Anda di halaman 1dari 29

Pemindahan Prosiding, Penarikan

Balik Tuntutan, Pemberhentian dan


Sulh
ACARA MAL DI MAHKAMAH SYARIAH (LLA 7053)
TATACARA PINDAAN SAMAN
ATAU PLIDING
Pindaan kepada Saman atau Pliding

Seksyen 80(1)
Secara asasnya, mana-mana pihak boleh meminda saman atau
plidingnya atas apa-apa terma tentang kos atau selainnya yang
dibenarkan oleh Mahkamah.

Seksyen 80(3)
Secara asasnya juga, mana-mana pihak dalam mana-mana
prosiding boleh meminda saman atau plidingnya tanpa
memerlukan perintah Mahkamah pada bila-bila masa iaitu
sebelum penyampaian kepada pihak yang satu lagi i.e
Defendan.
Seksyen 80(2)
Pengecualian; jika pindaan dibuat selepas tamat
tempoh apa-apa had masa yang relevan pada
tarikh pengeluaran saman itu, pihak berkenaan
hendaklah memohon kebenaran daripada
Mahkamah. Dan Mahkamah boleh jika difikirkan
adil memberikan kebenaran tersebut atas apa-
apa terma yang difikirkan patut.
Pindaan kepada Permohonan

Seksyen 81
Setelah pindaan dibuat, pindaan tersebut
adalah terpakai berhubung dengan sesuatu
saman atau pliding tersebut.
TATACARA PEMINDAHAN
PROSIDING
Pemindahan Prosiding ke Suatu Mahkamah
yang Lain

Seksyen 89
(1) Kuasa terletak pada Mahkamah yang membicarakan kes itu,
jika ia berpuas hati bahawa mana-mana prosiding di dalam
Mahkamah itu boleh dengan lebih senang atau lebih adil
dibicarakan di Mahkamah lain, maka dia boleh
memerintahkan supaya prosiding itu dipindahkan ke
Mahkamah yang lain.

(2) Pemindahan mana-mana prosiding tersebut boleh dibuat


oleh Hakim atas kehendaknya sendiri atau atas permohonan
mana-mana pihak melalui satu notis permohonan.
Tatacara Mengenai Pemindahan

Seksyen 90
(1) Apabila suatu perintah dibuat bagi pemindahan mana-mana prosiding
daripada satu Mahkamah kepada satu Mahkamah yang lain, Mahkamah
yang daripadanya prosiding itu dipindahkan mestilah menghantar kepada
Mahkamah yang kepadanya prosiding tu dipindahkan fail, segala dokumen,
eksibit dan salinan diperakui bagi nota keterangan prosiding itu, jika ada.

(2) Mahkamah yang kepadanya prosiding itu dipindahkan boleh, atas


kehendaknya sendiri atau atas permohonan mana-mana pihak memberikan
apa-apa arahan tentang perjalanan lanjut prosiding itu sebagaimana yang
difikirkannya patut.
Maryam binti Abdullah
lwn Hithir bin Rashid
Isu: Bidangkuasa mendengar kes.
Pada peringkat awal, plaintif telah mendaftarkan
tuntutan di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Hulu
Langat, Selangor. Apabila kes ini mula didengar, Tuan
Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Hulu Langat
telah mendapati tuntutan hadhanah yang dibuat oleh
plaintif adalah terletak di bawah bidangkuasa
Mahkamah Tinggi Syariah berdasarkan Arahan Amalan
yang dikeluarkan. Hakim Mahkamah Rendah Syariah
kemudiannya memerintahkan bahawa kes tersebut
dipindahkan dan kemudiannya didaftarkan di
Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam Selangor.
Kos Mengenai Pemindahan

Seksyen 91
Jika suatu perintah bagi pemindahan dibuat atas
permohonan sesutau pihak, maka kos yang
dilakukan boleh dikenakan ke atasnya dan
hendaklah menurut budi bicara Hakim
Pemindahan Prosiding dari Mahkamah Tinggi
Syariah kepada Mahkamah Rendah Syariah

Seksyen 92
(1) Jika melalui suatu perintah Mahkamah Tinggi Syariah
mana-mana prosiding diperintahkan supaya dipindahkan
kepada Mahkamah Rendah Syariah, atau sesuatu isu
diarahkan supaya dibicarakan di Mahkamah itu, Pendaftar
hendaklah, apabila menerima perintah atau salinan
diperakui bagi perintah itu, mencatatkan prosiding itu
dalam Daftar Kes yang berkenaan, dan memberikan notis
dalam Borang MS 17 sekurang-kurangnya empat belas hari
sebelum hari kehadiran, kepada tiap-tiap pihak supaya
hadir di hadapan Mahkamah untuk mendapatkan apa-apa
arahan tentang perjalanan lanjut prosiding itu.
(2) Tertakluk kepada apa-apa arahan yang
terkandung dalam perintah Mahkamah Tinggi
Syariah, perbicaraan itu hendaklah diteruskan
seolah-olah prosiding itu telah dimulakan dalam
Mahkamah Rendah Syariah.
Borang MS 17
Pemindahan Prosiding dari Mahkamah Rendah
Syariah kepada Mahkamah Tinggi Syariah

Seksyen 93
Perintah dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah bagi
pemindahan mana-mana prosiding daripada Mahkamah
Rendah Syariah kepada Mahkamah Tinggi Syariah

Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah hendaklah


menghantar kepada Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah
fail prosiding itu, segala dokumen, ekshibit dan salinan
diperakui bagi nota keterangan.

