Anda di halaman 1dari 8

i. Arahan Amalan No.

1 Tahun 2008 (Penyedian Draf perintah)

Mana–mana kes yang telah diberi keputusan / perintah oleh Mahkamah, hendaklah disediakan draf
perintah untuk kelulusan dalam tempoh 14 hari bekerja oleh mana-mana pihak atau Peguam
Syarienya.

2. (i) Jika pihak yang penghakiman atau perintah yang diberi atau dibuat dengan memihak
kepadanya diwakili oleh Peguam Syarie, suatu salinan drafnya hendaklah dikemukakan
kepada Peguam Syarie (jika ada) pihak yang satu lagi untuk kelulusan dan Peguam Syarie itu
hendaklah dalam masa 2 hari selepas menerimanya, atau dalam apa-apa masa lanjut
sebagaimana yang dalam apa-apa jua hal dibenarkan oleh Pendaftar, mengembalikan
salinan itu berserta dengan persetujuannya yang bertandatangan atau apa-apa pindaan yang
dikehendaki kepada draf itu.

(ii) Jika Peguam Syarie itu tidak mengembalikan salinan draf itu dalam masa yang
ditetapkan, maka dia hendaklah disifatkan telah bersetuju dengan terma-terma draf itu.

(iii) Dalam apa-apa jua hal jika peguam syarie-peguam syarie yang berkenaan tidak dapat
bersetuju mengenai draf itu, salah seorang daripada mereka boleh mendapatkan suatu
temujanji di hadapan Pendaftar, yang notis mengenainya hendaklah diberikan kepada pihak
yang satu lagi, untuk menyelesaikan terma-terma penghakiman atau perintah itu.

(iv) Tiap-tiap penghakiman atau perintah hendaklah diselesaikan oleh Pendaftar, tetapi
dalam hal penghakiman atau perintah yang dibuat oleh seorang Hakim, mana-mana pihak
boleh menghendaki supaya perkara yang dipertikaikan itu dirujukkan kepada hakim untuk
penentuannya.

(v) Jika pihak yang satu lagi tidak mempunyai peguam Syarie, maka draf itu hendaklah
dikemukakan kepada Pendaftar.

3. Arahan ini tidak melibatkan perintah yang dikeluarkan secara permohonan.

Arahan Amalan ini berkuatkuasa mulai 23 November 2010.

1
ii. Arahan Amalan No. 2 Tahun 2008 (Permohonan / Tuntutan Yang Tiada Had Masa)

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Arahan Amalan Mahkamah Syariah Bil. 1 Tahun 2008 pada 15hb Jun
2008 telah bersetuju dan mengesahkan bahawa mana-mana permohonan atau tuntutan yang perlu
diambil oleh seseorang yang berkepentingan di Mahkamah.

2. Permohonan atau tuntutan tersebut tidak menyatakan had masa untuk mengambil tindakan
hendaklah ianya dilakukan dengan apa cara sesegera yang mungkin. Mahkamah dalam hal ini
bolehlah merujuk kepada penghakiman kes Kerajaan Negeri Terengganu lwn. Tengku Ibrahim dalam
Jurnal Hukum Jld. 24 Bhg. 2 sebagai panduan sebelum membuat apa-apa keputusan sama ada
menerima atau menolak tuntutan tersebut.

Arahan Amalan ini berkuatkuasa mulai 23 November 2010.

iii. Arahan Amalan No. 3 Tahun 2008 (Permohonan Pengubahan Perintah Hadhanah Mahkamah
Rendah)

Mana-mana perintah Hadhanah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Rendah Syariah dan kemudiannya
ingin dibuat permohonan pengubahan perintah atau pelaksanaan atau penguatkuasaan hendaklah
dimohon di Mahkamah Tinggi Syariah.

Arahan Amalan ini berkuatkuasa mulai 23 November 2010.

iv. Arahan Amalan No. 4 Tahun 2008 (Pernikahan Baru Suami Semasa Isteri Dalam Eddah)

Mana-mana permohonan oleh pihak suami berhubung pernikahan dengan seorang perempuan
sedangkan isteri yang diceraikannya masih dalam tempoh eddah rajie hendaklah terlebih
dahulu mendapat kebenaran Mahkamah sebagai kes permohonan poligami.

2. Ini adalah bertujuan untuk memastikan status pernikahan tersebut sama ada
berpoligami atau sebaliknya bila berlaku rujuk dalam tempoh tersebut.

