Anda di halaman 1dari 4

Kes Jenayah Syariah Kes No: 05100-14200-62-2010 Pendakwa Syarie Negeri Sembilan lwn Shabaruddin b.

Johari dan Zainab bt. Mohamad Pendakwa Syarie : Dengan izin Yang Arif, saya Norzaini, Timbalan Pendakwa Syarie dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan. Kedua-dua tertuduh hadir ke Mahkamah pada hari ini yang mana kedua-dua tertuduh telah dituduh di bawah seksyen 60 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992. Mohon dibacakan pertuduhan Yang Arif. Pendaftar : (OKT 1) Bahawa kamu Shabaruddin b. Johari (580422-105747) pada bulan Ogos 2007 jam lebih kurang 8 malam telah didapati melakukan persetubuhan haram dengan Zainab bt. Mohamad (610920-06-5316) yang dilakukan dengan kerelaan dan kesedaran diri di sebuah rumah yang beralamat di No. 2 Blok A, Felda Kepis, 72000 Bahau Negeri Sembilan. : (OKT 2) Bahawa kamu Zainab bt. Mohamad (610920-06-5316) pada bulan Ogos 2007 jam lebih kurang 8 malam telah didapati melakukan persetubuhan haram dengan Shabaruddin b. Johari (580422-10-5747) yang dilakukan dengan kerelaan dan kesedaran diri di sebuah rumah yang beralamat di No. 2 Blok A, Felda Kepis, 72000 Bahau Negeri Sembilan. Hakim OKT 1 Hakim OKT 1 Hakim OKT 1 : Shabaruddin b. Johari, kamu faham dengan pertuduhan tersebut? : Faham Yang Arif : Kamu mengaku bersalah? : Saya mengaku bersalah : Apa yang kamu faham? : Pasal pertuduhan

Hakim : Betul kamu mengaku bersalah? Kamu faham sebab dan akibat mengaku salah ini? OKT 1 : Faham Yang Arif

Hakim OKT 2 Hakim OKT 2 Hakim OKT 2

: Zainab bt. Mohamad, kamu faham dengan pertuduhan tersebut? : Faham Yang Arif : Kamu mengaku bersalah? : Saya mengaku bersalah : Apa yang kamu faham? : Pasal pertuduhan

Hakim :Betul kamu mengaku bersalah? Kamu faham sebab dan akibat mengaku salah ini? OKT 2 Pendakwa Syarie : Faham Yang Arif : Yang Arif, kedua-dua tertuduh telah dituduh di bawah seksyen 60 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 yang berbunyi: Mana-mana orang yang melakukan persetubuhan haramadalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkandikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. : Faham ya..denda RM5000.00 dan penjara 3 tahun? : Faham Yang Arif : Dengan izin Yang Arif, fakta kes telah dibuat secara bertulis. Mohon untuk dibacakan fakta kes : Silakan :Pada 14/7/2010 jam lebih kurang 9 pagi Pegawai Penyiasat Agama telah menerima aduan berkaitan kes di bawah seksyen 60 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 iaitu kesalahan persetubuhan haram. Dalam siasatan awal, Encik Ramli iaitu suami kepada OKT 2 telah datang ke Pejabat Agama Islam untuk membuat aduan mengenai isterinya yang telah melakukan persetubuhan haram dengan lelaki lain. Encik Ramli mengetahui perkara tersebut daripada pengakuan isteri beliau bahawa dia telah melakukan persetubuhan haram dengan Shabaruddin b. Johari, iaitu jiran mereka. Selepas siasatan lanjut dijalankan, didapati Zainab bt. Mohamad ((610920-06-5316) telah melakukan persetubuhan haram dengan kerelaan dan tanpa paksaan dari manamana pihak dengan lelaki bernama Shabaruddin b. Johari (58042210-5747) sejak tahun 2007-2009 iaitu ketika suaminya tiada di

