di bawah kuasa-kuasa sediakala Mahkamah;

1
2. Defendan dibenarkan memasukkan Pembelaannya dalam masa 14 hari dari
tarikh perintah;

3. Lain-lain perintah dan relif selanjutnya yang didapati adil dan suai manfaat
untuk diberikan oleh Mahkamah yang Mulia ini.

ALASAN-ALASAN PERMOHONAN INI ADALAH:-

1. Bahawa Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan tidak diserahkan secara


sempurna kepada Defendan sebaliknya hanya ditinggalkan di premis
Defendan;

2. Defendan sedang berusaha untuk mencari peguam bagi membela dirinya


selepas menyedari dan membaca Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan
Plaintif ditinggalkan dipremisnya;

3. Bahawa Defendan mempunyai kekangan dari segi kewangan dan baru sahaja
berkesempatan untuk melantik peguamcaranya pada petang 18/01/2018;

4. Bahawa selepas dirujuk mengenai Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan


kepada peguamcaranya, satu memorandum kehadiran telah dimasukkan
oleh Tetuan xxxxx pada 18/01/2018. Bahawa Penghakiman Ingkar
Kehadiran juga telah diberikan pada hari yang sama.

5. Defendan mempunyai merit kes dan pembelaan yang kuat terhadap


tuntutan Plaintif.

6. Cadangan Pembelaan dilampirkan bersama-sama Afidavit Sokongan XXXXX


bagi Notis Permohonan ini.

2
7. Alasan-alasan lain adalah seperti di dalam Afidavit Sokongan xxxxxxxxx
yang diikrarkan yang difailkan bersama-sama permohonan ini.

Bertarikh pada haribulan 2018

…………………………………
Pendaftar
Mahkamah Sesyen
Johor Bahru

Kepada Peguamcara Plaintif;-

TETUAN XXXXXXXX
Peguambela & Peguamcara
xxxxxxxxxxxxxxxx.

NOTIS PERMOHONAN ini difailkan oleh Tetuan XXXXXXX , Peguamcara Defendan


Pertama yang beralamat di No. XXXXXXX, 81200 Johor Bahru, Johor.
[NO. RUJ: XXXX/OR/XXXXXXXXXXXXXXXXXX]

Anda mungkin juga menyukai