Arahan Amalan ini berkuatkuasa mulai 23 November 2010.

2
v. Arahan Amalan No. 5 Tahun 2008 (Panduan Dalam Prosiding Meminta Seorang wali Untuk
Mewalikan Anak Perempuannya)

Prosiding untuk meminta seorang wali bagi mewalikan anak perempuannya yang melibatkan kes wali
enggan mengikut Hukum Syarak, Mahkamah boleh mengarahkan sebanyak 2 kali terhadap wali tersebut
agar memberikan perwalian atau mewakilkannya bagi tujuan pernikahan anak perempuannya.

2. Arahan Hakim yang melebihi 2 kali, jika masih tidak dipatuhi oleh wali berkenaan akan
menyebabkan wali tersebut berstatus wali fasiq. Justeru itu, kuasa wali semasa itu akan berpindah
kepada wali ab’ad dan bukannya wali hakim/wali Raja.

Arahan Amalan ini berkuatkuasa mulai 23 November 2010.

vi. Arahan Amalan No. 6 Tahun 2008 (Kehadiran Pihak-Pihak Di Hadapan Hakim Semasa
Perintah Persetujuan Dibuat)

Mana-mana pihak yang telah mencapai apa-apa pengakuan atau persetujuan bagi menyelesaikan kes
mereka, hendaklah hadir ke hadapan Mahkamah semasa perintah persetujuan tersebut direkod dan
disahkan oleh Mahkamah.

Arahan Amalan ini berkuatkuasa mulai 23 November 2010.

vii. Arahan Amalan No. 7 Tahun 2008 (Borang Merafa’kan Kes daripada Mahkamah Rendah
Syariah Ke Mahkamah Tinggi Syariah)

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Arahan Amalan Mahkamah Syariah Bil. 1 Tahun 2008 pada 15hb Jun
2008 telah bersetuju dan mengesahkan bahawa bagi tujuan penyelarasan dalam menggunapakai
kehendak seksyen 93 Akta/ Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah yang melibatkan kes yang
dirafa’ dari Mahkamah Rendah Syariah ke Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah menggunapakai
format seperti dilampiran.

Arahan Amalan ini berkuatkuasa mulai 23 November 2010.

3
(Borang Rafa’ Kes)

[Seksyen 93]
Akta / Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah
Kepada,
Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah
____________________________
____________________________
____________________________

Tuan/Puan,

Merafa’ Kes Ke Mahkamah Tinggi Syariah.


Setelah diteliti saya berpuashati bahawa kes ini adalah dalam kausa tindakan Mahkamah Tinggi
Syariah dan selaras dengan kehendak seksyen 93 Akta / Enakmen Tatacara Mal Mahkamah
Syariah dirafa’kan kes ini untuk mendapatkan perintah perpindahan sewajarnya.

2. ……. bersama ini disertakan fail berkenaan untuk perhatian Y.A.

( )
NAMA HAKIM
DAERAH/KAWASAN

4
i. Arahan Amalan No. 1 Tahun 2010 (Penentuan Kes Yang Perlu Dirujuk Ke Majlis Sulh Pada
Peringkat Pendaftaran Kes)

Bahawa kes-kes yang dinyatakan di bawah ini perlu dirujuk ke Majlis Sulh semasa peringkat
pendaftaran kes di Mahkamah Syariah:

009 – Tuntutan Gantirugi Pertunangan

016 – Tuntutan Muta’ah

017 – Tuntutan Harta Sepencarian

018 – Tuntutan Nafkah Isteri

019 – Tuntutan Nafkah kepada Pihak Tak Upaya

020 – Tuntutan Cagaran Tanah

021 – Tuntutan Nafkah Eddah

022 – Tuntutan Mengubah Perintah Nafkah

023 – Tuntutan Tunggakan Nafkah

024 – Tuntutan Nafkah Anak

025 – Tuntutan Mengubah Perintah Hak Jagaan Anak / Nafkah anak

026 – Tuntutan Mengubah Perjanjian Hak Jagaan Anak / Nafkah Anak

028 – Tuntutan Hadhanah

049 – Tuntutan Gantirugi Perkahwinan

059 – Tuntutan Hak Tempat Tinggal

060 – Tuntutan Perintah Supaya Suami Tinggal Bersama Semula

062 – Tuntutan Isteri Kembali Taat

063 – Tuntutan Mas Kahwin

5
2. Bagi kes-kes ex-parte (interim) tidak perlu melalui proses Sulh.