Pendaftar juga hendaklah memberikan notis


pemindahan itu dalam Borang MS 18, kepada tiap-tiap
Borang MS 18
PENYELESAIAN, PENARIKAN BALIK &
PEMBERHENTIAN
Penyelesaian Tindakan

Seksyen 94
Jika dengan persetujuan pihak-pihak sesuatu
tindakan telah diselesaikan, mahkamah boleh
pada bila-bila masa dengan persetujuan pihak-
pihak itu merekodkan hakikat penyelesaian itu
dengan terma-termanya,dan rekod
penyelesaiannya itu hendaklah menjadi
pembelaan dengan cara res judicata dalam
tindakan kemudiannya bagi kausa tindakan yang
pada matanya adalah sama
Penarikan Balik Tuntutan

Seksyen 95
Penarikan balik tuntutan boleh berlaku pada bila-
bila masa sebelum penghakiman belaku.
Plaintif boleh menarik balik tuntutan dengan
kebenaran daripada pihak Mahkamah.
Plaintif boleh menarik balik prosiding secara
keseluruhannya atau sebahagiannya dengan
memberikan Notis Penarikan Balik Prosiding dalam
Borang MS 19.
Notis Penarikan Balik Prosiding dalam Borang MS 19
perlu difailkan di Mahkamah dan sesalinan notis itu
disampaikan kepada Defendan.
Notis Penarikan Balik Prosiding hendaklah menjadi Res
Judicata kepada tindakan Plaintif selanjutnya kecuali
penarikan balik tersebut dengan keizinan Mahkamah ata
diperintahkan selainnya oleh Mahkamah.
Jika Plaintif menarik balik mana-mana prosiding dengan
kebenaran Mahkamah sebelum penghakiman, Defendan
berhak mendapat kos prosiding itu.
Borang MS 19
Kesan Penarikan Balik Prosiding

Seksyen 96 memperuntukkan kesan daripada penarikan


balik prosiding.
1. Plaintif bertanggungjawab untuk membayar apa-apa
kos mana-mana pihak lain dalam tindakan itu.
2. Jika sekiranya kos itu belum dibayar oleh Plaintif,
.Plaintif tidak boleh membawa tindakan bagi kausa
tindakan yang sama atau;
.Membawa tindakan bagi kausa tindakan yang pada
matannya adalah sama
Akmar Binti Aminuddin lwn
Amanah Raya Berhad [2013]

Fakta : Pemohon failkan notis penarikan balik (borang MS 19) di


bawah seksyen 95 Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri
Selangor) 2003 Responden tiada bantahan terhadap penarikan
balik prosiding dan memohon kos RM5 600.00 atas prinsip quantum
merit perayu tidak bersetuju dengan kos tersebut

Keputusan : Mahkamah meluluskan penarikan balik prosiding kes


dan pentaksiran kos dibuat di hadapan Pendafar Mahkamah Tinggi
Penggantungan

Seksyen 97 memperuntukkan peggantungan


prosiding yang dinyatakan di dalam Seksyen 96
sehingga kos-kos dibayar kepada mana-mana pihak
lain dalam tindakan,
Namun, Seksyen 97 tidak terpakai jika Mahkamah
telah memberikan kebenaran untuk memulakan
prosiding yang baru.
Penarikan Balik Pembelaan

Seksyen 98
Untuk Defendan pula, Defendan boleh pada bila-
bila masa menarik balik pembelaannya atau
sebahagian daripadanya dengan memberikan
notis kepada Plaintif.
Dengan tindakan ini, Defendan dihalang daripada
membela prosiding itu atau mana-mana
bahagian daripadanya yang berkenaan.
Sulh

Seksyen 99
Pihak-pihak dalam apa-apa prosiding boleh, pada mana-mana
peringkat prosiding itu, mengadakan sulh bagi menyelesaikan
pertikaian mereka mengikut apa-apa kaedah sebagaimana yang
ditetapkan atau, jika tiada kaedah sedemikian, mengikut Hukum
Syarak.

Sewaktu proviso ini diperuntukkan, kaedah-kaedah sulh


Mahkamah Syariah belum belum lagi dilaksanakan,
maka kaedah-kaedah Hukum Syarak hendaklah terpakai
dalam memutuskan penyelesaian secara sulh.
Mulai tahun 2002, melalui Arahan Amalan No. 3
tahun 2002, pemakaian sulh telah diterima pakai
di semua peringkat mahkamah berhubung semua
kes-kes selepas didaftarkan.

Prosedur pelaksanaan sulh hendaklah berdasarkan


kepada Enakmen Tatacara Mal (Sulh) dan Manual
Kerja Sulh.
Semua kes kecuali pembubaran perkahwinan dan
nasab, yang baru didaftar hendaklah dengan
seberapa segera tidak melebihi 21 hari
dirujukkan kepada sesi sulh/penyelesaian damai.

Sebarang persetujuan hendaklah dicatat dan


dibacakan semula di hadapan pihak-pihak dan
terus dipanjangkan kepada Hakim untuk
direkodkan Perintah Persetujuaan Bersama.

Bagi kes yang gagal di peringkat sulh, hendaklah


ditetapkan tarikh untuk perbicaraan.
Kes yang Perlu Melalui Majlis Sulh

Tuntutan hadhanah
Tuntutan nafkah Anak/Eddah/Isteri
Tuntutan Harta Sepencarian
Tuntutan Muta`ah
Tuntutan Gantirugi Pertunangan/Perkahwinan
Tuntutan Mas Kahwin
Tuntutan Isteri Kembali Taat
Tuntutan Perintah Suami Tinggal Bersama Semula
Tuntutan Hak Tempat Tinggal
Carta Alir Proses Sulh

Anda mungkin juga menyukai