Hakim OKT 1 & 2 Pendakwa Syarie Hakim Pendakwa Syarie

rumah. Pada tarikh 19/7/2010 dan pada 23/7/2010 OKT 1 dengan akal fikiran yang sempurna dan tanpa dipaksa berikrar mengaku telah melakukan persetubuhan haram sejak tahun 2007-2009. Kedua-dua OKT telah disoal siasat di bawah seksyen 60 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 dan dihadapkan ke Mahkamah pada hari ini. Itu sahaja Yang Arif. Hakim OKT 1 & 2 Hakim OKT 1 & 2 : OKT 1 & 2, faham dan setuju dengan fakta kes? : Faham Yang Arif : Masih kekal dengan pengakuan bersalah? : Ya Yang Arif

Hakim :Encik Shabaruddin dan Puan Zainab, setelah pertuduhan dibacakan dan pengakuan bersalah diambil sebanyak 3 kali, saya sabitkan kesalahan kamu di bawah seksyen 60 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992. Sebelum saya jatuhkan hukuman, ada apa-apa rayuan? OKT 1 :Saya merayu tidak dimasukkan ke penjara, denda dikurangkan dan tidak disingkirkan dari Felda OKT 2 :Saya merayu denda dikurangkan..kalau boleh tak nak masuk penjara Hakim :Pendakwa Syarie, sila kemukakan hujah Pendakwa Syarie :Yang Arif, kedua-dua tertuduh sebentar tadi telah membuat rayuan yang mana OKT 1 & 2 telah mengemukakan alasan yang sama iaitu tidak mahu dipenjara, tidak mahu disingkirkan daripada Felda dan mohon denda dikurangkan. Yang Arif, Islam melarang keras perbuatan persetubuhan haram yang mana dalam hukum Syarak ianya dikenali sebagai zina. Kedua-dua OKT langsung tidak mempunyai rasa insaf atas perbuatan mereka kerana dalam ketiga-tiga alasan rayuan tadi, tiada satu pun alasan bahawa mereka telah insaf. Saya mohon Mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana Allah s.w.t melarang keras perbuatan zina. Keduadua OKT telah melanggar perintah Allah kerana melakukan perbuatan yang dilarang dalam agama. Selain itu Yang Arif keduadua OKT juga telah berkahwin. Sepatutnya dalam Islam perbuatan zina dikenakan hukuman hudud iaitu direjam sehingga mati, walau bagaimanapun dalam tazir, kedua-dua tertuduh dikenakan denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Dalam hal ini saya mohon Yang Arif agar menjatuhkan hukuman setimpal kerana kedua-dua

tertuduh merupakan tunggak rumahtangga. OKT 1 merupakan orang yang tertinggi dalam kampung iaitu ketua kampung tersebut. Saya mohon pertimbangan lagi sekali agar dikenakan hukuman berat kepada kedua-dua tertuduh kerana kedua-dua tertuduh: 1. telah merosakkan moral Islam 2. telah meruntuhkan aspek kekeluargaan 3. telah menggugat kestabilan masyarakat pada hari ini Hakim Pendakwa Syarie Hakim :Kedua-dua OKT pernah dituduh sebelum ini? :Kedua-dua OKT belum pernah dituduh sebelum ini. Ini kesalahan pertama Yang Arif :Encik Shabaruddin dan Puan Zainab, pertuduhan telah dibacakan, fakta kes telah dibentangkan dan kedua-dua kamu mengaku salah atas pertuduhan. Dalam rayuan kedu-dua kamu telah membuat rayuan tidak mahu dipenjara, tidak mahu disingkirkan daripada Felda dan mohon denda dikurangkan. Oleh kerana ini adalah kali pertama kamu dituduh, maka Mahkamah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM5000.00 tapi tidak dipenjarakan. Sekiranya tidak membayar denda, kamu akan dikenakan penjara 6 bulan.

Anda mungkin juga menyukai