3. Bagi kes-kes yang telah melalui proses pengantaraan di Jabatan Bantuan Guaman
Malaysia tidak perlu dirujuk ke Majlis Sulh pada peringkat pendaftaran.

4. Arahan Amalan No. 1 tahun 2000, No. 9 Tahun 2003, No. 14 Tahun 2004 dan No. 14
Tahun 2005 adalah berkaitan.

Arahan Amalan ini berkuatkuasa mulai 23 November 2010.

ii. Arahan Amalan No. 2 Tahun 2010 (Pengesahan Perceraian Lafaz Taklik Kecuali Taklik Surat
Perakuan Nikah Dan Efek Penalti Di Bawah Seksyen 124/125 Undang-Undang Keluarga
Islam)

Prosiding kes pengesahan Perceraian Lafaz Taklik kecuali Taklik Surat Perakuan Nikah boleh
dikenakan tindakan penalti di bawah seksyen 124/125 – Penalti Perceraian di luar Mahkamah
dan tanpa kebenaran Mahkamah di bawah Akta/Enakmen/Ordinan Undang-undang Keluarga
Islam.

Arahan Amalan No. 8 Tahun 2006 adalah dibatalkan.

Arahan Amalan ini berkuatkuasa mulai 23 November 2010.

iii. Arahan Amalan No. 3 Tahun 2010 (Pengiraan Amaun)

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Arahan Amalan Mahkamah Syariah Bil. 1 Tahun 2010 pada
26hb Julai 2010 telah bersetuju dan mengesahkan untuk menerima pakai arahan amalan
berhubung pengiraan amaun untuk menentukan Mahkamah yang berbidangkuasa mendengar
sesuatu kes hendaklah mengikut nilaian setiap kes.

2. Arahan Amalan No. 7 Tahun 2004 adalah dibatalkan.

Arahan Amalan ini berkuatkuasa mulai 23 November 2010.

6
iv. Arahan Amalan No. 4 Tahun 2010 (Pengiraan Kes Faraid)

Arahan amalan bagi pengiraan amaun kes faraid untuk menentukan Mahkamah yang berbidangkuasa
mendengar sesuatu kes hendaklah mengikut keseluruhan nilai harta si mati.

2. Bagi kes faraid yang berlapis (munasakhat), hendaklah didengar di Mahkamah Tinggi Syariah.

3. Arahan Amalan No. 7 Tahun 2004 adalah dibatalkan.

Arahan Amalan ini berkuatkuasa mulai 23 November 2010.

v. Arahan Amalan No. 5 Tahun 2010 (Bidangkuasa Mahkamah Mendengar Permohonan


Mengubah Perintah)

Mahkamah yang berbidangkuasa mendengar Permohonan Mengubah Perintah adalah mana-


mana Mahkamah dalam negeri yang telah mengeluarkan perintah tersebut mengikut
permastautinan pihak yang memohon.

2. Arahan Amalan No. 9 Tahun 2005 adalah dibatalkan.

Arahan Amalan ini berkuatkuasa mulai 23 November 2010.

7
vi. Arahan Amalan No. 6 Tahun 2010 (Tambahan Kod Pendaftaran Kes)

Penambahan kod kes sepertimana yang telah diluluskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa
Induk Arahan Amalan Mahkamah Syariah Bil. 1 Tahun 2010 adalah seperti berikut:

1. Tambahan Kod Kes Mal:

072 – Perintah Penyitaan Dan Penjualan

073 – Perintah Pengkomitan-Pelaksanaan Penghakiman Bagi Penyerahan Anak

074 - Perintah Pengkomitan – Penguatkuasakan penghakiman Untuk Menahan


Diri Dari Melakukan Sesuatu Perbuatan

075 - Notis Penghakiman

076 - Permohonan Melanjutkan Tempoh Rayuan

077 - Permohonan Notis Tunjuk Sebab

078 - Permohonan Pengesahan Eddah

079 - Permohonan Memulakan Prosiding Baru Bagi kes-kes Yang Ditarik Balik

080 - Permohonan Taksiran Kos

2. Arahan Amalan No. 1 Tahun 2000, No. 9 Tahun 2003, No. 14 Tahun 2004 dan No. 14
Tahun 2005 adalah berkaitan.

Arahan Amalan ini berkuatkuasa mulai 23 November 2010.

Anda mungkin juga menyukai